Adam & Hawa – Aisya Sofea

(sila kelik imej untuk tumbesaran)

.

Dear Ez,

Gua tarak hal kalau lu nak kutuk gua. Tapi mak bapak lu toksah sentuh. Kalaupun lu tak suka baca apa yang gua tulis, lu jangan biadap sampai babitkan mak bapak. Comprende? *peace*

.

Salam wahai penchenta-penchenta Adam *senyum gatai*.

Mari kita tinggalkan aura negatif dan senyum selebar mungkin dengan hati yang berbunga-bunga riang. Sesungguhnya, minggu ini gua penat bermain emosi Turun-naik macham roller-coaster.

Lupa pulak. Sebelum melalut dengan lebih lanjut, gua nak buat satu perkara.

Wahai abam Aaron Aziz, selamat hari lahir yang ke-36.

Mak cakap, kalau suami tu beza umur dalam 10 tahun dengan kita maknanya taklah dikatakan tua. Kalau lebih dari 10 tahun tu baru betul beda. Contoh, umur dinda 26, dan umur kanda 36. Beda usia kita 10 tahun. Oleh yang demikiannya, kanda tidaklah terlalu tua untuk dinda.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!

Ampun Kak Diyana. Saya gurau-gurau mintak penampar je. Tee-hee!

Al-kisahnya gua nak bercerita tentang adaptasi terbaru yang abam Aaron lakonkan. Memang kanda ni sajak benar dengan watak novel. Hampir kesemua watak novel yang dinda angaukan, kanda pegang. Kasih Yang Suci, Ombak Rindu, Stanza Cinta, Badai Semalam, dan sekarang Adam & Hawa. Manalah hati dinda ni tak meroyankan kanda?

Adam & Hawa.

Yaaa!!! Adam & Hawa karya Aisya Sofea itu yang akan diadaptasi ke drama tv. Adam, seorang yang nakal. Suka benar mengusik Hawa. Sudahlah kachak, tinggi dan bergaya, romatis pulak tu!! Diberikan Hawa sejambak bunga ros segar, dan di tengah-tengahnya terletak sekutum bunga ros plastik. Dengan nota yang disertakan sekali, Adam menulis maksud hatinya.. (ni gua ingat-ingat lupa tapi lebey kuranglah maksudnya, eh?)

“Chenta Adam kepada Hawa akan kekal sehinggalah bunga yang di tengah-tengah itu layu.”

Memang takkan layulah jawabnya chenta kanda kepada dinda itu. Ya, dinda paham benar! I lep you too, kanda!

Dan Adam juga memberikan seekor anak patung beruang, yang diberi nama Encik Ted sebagai kenangan kepada Hawa. Eh, dinda pun ada anak patung beruang nama Encik Ted tau! Sumpah tak tipu!

nilah Encik Ted dinda ^^

.

Bukanlah kerna kanda kachak, tinggi, bergaya dan romantis sahaja yang membuatkan hati dinda bagai dirantai digelangi rindu terhadap kanda. Tetapi satu fakta yang tidak dapat disangkal sejak dari dulu adalah…

DINDA PUNYA SOFT SPOT KEPADA PILOT & LAWYER *uhuk uhuk*

Tapi pilot lebih sikit. Matiklah! Musti Kak Saloma tak suka dengan statement ni. Takkkk..takkkkk.. bukan suka pilot sampai nak menggesel-gesel. Cuma suka uniform pilot tu je. Sama macham dinda suka tengok uniform flight attendant. Nampak segak. Kalau tak, takdelah tiap kali dinda naik flight berharap dapat duduk kat aisle seat. Ini adalah supaya senang mata dinda nak memandang flight attendant yang manis-manis.

Eh, kedengaran agak sesuatu di situ😛

Dan untuk kepada yang tidak pernah baca novel Adam & Hawa ini, watak Adam adalah seorang juruterbang yang kachak bergaya, tinggi dan romantis.

Tak dapat dinda bayangkan bagaimana segaknya kanda dalam uniform itu nanti. Barangkali bersama-sama aviator jugak? Mungkin dinda akan terlupa untuk bernafas saat terpandangkan kanda dengan uniform pilot dan aviator.

Lawyer pun kanda dah jadik aritu kan? Kanda macham tau-tau je kesukaan dinda. Meooowwww!

Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Bagaikan bulan jauh ke ribaan. Permintaan dinda ini bagai dimakbulkan Tuhan.

(Dicilok dari twitter abam Aaron)

.

YA TUHANKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!

PITAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!!

Ini belumpun drama bermula, kanda sudah mampu bikin dinda sesak napas. Bagaimana nanti dinda nak mengawal pernafasan dinda tatkala kanda menggulung kaki seluar jeans kanda sewaktu nak ambil wuduk? Macham mana dinda nak tahan tahan gejolak di dalam dada tatkala jantung bermain lompat pagar apabila terpandangkan kanda yang nakal mengusik Hawa di tadika?

Rasanya kali ini dinda perlukan sesuatu yang lebih untuk mengawal perasaan dinda terhadap kanda. Nak-nak pulak khabarnya drama Adam & Hawa ni punya 80 episodes kesemuanya.

Oh hati, silalah bertabah.

Heroin yang memegang watak sebagai Hawa adalah Nadiya Nissa. Terima kasih kepada Mak Tiri Leanne untuk info berkenaan drama Adam & Hawa ni.

30 thoughts on “Adam & Hawa – Aisya Sofea

    • SANGAT!! SANGAT!! SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!

      abam Aaron tak abis-abis nak menduga kechentaan i terhadapnya tau! baru nak surut sikit, baru nak reda sikit, dah bergelora semula. eh, ini dah tsunami ni!! LOLOLOLOL!

  1. :: 80 episode ? apakah ini ? sinetron ? soap opera ? drama latin (ekchuli, i lupa istilah khas untuk drama latin itu) .. sapa aktres ? ada sharnaaz blakon ? okeh, bayangkan utk 5 saat sharnaaz yg jadi pilot..pleaaasseee..pleasseeee… ::

    macham pernah bacha buku nih..ni yg dierg kawen, pastu berpisah, pastu jumpa balik maas buat umrah..adakah itu ? ::

    :: obsesi tahap kronik !! ::

    • untuk drama latin yang berjela-jela itu adalah dipanggil TELENOVELA.

      MANADE SHARNAAZZZZ!! syukur ke hadrat Illahi!!! i kenot imagine kalau dia yang berlakon. puh-lease!! ye, inilah novelnya. derang kawen atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lepas tu berpisah sebab masing-masing bawak haluan sendiri dan kemudiannya jumpa masa buat umrah.

      obsesi? terhadap..? sila ulaskan dengan lebih lanjut sebab saya adalah inesen😎

  2. ::obsesi terhadap laki saya !! amboi, amboi, amboi !! kmaen lagi die !! kmaen minat, smpai grab gmbar abang (this is what i call him) dr twitter die ya !! ini nk kena nih !! i’ll see u in court !!::

  3. 80??? eighty???? delapan puluh??? awat banyak sgt tuh no tuh….adehhhh….mmg kene sgt2 bertabah…harap2 drama tu mmg boleh buat kipas-susah-mati AA melekat di kaca tv…byk episod tuh….kalo tayang 4 hari seminggu pon dah makan 20 minggu tu nk kene setia menatap AA nih…tangki oksigen besar mane ni cik izzie kene standby nih heheheh

    • biarkan…biarkan sampai jadik meleret-leret. kalau 80 episodes, maknanya makin lebih perinciannya kan? makin lama dapat menatap wajah comelnya itu kan? dan banyak kali jugak dapat tengok abam Aaron dalam uniform pilot itu, kan? nyeh nyeh nyeh.

      saiz tangki oksigen akan ditentukan selepas menonton episode pertama..tesbih dan bantal masih akan menjadi teman yang setia😎

  4. (just finished reading Kuseru Rindu Itu by Hanni Ramsul..ermm terbayang2 AA sbg Hisyam…oo comelnyaaaa & sooooo romanticcc) ..cite yg best n i cried while reading the novel — eh tibe2 je kan nk iklan novel lain hahahah….

  5. abih laaa abihlaaa adik ini akan menjadi meroyan sebanyak 80 episod.. haiyaaa heheheh errr abam aaron ni smoking ke?? heheh kena amik ikhtibar shah rukh khan.. haah anyway. izzie my sis selamat bergadai oksigen dan klu x cukup akan dikirim dari glasgow.. muahaha

    • a’ah..abam Aaron memang perokok tegar jugak. nape dengan SRK? dia pun blom brenti kan walaupun Aryaan & Suhana dah bising2.

      oh, memang tak sabar menantikan Adam & Hawa itu. abam Aaron dalam uniform pilot? WINRAR!!

  6. 80 eps? terbaiiik la.tak sabar.tak sabar.laju jela timeline nanti kan..hehe.bicarahati adalah adaptasi yg kureng berjaya.mls dh nk follow.sbb main actor/actress membosankan…huhu..

  7. 80 eps? terbaiiik la.tak sabar.tak sabar.laju jela timeline nanti kan..hehe.bicarahati adalah adaptasi yg kureng berjaya.mls dh nk follow.sbb main actor/actress membosankan…huhu..

  8. izzie. i like reading ur entry. akak x penah berenti tergelak. tq sbb ceriakan idupku yg agak mendung ni. God bless

  9. Pingback: Adam & Hawa tunggu masa untuk ke udara | i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s