Justifikasi untuk menyedapkan hati sendiri sebab jatuh chenta kat laki orang -____-“

Salam kepada kalian semua.

Ini bukanlah justifikasi yang dihujahkan bertujuan untuk menyedapkan hati sendiri semata. Tetapi jua ada kebenaran di baliknya. Sungguh! *angkat tangan seolah-olah bersumpah*

Al-kisahnya, semalam gua ke myNEWS. Sambil menantikan Kak By yang membeli, gua pusing-pusing di bahagian majalah. Tiba-tiba mata gua yang inesen ini terpandangkan sebuah majalah yang sengaja diletakkan di bahagian newsstand yang paling mudah untuk mencurik tumpuan. Huh! Jahat sungguh si jurujual itu. Mata ini sesungguhnya telah ternoda!

Majalah apa? Ermm.. Janji jangan gelak ya?!

Janji? *kait jari kelingking dengan korang punya jari*

Fuhhhhhhh… Bismillah.

Haaa..gelak la gelakkkkkkk!!! Tipo tau! Kata dah janji tadik!! *majuk*

Cepat-cepat gua palingkan muka dan mata ke arah lain agar tidak terus-terusan ternoda dengan wajahnya itu. TIDAK!! Gua sabarkan diri agar terus tabah untuk menuju ke pintu keluar. Hati perlu cekal untuk menolak segala godaan dari syaitonnnnnnnirrajimmmmm!

Sikit lagi..sikit lagi! Setapak, dua tapak, tiga tapak, pat tapak. Pintu keluar myNEWS gua bukak dengan luas. Langkah terus disusun satu per satu. Perlu diteruskan langkah ini. Jangan ditoleh ke belakang lagi. TIDAK! TIDAK UNTUK KALI INI!

Dan akhirnya, gua berjaya!

Oh, dramatiklah sangat kan?! Maaf. Hidup perlu drama. Baru penuh dengan warna.

Baiklah, benarkan gua membentangkan hujah-hujah dan justifikasi gua di hari yang permai ini. Sesungguhnya, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka halnya.

Aaron Aziz. Abam Aaron. Tengok, sebut namapun dah bergetar jiwa. Rasa nak kasik penampor dak? Arakian halnya, tidaklah gua jatuh chenta secara kronik sedari mula penglibatan abam Aaron di arena seni. Ramai yang memperkatakan lakonan, susuk badannya dan wajahnya bila beliau muncul dalam Emel Emelda. Tapi gua hanya pandang dengan padangan kosong.

Ecececece. Pandangan kosong!

TAPI..

Semua itu berubah. Semua itu berubah 180 darjah. Oh, kenapa bukan berubah 360 darjah? Sebab kalau 360 darjah, itu bermakna tiada perubahan ke atas titik kedudukan tersebut. Hal ini adalah kerana, 360 darjah merupakan suatu pusingan lengkap lalu titik itu akan kembali ke kedudukan asal. Lain pula halnya dengan 180 darjah. Titik kedudukan akan berubah ke kedudukan bertentangan dengan kedudukan asal.

180 darjah itu gua analogikan sebagai Nora Elena (NE)/Kasih Yang Suci (KYS) untuk kes abam Aaron ini. Sudah gua bilang berjuta-juta kali bahawasanya novel yang unggul bertakhta di hati yang menggeletis ini adalah KYS. Tiadalah dapat watak novel Seth Tan itu diambil oleh watak lain buat masa ini.

Damon Salvatore tu lain cerita ya! Itu omputeh. LAIN!

Sudah bergolek-golek gua jatuh tangga dengan Seth Tan. Sudah dilambung-lambungnya hati ini tiap kali terbayangkan bagaimana romantisnya kanda bermesra dengan dinda. Tutur katanya yang bisa menggugurkan jantung ini, yang mampu membuatkan dinda tersenyum sendiri. Kanda dengan mudah dapat menawan hati dan perasaan ini.

Oh kanda.. Semuanya bagaikan jelas berada di depan mata tatkala semua itu divisualisasikan ke layar tv. Saat yang dinda nanti-nantikan selama ini! Berdebar dinda menantikan kanda muncul, maklumlah chenta sudah lama disemai, dibaja dan dijaga. Mau juga dinda melihat sendiri dengan mata dan kepala akan bukti chenta kita.

PANGGGGGGGGGG!!!

Maaf. Dah lama tak meroyan begini. Malam ni pulak malam Jumaat, bulan pun sedang elok tengah penuh dan terang benderang di dada langit. Dan sebenarnya, perasaan ini adalah gara-gara Ian Somerhalder/Damon Salvatore dan Nina Dobrev/Elena Gilbert. Ohh..abaikan.

Ya, tak dapat dinda nafikan watak kanda sebagai Seth Tan itu cocok benar. Wajah manja dan penuh kasih sayang itulah yang dinda bayangkan selama ini yang ada pada Seth Tan dalam KYS. Kanda juga kelihatan comel dan romantis sekali tatkala bersama-sama Nora Elena.

Perlukan dinda tulis semuanya di sini perasaan gila dinda terhadap kanda sewaktu kanda di Cameron Highlands? Perasaan meroyan tahap petala ke-tujuh sewaktu kanda main-main sembur minyak wangi Lady Million kat Nora Elena dan kemudiannya kanda cempung Nora Elena ke atas katil?

Jangan buat dinda begitu lagi kanda. Nak pecah dada dinda ni menahan gelora tau!

Dan kemudiannya kanda pegang pulak watak Hariz. Hariz, seorang lelaki yang begitu tegas dan tahu apa yang dia mahu. Yang penuh kechentaan terhadap Izzah.

Ya, dinda jatuh chenta dengan kanda kerna dinda terlebih dahulu jatuh chenta dengan watak-watak di dalam novel yang dinda baca sebelum dinda bertemu dengan kanda. Sampaikan mereka-meraka mengatakan dinda ini begitu obsess dengan kanda tau!

Padahal dinda sedar, dan dinda cukup sedar kenyataan yang kanda sudah berkeluarga. Bukanlah bermakna dinda jatuh chenta terhadap kanda (denial!) cumanya dinda jatuh chenta dengan watak-watak novel yang kanda bawa itu. Itu sahaja.

Kerna, kalau filem/drama kanda yang lainnya dinda agak kurang sedikit. Bukanlah bermakna kanda tidak bagus, TIDAK! Aura kanda masih di situ. Masih hadir. Cuma dinda sebenarnya sudah ter-hook-up dengan watak-watak dari novel. Jadik, bila kanda yang memainkan watak dari novel-novel itu, dinda sudah tau dan paham bagaimanakah karektor kanda. Kerna itulah chenta jua makin menggebu-gebu pada watak itu. Dan kanda juga terkena tempiasnya.

Ya, kalau diperhatikan..memang laki orang ni memang hot! Abam Aaron.. Abam Adi Putra. Eh. Nak-nak pulak kachak dan bergaya, tinggi lampai dan sasa, pandai bernyanyi dan bermain gitar. Nilai tambah di situ.

Nasib baik dinda tak kawen lagik! Kalau tidak, maunya dosa malam pengantin. Mana tidaknya, asik terbayangkan wajah kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda sekalian sedangkan suami di sebelah.

Tee-hee!

.

i.Z.Z.i.e:

Ampun Kak Diyana. Jangan ambik serius akan saya yang meroyan ni ye! *peace*

5 thoughts on “Justifikasi untuk menyedapkan hati sendiri sebab jatuh chenta kat laki orang -____-“

  1. ::ciss !! ciss !! cisss !! kemaen panjang lebar huraian dan hujah2 justifikasi dia !! nk kene sokong ke Yang Arif ? !!

    dan yaaaa…kot kalau da kaweng dan mula join persatuan kaum ibu cam…..*coughing* cam nurul tu..memang da x boleh menyimpan perasaan sebegini ropaaaaa !! (nurul, udah2 la menggilakan stefan tu…..)

    “Padahal dinda sedar, dan dinda cukup sedar kenyataan yang kanda sudah berkeluarga. Bukanlah bermakna dinda jatuh chenta terhadap kanda (denial!) cumanya dinda jatuh chenta dengan watak-watak novel yang kanda bawa itu. Itu sahaja.” – hamboiii !! er, Puan Diyana, oooo, Puan Diyana.. sini ada orang meroyan !!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s