Hati yang tenang bermula dari rumah

Perghhh.. Tajuk macham khidmat masyarakat!

Selaku pembaca setia, Cik Za dan JasJamal ada menegur yang mereka perasan sejak akhir-akhir ini gua kembali rajin menulis. Eh, kanda Massabrina juga berkata sedemikian ropa. Hik hik hik.

Gua rasa berubahnya angin bagai memberikan suatu nyawa baru.

Sebab itu jugak orang kata, rumahku sorgaku. Segalanya bermula dari rumah. Rumah adalah keperluan asas seseorang individu. Di situlah segala keperluannya bermula. Tempat beristirahat, tempat untuk bersama-sama keluarga, jugak tempat untuk melakukan ibadat. Di situlah jua tempat privacy yang ada.

Segalanya dari rumah. Kalau di pejabat berserabut dan stress dengan kerja, pulang ke rumah terubat segalanya. Di situ dilepaskan segala lelah di dada. Esok bermula lagi hari yang baru. Dugaan yang baru, dengan cabaran yang baru.

Seandainya tiada ketenangan yang diperoleh dari sebuah tempat yang dinamakan rumah, tekanan akan bertambah dari hari ke hari. Bahaya ini.

Gua pernah hidup dalam persekitaran yang begitu.

Dahulu, kerap aja menyaksikan sendiri bagaimana mudahnya perbalahan timbul di antara suami-isteri di rumah. Apabila perbalahan timbul, si suami tidak lagi menjadikan rumahnya sebagai sebuah sorga. Malahan bertukar kepada neraka. Tiap kali pulang ke rumah, tiap kali itulah bergaduh. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak.

Sampai suatu tahap, suami mencari hiburan di luar. Kerna padanya sudah tiada ketenangan dan kebahagian yang mampu diberi tiap kali pulang.

Entah. Kalau segala ketenangan, kebahagian dan privacy tidak lagi dinikmati ke mana lagi tempat yang harus dituju? Ini adalah suatu permasalahan jiwa yang kadangkala sukar mencari obatnya.

Eh. Asalnya nak cherita pasal dah rajin menulis. Ha!

Semangat telah kembali membebel di ruangan ini. Walaupun penulisan tidak berisi dan berinfomasi tapi masih tetap mahu menukilkan cebisan hati di sini. Jasjamal mengatakan yang gua lebih jujur meluahkan segalanya di ruangan maya walaupun dalam kiasan. Lebih mudah ditebak hati dan perasaan daripada tulisan-tulisan dibandingkan dengan lisan.

5 thoughts on “Hati yang tenang bermula dari rumah

  1. Dgn saya jarang lisan kot, kalau ada pon setaun 3-4kali jerk, lebih banyak tulisan =p tapi tulisan di blog berbeza sbb lebih terbuka untuk semua ;D

    • namun begitu, saya selalu merasakan bahawa ini adalah diari saya. walaupun ia begitu terbuka, tapi entah saya rasa masih mahu menulisnya di sini

  2. ::baguuuuuuuuuusss..silakaaan dan teruskan niat anda.. ramai yg menanti sebenarnyaa .. ..:: *sambil makan nasi kerabu, nom nom nom …eh ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s