Esok jugak gua kawen!

Semenjak dua menjak ni, kemain lagik soklan yang sama berkumandang. “Bila nak kawen?”, “You punya giliran bila lagi?”, “Nak tunggu apa lagi kalau dah ada calon?” and yada yada yada.

Kepada rakan sebaya yang dah bertunang/berkawen, itu tidak bermakna lu punya lesen penuh untuk bertanya soklan sebegitu, ya? Sebab sebelum sampai giliran lu, tak kiralah cepat atau lambat sure lu pun tak suka ditanya soklan cepu cemas camtuh, kan? Musti terpisat-pisat jugak nak menjawabnya, kan?

Memanglah niat sekadar nak bertanya. Manalah tau, silap-silap gaya kad jemputan dihulurkan. Itu kalau ya. Kalau tidak? Tidak ke serba-salah tuan punya badan nak menjawab?

Kenapa ya? Kalau dah ada kerja, dah ada calon, dah berkawan lama mudah sangat orang tanya bila nak kawennya? Tipulah cakap, kalau tak pernah terfikir nak kawen. Semua orang nak hidup dengan pasangan masing-masing. Tapi pernah terfikir tak yang mungkin dia masih ada tanggungjawab lain?

Tanggungjawab yang sukar untuk dia kongsi dan ceritakan kepada orang lain. Selalunya tanggungjawab kepada ahli keluarga. Bukanlah dengan berkahwin tu akan menyebabkan tanggungjawab terabai. TIDAK. Tapi mungkin sukar untuk menjadi adil. Terkadang dalam diam, mungkin ada hati yang tersentuh kerna sedikit sebanyak selepas berkahwin cara hidup tidak lagi sama seperti bujangnya.

Kalau bukan kerna tanggungjawab, mungkin ada masalah lain.

Eh. Pada perempuan kawen menyelesaikan semua masalah. Lelaki pula, berkahwin adalah bermulanya segala masalah🙂.

Boleh jadi ada halangan dari pihak keluarga. Berkahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Nak hidup dengan pasangan masing-masing bukan sehari dua. Perlu restu dari keluarga kedua-duanya. Senang ke hati kalau tahu keluarga tak bersetuju? Sanggup ke nak buang keluarga, semata-mata kerna chenta?

Mungkin masalah lain yang kita sendiri tak tau kalau bukan dengar dari mulut tuan punya badan. Susah.

Dan seorang kawan gua pernah berkata, mungkin jodohnya tiada di donia ini lagi. Mungkin jodohnya dah mati. Kalau tidak, masakan ada yang masih bujang hingga ke akhir hayat?

Benar. Allah telah tetapkan jodoh untuk setiap makhluknya. Cuma kita perlu berusaha. Jadi siapa kita untuk persoalkan orang lain kenapa tak berkahwin lagi? Itu semua sudah ketentuan Tuhan. Cepat atau lambat. Kalau bukan jodohnya di donia fana, mungkin jodohnya sudah menunggu dia di sorga.

9 thoughts on “Esok jugak gua kawen!

  1. Sama le kite akak manis…letih nk tepis soklan cepu gangsa camni. Last2 sng je i jwb ‘dh kawen senyap2 9thn lps’
    Klu dh sampai jodoh…ke pelamin jua akhirnye.

  2. suka entri dinda kali ini.. setiap org tak sama waktu pertemuan jodoh. tak perlu la sibuk2 nak tanya bile nak kawen. satu lagi yg kali paling menyampah bile org dok sebut “hidup dah sempurna bila berkeluarga dan ada anak”, abis selama ni hidup kau tak sempurna ke? kdg2 kene pikir hati org lain. jgn sbb kau tgh sangat bahagia ngan anak dan pasangan sampai kau tak sedar tingkah laku dan tutur kata boleh melukakan hati org yg mungkin jodohnya ntah bile nak sampai. dulu pressure jugak org asik ckp mcm tu. dah sempurna. bila nak kawen. hidup berkeluarga ni lg bermakna bla bla bla.. sknag.. just talk to my hand n i dont care anymore.. selama ni hidup kite penuh bermakna jugak dgn kasih syg dari keluarga terchenta dan kawan2… kan..

    *panjang lebar lak komen i hahahah

    • dalam tak sedar, memang soalan-soalan dan kata-kata sebegitu boleh melukakan. jangan sesekali membandingkan hidup kita dengan orang lain. dinda syukur masih dikelilingi dengan keluarga, teman-teman dan orang yang ikhlas sayangkan diri ini walaupun tidak sesempurna mana. ada yang lebih malang nasibnya dari kita, kan?

  3. skrg sy jawab “insyaAllah tahun depan” lepas tuh semua gedik2 tanya “woahhh dah ada calon ke” sangat mcm F#@% kannnn??!! hahaha tapi kadang2 soalan xkreatif nieh buat minda bawah sedar nak bagi jawapan yg kreatif =D

  4. insyallah i kawen samada sabtu or ahad.. jmput la dtg. tp jgn ditanye dgn siapa, bln bile n thn bile.. nk request jasjamal nyanyi lagu fevret zaman kanak2..bley? jgn lupa dgn gaya goyang skali ek.. ~evil grin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s