Si jejaka yang setia, si wanita yang mungkir bahagia

Gua mula membaca novel sedari usia 8 tahun. Kebetulan masa masuk bilik Abang, gua ternampak sebuah novel yang bertajuk “Sampai Hati”, tulisan Mama Juwie. Walaupun masih lagi seorang kanak-kanak hingusan, air mata ini mengalir jua taktakala menghabiskan pembacaan. Sampai hati Mama Juwie, membuatkan seorang kanak-kanak yang naïf menitikkan air mata suci murni.

Gua tidak berhenti di situ. Lepas habis gua baca novel yang menyayatkan hati itu, gua terjumpa yang lain pula. Sebuah novel yang berkulit biru, dengan wajah seorang gadis chantek sebagai penghiasnya –Lagenda Budak Setan.

Bermula dari situ, gua terus suka membaca novel. Dan tak gua nafikan, banyak yang gua baca waktu itu adalah novel-novel tulisan Ahadiat Akashah.

Katerina, Kasyah Lagenda Berakhir, Cinderella ’98, Hikayat Cinderella, Sekuntum Bunga, Sekeping Kad dan Seraut Cinta, Untuk Tiga Hari dan beberapa lagi yang gua sendiri tak mampu nak perah otak untuk ingat kembali.

Hujung minggu lepas, gua terdetik untuk membaca Pilot Café.  Hampir ke pertengahan cerita, baru gua sedar yang hari sudah larut. Hampir menjengah ke jam 4 pagi. Dan memandangkan gua punya satu tabiat yang sukar dikikis ketika membaca, gua selak di halaman belakang sekali. Jalan pintas untuk tahu kesudahan sebuah novel.

Hampa!

Watak utamanya (Ameer) tidak berakhir dengan happy ending.

Terus gua tutup Pilot Café dengan sedikit rasa tidak puas hati. Terus gua coba lelapkan mata namun semua itu sia-sia. Seperti semuanya bermain jelas dalam ingatan segala watak utama dalam novel-novel Ahadiat yang lainnya.

Semuanya bermula baik di antara watak jejaka dan gadisnya. Dan kemudian bibit-bibit perchentaan mula timbul. Seterusnya timbul pula konflik. Akhirnya sebuah pengakhiran yang sentiasa menunjukkan yang si jejaka menchentai si gadis sepenuh hati, namun si gadis berpaling ke arah insan lain.

Tau tak betapa sengsaranya tiap kali pengakhiran sebegini rupa? Gua boleh hilang mood berhari-hari memikirkan betapa tidak adilnya untuk si jejaka yang setia tetapi dipatahkan hatinya. Kan dah kata yang gua ni jenis mudah benar terbawa-bawa, walaupun hanya membaca novel!

Ya, memang bisa membuatkan jiwa ini gundah gulana. Sakitnya terasa di hati ni. Mungkin terlalu menjiwai, atau terlalu perasan barangkali. Tsk.

Cuma satu yang gua rasa yang begitu membezakan Ahadiat Akashah daripada penulis-penulis novel yang lainnya. Deskripsi. Deskripsinya begitu vivid.Begitu nyata. Setiap perwatakan watak itu diceritakan dengan jelas, setiap ciri fizikalnya diperincikan dengan begitu terperinci. Dari segi pakaiannya, dari segi pembawakannya.

Bukan sahaja watak, malahan barangan high-end (beg, kasut, pakaian) rekaan designer dari luar negara, kereta mewah, malahan keadaan geografi serta pemandangan muka bumi turut ditulis dengan begitu dalam dan jelas.

Masih gua ingat, 9 tahun dahulu sewaktu menduduki SPM, Kertas 2 Bahasa Inggeris. Esei. Satu soalan yang begitu mencuri tumpuan. Soalannya lebih kurang meminta calon untuk menulis satu karangan tentang destinasi yang paling ingin dilawati.

Gua senyum. Bagaikan semuanya jelas dalam ruang minda, Hikayat Cinderella.

Venice, Itali.

Kalau siapa-siapa yang pernah baca Hikayat Cinderella, musti kalian tahu betapa terperincinya Ahadiat menceritakan tempat yang begitu indah itu. Gondola, Rialto Bridge, setiap pelusuk, setiap penjuru kota Venice dan bangunan-bangunan lama yang dikelilingi air.

Gua tidak pernah sampai ke Itali, apatah lagi Venice. Tapi dari apa yang gua baca, gua coretkannya semula di atas kertas kajang putih itu seolah-olah semuanya jelas berada di hadapan mata.

Keputusan SPM 2003; A1 untuk Bahasa Inggeris. Dan A2 untuk GCE-0 English 1119.

8 thoughts on “Si jejaka yang setia, si wanita yang mungkir bahagia

  1. ::buruk benor tabiat jalan pintas tu taaaauu !!! Ahadiat Akashah …yeap..penceritaannya memang begitu..terlalu jelas.. itu bachaan masa muda remaja …masa i muda remaja laaah .. ahadiat, wataknya kalau kaya, kaya benau.. mlampau2.. tp itulah keistimewaannya ..

    sayang sungguh buku LBS dijadikan filem yang batuk-batuk di tangga ..adeh ..pedih bila ngingatkan ..pedih !!::

    p/s: oit, adakah biru ungu chenta pong di skip2 ?

    • betul..wataknya kalau kaya, memang kaya tahap dewa-dewa. kereta mewah berderet-deret. bukan sikit-sikit punya kaya lagik dah.

      filem LBS? ahh..takmo cakap dah. fin!

      biru ungu chenta i tak skip tau! i baca dari mula sampai abis. cuma dah hujung-hujung tu, memang ada lah jugak i selak page belakang. tak sabar la nak tau ending macham mana. hehehe.

  2. owh sdh lama tdk mninggalkan jejak kaki dicni..
    Pilot cafe itu mmg xagk tdk adil jalan critanya..cian si ameer yg sdh byk bhabis dmi maya akhirnya dtgglkn hnya kerna mau menjejak kekasih lama..wtfffff

    as i said b4..hikayat cinderella is amazing!!wlaupon joey si hero itu trt tamamt riwayatnya di akhir cerita..mencikkkk!!

    • kachak, tinggi, kaya, bergaya dan WANGIIIIII. ohhh..itu semua karektor wajib untuk jejaka dalam novel-novel ahadiat.

      si joey tu dah lah arkitek, design sendiri rumah dia, pagar pun dia gunakan kayu balak ala-ala lodge gitewww. pastu pelamin pun reka sendiri. ahhh..sayangnya pengakhiran sangat menyayat hati. ahadiat sangat tak adil! sob.

  3. rasa cam nk gelak terguling bila baca post nie…sebijik mcm aku time jwb exam spm 2005 paper b.i…n most important aku pun pencinta novel especially ahadiat punye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s