Ditendang bagaikan bola

Bukanlah kerna musim EURO 2012, dan dan gua nak cakap pasal bola. Tapi nak bercherita berkenaan dengan (lagi) pengalaman gua berhadapan dengan customer service.

Halnya begini. Gua beli rumah di Pulau Pinang tahun lepas. Alhamdulillah, segala urusan dengan pemaju, dengan bank untuk pinjaman perumahan, dan guaman sudah selesai. Mudah sahaja permohonan gua diluluskan. Risau jugak, maklumlah gua punya pinjaman hanyalah atas seorang peminjam. Dengan harga rumah di Pulau Pinang yang mencanak-canak tinggi tu tau-tau ajelah.

Memandangkan rumah yang dibeli adalah rumah yang masih dalam pembinaan, makanya gua tak perlulah membayar penuh bayaran tiap-tiap bulan. Dengan kata lainnya, belum disburse.  Buat jangkamasa tertentu (dalam kes gua 2 tahun), gua hanya perlu membayar faedah pinjaman perumahan mengikut progress rumah yang sedang dibina. Peminjam tidak lagi perlu membayar sekaligus seperti dahulu. Ini adalah peraturan baru katanya supaya peminjam tidak tertindas dengan terus membayar pinjaman seadandainya pemaju gagal menyiapkan rumah.

Dan bermula awal tahun ini, pembayaran sudah perlu dibuat. Itupun gua dapat tau melalui SMS yang dikirimkan. Gua bayarlah jumlah yang tertera di situ setiap bulan. Dan hari ni, gua terima SMS yang kedua dari bank tersebut mengatakan jumlah yang dibayar tidak mencukupi. Gua kaget. Manakan tidak, tarikh akhir pembayaran sudah berlalu. Maknanya rekod pembayaran gua sudah ternoda dan begitu juga dengan bunga yang terpaksa gua bayar lebih kini.

Terus gua coba mencari nombor khidmat pelanggan di portal rasmi bank tersebut. Gua dail berulang kali. Talian tidak bersambung. Gua coba berkali-kali. Akhirnya bersambung namun bukan di situ tempat yang perlu gua ajukan pertanyaan. Talian disambungkan ke bahagian lain. Dan seterusnya ke bahagian lain lagi. Dan lagi. Sampailah talian putus sewaktu gua masih dalam talian menunggukan panggilan gua disambungkan.

Gua tidak berhenti di situ. Terus gua coba menelefon lagi sekali. Masih sama. Selepas ke satu bahagian, gua disuruh menunggu untuk disambungkan ke bahagian yang lainnya pula. Hinggalah talian terputus sendiri.

Gua fedap.

Terus gua telefon bank tersebut tetapi kini di cawangan PERDA di mana pinjaman perumahan gua dibuat. Selepas talian disambung ke bahagian lain (lagi), akhirnya gua berjaya bercakap dengan pegawai bank. Namun gua diberitahu yang cawangan di situ tidak mempunyai akses lalu gua disambungkan pula ke cawangan besar negeri di Jalan Mecalister.

Tiap kali talian gua disambungkan, tiap kali itulah gua terpaksa mencheritakan berulang-kali situasi yang sama. Di sini mulanya gua disambungkan ke bahagian Pinjaman Perumahan. Jenuh menunggu sampai talian terputus (lagi). Bila gua ulang dail, terus gua mintak bercakap dengan bahagian Pinjaman Perumahan. Di sana, gua diberitahu pulak bukan di situ bahagian yang gua perlu hubungi tapi bahagian Maintenance.

Ini yang paling menarik sekali. Gua disuruh tunggu di talian, tanpa ditekan butang “mute” atau yang sewaktu dengannya, jelas kedengaran dialog di antara pegawai yang sedang menjawab talian gua bersembang dengan pegawai yang lain. Gua dengar yang pegawai berkenaan berkata, “tak boleh print” kepada rakan sekerjanya. Lama! Lama gua tunggu. Darah mula menyirap.

Mungkin teringat yang gua masih di talian, barulah pegawai berkenaan bertanyakan masalah gua. Geram!

“Boleh saya tau nama cik siapa?” tanya gua.

“Kenapa nak tau, ya?”

Wah! Kemain soal gua balik! Gua nak tau sebab gua nak report! Macham ni ke layan pelanggan? Ya tuhan. Pakkal je masalah tak selesai lagi. Nak sembur pun dah tak kuasa! Ingatkan bolehlah selesai ropanya tidak jugak. Gua bukan mintak apapun. Cuma gua mintak diberitahu berapa amount faedah pinjaman yang perlu dibayar tiap-tiap bulan sebab gua tak dapat notis apa-apa selain daripada dua SMS sebelum ni. Kalau amount nya tetap lainlah tapi ini berubah tiap-tiap bulan! Kalaupun notis melalui surat dah dihantar ke alamat rumah, musti gua terima tapi ni TAKDAK!

Disuruh pulak gua telefon ke Head Quarters sebab katanya cawangan tak ada kuasa nak keluarkan notis. Bedebah betul!

Apa ke payahnya sangat ni?

Terpaksalah telefon ke Head Quarters semula. Mujurlah akhirnya ada pegawai yang boleh bekerjasama dan berikan jalan penyelesaian. Bukannya tak nak bayar, tapi kalau dah tak tau jumlah berapa nak kena bayar pun haru jugak.  Bayar membuta tuli.

Kadang-kadang mungkin nilah satu salah sebab orang  malas nak berurusan dengan khidmat pelanggan di badan-badan kerajaan. Sudahlah dilayan macham bola ditendang ke sana-sini, tidaklah pulak reti nak berkomunikasi dengan cara yang elok. Itupun nasib baik gua telefon, kalau berhadapan sendiri dengan pegawai yang tak reti nak senyum muka masam mencuka lagik la sakit hati.

Dan boleh agak bank mana?

2 thoughts on “Ditendang bagaikan bola

  1. Hahaha “kenapa nak tahu ya?” ini mmg ayat gomen, sbb normal untuk org tahu dgn siapa kia bercakap dan lebih sopan dan hormat kalau pangil dengan nama, dan ya memudahkan kalau nak buat report=p org gomen jerk kalau kol suka pangil puan dan bukan nama @___@

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s