Fifty Shades of..

Grey. Darker. Freed.

Kerna mak tiri tak henti-henti menggoda gua dengan Mr. Christian Grey, makanya gua telah meminta jasa baik Cik Za (selaku orang yang memperkenalkan novel trilogi ini kepada gua) supaya memberikan pertimbangan untuk menukar janji yang telah termetrai. Iaitu HANYA boleh membaca Fifty Shades JIKA Ian Smolderhalder yang memegang watak sebagai Christian Grey dalam filem nanti.

#IanIsGrey

.

Namun iman di dada yang senipis kulit bawang ini sukar benar untuk bersabar lebih lama. Kebarangkalian untuk kanda terchenta mendapat watak ini masih samar-samar. Lalu gua berjanji lagik sekali dengan Cik Za yang gua beli je dulu novelnya tapi akan baca lepas raya. LEPAS RAYA.

Kebetulan semalam ke Mid Valley seperti kebiasaannya. Asalnya hanya untuk ke Grand Opening Forever 21. Tapi hati bagai ditarik-tarik untuk ke MPH. Kak Mas hanya tersenyum kerna tahu apa yang mahu dicari.

Di bahagian pintu masuk MPH, ada promosi buku 25%. Terus ke situ. Lambakkan Darker dan Freed, tapi tiada Grey. Bedebah! Ini musti ramai yang beli Grey je nih. Terus gua ke aisle “Romance” kerna gua tau di situ letaknya barisan siri Fifty Shades, termasuklah Value Buy yang dijual dengan harga RM89.90 untuk triloginya.

Ah.. Grey jugak tiada di rak buku itu!

Terus gua keluarkan iPhone. Aplikasi kalkulator gua pilih. Ditekan-tekan segala digit yang ada. Value buy yang terdiri daripada trilogi siri Fifty Shades adalah US printed dengan kualiti kertas yang berbeda dengan UK printed. Sama kualitinya dengan yang sedang dipromosikan itu. UK printed adalah paperback yang kualiti kertasnya agak kekuningan dan lebih ringan. Oh, gua suka yang ini. Adalah sangat *batuk batuk* klimaks apabila menciom bau buku sebegini.

Cover untuk Fifty Shades of Freed jugak berbeda. Satu konci, lagi satu gari. Rawr!

Handcuffs. US printed.

.

Key. UK printed.

.

Gua nak yang konci tu!!

Tak puas hati dengan ketiadaan Grey, gua check melalui database MPH. Di situ tertera in-stock. Terus gua tanya di kaunter, kerna sebelumnya gua diberitahu Grey sudah out-of-stock. Dan UK printed itu jua tiadalah diskon seperti mana yang US printed itu.

Sebab dah banyak kali sangat ulang-alik bertanyakan tentang Grey, dibantunya Kak Mas dan gua yang dah semacham cacing kepanasan mencari Grey. Ada! Satu-satunya yang tinggal!

Terus gua capai Grey, Darker dan Freed. Murah punya pasal, gua pejam sebelah mata kenyataan bahawa itu adalah versi US printed. Terus ke kaunter pembayaran.

Bila tiba giliran, alangkah remuknya hati apabila diberitahu yang harga diskon itu hanya untuk ahli MPH. memandangkan kad keahlian gua sudah hilang dah jugak tamat tempoh, gua perlu memperbaharui kad keahlian dengan harga RM20.

Fifty Shades Trilogy (Value Buy) – US printed: RM89.90

Fifty Shades of Grey, Darker & Freed (promotion) – US printed: (RM31.90 x3) -25% = RM71.80

Fifty Shades of Grey, Darker & Freed – UK printed: (RM31.90 x3) = RM95.70

Kalau perlu tambah RM20 semata-mata untuk kad keahlian, lebih untung gua beli yang Value Buy. Alang-alang gua dah bayar RM89.90, lebih baik gua beli yang UK printed. Memandangkan UK printed yang tinggal cumalah Darker dan Freed tanpa Grey, tiadalah maknanya!

Berjam di MPH. Gua tinggalkan dengan tangan kosong. Bersama-sama tangisan.

Nampak sangat Cik Za tak restui perjanjian baru dan tak rela gua baca Fifty Shades. Tsk!

.

i.Z.Z.i.e:

Ayuhai Kak Wan yang baik hati, comel dan penyayang yang jauh nun di bumi Loch Ness… *kenyit mata*

16 thoughts on “Fifty Shades of..

  1. ::Ironi sungguh, kan…

    1 – ..setelah bermati2an meminta persetujuan, (xdelah persetujuan sangat pong) , dan perbincangan demi perbincangan di sekaip…dan sesudah mendapat kata putusnya (oh, ada eh perjanjian lepas raya tu ? hehe) ..namun, hajat di hati yang mencanak2 tu masih belum dapat dikabulkan…kenapa ya…adakah…. . . .

    2 – i yang kenalkan kat you, pastu i juga yang tidak berkenan u jadikan ia santapan otak you ..

    3 – cover Freed yang gari itu ..ya..ironi sungguh !!

    4 – sekarang terasa nk dengar ironic -alanis morisette pulak….

    sabar ya izyana zin…. mungkin bukan ian yang jadi grey, mungkin gambit ataupun shah jaszle…

    • 1- chenta sejati memang begitu. banyak dugaan dan cabaran. lalalala.

      2- sebab u amek berat kat i, dan nak i jadik seorang kanak-kanak yang naif dan mumayiz🙂

      3- ironi sangat! i suka cover yang konci. lebih tersirat maknanya.

      gambit?! shah jaszle?! siapa tu??!!!

  2. Ahahahah!! Ramai dh demam CG. Adik manis ade pdf je tp x penah sempat nk baca sampai abes… Walaupon dh lama dload.

    • mencik tau! tak suka! tak suka! tak suka!!!!!

      i taknak baca PDF adik manis, i nak baca dari buku. hik hik hik. baru feel, boleh baring-baring, guling-guling😛

      • Sbb masa dok gile mencarik buku, slalu xde stock makanya mendload le kite.
        And sokong abam ian jd grey gak hahahha!

      • akan dinda usahakan sampai dapat!! aritu memang banyak kat MPH tau sebelum Christian Grey jadik kegilaan. masa tu i tak beli lagi sebab menghormati perjanjian. skarang pun masih menghormati tapi cuma ada sedikit kompromi. hik hik hik.

        IAN IS GREY!!!

  3. Elleeeeyy…nk cakap psl perjanjian kita lettew !! i pnye pong PDF jak …. free lagik .. tp ada dgr rumors ..no matter how fit the role for ian, ada org cakap, die x sesuai, sbb die pendek…hmmmm… bukan i cakap….

  4. nnt I pi tgk kat mph bukit tggi n setia city mall if ada. I hv a good feeling kat city mall ade coz org klang meru x baca kot romance novel ropa ini gehehehe! I terkecuali lol! my friend ckp bukit tggi ade, tp dia pun x sure UK or US version coz dia x belek pun the boxset. just lalu n nmpk kat bestseller section..
    apa?! ian is not grey coz he’s short? dolu2, daniel craig kena hentam coz he’s the shortest James Bond, but hell I think he’s the sexiest Bond ever exist! so IAN IS FRIGGIN GREY! ok la, if bukan dia, I redha Matt Bomer jadik Grey. Sexy mcm neraka jugak dia tu hihik.
    p/s: I x goda u baca, I x bagi u baca adelah. nnt u combust siap idung berdarah, kak mas gak yg susah. if dia susah, abam kandung I susah, I susah! kekeke merepek lol.

    • i sokong bab Daniel Craig sebagai James Bond tu. he is the shortest James Bond ever! tapi dia berlakon best kot!

      takpe, i akan baca dengan membayangkan #IanIsGrey. kalau movie tu nanti bukan dia yang berlakon, i pasrah je lah.

      p/s: u memang tak goda, tetapi menggoda secara tidak langsung. hari-hari hapdet kat timeline, i mana mampu tahan!

      • ::daniel craig is the shortest Bond ? ok, fakta terbaru hari ini untuk diri sendri… napak die cam tinggi jak..n, oh that blue eyes .. oh danny.. :::

        takpe, i akan baca dengan membayangkan #IanIsGrey. kalau movie tu nanti bukan dia yang berlakon, i pasrah je lah. – mmg kalau baca, otomatisnya terbayangkan ian ..nope, im not encouraging anyone here…

        matt bomer is sexaayy.. tp x ble bayangkan die buat ..well..ehem… sbb die terlampau .. ‘kemas’ utk grey..is it ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s