melepaskan lelah di tanah tinggi yang indah, Cameron Highlands (sipi-sipi je nak jadik Nora Elena)

Perlu sedia maklum, bahawasanya gua memang banyak entries yang berjulat basi tahap ulat-ulat nangka. Masa tengah rajin ni, gua tepeklah mana yang sempat. Eheh, mood menulis kembali menjengah.

Ni bulan sudah punya cerita-ceriti (taik mata buat inti). Oh, it rhymes! Disebabkan trip ke HKG dibatalkan di saat-saat akhir, takkan nak bior saja coti yang dah diambik tu kan? Haruslah kita tukar dengan percotian yang lebih bermakna.

Ke mana? –Pulang saja ke Pulau Mutiara. Ha!

Tapi sebelum tu, pit-stop di Cameron Highlands (CH) dulu.

Nak masuk tahun ke-8 kenal Mr.K, barulah dia bawak gua ke CH. TAHUN KE-LAPAN BARU KE CH! Apa??!! Gua ekzejeret? FINE!

Pergi dengan hati yang berdebar. Bayangan kanda Seth Tan dan Nora Elena jelas bermain di ruang mata. Nak buat macham mana, imaginasi memang selalu bekerja lebih masa. Naik dengan menggunakan jalan lama dari Tapah. Jalan yang macham ular kena palu. Gua yang duk kat sebelah pun memang dah tak tahan. Tunggu masa je segala isi perut nak terburai. Patutlah Nora Elena telan panadol. Patut jugaklah kanda Seth Tan risau kot-kot Elena telan pil peracang. Ehehe.

Mr.K memberikan arahan supaya tingkap kereta diturunkan. Ternyata, udara di sini begitu segar dan nyaman. Di sepanjang jalan jelas kelihatan lautan kehijauan ladang teh Bharat. Gua pandang Mr.K lalu bertanya,

“Are we going to stop by?”

“No, we are not. Next time we’ll be coming here. This time it’s just going to be a relax vacation. We need a good rest.”

‘Yeah, right! Next time!’. Gua jawab dalam hati je lah. Tahap kesabaran perlu ditingkatkan bila berhadapan dengan manusia sorang ni. Oh Tuhan!

Sampai di Tanah Rata, sudah hampir petang. Langit di luar agak mendung. Terasa titisan air hujan. Sejuk. Sampai di perkarangan hotel, gua terkesima.

Cameron Highlands Resort (CHR). Pemandangan dijamu dengan padang golf yang menghijau serta pokok pine di sepanjang jalan. Indah!

Sampai sahaja untuk check-in di CHR, terus dihidangkan dengan welcome drink. Teh krisantimum panas. Terasa segar sekali. Dan gua cukup tertarik dengan suasana ruang lobby yang begitu tenang.

Tak perlu pendingin hawa, semuanya berkipas sahaja. Tu pun sejuk sampai ke tulang hitam. Nampak grand piano tu? Malam-malam gua lepak kat sini sambil diiringi dengan alunan petikan piano, bertemankan cahaya suram lilin. Oh, sorga!

Dan inilah pemandangan indah dari balkoni kamar peraduan gua. Dalam bilik toksah cakaplah, memang rasa takmo keluar pergi mana-mana. Rasa nak berlingkar bawah duvet dan tilam yang maha empuk sahaja gayanya.

Pemandangan malamnya jugak menakjubkan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, makanya gua abadikan dengan lensa kamera.

Ruang bersantai yang lengkap dengan perpustakaan mini dan fireplace. Senyum lebar gua melihatkan betapa selesanya kalau nak bertapa di sini.

Sekuntum mawar merah yang diberikan pihak CHR kepada gua. Lalalalala.

Persinggahan gua ke CH memang sekadar melepaskan lelah. Tidak langsung ke ladang strawberi, apatah lagi melihat kuntuman bunga yang mekar mewangi. Suma sebab Mr.K! Huh!

Tapi sempat jugaklah jamu mata dengan deretan bunga di halaman hotel. Pun jadiklah.

Apa ke nama bunga ni, eh? Sukalah! Suka!

Perjalanan diteruskan ke Pulau Mutiara. Kali ni Mr.K turun menggunakan jalan Simpang Pulai. Sempatlah jugak gua tengok dari kejauhan gerai-gerai yang sedang rancak berjualan di sepanjang jalan. Buah-buahan, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan.

“Want to get something for your mom?”

“NO!”

Itu namanya berkonfrontasi secara dingin sebab tak dapat pergi ladang teh semalamnya. Walaupun hati ni melonjak-lonjak nak berhenti kat tepi-tepi tu tapi disebabkan dah takde mood, gua pendamkan saja hasrat di lubuk hati yang paling dalam. Dan jugak sebenarnya gua menyumpah-nyumpah orang kat sebelah gua waktu tu.

Perlahan menelusuri jalan yang berjujuk dengan kereta, gua nampak Equatorial Hotel. Benarlah bagai kata kanda Seth, EQ terletak di puncak tertinggi di CH.

Persinggahan gua memang singkat. Tatau bila pulak akan berkesempatan untuk ke sini semula. Sememangnya CH amat indah walaupun belum setiap pelusuk dan penjurunya gua jelajah. Kalau ke sini lagi di masa hadapan, memang kena tahan hazab dengan jarak perjalanan.

Boleh jenguk ke website Cameron Highlands Resort untuk maklumat lebih lanjut.

2 thoughts on “melepaskan lelah di tanah tinggi yang indah, Cameron Highlands (sipi-sipi je nak jadik Nora Elena)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s