Pagi yang gelap, kini sudah terang

Huwarghhhh.. Rasanya dah patploh juta kali gua menguap. Terasa akan menjadi zombie sepanjang hari ni.

Salam wahai kalian semua.

Gua ni bukanlah jenis morning person. Benda yang paling mustahil yang nak dibuat adalah bangun pagi. Dari sekolah sampailah dah besar panjang lebar cenggini pun masih lagi tak berubah. Gua adalah manusia paling liat nak bukak mata di pagi hari.

Kadang-kadang tinggi sungguh cita-cita gua nak bangun pagi, nak tengok sunrise, nak dapat vitamin D, nak jamu mata dengan kehijauan yang menyegarkan. Ataupun menyapu embun-embun pagi yang menitik di hujung rumput. Tiap kali itu hanyalah anganan sahaja.

Sebab pastinya gua akan bangun setelah matahari naik bergalah-galah di langit.

Kalaupun gua tido awal di malam harinya, masih lagi sukar untuk bangun awal. Melainkan kalau ada program berjalan-jalan. Secara otometik, bisa aja gua celikkan mata.

Ye, pagi ni gua bangun awal. Awal daripada norma kebiasaan. Gaya hidup akan sekali lagi berubah selepas ini. Ececece. Agak sesuatu di situ.

Sungguh! Sungguh gua respek kepada ibu-ibu yang tidurnya lambat tapi bangunnya awal. Kadang tu siap dengan sediakan breakfast untuk suami dan anak-anak. Cikai-cikai dia bangun pukul 5. Abis, pukul berapa dia tidur? Itu belum lagi masuk bulan puasa. Macham mana ya sesetengah orang boleh tidur kurang daripada 5 jam sehari? Kalau gua, maunya dah pening-pening berpinau bijik mata.

Kalau perlu memilih antara mengisi perut yang lapar dengan tidur, gua akan pilih tidur. Kalau Mr.K ajak breakfast, gua akan pikir banyak kali dulu. Kalau keluar breakfast 10am++, barulah gua setuju.

Eh, gua ngantuk. Nak minum kopi kang, gua gastrik pulak. Ubat untuk mengantuk ni ada satu sahaja; -tidur. Gua nak gi carik port kejap. ZzzZzzz..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s