L’Arc~en~Ciel World Tour 2012 (Bangkok, Thailand)

Semua kegilaan ini berpunca daripada kanda Massabrina. Kalau dahulu gua hanyalah menonton filem Nana dan menyukai lagu Glamorous Sky nyanyian Mika Nakashima. Lama dolu, dalam tahun 2006. Tapi kemudiannya, kanda telah meracuni dinda dengan menunjukkan siapakah pencipta sebenar lagu itu. Dan juga menunjukkan video si pencipta itu menyanyikan sendiri lagu ciptaannya.

PITAMSSSSSSSSS!! Ah, pandangan mata itu yang menusuk tepat ke dalam hati dinda. Dan betapa machonya kanda ketika memainkan gitar. Bonus 9000 markah sebab tak pakai baju. Meoooowwww!

Mata bertentang,

Hatiku mulai mendatang,

Siang dan malam,

Terbayang-bayang.

Kerna sering disogokkan dengan lagu-lagu dan video-video nyanyian kanda, tak dapat dinda nafikan lagi akan kebenaran yang hati ini sudahpun terkena panahan asmara. Suara kanda yang begitu lunak, pandangan mata kanda yang tajam menikam, bibir kanda yang begitu mungil membuatkan dinda menjadi panasaran!

Kanda Hyde, aishiteru!

Bagaikan bulan jatuh ke riba, perkhabaran dari kanda Massabrina (self-proclaimed wife to Hyde *matiklah kena sumpah lepas ni*) yang L’Ar~en~Ciel (“The Rainbow” in French a.k.a Laruku) akan mengadakan World Tour Concert sempena ulangtahun ke-20 penubuhannya. Venue yang paling dekat; Bangkok, Thailand.

Makanya, berbodong-bondonglah penchenta-penchenta Laruku dan Hyde ke Bangkok semata-mata untuk melihat dengan mata kepala sendiri nyanyian kekasih hati.

Sambil membaca majalah dalam pesawat AA, mata tertancap kepada keratan berita ini. Sedikit kesilapan di situ. Konsertnya bukan pada 2 Maret tapi 7 Maret. Perasaan yang terlampau sexcited susah nak diungkapkan. Tak sangka akhirnya akan dapat bertemu dengan pojaan hati.

Sampai sahaja di kota Bangkok, terus menuju ke Novotel Hotel IMPACT. Hati makin berdebar kerna masing-masing tahu yang Laruku dan kanda Hyde sudah dekat benar. Sama-sama menghirup udara di kota Bangkok, dipayungi langit yang sama. Selesai bersiap ala kadar, terus sahaja penchenta-penchentanya menuju ke Impact Arena.

Memang terlalu dekat! Tak perlu bersusah payah nak naik teksi atau tuk-tuk sebab kedudukan Hotel Novotel memang betul-betul bersebelahan dengan Impact Arena. Peminat sudah mula membanjiri stadium. Dan suatu pengalaman dan pemandangan baru untuk gua. Peminat di sini memang hardcore, datang ke konsert siap dengan kostum. Macham-macham gaya, ada yang pelik, ada yang betul-betul sejibik macham kanda Hyde.

Tercarik-carik jugak dalam lautan manusia tu, kot-kot lah ada rakyat Malaysia. Tapi kami hampa. Wajah memang hampir sama, tapi bahasanya berbeda. Satu hapah tak paham. Oleh yang demikian halnya, kitaorang bebas bercakap dalam bahasa ibunda sekuat-kuat suara. Ha ha ha. Takdak siapa yang paham, pedulik apa!

Tiket konsert kat sini dibuat macham kad Touch n’ Go. Memang elok sangatlah nak dijadikan kenang-kenangan. Merchandise Laruku pun banyak dijua macham pisang goreng panas. Sehelai t-shirt pun dah THB 1000, belum barangan lain lagik. Tapi sold out semuanya! T-shirt yang gua nak tak ada size. Hampa!

Adalah perlu untuk mengabadikan kenangan bersama-sama kanda terchenta. Tak dapat tuan punya badan, poster pun jadiklah!

Dan sementara menantikan jam 7pm, perut perlu diisi sebagai penjana tenaga untuk menjerit dan meroyan-royan nantinya.

4 Dara duduk di tepi stadium. Duduk melepaskan lelah sambil makan..

Gua suka gambar di bawah ni. Gambar mak tiri dan gua tunggu kat pintu masuk. Dah penat sangat. Tapi nampak macham kitaorang tengah berbincang dari hati ke hati. Berbincang soal hati dan perasaan.

Sebelum meroyan dan sawan. Wajah nampak tenang, tapi dalam hati bergelojak.Tengah kitaorang sexicted sembang sama sendiri, tetiba kapel kat sebelah tegur.

“Dari Malaysia ke?”

“A’ah. Korang pun?”

“Ya!”

“Kitaorang ingat, kitaorang empat orang je dari Malaysia. Cari orang lain, semua cakap Thai. Tak pahammmmmmm.”

Jejak kasih di bumi Thailand. Itu baru kat Bangkok, kalau tercampak kat Rusia tataulah macham mana reaksi. Mau berpelukan sambil menangis.

Saat yang dinantikan telah tiba. Nama setiap ahli kumpulan Laruku disebut satu per satu. Tiap satunya disambut dengan sorakan. Semustinya sorakan paling hebat bergema apabila nama Hyde dilaungkan.

Oh Tuhan. Dada bagai nak pecah waktu tu.

Terus aja lampu sorot terarah ke arah pentas. Dan di situ, berdiri megah kanda Hyde, Ken, Tetsu dan Yuki. Gua peluk kanda Massabrina, air mata turun jua. Oh kanda Massabrina, Hyde berdiri di hadapan mata kita. Terlalu jelas dan nyata *sebak*.

Dan alunan suaranya yang lemak merdu itu mula bergema. Tiada kata yang dapat gua gambarkan perasaan ketika itu. Bagaikan mimpi!

Hyde, sememangnya seorang penghibur yang begitu pandai mencuri hati peminatnya. Terkenal dengan karektornya yang suka flirting dan teasing secara maksimum tahap dewa-dewi peminat-peminatnya dari atas pentas. Seluruh stadium macham terkena histeria. Lebih-lebih lagi dinda-dinda empat orang di situ.

TENGOK!! Sengaja kanda memberikan flying kiss sambil memuncungkan bibirnya yang mungil. Memang mintak diciom!!

Sepanjang persembahan, memang beliau tidak duduk diam. Kejap-kejap menari-nari, meliuk-liuk badannya mengikut rentak lagu. Kemudian ke hujung sisi pentas. Maka histeria lagilah peminat di situ. Sempat jugak kanda Hyde ambil lampu glow-in-the-dark daripada salah seorang peminatnya di situ, kemudian memusing-musingkannya di tangan.

Bikin dinda sawan! Puncak tahap meroyan berlaku apabila lagu Kiss Kiss didendangkan. Ya Tuhanku, begitu menggoda! Sengaja direbehkan baju hingga menampakkan bahunya yang putih gebu. Nasib baik kanda tak bukak baju tau! Kalau tidak, mungkin keluar dalam berita di tanah air dinda yang seorang (mungkin dua orang, atau empat orang) dimasukkan ke hospital di Bangkok kerana menerima kejutan jantung di usia yang muda.

Vokalnya memang terlalu mantap! Di usia 43 tahun, beliau begitu berstamina sekali, begitu bertenaga. Sudahlah muka tu macham budak 16 tahun! Langsung tak dimamah usia. Beliau boleh menyanyi dengan lagu yang punya high-key note, dan sesaat kemudiannya boleh menyanyi dengan low-key note. Macham Chester Bennington (Linkin Park)!

Kalau dinda, mahu terbatuk-batuk. Silap-silap gaya terus hilang suara.

Sempat jugak Hyde, Ken dan Tetsu berkomunikasi dengan peminat dalam bahasa Thai. Namun apakan daya, sepatah haram kitaorang tak paham. Cuma boleh paham yang peminat-peminat semua menjerit bagai tersampuk tiap kali kanda berkata-kata

Lunak merdu sungguh suara kanda. Macham halwa di telinga dinda ini seadanya.

Lagu terakhir sebagai penutup, Niji. Diiringi dengan bulu-bulu putih yang jatuh dari atas. Perit benar perpisahan dirasakan.

Bulan Disembar 2011 gua pergi ke Konsert Fenomena Search, di bulan Januari pula ke Konsert Awie & Ella. Tapi inilah konsert yang paling puas dan terbaik! Berbaloi dengan tiap ringgit dibelanjakan untuk merealisasikan impian menyaksikan konsert kumpulan rock dari Jepun ini.

Kami tidur dalam senyuman, sambil terngiang-ngiangkan setiap nyanyian Laruku.

4 Dara bangun dengan senyuman..

Sebelum pulang, isi perut dulu. Kat sini takde air Milo tapi Vico. Sumpah sedap melampau Vico kat McD sini.

Perasan tak cincin kitaorang sama? He he. Souvenir dari Hard Rock Jakarta. Bukan cincin aje yang sama, charmed bracelet jua.

Walaupun pergi ke Bangkok hanya untuk menyaksikan konsert, tapi puas. Dalam pesawat menuju ke KUL, ramai rupanya rakyat Malaysia yang turut sama-sama ke konsert Laruku. Macham mana tahu? Tangan masing-masing jelas menampakkan cop sebagai bukti untuk masuk ke dalam stadium semalamnya.

Oh, gua jumpa Maya Karin. Kebetulan dia naik pesawat yang sama. Chantek woahhhh!

World Tour t-shirt yang gua idam-idamkan akhirnya dapat jugak. Sebab kanda Massabrina ke Singapura untuk menonton konsert Laruku di sana bersama-sama adik manis dan Jon. Tak puas memadu asmara dengan suami di Bangkok lettew! Aishhhh, kalaulah dinda dapat ikut ke Singapura tempoh hari.. Masih tersisa kekesalan di jiwa.

Ya! Atas permintaan peminat-peminat, Laruku memasukkan Singapura dan Jakarta ke dalam senarai World Tour mereka. Tapi Malaysia nan ado! Kecik hati dinda tau!

Kenangan indah tercipta di Bangkok. Ayuhai mak tiri dan adik manis, korang buat apa kat belakang tu ha??!! Oh, itu jaket dari Jakarta. Tee-hee.

i.Z.Z.i.e:

Jang Geun Suk pun suka Laruku, tau!

16 thoughts on “L’Arc~en~Ciel World Tour 2012 (Bangkok, Thailand)

  1. ABAM!!!!!! Tercapai cita2 nk tgk abam hyde…bukan sekali plak tu, 2 kali!!!! KISS KISS!! Hehehe!
    Suke gamba kite atas katil tu. Kalau ade abam kt tgh2 lagi best ahaks!

    • tak tau nak menggedik ke tidak bila sebut KISS KISS tu. kang terkena sumpahan si isteri lagek *jeling kak mas*.

      sangat jelly ok kat adik manis n kak mas sebab dapat gi tengok 2 kali abam hyde. dahlah kat singapore dia tersasul-sasul. comel!

      kalau abam kat tengah=tengah, adik terus tarik dia masuk dalam selimut. yang lain sila pandang je ye. hahaha!

  2. kalau abam kat tengah=tengah, adik terus tarik dia masuk dalam selimut. yang lain sila pandang je ye. hahaha!<— rasa2 kami semua akan pandang je ke? hehehe… rindunyaaaaaaaa masa ni kan.~ nak KISS KISS jugak la hehe

  3. heheh. fellow malaysian yang pergi tgk konsert laruku. jumpa blog ni masa mengoogle hyde. bestnya korang tgk pergi bangkok. im rid.🙂 hari tu i pergi london. best best. i bawa binocular, vip seating, pastu hyde stared into the binocular. zzzzaaaap. hati macam kena eletric shock.🙂

    • hi rid!!

      you tau tak, menjerit kak mas & i bila baca komen you ni!!!
      you tengok dia kat London ke?!! I IS JELLY!
      ahh..pandangan matanya itu memang tajam menikam! terus menusuk ke kalbu dan kekal di situ..

      nice to meet you, rid!

  4. hiks.
    tahu x susah tau nak jumpa malaysian laruku fans. nice meeting you too. masa mula2 baca entry ni ingatkan indonesians tapi yayy rupanya malaysian! entry ni mmg kelakar!
    nice meeting you guys too! berapa lama dah jadi laruku fan? i sejak 2005. sekejap je dah 7 tahun. add la i kat facebook, bole borak2 lagi. Kak mas yang mana satu? add la i juga. seronok ni kenal fellow malaysian laruku fans. I kenal lagi sorang malaysian, nama dia ann. kat internet org kenal dia sbg baka neko.🙂

  5. huhu best sgt tau tgk concert laruku ni. x sangka dpt jumpa kamu2 yg suka jugak. last photo, i dgn yuu jd pelancong asing kat belakang lol!

  6. Pingback: Teda jodoh antara kita.. | i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s