Subtle subtitle

Tak gua nafikan, memang sedari kecik gua jarang benor nak tengok filem dan drama Melayu melainkan filem Melayu Klasik hitam putih jaman [read: zaman] Jalan Ampas. Masalahnya, Mak suka tengok channel Melayu sebab katanya dia tak paham kalau cerita omputeh.

Gua pun bukanlah paham sangat. Cuma mengharapkan sarikata yang tiap kali akan tertera di bawah skrin kaca tv. Kadang-kadang haru jadiknya bila sarikata ‘lari’ atau hilang terus.

Walaupun skang ni dah boleh paham sepatah-dua apa yang diomelkan oleh watak-watak sekalian, tapi gua nak jugak ada sarikata. Maklomlah, gua ni lidah belacan, lidah budu, lidah tempoyak.

Tak kisahlah filem Inggeris yang slang American English ataupun British English sarikata itu sangat penting. Bukan senang nak paham slang omputeh ni. Nak plak listening skill gua memang sah sah ke laut. Kalau ada sarikata tu, bolehlah jugak gua tau menatang apa la diucapkan. Kadang-kadang perkataan tu gua tatau pun. Disebabkan dah tertulis kat situ dengan ejaan, gua carik maksudnya dalam kamus. Secara tak langsung, gua belajar perkataan baru. Boleh jugak dengar pronunciation yang betul.

See..siapa kata menonton tu adalah sia-sia?!

Tapi kan..gua suka British English. Feel like a sir bila konon-konon ikut style Harry Potter cakap. Bersembur air liur! Keh keh keh.

Minggu lepas TV2 tayang The Matrix. Perghhh..kekasih lama tuhhh!! Masih lagi gua rasa sexcited, masih lagi punya perasaan chenta terhadap abam Keanu. Auuuwww! Masih gua ingat, kali pertama gua tengok filem ni masa gua umor 13 tahun. Macham nak pecah kepala otak nak pahamkan apa menda si The Wachowskis punya falsafah dan ideologi.

Bila tak paham, gua tanya Abang. Contoh, dalam scene Neo dan Trinity nak coba selamatkan Morpheus dari Agent Smith. Bila banyak sangat soalan gua tanya kat dia dan dengan yakinnya beliau menjawab, “Derang nak carik biskut kering.”

Nampak sangat Abang pun tak paham!

.

i.Z.Z.i.e:

Tutorial untuk download subtitle akan menyusul ^^.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s