Hilang ghaib entah ke mana hala

Bukanlah jenis gua membeli barang online. Tak kiralah pakaian atau barangan. Tak macham segelintir, gua payah sikit nak shopping pakaian di atas talian. Bukan apa, risau kalau saiz tak bersesuaian dengan badan. Walaupun dah biasa pakai saiz yang sama, kadang-kadang potongan pakaian tu tak sesuai dengan susuk badan gua yang *batuk batuk* montel ini.

Tapi gua kerap terima parcel dari rakan-rakan. Selalu orang ingatkan barangan yang gua terima tu adalah hasil daripada pembelian online. Tidak. Semua itu adalah pemberian dari insan kesayangan yang jauh di mata. Hik hik hik.

Bulan lepas gua telah ternoda dengan ajakan rakan sekerja dengan pembelian barangan di www.milkadeal.com. Berkurun jugaklah nak menantikan barang gua sampai. Kak Mas dah dapat, dah pakai, siap tunjuk lagik sama gua. Barang apa?

Sebab apa menggelupur nak sangat iPhone Angel Wing Case ni ? Sebab sama kepaknya dengan kanda… Lalalala.

Tunggu punya tunggu, dah sebulan lebih tak sampai-sampai. Gua email kat kompeni tu, dia kata dah pos pada 13hb June. Kasik tracking order suruh gua semak. Alangkah remuknya hati gua apabila mendapati barang sudah dihantar pada 14hb June. MANA??? MANA???

Dengan Pos Malaysia gua bertanya, apa status parcel gua? Sebab sampai ke hari ni tiada sebarang bungkusan yang gua terima. Katanya sudah dihantar. Kalau ada sudah tentu orang di ofis sudah khabarkan. Macham Harry Potter Boxed-Set gua, dihantar ke Ziana sebab tak kenal Izyana. Disangkanya Izyana yang tertera namanya itu adalah Ziana. Kes florist pun sama. Nasib hari hari tu florist dah telefon siap-siap untuk delivery.

Susah jugak pindah ofis baru ni. Orang tak kenal gua.

Kehilangan parcel yang dinantikan masih dalam siasatan. Tapi gua dah pasrah. Kalau ada rejeki, ada. Kalau takdak rejeki, nak buat macham mana. Harap-harap parcel lain yang dialamatkan ke ofis baru nantinya akan selamat sampai ke tangan gua.

4 thoughts on “Hilang ghaib entah ke mana hala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s