Aku sepasang baju biru

Kemain seronok bilamana skuad Azzurri berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Mungkin bakal bertemu dengan France nantinya. Oh, jika benar begitu samalah seperti ulangtayang FIFA World Cup 2006. Masih ingatkan insiden Zidane memberikan sebuah tandukkan padu ke dada Materazzi? Tahun di mana Italy menjulang kejuaran.

Dan memandangkan perlawanan tamat jam 5 pagi, agaklah liat untuk gua bangun. Masalah besar jugak bila baju kerja tidak digosok awal-awal. Mulalah terkocoh-kocoh.

Laju sahaja gua menyambar sepasang baju berwarna biru. Ahh..molek sekali. Biru adalah warna skuad Azzurri. Perlambangan yang cukup indah di situ. Kena. Molek. Cocok!

Gua keliru. Baju yang gua ambil itu sebenarnya kelihatan tidak perlu digosok. Tapi dek kerna kelupaan kerna tidak memakainya terlalu lama, fabrik yang kelihatan kedut seribu itu gua gosok jua. Dan hati mula tak sedap bilamana bajunya semakin kelihatan licin semacham tanpa kedutan. Namun gua masih meneruskan gosokan.

Usai menggosok, gua sarung ke badan. Terasa janggal dengan kebesaran baju yang gua kira seperti kelambu. Rasanya dahulu tidaklah sebegini saiznya. Masa makin suntuk. Buru-buru gua keluar dari rumah menuju ke pejabat.

Sampai di pejabat, gua rasa canggung. Terus gua bertanyakan kepada Alang. Dia tahu kerna pakaian ini dia yang beli di Little India, Pulau Pinang.

“Baju Pubjabi awak tu memang tak payah gosok. Fabrik dia memang jenis kedut.”

PETIRRRRRRRRRRR!!!

Kesannya adalah tidak mungkin dapat diterbalikkan. Irreversible effect. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Buruk padahnya kalau terlebih rajin menggosok baju.

Gambar baju biru sedondon di suatu masa dahulu bersama-sama abam yang siap bersampin dan bersongkok baldu. Suatu masa dahulu, gambar tahun lepas semasa menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kelana Jaya.

Hari ini sudah bertukar menjadi kelambu.

Dan nun di Pulau Mutiara, gua tau Alang gelak bersahut-sahutan. Keji!

3 thoughts on “Aku sepasang baju biru

  1. Baju biru kamo buatkan sy rasa nak bertema biru raya tahun nieh! Hurmmmm.. Tapi di mata masih nampak pink itu sweet dan merah menarik.. Aishhhh + kasut raya dah beli kaler merah mcm mana??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s