I don’t belong here. I belong in your world, at Hogwarts.

Makanya, genaplah sepurnama sudah kehilangan gua di donia maya. Eh, tidaklah hilang mana pun. Kat belog ni je yang tenggelam timbul. Medium lain masih lagik aktif dan bernyawa.

Salam wahai kalian semua. Ada yang merindui gua, si pacal yang hina?

Sudah gua bilang, April terlalu nakal. Terlalu banyak perasaan yang sengaja dimain-mainkan. Tatkala gua mengharapkan kehadiran bulan Mei sebagai sinar baru, tidak juga datangnya sebagai penyelamat. Masih lagi nakal, masih lagi mahu menduga hati dan perasaan. Masih lagi mahu menduga sejauh mana tahap kesabaran dan iman di jiwa.

Walaupun sebenarnya, sabar dan iman di dada itu tidaklah setebal mana. Hanyalah senipis kulit bawang.

Penat. Penat memujuk hati dan perasaan sendiri. Kepada teman yang sering dijadikan tempat mengadu nasib, sudah tentu kalian sedar betapa gua yang kerdil ini sudah hampir berputus harap. Sudah tak termampu untuk menangkis tiap dugaan itu.

Tuhan itu Maha Adil. Tiap ujian yang diberikan, adalah mengikut kemampuan setiap hamba-Nya. Dia menguji kerna Dia mengasihani hambanya. Supaya hambanya itu ingat akan pencipta-Nya, supaya hambanya itu mengadu kepada-Nya, dan berdoa serta merayu-rayu kepada-Nya.

Dan pengalaman itulah yang mendewasakan. Benar, payah benar untuk ditelan. Terasa tersekat di kerongkong. Nak ditelan, pahit. Nak diluah, sakit. Apa yang mampu gua lakukan hanyalah bertahan. Kerna gua pasti, pahit akan manis akhirnya.

Walaupun seringkali benar, kemanisan itu hanyalah sedetik cuma kalau nak dibandingkan dengan kepahitan yang membelenggu setiap masa. Sudah gua katakan, Tuhan itu Maha Adil. Kalau manis sepanjang masa, nanti kencing manis pula. Ye dok? Nanti lupa diri pula. Ye dok? Nanti bila rasa susah sekali-sekala, nak terjun jambatan pula. Ye dok?

Buat masa ini, boleh jua gua katakan yang gua temui sekelumit ketenangan itu. Ketenangan yang dicari-cari selama ini. Terasa seperti bernyawa kembali. Dan gua pasti, segalanya terserlah di wajah ini.

Terasa diri ini bebas dari belenggu yang begitu menyesakkan. Kaki yang terantai dan digelangi dengan kebobrokan terurai sama sekali. Memang begitu sukarnya untuk membuat keputusan. Apatah lagi apabila berada dalam zon selesa. Sukar untuk keluar dari situ untuk bermula semula dari sifar. Khuatir dengan pelbagai kesan yang akan dihadapi di hari mendatang.

Alhamdulillah. Masih ada sinar harapan untuk sebuah penghidupan. Gua harap, inilah platform yang betul untuk gua sampai ke Hogwarts. Gua harap, inilah dia Platform 9 3/4 yang gua cari selama ini.

Kuntuman bunga sebagai penyeri di kamar yang menjadi donia kecil gua. Kini. Akhirnya.

One thought on “I don’t belong here. I belong in your world, at Hogwarts.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s