Kuda ku lari gagah berani >.<

Gua pulang ke Pekan Sabtu lepas, melawat nenda. Kangen benar rasanya. Gua kira jam 9 pagi bertolak dari Kuala Lumpur sudah dikira awal, tapi jangkaan gua meleset. Di tol Gombak kereta sudah berpusu-pusu. Oh, mungkin kerna hari liburan. Makanya ramailah yang keluar dari kota Kuala Lumpur.

Gua teruskan pemanduan berseorangan. Jalan yang berliku sepanjang Gombak-Bentong-Karak menuntut gua memberikan 100% fokus di atas jalan. Tambahan pulak kereta banyak, nak mencuri-curi jalan pun tak bisa. Gua kekal di lorong kanan. Jangan tanya berapakah jarum di speed meter *uhuk uhuk*.

Gua jeling cermin padang belakang. Pelik jugak. Kenapa kereta yang berjujuk di belakang gua semuanya masuk ke lorong kiri. Gua teruskan lagi pemanduan. Hati mula tak sedap. Kereta di lorong kiri masih bergerak mengikut giliran. Gua jeling lagi di cermin.

Kereta merah yang kelihatan begitu rendah, begitu hampir mencecah jalan raya. Dari jauh gua nampak betapa pantasnya kereta merah itu memecut. Semakin hampir, semakin dekat dengan Cik Pinky gua.

Jilaka punya Ferrari! Gua tak suka diperlakukan sedemikian rupa! Nebes tau!!

Pantas aja gua berikan signal ke kiri. Tak sanggup lagi gua melihatkan refleksi kereta itu dari cermin belakang dan cermin sisi. Terkedek-kedek Cik Pinky ke tepi.

Ferrari merah itu laju memecut. Diikuti dengan sebijik lagik Ferrari putih berbelang merah hijau. Diekori Lamborghini hitam. Bergegar kereta gua rasakan dek kerna ngauman enjin si kuda dan si lembu jantan. Kecik ati T____T.

Di hadapan, gua nampak jelas si merah, si putih berbelang dan si hitam mencilok-cilok di antara kereta-kereta sekalian dengan kelajuan yang gua rasa kecut perut nak tekan pedal minyak dengan keadaan jalan yang bagai ular kena palu tu.

Kussssssssss semangat.

Sampai di LPT adalah masa yang ditunggu-tunggu. Sinilah je lah jalan yang mampu nak memecut laju. Sedang enak menekan pedal minyak, sekali lagi gua nampak imej si merah semakin hampir.

Ferrari ni lagik! Tadi berhenti berak kat mana lama sangat hoi??!!

Mengalah lagi Cik Pinky. Bergegar lagi saat setiap satunya melepasi. Kecik ati dua kali!

.

i.Z.Z.i.e:

Gua kena saman speed trap lagik. Benci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s