posto..posto..

Perasaan menerima kiriman istimewa dari kesayangan memang mampu membuatkan senyuman terukir di bibir. Ternyata, perasaannya beda sekali dengan penerimaan by hand oleh si pemberi. Pleasant surprise. Saat menerimanya sahaja sudah mampu membuatkan hati berbunga riang, apatah lagi tatkala membuka balutan dan melihat sendiri isinya.

Ini yang gua terima dari Mr.K di bulan Februari. Sekuntum mawar merah jambu yang diapit dengan jambangan coklat, berserta dengan si dia..

Usah ditanya berapakah beratnya. Cukup gua katakan di sini, gua terpaksa pikul atas bahu bila nak bawak balik. Ye, pikul sebab terlalu besar untuk dipeluk. Beliau sangat gemok dan besar. Sehinggakan tiada ruang di atas katil untuk gua tidur. Sudahnya, tiap malam gua kena tidur di celah kangkangnya.

Oh, kedengaran agak sesuatu di situ.

Nama beliau masih belum diberi. Tapi mungkin akan panggilnya klon Mr.K sebab kedua-duanya punya persamaan. Eh.

Dan ini pula dari teman yang cukup istimewa. Cukup prihatin. Bila dikhabarkan yang gua diserang migraine dan kehabisan bekalan minyak kapak, terus dipos-kan dari Penang ke Kuala Lumpur.

3 botol. Botol besar. 14ml. Yang tiap satunya siap dilabelkan. Office, Rumah, Handbag. Terharu! T_____T

Tak cukup dengan tu, dikirimkan pula belated birthday present.Sesuatu yang tidak dijangka. Kerna semuanya bermula daripada bual-bual kosong di alam maya.

Harry Potter Boxed Set. Terharu kuasa dua di situ TT________TT

Memang dari dulu, gua tak pernah punya novel Harry Potter. Buku 1-4, gua pinjam dari library. Orang menelaah buku sekolah, gua menelaah buku fantasi. Sampai kadang-kadang terlalu terbawa-bawa. Selalu jugak gua persoalkan, kenapa sekolah kat Malaysia tak macham Hogwarts? Kan best kalo dapat belajar Quidditch, Potion, DADA, Transfigution, etc *sigh*

Buku 5-7 pulak pinjam Jijah punya masa kat UKM. Tapi nak beli memang tak. Buku saja dah dekat ratus-ratus, nak beli kang makan pasir la jawabnya. Hidup pun mengharapkan PTPTipuN.

Hujung tahun lepas ada tanya Kak Wan yang duk kat Scotland pasal novel Harry Potter ni. Kat UK katanya murah kalau nak bandingkan dengan Malaysia. Tapi paperback, children edition. Takde boxed set. Oh, kuchiwa.

Tak sangka pula dari cerita-cerita kosong tu, betul-betul diambil pusing. Tak sangka sanggup dia pusing satu Pulau Pinang semata-mata mencarikan kedai buku yang ada jual boxed set. Tak sangka. Betul-betul tak sangka.

JasJamal, tau tak yang pemberian kamo ni adalah koleksi buku yang paling saya sayang? Twilight novel series pun dah jatuh #2. Kamo buat saya menitikkan air mata di Kuala Lumpur.

Dan yang ini..yang ini..tiada apa yang dapat dinda katakan. Bagaikan bulan jatuh ke riba. Setelah sekian lama, akhirnya kanda kini di dalam pelukan dinda.

The Vampire Diaries Official 2012 Calendar. Khas diterbangkan dari UK. Kiriman istimewa dari Kak Wan. Kerna kegilaan yang melampau terhadap kanda Damon Salvatore/Ian Somerhalder, nampak je ada jual calendar ni kat kedai terus Kak Wan tanya nak ke tak?

MUSTILAH DINDA NAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Dan di atas permintaan ramai yang nak tau isi di dalamnya, gua snap sikit..

Sila perhatikan dengan teliti; February, May, July & October *ehem ehem*

TU SEMUA KANDA TUUUUUUUUUU…!!!

Dan saja gua nak bakor kat sini, siap ada Limited Edition Poster. Har har har. Gua tak berhenti senyum sampai sekarang.

Oh, terasa begitu disayangi. Di saat gua demotivated dan stress dengan keadaan sekeliling, masih ada yang sudi menceriakan. Masih ada yang sudi memberikan sokongan.

Terima kasih wahai kesayangan.

7 thoughts on “posto..posto..

  1. hehehe punya la lama tak jenguk blog ni.. ehh baru perasan namaku disebut disini.. muahaha u know what selalu gak mata ni rajin mencari mana tahu ada majalah2 atau buku2 yg ada gambaq ur beloved kanda ni cik izzie.. muahah anyway suka suka.. love yaaaa xoxo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s