Se-Merah Padi (perubahan yang tidak terjangka)

Lepas beli tiket 31 Oktober yang lepas, gua sudah tidak ambil pusing tentang teater ini. Tak sempat. Dalam fikiran gua, barisan pelakonnya sudah cukup untuk membuatkan gua ke Istana Budaya untuk kesekian kalinya. Barisan pelakon adalah Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi dan Jue Aziz.

Yang gua agak sexcited di situ adalah Zul Huzaimy. Ya, kerna dia bermula dari donia teater khabarnya. Orang teater ini lain penghayatan dan pembawakan wataknya. Percayalah cakap gua.

Namun tadi gua agak terkesima.

Pertamanya, theater layout sudah berubah. Tempat duduk yang dibeli adalah di Grand Circle dengan harga RM58. Itu yang paling murah dengan kedudukan yang paling strategik. Tapi bila gua tengok theater layout yang terkini, tempat duduk gua sudah jadik RM80++. FINE. Tapi yang tak FINE nya adalah tiket yang paling murah duduk kat depan pentas! Aritu TAKDE pun hokeyyy!!

JILAKA!

Keduanya, gua sedikit tersentap dengan barisan pelakon. Tiada Zul Huzaimy sebagai Aduka tetapi sebaliknya Khir Rahman.

TT________TT

Khabarnya, Zul Huzaimy sibuk dan terikat dengan jadual dengan produksi lain. Ahhhh..kuchiwa berganda di jiwa.

Namun demikian halnya, gua coba ubati hati yang lara. Khir Rahman bukanlah calang-calang pelakon. Punya bakatnya yang tersendiri. Punya auranya sebagai seorang pelakon yang bukan hanya bersandarkan pada paras rupa tapi bakat yang sebenar.

Ya..tiada tarikan yang kuat seperti magnet untuk Se-Merah Padi. Namun gua yakin dengan pengarahan Rosdeen Suboh. Karyanya, Seri Mersing masih menjadi karya yang paling gua minati setakat ini. Mungkin beliau punya sebab yang tersendiri dalam pemilihan para pelakon yang tidak begitu komersial. Kualiti dan kepuasan dalam pengarahan karya yang dititikberatkan dalam membawa Se-Merah Padi ke pentas teater. Kerna ini  bukan calang-calang naskah tetapi sebuah naskah dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Seorang seniman agung yang tiada tolok bandingnya.

Gua ingat-ingat lupa jalan cerita asal Semerah Padi. Namun, untuk persembahan kali ini akan gua lapangkan dada untuk menonton garapan dan arahan daripada generasi baru.

UPDATE:

Pementasan teater Se-Merah Padi untuk tarikh 22 Disember dan 23 Disember telah ditunda. Pementasan akan bermula pada 24hb Disember. Untuk penonton yang dah beli tiket bertarikh 22 dan 23, boleh ke kaunter tiket Istana Budaya untuk memilih tarikh lain. 

Gua dah tak de hati nak tengok. Short notice gila bagitau pementasan dah ubah tarikh persembahan. Tu pun gua dapat tau daripada Inchey K yang rajin baca paper. Kalo tidak, mamposlah gua tatau. Tercangok-cangok gamaknya gua kat Istana Budaya tu Khamis ni padahal dah ubah waktu pementasan.

RAGEEEEEEEEE!!!

 

6 thoughts on “Se-Merah Padi (perubahan yang tidak terjangka)

  1. khabarnye juga dlm paper arini..jue aziz telah di gantikan dgn pelakon Abby Nadzri yg jgk adik ahmad idham tuh…coz jue aziz ade msalah yg tdak dpt dielakkan…

    • ye ke belle?
      alahai, padahal rosdeen suboh tu punya arahan best kot! tgk je pementasan sri mersing tu, mmg puas hati sangat. i tak baca review dari mana2 paper pun pasal teater semerah padi ni. hmm.. care to share here with me?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s