Sepetang di Damansara

Kalau namanya sudah lajak ke sini, adalah mustahil untuk tidak menjadikan Restoran Ikea sebagai tempat persinggahan untuk mengisi perut. Begitulah jugak halnya dengan Sabtu lepas. Kepingin!

Usai mengisi perut, berjalanlah Kak Mas dan gua untuk meneruskan aktiviti seterusnya menonton Madagascar 3: Europe’s Most Wanted. Masa ni Kak Ayu dan Kiza sudah beransur. Cuma bersama-sama memeriahkan majlis ketika makan tengah harinya sahaja.

Terpaku gua saat masuk ke ruang legar The Curve. Bunyi petikan piano yang amat merdu. Lagu “Aku Hanya Pendatang” nyanyian Francesca Peter dialunankan begitu menyentuh perasaan. Terus gua mencari si pemain piano. Di situ dia. Sedang memetik grand piano dengan begitu emosi dan penuh penghayatan. Dan begitu juga dengan jari-jemarinya yang begitu laju menekan tiap not di piano itu.

Selesai petikan lagunya, dengan penuh tunduk hormat si pemain piano mengucapkan terima kasih. Bukan berasal dari Malaysia, dari Korea Selatan katanya.

Ahh.. betapa petikan pianonya membuatkan gua terpana.

Terlalu mudah hati ini terusik dengan alunan muzik yang satu itu. Bukan hanya alunan muziknya sahaja, malahan attitude seorang pemain piano itu sendiri.

Tapi sayang. Tak ramai yang sudi berhenti untuk menikmati alunan muzik sebegini. Jarang yang sudi menghargai alunan muzik instrumental kalau nak dibandingkan dengan muzik pop. Sayang.

2 thoughts on “Sepetang di Damansara

  1. 1-Menu di ikea sangat ahhhh.. @___@
    2-lelaki bermain piano dengan alunan melodi yg mendayu.. Ahhhhh bole merenung tanpa berkelip!! **terus bukak vid abg ponti!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s