Dejavu Di Kinabalu

Gua tahu cherita ini adalah arahan dari Erma Fatima. Kerap kali di Twitter beliau mengkhabarkan sedang shooting bersama-sama pelakon dan krew di Gunung Kinabalu. Betapa mencabarnya untuk mendaki sampai ke puncak. Pelakon utamanya adalah Tiz Zaqyah dan Aqasha.

Isnin lepas drama itu mula bersiaran jam 7 malam di TV3. Sempat jugaklah gua tonton sambil melepaskan penat. Tidaklah memberikan sepnuh perhatian. Tapi terusik jua dengan lakonan bersahaja Aqasha.

Entah. Tersuka pulak gua tengok si Aqasha ni berlakon. Bersahaja. Suka benar mengusik. Nakal. Comel.

Selasa dan Rabu tak pulak berkesempatan untuk menonton. Tadinya, gua pulang dari kantor bertemankan cahaya matahari. Bukan lagi dengan cahaya bulan dan bintang yang menerangi gelap malam.

Oh, jalan cherita semakin berkembang. Si Rebecca Nur Islam seorang kakak yang kuat cemburu. Lebih-lebih lagi dengan adik sendiri. Berkerut-kerut kening tiap kali bercakap. Dia ni tak pernahlah nak bawak watak baik sikit. Tapi kalau watak baikpun, belum tentu gua nak yakin. LOL! Tiz Zaqyah begitu manis sekali. Tunangannya pula begitu penyayang sehingga kadangkala kelihatan seperti terlalu mengongkong. Tapi kachak juga ya?! Dan Aqasha, masih nakal mengusik. Begitu sarkastik.

Lagu latar nyanyian Melly Goeslow begitu indah didengar apabila tiap kali dimainkan.

Episode depan nampaknya begitu menarik. Gua risau akan ketagihan mengikuti drama ini. Risau pulak hati kalau tersuka kat Aqasha. Eh. Maksud gua, dengan lakonan bersahaja dan wataknya itulah! Tee-hee. Laki oranggggggggggg.

4 thoughts on “Dejavu Di Kinabalu

  1. ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha dan ha !! da cakap, die blakon best ..da terusik sejak tgk gemersik kalbu itu ari lagi tau !! ke gemersik rindu ? gmersik buluh perindu ? pape..tp die blakon best hokei .. wah..akan ada review kah ?

    • setuju! walaupun i tengok tak secara isitqamah, tapi memang jalan cerita dan lakonan Dejavu di Kinabalu ni memang mantap. mungkin kena tengok kat Tonton lepas ni. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s