Ombak Rindu [Full Review]

Bismillah hirrahman nirrahim

Akhirnya, setelah berminggu-minggu hidup dalam penafian, dan dengan hati yang berbolak-balik nak tengok ke dak filem ni akhirnya lepas seminggu dah tayang di panggung baru gua pergi menonton.

Sila sedia maklum akan perangai gua yang pelik sikit ni. Terlalu banyak gua baca status di FB, Twitter dan belog-belog hiburan yang kata Ombak Rindu (lepas ni gua akan guna singkatan OR untuk Ombak Rindu, bukan Original Recipe) membuatkan gua rasa makin bosan dan makin meluat. Tetiba rasa OR ni dah jadik macham Lagenda Budak Setan (LBS) -overrated!

Kerna untuk berlaku adil dalam menulis review, dan setelah menunggu hampir seminggu tapi masih tiada lagik download link OR yang di-upload, gua pasrah (pasrah tu menyerah). Lalu pergilah Kak Mas dan gua ke GSC Mid Valley dengan tiada pengharapan yang tinggi untuk filem ini.

Dan novel Ombak Rindu ini gua baca masa Form 4 (2002). Dalam lama. Mungkin banyak scene yang gua dah tak berapa nak ingat, macham gua ingat Kasih Yang Suci.

<<Play>>

Segalanya bermula di kampung. Izzah (Maya Karin) mengajar anak-anak di kampung mengaji di surau. Ini ada beda. Izzah dalam novel bekerja di kilang papan sebagai kerani. Dan tidak dapat gua nafikan, anak tudung Izzah yang dipakai di kampung agak mengganggu pandangan mata ni. Kan manis kalau anak tudung tu dipakai elok-elok.

Mail, kawan kampung Izzah yang selama ni menaruh perasaan dalam diam terhadap Izzah. Watak diterajui oleh Bront Palarae.

<<Slow Motion>>

Tragedi hitam dalam hidup Izzah bermula selepas Pakcik Toha bawak Izzah ke Kuala Lumpur untuk bekerja supaya dapat menampung hidup mereka dan perbelajaan pembedahan makciknya. Bukan kerja seperti yang dikatakan tetapi Pakcik Toha jual Izzah kepada Kelvin *facepalm* untuk dijadikan sebagai pelacur.

Merayu-rayu Izzah supaya dikasihani. Tapi kalau dah binatang bertopengkan manusia, memang tak reti nak belas kasihan. Binatangpun tau kasih sayang. Izzah dengan rakusnya dipaksa supaya minum arak dan baju kurungnya dikoyakkan. Haris yang tadinya terserempak dengan Izzah dalam hujan, bertanyakan tentangnya kepada Kelvin. Tahu apa yang dikehendaki, Kelvin menawarkan ‘ayam dara’ kepada Haris sebagai habuan.

Izzah terkulai tidak sedarkan di atas katil dengan hanya berkemban. Liar mata Haris memerhatikan. Rakus wajah Izzah ditelanjangi dengan matanya. Perlahan, jari kasar Haris menari-nari di wajah Izzah. Di pipi Izzah. Dan di bibir halus Izzah. Wajah Haris semakin menunduk. Dekat dengan Izzah yang tidak sedarkan diri. Diciumnya batang tengkuk Izzah.

Subhanallahhhhhh…. Tarik napas panjang dinda dalam panggung. Laju aja tangan dinda menyambar botol air mineral di sebelah dan diteguk laju-laju supaya dapatlah diredakan perasaan di dada.

Haris membetulkan butang jeansnya. Haris hanya bertank top putih (aummmm!!) sambil memerhatikan Izzah yang semakin sedar. Izzah kaget melihatkan lelaki di hadapannya. Lebih kaget bila Haris memberikan not-not hijau sebagai bayaran dan berkata alangkah bagusnya kalau Izzah hanya melayaninya sahaja. Izzah buatnya ketagih.

“Ya Allah, ya Allah. Ampunkan dosaku.” Berjuraian air mata Izzah tatkala mula mengerti apa yang dah terjadi kepadanya.

Mendengarkan Izzah berkata begitu, Haris meluat. Diherdiknya Izzah. Buat apa baru nak ya Allah, ya Allah padahal dia tau yang dia tu pelacur?! Sampai hati tau kanda ni. Kijam benar ayat kanda tu. Sentap dinda. Terus dia berlalu pergi tapi kemudiannya ditahan Izzah. Izzah merayu, memohon kepada Haris supaya menyelamatkannya dari tempat neraka itu. Kerna Haris adalah insan pertama yang menidurinya dan dia dijual oleh pakciknya sendiri. Bukan atas kerelaannya. Haris terus keluar tanpa pamitan.

Menangislah Izzah tersedu-sedu mengenangkan malang nasibnya. Di luar, Haris meminta dari Kelvin untuk dapatkan Izzah dengan 3 kali ganda bayaran.

Izzah dibawa ke Ombak Villa. Sebelah tangan dengan beg pakaian, sebelah lagi memegang anak kucing. Okey, yang ni beda lagi. Sebab dalam novel, Haris yang berikan anak kucing kepada Izzah sebagai teman. Bukan seperti dalam filem yang Izzah kutip anak kucing kat tepi stesen bas. Haris campakkan kunci villa kepada Izzah, dan memberitahu mulai sekarang Izzah hanya akan melayani dia seorang (rawr!) dan dia akan datang malam nanti (double rawr!).

Malamnya, sedang elok Izzah baru nak menyarung telekung pintu rumah diketuk bagai nak roboh. Ditanggalkan telekung lalu tuala diambil lalu dijadikan sebagai tudung kepala. Izzah bert-shirt dan berkain batik sahaja. Oh, tetiba rasa nak salam sapa yang reka kain batik. INDAH SUNGGUH CIPTAAN BELIAU ITU APABILA MAYA KARIN YANG MEMAKAINYA! Huwaaarghhhhhhhhhh *lap hidung berdarah*

Pintu dibuka. Haris! Marah benar kerna Izzah lambat bukakan pintu untuknya. Masuk dengan kasut di kaki, biadap sungguh! Nasib baik itu villa dia. Tsk. Tubuh dihempaskan di sofa empuk. Izzah datang dengan segelas air ditangan dan diberikan kepada Haris. Kasut yang masih dipakai Haris ditanggalkan. Satu persatu. Bagaikan hamba.

Kanda, tak pakai stokin lagi ye?

Elok Izzah nak berlalu pergi dari situ, tualanya ditarik kasar oleh Haris. Cepat-cepat Izzah coba betulkan letak tuala yang menutupi auratnya. Haris geram. Ditariknya Izzah. Mudah saja tubuh kecil Izzah terbaring di atas sofa. Haris hilang kawalan. Melihatkan Izzah, membuatnya menjadi tak keruan. Izzah membuatnya ketagih. Membuatkan dia sentiasa mahu berulit dengan Izzah. Izzah membuatkan dia angau.

Izzah coba untuk meronta. Namun apakan daya, kudrat seorang wanita yang lemah nak dibandingkan dengan tenaga dan tubuh sasa lelaki seperti Haris. Tiap kali Izzah coba meronta, makin Haris tercabar. Diingatkan yang Izzah kini adalah miliknya. Dia dah beli Izzah dari Kelvin! Haris tak peduli. Hajatnya mesti tertunai malam ini! Dengan rakus Haris coba menciumi Izzah.

Dalam keterpayahan, Izzah memohon pada Allah supaya melindungi dirinya. Mendengarkan Izzah yang berdoa separuh berbisik itu, Haris terhenti. Potong stim!

Oh sofa. Gua rasa, sofa dan gua memang musuh ketat! Dari Nora Elena sampai ke OR, ada je scene sofa yang membuatkan gua rasa toreh diri sendiri. NAK JADIK SOFA DALAM OR BOLEH TAKKKKK??!!!

Perlahan-lahan Izzah menjauhi Haris dan duduk di atas lantai. Dengan berhati-hati, Izzah pohon pada Haris supaya menikahinya. Kerna dia tak mahu hidup digelumangi dosa dan noda. Haris yang pertama. Tiada lelaki lain yang pernah dia tiduri. Haris enggan. Enggan untuk menikahi seorang perempuan seperti Izzah. Izzah tak layak untuk jadik isterinya! Sungguh-sungguh Izzah yakinkan Haris, yang dia takkan tuntut sebarang hak sebagai seorang isteri.

“Anggaplah saja perempuan simpanan. Saya rela.”

Oh, remuk hati dinda mendengarkan Izzah merayu sampai begini sekali. Tak terusikkah hati kanda?

Terusik! Hati Haris terusik tatkala melihatkan dan mendengarkan Izzah mengalunkan bacaan Yaasin dari kamarnya.

Maaf. Bacaan Maya Karin lari dari tajwidnya.

Nun di sempadan Golok, Haris menikahi Izzah dengan mas kawen RM80. Dan sebagai hantaran, jamnya yang dipakai diberikan kepada Izzah. Izzah yang khuatir Haris tiada jam tangan, memberikan jam tangannya yang tak seberapa sebagai hadiah kepada Haris. Walaupun dengan wajah tak ikhlas, Haris ambik jugak jam tangan Izzah.

Di villa, Haris membaca sambil berbaring di atas katilnya. Dengan bertank-top putih dan berseluar Capri.

Ya tuhannnnnnnnnn… *simbah air kat diri sendiri*. Silalah ketahui bahawasanya susahnya dinda nak kawal diri dalam panggung, kanda!

Izzah datang dengan sebaldi pakaian yang dibasuh. Dia menjemur kain-kain basuhan dengan membelakangkan Haris. Dengan rambut yang basah, dan berkemban. Tuala yang dibahunya perlahan-lahan melurut dan menampakkan bahunya yang terdedah. Haris terpana. Bergetar jiwanya.

Dipanggil Izzah dengan suara yang lantang. Buru-buru Izzah datang. Dengan muka tanpa riak, Haris meminta Izzah urutkan kakinya. Tanpa membantah, Izzah menurut. Dipicitnya kaki Haris.

“Atas sikit.” arah Haris.

Bantal mana, bantal???!!! Tangki oksigen??!! Tesbih??!! MANAAAAAA??!!!

Izzah berinjak duduk. Lebih hampir kepada Haris. Dari kaki, perlahan-lahan urutan naik ke betis. Haris bingkas bangun. Dekat benar dengan Izzah. Diusapnya wajah Izzah. Dielus lembut bibir Izzah.

“Suka tak?”

DINDA SUKA, KANDA!!!!!!! DINDA SUKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Dengan hati-hati, tubuh Izzah direbahkan.

*tarik napas*

Dan tubuh Haris perlahan-lahan turut direbahkan bersama-sama.

*hembus napas*

Makin dekat. Makin dekat. Dan makin rapat.

*tarik napas dengan bantuan tangki oksigen*

Tubuh Izzah dipeluk erat. Kejap dan kemas pelukan Haris. Wajahnya disembamkan di tengkuk Izzah. Lamaaaaaaaaaa…

TIKAM DIRI SENDIRI!! TIKAM DIRI SENDIRIIIIIIII!!!! TT________TT

Hari berikutnya, Haris datang lagi ke Ombak Villa. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kayu yang menghadap pemandangan indah laut dan ombak yang memukul pantai. Ditegur pakaian Izzah. Asiklah berkain batik dan bert-shirt. Machamkan takde baju lain?!

Ada, kanda! Kain batik dan kulit. Kulit yang melitupi tubuh dinda. Kanda suka yang mana? Tee-hee!

Izzah cepat-cepat ubah topik. Ditanya kalau Haris mahu dihidangkan dengan minuman petang. Haris angguk. Bila Izzah datang dengan minuman petang, Haris sudahpun tertidur di kerusi. Dengan penuh hati-hati, Izzah menanggalkan stokin di kedua-dua kaki Haris. Lalu duduk bersimpuh di atas lantai. Izzah pandang wajah suaminya. Perlahan, dia melentukkan kepala di dada bidang Haris. Matanya dipejam rapat. Syahdu.

Haris sedar. Namun dibiarkan saja perlakuan Izzah. Dia selesa. Tanpa sadar, tangannya mengelus lembut rambut Izzah.

Awww… shuweettt! Bisa kena kencing manis kok begini.

Hari lainnya, Pak Dollah datang dengan isterinya ke Ombak Villa. Menghantarkan barang-barang makanan seperti yang Haris arahkan. Izzah yang keluar menyambut di muka pintu nampak pucat. Tak sihat katanya. Pening. Tak semena-mena, Izzah berlari ke dapur. Habis dimuntahkan segalanya di sinki dapur.

Isterinya pandang Pak Dollah. Pandangan penuh makna.

Pintu bagai nak roboh diketuk Haris. Memekik-mekik nama Izzah dipanggil. Izzah kaget. Terus teringatkan peristiwa di kampung sewaktu pakcik Toha coba untuk melakukan perkara tak baik padanya tetapi dihalang makcik Izzah. Izzah merasakan seperti perkara yang sama berulang. Terus dia berlari ke bilik air dan menguncikan dirinya. Izzah trauma.

Haris makin berapi. Izzah yang dipanggil langsung tak menyahut. Pintu bilik air diketuk dan diterajang. Izzah masih tidak memberikan respond. Bila pintu terbuka luas, Haris berang dengan Izzah. Izzah ditolak. Tersembam ke lantai, hampir terhantuk kepalanya ke tandas. Sudahlah Izzah dikurung di Ombak Villa, tak cukup dengan tu nak dikuncikan diri sendiri dalam bilik air pulak!

Haris dah naik hantu. Dicekaunya rambut Izzah yang panjang mengurai bila Izzah coba menjauhinya. Dia mau Izzah gugurkan kandungan dalam rahim Izzah. Izzah tak layak untuk kandung zuriatnya. Memetir suara Haris. Tak cukup dengan itu, Izzah ditolak kasar ke sudut bilik air. Izzah makin lemah. Dalam keadaannya begitu dan suara terketar-ketar, dijelaskan kepada Haris yang dia sebenarnya tak mengandung. Dia datang bulan. Memang tiap kali dia datang bulan, dia loya dan muntah-muntah.

Wajah Haris berubah. Terkejut dengan penjelasan Izzah. Dia terlalu mengikut nafsu amarah dan marah membabi buta sampai Izzah menjadi mangsa. Izzah makin lemah. Matanya makin layu. Suaranya makin perlahan. Izzah pengsan di situ.

Haris risau. Cepat-cepat dia mencempung Izzah ke kamar dan dibaringkan ke katil.

Oh, kanda. Mudah benar kanda mencempung Maya Karin. Kalaulah dinda yang seberat tong gas pengsan, maukah kanda mencempung dinda begitu?

Tak?!

FINEEEEEE!!!! Dinda period selama sebulan.

Mujur doktor yang juga teman Haris mengesahkan yang Izzah stabil cuma agak stress. Haris makin dihujani dengan rasa bersalah. Di birai katil, Haris memohon maaf kepada Izzah tanpa Izzah sedari. Haris berjanji akan menjaga Izzah.

Oh, alangkah baiknya kalau kanda lafazkan begitu semasa dinda dalam keadaan jaga. Boleh juga dinda balas kata-kata kanda dengan pelukan erat. Meeooooowww.

Paginya, Haris bangun dengan tempat pembaringan Izzah yang kosong. Haris risau. Mencari-cari dia ke mana Izzah pergi. Izzah yang bersendiri di pantai cepat-cepat melarikan diri apabila terdengarkan suara Haris yang memanggilnya. Dia takut. Izzah coba untuk menyorokkan diri di balik batu besar.

Namun dengan mudah dapat dijumpai oleh Haris. Haris tanya, kenapa Izzah lari. Mudah jawapan Izzah, dia takut. Dengan nada suara yang terketar-ketar, Izzah coba yakinkan yang dia memang tak mengandung. Sungguh! Izzah mahu pulang ke kampung. Kerna dia takut dengan amarah Haris.

Tapi Haris tak benarkan. Haris mahukan Izzah di sampingnya. Mahukan Izzah dalam hidupnya. Kerna dia sayangkan Izzah. Dia perlukan Izzah.

“Jangan panggil Encik Haris. Panggil Abang.”

Dinda pengsan!

<<Fast Forward>>

Haris dan Izzah hidup dengan bunga-bunga kemesraan. Banyak masa dihabiskan bersama-sama. Hanya mereka berdua.

Sampailah ada gangguan dari anasir luar. Mila. Sumpah gua dengar kanda Haris panggil dia Milah. Mila pulang dari US, lepas habis belajar di sana. Sebagai seorang model dan pelakon terkenal, Mila punya peminat seluruh Malaysia.

Seriously, Lisa? That wig looked bad on you. Mekap Mila ni tebal gila kot?!

Okey, itu adalah bunga-bunga kebencian namanya. Tengokpun dah tak suka.

Mila nak kawen dengan Haris. Haris taknak sebab dia memang dah chentakan Izzah. Ibu Haris, Datuk Sufiah pun nak Haris kawen dengan Mila. Datuk Sufiah tau yang Haris ada simpan sorang perempuan simpanan. Sebab Datuk Sufiah penah upah mata-mata untuk intip pergerakan Haris. Siap dengan bukti bergambar.

Tapi Haris nafikan. Katanya, Izzah akan bekerja dengan Sufiah Cemerlang sebagai setiausaha Haris. Di pejabat, sewaktu diperkenalkan kepada semua staff, Izzah sempat bersua muka dengan Datuk Sufiah sendiri. Sewaktu ditanya sama ada Izzah sudah berkawen ke belum, Izzah jawab sudah. Haris yang berdiri di sebelah berubah riak mukanya. Cepat-cepat Izzah jawab belum.

Datuk Sufiah tak suka dengan jawapan Izzah. Haris yang terima panggilan telefon menjauhkan diri daripada kedua-dua wanita tersebut. Datuk Sufiah menggunakan peluang yang ada di depan mata untuk terus menghina Izzah. Izzah dikatakan sebagai perempuan simpanan Haris, dan terus Datuk Sufiah pergi dari situ.

Haris hanya ikut rentak ibunya. Namun sebelum pergi, sempat dia menghadiahkan sebuah kenyitan mata yang maha sexay untuk isteri tersayang.

KANDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

KANDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

KANDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

*tampar diri sendiri laju-laju*

Sewaktu bersendirian di rumah, Izzah dapat tahu yang Haris akan berkawen dengan Mila. Hancur luluh hatinya. Tapi sebagai wanita yang sudahpun menidakkan haknya sebagai isteri Haris, Izzah tak mampu untuk bersedih. Kerna Haris bukanlah haknya yang pasti.

Mila dinikahi. Dan di kamar pengantin, dengan cadar mewah berwarna emas..tubuh sasa Haris dipeluk erat Mila. Tubuh yang hanya dibaluti dengan duvet berwarna emas yang separas pinggang. Tanpa B-A-J-U.

*kutip mata yang terburai atas lantai*

*cakar Kak Mas kat sebelah*

*tesbih terurai 44 kali*

*tangki oksigen meletup*

*tinggal nyawa-nyawa ikan*

Jasad Haris mungkin dipeluk Mila. Akan tetapi, fikirannya menerawang jauh ke Ombak Villa. Di sisi Izzah.

Sejak berkahwin dengan Mila, makin kurang masa yang dapat Haris habiskan bersama-sama Izzah. Ada je Mila muncul entah dari mana. Kacau line betul! Nyampah gua dengan pompuan ni!

Di rumah Pak Dollah, Izzah yang turut hadir semasa kenduri untuk meraikan Pak Dollah dan isterinya yang akan menunaikan haji kaget saat terpandangkan Haris. Sukar untuk dia mengawal emosi. Laju Izzah melarikan diri ke bilik. Haris membontoti. Dia rindukan Izzah.

Haris coba menjelaskan. Perkahwinannya dengan Mila adalah dalam keterpaksaan. Apakan daya, Haris tersepit. Antara tanggungjawab sebagai anak, dan perasaan sendiri. Namun Haris berjanji takkan meminggirkan Izzah.

Pak Dollah dan isterinya menjadi saksi aksi sumbang Haris dan Izzah di rumah mereka sendiri. Izzah serba salah. Haris faham keadaan isterinya lalu dijelaskan yang sudah hampir 2 tahun mereka bernikah. Cuma keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Haris mintak nanti kalau Pak Dollah di Mekah, di hadapan Kaabah, dipanjatkan doa kepada Allah Yang Maha Esa supaya mereka dapat hidup bersama-sama seperti pasangan lain.

Ikhlas benar permintaan kanda itu. Tersentuh hati dinda. Ya kanda, moga kita akan dapat menjadi seperti pasangan lain.

Di hari lahir Haris, masing-masing nak buat surprise. Masa tu Haris ada urgent meeting kat Cameron Highlands. Izzah datang. Mila pun. Siap bawak hadiah. Jam baru. Nak gantikan jam buruk Haris. Jam yang diberikan Izzah.

Di bilik meeting, Wafi (Julia Ziegler) tengah frust menonggeng putus chenta. Haris coba nak tenangkan kawannya. Kebetulan, Mila nampak. Dan Izzah juga nampak. Mila dah mengamuk (fake!). Izzah terkesima. Mata Haris dan mata Izzah bertentangan. Riak sedih terpancar di wajah Izzah. Cepat-cepat Izzah pergi dari situ. Tapi Haris coba menghalang.

Mila marah sebab Wafi sebagai kawan dia sanggup berlaku curang. Wafi jelaskan yang dia tak ada apa-apa hubungan dengan Haris tapi Mila dah naik gila menjerit macham polong. Izzah tak tunggu lama, terus jalan laju-laju tinggalkan Haris. Haris taknak Izzah salah sangka.

Wafi kejar Mila. Haris kejar Izzah.

Wafi dah pelik.

Izzah pandu kereta menuruni bukit Cameron yang berliku. Haris ikut dari belakang. Mila tatau pi mana. Sibuk duk campak jam mahal kat ladang teh pastu jerit-jerit. Ada satu lori besar datang merintangi jalan, Izzah sempat elak tapi Haris tak.

Kebabommmmm. Haris eksiden.

Haris agak parah. Ibu Haris, Datuk Sufiah dan Mila di hospital. Izzah pun sama. Wafi datang dan jelaskan lagi skali yang dia tak ada apa-apa dengan Haris. Mila taknak dengar. Bila doktor keluar, cuma ahli keluarga yang dibenarkan melawat Haris. Dan dan tu jugaklah Datuk Sufiah halang Izzah. Dan Wafi seperti mengerti siapakah Izzah sebenarnya.

Izzahlah yang menjaga Haris berhari-hari walaupun Haris masih dalam keadaan tak sedarkan diri. Bila Datuk Sufiah tau, terus dihalaunya Izzah dari situ. Haris dibawak pulang ke rumah, dan dengan kawalan yang ketat. Nak telefon Izzah pun tak dapat.

Di Ombak Villa, Datuk Sufiah datang dengan agendanya. Segala harta Haris yang diberikan kepada Izzah, telefon, kereta dirampas. Izzah dihalau malam itu jugak sehelai sepinggang. Rayuan Izzah mintak Datuk Sufiah berikan masa sampai esok pagi pun tak dihiraukan perempuan tua tu. Dasar! Elok handphone Izzah dah beri kat Datuk Sufiah, masa tu lah baru Haris nak telefon. Isk. Dugaan apakah ini??!!

Izzah bawak diri ke kampungnya. Semuanya dah berubah. Rumah Pak Toha dah usang. Pak Toha entah ke mana. Makciknya pulak dah meninggal lepas pembedahan. Mail pun dah ada tunang. Mail khabarkan yang dia ada interview kat Kuala Lumpur. Mintak jasa baik Izzah untuk tunjukkan tempat nanti di sana. Izzah setuju.

Mail dibawa ke rumah Pak Dollah. Kebetulan Pak Dollah dan isterinya dah pulang dari Mekah. Isteri Pak Dollah tegur yang Izzah dah berisi sikit. Mengandung ke? Izzah jawab ya.

Wooo-weeeee!! Kalau dah subur..campak benih ke tanah jadi daratan, campak ke laut jadi pulau.

Datuk Sufiah masih tak henti-henti dengan agendanya untuk memisahkan Haris dan Izzah. Dicucuk jarum dengan mengatakan yang Izzah memang perempuan murahan yang hanya nak kikis harta Haris. Bila Haris sakit, langsung-langsung tak datang melawat. Lepas tu terus hilang dari rumah, entah lari ke mana. Tup-tup dengan jantan lain. Haris susah nak percaya. Tapi bila ibunya tunjukkan bukti bergambar, Haris…

Haris sebak. Matanya bergenangan dengan air mata. Merah matanya. Sukar untuk dia percaya Izzah selama ini yang dia sayang dan dia rindui sanggup  menduakan dia sewaktu dia sedang sakit.

Oh kanda. Robek hati dinda melihatkan kanda sedih begitu. Tergambar di wajah kanda akan kekechiwaan *peluk kanda dari belakang*

Sedang enak Izzah, Mail, Pak Dollah dan isterinya bersembang di pangkin bawah rumah tiba-tiba sebuah kereta Murano masuk ke kawasan rumah. Haris!

Berlari Izzah mendapatkan Haris. Tak sangka yang dia akan dapat berjumpa dengan Haris dalam keadaan begitu. Selepas sekian lama dirasakan terpisah tanpa khabar berita.

“Aku akan gantung perkahwinan ni. Aku takkan ceraikan kau. Dan aku akan hidup dengan Mila.”

Haris menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa kepada Izzah. Dia rindukan Izzah. Terlalu sayangkan Izzah tapi payah untuk dia telan yang Izzah menduakannya untuk lelaki lain.

Dinda tahu kanda terseksa. Sebab kanda menitiskan air mata tatkala menghamburkan nista kepada Izzah. Tsk. Sadis!

Haris ungkit yang selama ni dia kutip Izzah, berikan kasih sayang kepada Izzah tapi ini yang dia dapat. Izzah memang tak layak untuk dia. Izzah memang perempuan murahan!

Bagaikan kaca terhempas ke batu. Hancur hati dinda. Tapi hancur lagi hati Izzah.

Tanpa menoleh, Haris terus pergi. Tanpa menghiraukan Izzah yang merayu-rayu. Ditolaknya Izzah sampai jatuh. Izzah tak putus asa. Terus dikejarnya Haris yang sudah masuk dalam perut kereta. Izzah jatuh kerna tersadung. Seluarnya basah dengan darah. Izzah tumpah darah!

“Izzah tak salah.. Izzah tak salah.”

TT__________TT

Mujurlah kandungan Izzah terselamat. Walaupun Haris dah buang dia jauh-jauh dalam hidupnya, tapi sekurang-kurangnya Izzah masih ada bukti chenta dia dengan Haris. Anak yang dikandungnya.

TT__________TT

Pak Dollah tak mampu berdiam diri. Dia terus ke rumah Datuk Sufiah untuk bersemuka dengan Haris. Pannnggggggggggg. Sedas penangan jantan Pak Dollah lekat di pipi Haris. Habuan untuk tindakan Haris yang bertindak melulu dan menyeksa Izzah. Haris tak puas hati. Datuk Sufiah dah bising-bising dengan tindakan Pak Dollah. Mila tengok dari jauh.

Pak Dollah jelaskan yang Izzah tak bersalah. Izzah suci. Tapi Datuk Sufiah yang punya angkara dan nista. Dia yang halau Izzah. Dia yang halang Izzah selama ni daripada hubungi Haris. Haris tak percaya dan persoalkan kenapa Pak Dollah nak menyebuk?!

Mengalir air mata Pak Dollah bila bagitau yang Haris tu adalah anak dia. Anak yang dia berikan kepada suami Datuk Sufiah lepas anak ketiga yang Datuk Sufiah lahirkan meninggal jugak. Khuatir Datuk Sufiah akan meroyan (erk!), suaminya merayu-rayu supaya anak yang isteri Pak Dollah lahirkan diberikan kepadanya.

Datuk Sufiah tak percaya. Haris lagiklah tak percaya. Pak Dollah tunjukkan bukti bertulis.

Mila sekali lagi naik hantu. Bila dapat tau yang kekasih gelap Haris selama ni adalah Izzah. Izzah, ada kat depan mata dia sendiri tapi selama ni dia tak tau hubungan sebenar antara Haris dan Izzah. Terus Mila blah dari situ.

Bagus!

Dan Datuk Sufiah meroyan di situ.

Di kampung, Haris mencari Izzah. Dia mintak Mail tunjukkan mana Izzah. Mail bersetuju dengan syarat Haris takkan sakiti Izzah lagi. Mail ajak Haris naik motor sebab nak tunjuk kat mana Izzah ada.

Hahahaha. Comel amat scene ni! Kanda macham tak rela naik moto dengan Mail tau! Kaki panjang nampak klakor je duk belakang.

Mail bawak Haris ke surau. Tempat Izzah mengajar anak-anak mengaji Quran. Terkedu Izzah melihatkan Haris datang. Haris datang dengan 1000 pengharapan. Mengharapkan agar Izzah dapat memaafkannya atas keterlanjuran kata dan perbuatannya yang kijam menghukum Izzah tanpa usul periksa. Haris mahukan Izzah dalam hidupnya.

Ahhh..kanda. Ni dinda lemah ni. Dinda lemah amat kalau kanda menitiskan air mata, tahu?!

Izzah senyum. Sudah lama dia maafkan Haris.

Dan sampailah Mila seminit kemudian. Dengan wajah bengis yang dibuat-buat *julingkan bijik mata*. Dari hati wanita, mereka berdua berbicara. Mila tak sangka selama ni dia yang sebenarnya perampas, bukan Izzah. Izzah yang lebih dahulu dinikahi.

“Redha tu ikhlas. Pasrah tu menyerah.”

Sangkal Mila sewaktu Izzah syorkan supaya mereka kekal hidup bermadu kerna dia rela. Dan Mila tau bagaimana peritnya hidup berkongsi suami, yang tidak chentakannya dan hanya ingat kepada wanita lain. Dia rela berundur.

Kepada Haris, Mila minta dirinya dilepaskan. Supaya dia dapat mencari kebahagiannya sendiri. Dan akhirnya, Izzah dan Haris melayari hidup seperti pasangan lainnya. Tanpa rahsia. Bahagia bersama.

<<Fin>>

Kekuatan OR ni sebenarnya bukan hanya pada novel tu sendiri, tapi barisan pelakon-pelakonnya (tak termasuk Lisa Surihani, sorry!). Tak dinafikan, OR memang dah sedia popular di kalangan pembaca novel. Namun demikian halnya, faktor lain yang gua rasakan OR meletop-letop di panggung adalah kerna *ehem*  abam Aaron Aziz *ehem*.

Oh, kandaaaaaa.

Aaron Aziz. Tak perlu dinafikan, kanda dapat membawakan watak dengan baik sekali sebagai Haris. Lakonan kanda memang berkesan. Dinda dapat jiwai watak nakal kanda sewaktu mula-mula cerita. Err.. SANGAT DAPAT MENJIWAI sebenarnya *blushing*.

Kasih sayang kanda terhadap Izzah jugak dapat dirasakan. Perasaan yang memutik di hati, perasaan bersalah, geram, kuchiwa, hampa, marah, semuanya dinda rasai di sini *tunjuk kat jantung*. Ahhh..robek hati ni tiap kali air mata kanda bergenangan di mata tu. Ingin dinda tolong hapuskan air mata kanda.

Dah. Gua tak leh komen banyak-banyak. Kang makin meroyan. Laki orangggg…laki oranggggggggggg. Hi Kak Diyana!

Maya Karin. Ini memang banyak komen yang gua baca. Macham-macham! Tentang telornya bahasa Malaysia yang kurang fasih, tentang wajahnya yang Pan-Asian itu. Sedangkan watak Izzah adalah seorang gadis kampung. Manakan sesuai Maya Karin pegang watak sebagai Izzah?! Nak-nak pulak Izzah sepatutnya muda belia. Maya dikatakan agak berusia untuk watak ni.

Tapi terus terang, dari kaca mata seorang penonton, dan juga seorang pengkomen yang tak bertauliah, gua nampak lakonan Maya Karin sangat berkesan. Memang ada masanya telornya tu akan sakit di telinga ketika mendengarkan, tajwid bacaan Yaasinnya banyak yang salah sedangkan wataknya seorang ustazah mengajar Quran, TAPI watak yang dibawa Maya Karin wajar diberikan pujian.

Maya Karin mendalami wataknya sebagai Izzah. Tengok saja scene Haris paksa Izzah gugurkan kandungan. Gua yang menontonnya pun rasa kesian. Rasa sakitnya Izzah, rasa bagaimana terseksanya Izzah, dan betapa helpless nya dia waktu tu. Kesian sangat!

Dan gua yakin, Maya Karin dah improved banyak dari segi sebutannya bahasa Malaysianya.

Lisa Surihani. Maaf. Barisan pelakon lain dah mantap. Aaron Aziz, Maya Karin, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan, Zaidi Omar.. kecuali Lisa.

Terus terang, gua tak suka lakonan Lisa. Banyak menjerit. Pegang watak antagonis bukanlah bermakna akan menjadi lebih terkesan dengan menjerit dan merempan-rempan. Kadang-kadang, susah gua nak pahamkan apa benda la yang dia ni cakap masa menjerit tu. Butir percakapan sebutir pun gua tak dapat tangkap.

Mengamuk kat Cameron Highlands bila Haris mintak batalkan perkahwinan, menjerit. Sekali lagi Haris yakinkan taknak kawen masa kat set, menjerit. Campak jam tangan kat kebun teh, menjerit. Marah kat Wafiah masa kat hospital, menjerit. Mengamuk bila dapat tau Izzah adalah kekasih gelap Haris, menjerit. Campak semua kenangan dan gambar kanda Haris, menjerit.

Kalaulah Fazura yang lakonkan watak Mila, mungkin impaknya berbeda.

Bayangkan eh, scene yang terakhir tu. Masa Mila bagitau Haris suruh ceraikan dia sebab dia taknak hidup macham tu sedangkan dia je yang menchentai Haris sedangkan Haris tidak. Muka Mila bengis, kan? Muka penuh kebencian, bukan? Marah, bukan?

Betul. Kalau kita kat tempatnya pun mungkin begitu. Kuchiwa, marah, perasaan yang bercampur-baur.

Bayangkan kalau Fazura. Wajahnya lembut. Dia marah, dia kuchiwa, terluka dan yang sewaktu dengannya. Dan yang paling penting, dalam semua tu, dia masih lagi menggedik. Oh, watak gedik Fazura adalah sangat epik. Gedik yang comel. Yang langsung tak mintak penampar.

Sewaktu dia mintak Haris ceraikan dia, wajah Fazura mengendur. Matanya sayu. Wajahnya sedih. Hiba. Tapi dalam paksa-rela, dia mengundurkan diri. Dia tak mahu jadik insan yang ketiga. Dia rela pergi. Dan undur diri.

Feel me?

Waktu tu, gua rasa ending OR akan lain. Akan rasa kesian kat Mila. Sebab dia pun sebenarnya mangsa keadaan. Perasaan ni bukan senang nak on-off. Dan bila seseorang sanggup berundur sebab nak tengok orang yang dichentainya bahagia, itu adalah pengorbanan yang ikhlas. Yang tulus.

Dan gua rasa, Mila yang dalam bayangan gua adalah Fazura, akan pergi jauh tanpa dendam.

Eh, Lisa seksi jugak ropanya ye?!

Bront Palarea. Terbaek! Lakonan nampak bersahaja. Oh, rambut chantek amat! Pakai Rejoice, kah?

Julia Ziegler. Please get a Spanx.

Gua rasa, dalam filem ni abam Aaron paling untung. Semua wanita gojes di sampingnya. Maya Karin, Lisa Surihani, Julia Ziegler. Semua dirangkulnya. Err..minus itu Azizah Mahzan *peace*.

Dari segi produksi. Skrip agak baku. Dan yang agak turn-off dalam filem OR ni adalah dari segi editing dan plotting. Nampak tak begitu smooth. Nampak cepat sangat nak kejar masa. Banyak plak tu yang scene transitioning tu fade-off macham tu je. Kerap sangat.

Gua tak nampak kesinambungan waktu scene kat rumah Pak Dollah buat kenduri nak gi haji.Tetiba je kat situ. Tak nampak hubungan akrab Izzah dak keluarga Pak Dollah. Tiba-tiba je Izzah bawak dulang.

Dan kasih sayang Pak Dollah terhadap anak yang selama ini membesar depan mata sendiri tanpa memberitahu yang Haris tu adalah anaknya tak banyak ditunjukkan. Gua rasa, kalo tunjuk musti lagi terkesan. Sebab seorang ayah yang melihat anak membesar depan mata tanpa dapat dia nak berikan kasih sayang, lepas tu pulak hanyut dengan kemewahan dan cara hidup sendiri adalah sangat melukakan.

Jujurnya, gua tak nanges. Sumpah tak! Yang kat atas tu dari segi penulisan sahaja. Tapi yang memberikan kesan yang begitu mendalam buat gua dalam filem ni adalah lagu latarnya, Ombak Rindu versi Adira. Sepanjang penulis gua yang panjang berjela ni, gua hanya looping lagu yang sama. Lirik, suara dan alunan suara yang memberikan goosebumps, jugak sebak di hati jika dihayati dengan mendalam.

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisiku

Seperti penulis novelnya yang asal, Fauziah Ashari, gua sendiri tidak puas dengan filem ni. Terlalu banyak bahagian lain yang tidak turut dimuatkan. Yelah, novel tu tebal. Descriptionnya detail amat. Tapi filem pulak semuanya nak dimuatkan dalam masa 2 jam. Mustilah tak sama. Tapi filem ni masih lagik boleh diterima. Dan review yang ditulis ini jugak adalah berdasarkan filem OR semata. Gua tak mahu terlalu membandingkan watak-watak filem OR dengan watak-watak dalam novel OR.

Antara babak dan bahagian yang gua ingat dari novel asal OR:

Haris sukakan wangian. Dia mahukan kamar tidurnya sentiasa wangi. Dan Izzah akan pastikan kamar tidur mereka sentiasa dengan potpuri yang wangi.

Izzah pakai nighty yang requested by Haris. Dan malam tu, tatkala lena di sebelah Haris, bunyi guruh menakutkan Izzah. Tapi Izzah rasa selamat dan damai dengan rangkulan erat Haris. Aummm!

Oh, Haris goda Izzah dalam biliknya di pejabat. Rindu sangat kat Izzah. Tapi Izzah bo-layan.

Untuk filem Ombak Rindu ni, gua berikan 2.5/5.0 bintang. Yang 0.5 tu adalah khas untuk abam Aaron yang tidak berbaju dan bertank-top putih di atas katil.

Panassss!

.

i.Z.Z.i.e:

Lepas ni nak tukar jam dengan Mr.K. Oh, I nak TAG Heuer Monaco for Porsche Club of America tu, boleh? Tee-hee!

Terima kasih kepada Kak Mas & Jas Jamal yang bertindak sebagai rujukan.

Perjalanan babak telah dibetulkan mengikut rujukan daripada Nudra.

81 thoughts on “Ombak Rindu [Full Review]

  1. dear izzie… i suka i suka i lebiu hahahh rasa mcm dah tgk citer nih.. mmg dari dulu I nak fazura yg bwk watak mila.mcm dlm LBS dia bwk watak katherina… heheh iklan u dan biji tasbih serta tangki oksigen mmg x dpt dielakkan lagi hahah congrats..

    • Buat belog memanglah syok sendiri. Tak kisahlah kalau takde orang bacapun. Dan i tak rasa buang masa, sebab i suka menulis. And it’s not fair to say that to other people’s passion.

  2. betul?? sngt setuju walaupun org ckp maya karin pelat etc….tp acting dia mmg mantap feel lebih bila dia nangis, aaron mmg xbleh nak dsngkal watak dia…LISA?? OMG!!! mympah dgn lakonan dia….trgnggu dgn sebutan rrrrrrr dia…TIDAK!!! HAHAH!

    • hehehe.. not a big fan of lisa jugak ye? i vote for fazura. uuuuhhh..
      maya karin memang nampak inesen je, nampak muka baik. kesian bila tengok bila dia nanges
      tapi lagik kesian bila tengok abam aaron mengalirkan air mata
      huhu😥

  3. izzie, kak ja memng suk baca review izzie. since NE lagi. tgk u bagi 2.5 utk OR macam malas nak tgk jerk. he.he. tunggu download la jawabnya.

  4. belum berkesempatan nk tgk OR.Novelnya dah baca.Satu lg yg buat terbantut nk tgk,my anak dara (umur 12 thn) sibuk nk ikut.Saya dah bagi tau OR tak sesuai utk dia..Tp dia kata kalau tak sesuai nape kod nye U , bkn sx atau PL

    • ades, payah nak menjawab tu. agak kureng sesuai untuk anak2 bawah umur tengok.
      walaupun nampak biasa je tapi scene kat kamar tidur haris-izzah tu agak rawr jugak.
      woooohooooooooo!!

  5. wahhh… membaca review sambil mendengar alunan OST OR di iringin salji = epic hehe

    bront palaraee!! teringat rambutnya yg cantek dekat station keretapi~ mmg maya karin berjaya bawa watak izzah dengan baik sekali.. dengan redup mata izzah tu.. sampai abam haris pun cair hehe..

    perasan tak abam aron suka main tendang2 barang kan… masa teater badai semlm pun dia tendang kerusi.. ni tendang tong sampah pulak.. ganas nau~

    • kanda suka benar dengan rambut bront ye! kekeke

      a’ah..muka izzah mmg nampak inesen dan redup je mata memandang. “raut wajah mendamaikan”, memang kena sangat kan?

      itulah nya, kuat betul menendang. nasib baik muka manja. tee-hee!

    • tenkiu na.. ako sehabis boleh taknak terlalu membandingkan novel dengan filem. kalau nak diikutkan, mmg beda watak haris-novel dengan haris-filem. haris-novel sangat tegas, licik, manipulative. dia tau apa yg dia nak, apa yg dia patut buat, dan selalu akan menang n dapat apa yg dia nak. lain dengan haris-filem.

      eh, ako bias kan? asal abam aaron je suma ok. LOLOLOL.

      oh..thanks again for reading review panjang berjela ^^

      • gegegee.. mak ako tergelak2 satu hall sambil baca.. sbb ako hangkut dia p tgk skali.. aha.. haris dalam novel super cunningly sexay.!! very the hero yg slalu potrey dalam drama korea… tapi aaron aziz lebih bertolak ansur.. tapi his acting still rocks!!!!! heheheh ingat senang hero nk TT_TT ?? hero melayu lak tu? yg..agak.. or mmg.. hot!!! ahahahah… at least yg ni kira berjaya la gak.. tapi agak risau Bicara Hati!!! tengku syahran tu antara fav ako gak.. T_T…and.. ingat tak satu lagi novel yg dlu sek kita gilakan gak?? Kau yang satu.. Salina n Taufik!!! jeriiiiiiitttttttttt…..

      • makcik esyah baca?! oh, malo ako :”>

        yeap, sangat susah hero malaya nak menangis. tapi abam aaron, adoiyai. rasa nak tolong sapu air mata kanda tu. sedih ako tengok tau! kalo lelaki menangis, tu bermakna dia betul2 sayang. tsk.

        bicara hati, tengku syahran. yes.. dalam drama tu ako dah putus harapan dah na. memang tak menggambarkan langsung tengku syahran yang dalam imaginasi ako selama bertahun-tahun ni. TT_______TT

        kau yang satu, salina dan taufiq!!! oh, si comel fiq yang tak dapat kawal perasaan bila nampak salina yang selama ni berkain batik n bertudung litup kat umah tetiba pakai bareback dress in blue navy. rapat sampai ke dinding. sampai bersatu nafas salina n taufiq.
        “she’s mine. in and out”

        MANA PI NOVEL AKO NIH?!!!

      • ingatttt!!!! gila.. dlu before bc novel english, part tu la plg fav!!!!! wakakaka ulang 10x!!!! ahahah tu kira abis tetttt la utk zaman bdk2 baru nk besar kan!!!! ahahahaha… hadoi.. la.. tapi novel dlu best.. author biar kita ada imaginasi liaaarrr sendiri..gegege .. la..semua nk tlg hurai.. tak dak umphhh suda.. ~_~///.. carikkkk blk..so far tu antara plg ako ska.. satu lagi.. buat book club lak kt cni..hehhehe ingat tak Sentuhan Kasih by Norhayati Berahim? Inas ngan Zackry (ako tak ingat nk spell camna nama sia.. ^^)

      • oh, Taufiq Iskandar dengan kereta Jaguarnya

        buat book club kat sini? gagagaga… masalahnya tu suma novel2 lama yang kita baca. novel2 baru dah kurang la. ada tak ada ako baca hlovate je. yang lain tu macham nak copycat novel2 lama. so takde keasliannya lagi di situ.

        Sentuhan Kasih ako tak penah baca lagik tapi minggu lepas baru ako beli wehhhhhH!!! nanti ako baca and buh kat sini naaa..

  6. tahukah anda, recap and major spazzing anda buat gua terkekeh2 ketawa di malam buta?
    kagum gila dgn kejituan semangat anda menulis mini novel Ombak RIndu ver. 2 ni disulam iklan maha kelakar. sakit perut gua gelak! XDDD <— skema gile kan? i cuba nk jd org yg skema, so i tak mencarut merepek sgt XP

    • i belajar spazzing dengan u mak tiri.. and now i am waiting for ur review plak.
      sangat jitu, menulis hampir 9 jam hanya untuk siapkan penulisan. bayangkan novel tebal-tebal yg penulis amek tu. perghhh..salute!

  7. ::haaaaiiihh..dsebabkan i x tgk lagik..i x x baca pon review ni,..i terus ke comment box shj…oke tipooooooooo…..i baca, bab yg atas katel tu…hahaha..yg tu ja..pastu terus klik ke bawah….gaaaahh..i akan bacha lepas i tgk OR.. walau i x bachaa, i tau betapa menggila nya review ini..u dont knoe how hard it is for me to strain myself from reading it !!::

  8. great review as usual darl..!! (tepuk2) dr dulu lagik i dok suggest kt director tu p amek fazura for milla pnye part tp apekan daye ianya x dilayan..milla is sorg yg egois but elegance n lisa doesn’t has any of that utk bwk watak tu..haishhhhh~ (frust 1)

    i sgt2 sokong yg editing cite ni mcm haremmmm coz ianya mengganggu prasaan yg bru nk feel x ke klako tah dr mn wujudnye tetibe si izzah ni blh plak nolong pak dollah time kenduri..knl time htr brg je kot.. (frust 2)

    xleh nk fokus coz stiap kali watak milla kuar akn bergema lah jeritan2 si lisa yg amat annoying ituh..part xblh nk msk akal lansung ble tetibe blh bgn ngamuk buang2 baju smbil terjerit2 kt set adussss spoiled la babe (frust 3)

    eh..eh..tpjg plak komen i kali nih..tehehehe

    • dari segi produksi tu memang banyak kelemahan. dari segi pelakon utama, mmg lakonan pelakon lain dah berkesan kecuali lisa. ahhhh…sampai ke hari ni tak boleh terima dengan lakonan dia tu.

  9. ::nanti i tgk yer…i beli tiket ja i bgtau u…hahahaha, kalau x smpat beli tiket (aka x smpat tgk kat panggung), nanti i donlod, i bgtau u…eh ? hhahahaha..oh btw, kelvin, kelvin..*geleng2 pale*::

  10. salam izzie, tq byk2 wat full review utk filem OR…terubat la sket hati sy nie yg ade kat kyoto..hehe ntah bile leh tgk filem OR nie..

  11. ha…ha.. bukan saja review Ombak Rindu ~ Ombak Tsunami turut melanda jiwa ~ itulah penghayatan… terima kasih atas review OR …. baguihhh

  12. izzie…
    1st time lawat ur blog..wow! teruja dgn jln cite sutradara tu…tabik spring! good job🙂

    btw .. my blog for slimming tips with NO DIET n be my online/virtual biz partner for Bios Life SLiM passive income! U just drink to shrink! ;)) buzz me kalau u or others minat ye.

    thank you.

  13. haaaiihh..setelah bertabah hati slama lebih 2 jam semalam, setelah beberapa ketika, rasa terlalu lama dan tgk jam dlm gelap baru 3/4 jam berlalu…akhernya selesai juga niat yg satu utk nonton ini OR.. yaaa, sungguh bertabah hati…n after fully read ur review, i could’ve never be more agreeeeeeeed….. so far, sume bende u da cover iz.. n yeeeppp !! julia ziegler, oh julia ziegler..sapaai ati dierg bagik die pkai wardrobe 2 tanpa spanx !!

    oh msa mlm ptama tu i didnt FEEL him enuff, sbb nampak senyum PUAS si milla..maknanya apa tu haaa ? maknanyaaa ____ ___ _ ____ _______ (5 patah perkataan)

    ..lisa, oh lisa…naseb aku x mencik ko cam iz..so, aku mahapkan lakonan ko itu ..
    okeh, kang komen lebih cakap x sokong industri perfileman negara..i sokong hokeh, jus bkan sokong gna duit i sndri puuaahahahaa…

    gooooood job iz !!

    • maknanya… SEBAB HARIZ TIDAK MENCAPAI KLIMAKS?

      teeetttttttttttttt!!!

      thank you zazu sebab tengok gak OR. thank you sebab sudi merempan-rempan dengan i. thank you for reading dear ^^

  14. ::lisa senyum puas tau..SENYUM PUAS !! siap bole menari2kan jari di dada bidang itu….(mcm nk ketuk2 je jari die ngan pembaris panjang)

    it means, hariz did a gooooooooood job…. knun sedey sbb tpakse kawen !! ciss !! dasar lelaki !! (emo tiba2)… ::

    hehe..ure welkaaaamm..aissshhh…malu i…

    • hariz bukan macham watak novel lain yang kalau dah tak chenta, takkan ‘sentuh’ isteri yang dikahwini. hariz sapu semua. LOLOLOL.

      oh, nak ketuk dengan pembaris panjang kayu kaler kuning tu eh?

  15. ::hahaha..better..pembaris panjang besi !! puaahaha..eh jap..i ske gak kat lisa tu..pembaris pendek plastik je laah !! …x sapai aty !!::

    oh yeaaahh..btol gak, barula jaaaaaanntaaang hariz tu !! RAWR !!

  16. Hai Cik Izzie… Lama x singgah (semenjak anda berhenti mereview Nora Elena). Nampaknya penyakit kekurangan oksigen melihat si Kanda masih tak hilang.

    Xde rancangan nak review Bicara Hati ke?

    • hellu,
      errr penyakit ni bermusim dan memang susah jugak nak diubati. keh keh keh. tapi tengok watak apa yg abam aaron pegang gak kot, kalo watak novel yg i tau macham mana karektor tu, memang akan sentiasa kekurangan oksigen la jawabnya

      i tatau nak cakap nak review ke tak.. tak berani nak janji. kita tengok lah macham mana ye. i risau nanti i banyak menghentam je. maklumlah, pendapat masing2 kan lain

  17. congrats dear..u did a great review..i da tgk OR bout 2 weeks ago..has to admit..lakonan lisa mmg mngecewakan..x nmpak real la die blakon..kena improve byk lg nmpak nyer..huhuu..tp abg aaron n maya did a great job as usual..;)..btw, i da follow ur review since NE lg..u keep up d gud work k..suka baca review u..so funny…u go gurl..;)

    • thanks arfa for reading my reviews..
      kawan i cakap ada dengar khabarnya OR ni nak masuk IB pulak. kalau betul, harap sangat yang Lisa tu akan digantikan dengan pelakon lain. kalau betullah masuk IB, abam Aaron masih dikekalkan sebagai hero, memang berduyun-duyun la manusia yang pergi.

  18. La memang la maya karin tu pelat melayu dia. Kat umah cakap tamil. mixed german indian. tapi jantan mane pun kalau tgk maya berkemban kain batik pasti nanges..huhuhu….

    rentap je ikatan kain batik tu dah pasti semuanya terurai…. mane ada orang pakai bra bila berkemban?? mmmm

  19. dah tgk cite ni last week….cite ok tapi awatnya abam aaron cengeng ni…..rasanya mau 3-4 abam tumpah air mata……yg tak tahan tu cacar si lisa….pjg nya……hehehe

    cacar ke BCG? hehehehe…..

  20. hi mmg mini ombak rindu u buat..kelakar tau..btw sory i put ur blog link dalam i pnyer blog..u should read.sorry tak mintak permission dulu sayasukabercakap.blogspot.com

  21. terdahulu saya minta maaf, sepertimana saya minta maaf di fb saya, dan sedia menerima yg saya akan menjadi the most hated person on fb in malaysia! tapi berdasarkan filem ombak rindu (bukan novel, sebab saya belum membaca novelnya), saya masih tak faham bagaimana orang boleh menghayati filem ini. seorang ustazah yang merayu supaya perogolnya menikahinya kerana dia takut dosanya bertambah, tetapi dia tidak takut pula menghina rukun nikah dengan merelakan dirinya dilayani seperti perempuan simpanan. sesungguhnya nikah bukan hanya untuk menghalalkan seks antara lelaki dan perempuan semata-mata. seorang ustazah yang tidak langsung cuba untuk melarikan diri bila disimpan di vila perogolnya, hanya duduk diam-diam, sedia nak hidang air bila perogolnya tiba. tetapi apabila ibu perogolnya menghalaunya dari vila tersebut tengah-tengah malam buta, pandai pula dia cari jalan pulang ke kampungnya. pada saya, cerita filem ombak rindu ni tiada logik, dan selalunya dalam sesebuah filem antara kriteria yang dicari adalah the flow of logic, taklah diminta 100%, tetapi berdasarkan fakta asas filem itu, ia seharusnya ada logik. sesungguhnya bukan dosa izzah dia dijual dan dirogol, dan sebagai seorang yang berhijab dan mengajar anak-anak kecil mengaji, dia seharusnya tahu fakta ini dari segi hukum hakam ugama. pada saya cerita izzah dan hariz di dalam filem ombak rindu ini adalah kes “stockholm syndrome”. itu saja logik yang saya boleh simpulkan. sebagai seorang Islam, (saya tidak berhijab dan saya mengaku saya ni bukanlah alim warak tetapi insyaAllah cukup ilmu ugama yang saya ada), saya tidak akan membenarkan anak atau anak-anak buah saya yang masih muda tetapi sudah layak umur menonton dan menghayati filem ini kerana ia mungkin mengakibatkan silap fahaman. pada saya, watak yang paling logik adalah mail dan mila sahaja. saya tak faham kenapa mila ditonjolkan sebagai perampas walhal si perogol itu adalah tunangnya (mila) dan wanita yang dirogol itu telah jatuh cinta dengan tunangnya (mila). kalau tengok filem “serious moonlight” lakonan meg ryan, dia bertungkus lumus sedaya upaya mencuba memenangi semula hati suaminya walaupun dia terpaksa bertindak kasar. saya melihat watak mila seperti watak meg ryan itu. mail pula adalah watak yang paling tulus, walaupun dia gatal membelai tudung izzah dalam satu adegan tu. di sini juga saya tak faham bagaimana seorang ustazah yang telahpun bernikah dan sangat mencintai suaminya boleh membenarkan seorang lelaki yang bukan muhrim menyentuhnya begitu. sememangnya mail kawan baik izzah, but it is unbecoming of her character to allow that to happen. banyak lagi yang saya persoalkan, tetapi saya rasa ini pun dah cukup panjang dan cukup menjengkelkan bagi pencinta-pencinta ombak rindu. cinematography cantik, barisan pelakon cantik, wardrobe cantik, lokasi cantik, kereta cantik, lagu cantik (walaupun menjadi agak bosan bila terpaksa mendengarnya berulang-ulang kali sepanjang filem), lakonan cantik, tetapi pada saya cerita tiada logik mahupun kebernasan yang boleh membina moral yang positif, terutamanya ke arah membina peribadi dan jatidiri wanita yang teguh dan berani. lainlah jika latarbelakang filem ini adalah berasakan fantasi semata-mata. sesungguhnya, sex slavery is a serious crime, dan pada saya ia tidak wajar dijadikan latarbelakang sebuah kisah cinta romantik.

    • Jules,

      Terima kasih untuk komen yang panjang lebar. Tak salahpun nak kongsi pendapat masing-masing. Bukan semua orang punya pendapat yang sama dalam satu-satu hal. Dan kita kena hormat pandangan dan pendapat orang lain walaupun tak sehaluan.

      Anda seorang yang kritis pemikirannya. Sebab itu anda mampu mengupas tiap satu karektor dengan begitu teliti. Tapi bukan semua yang akan berfikir sejauh itu. Kerna mungkin pada mereka yang lainnya, filem ini hanyalah sekadar hiburan. Tak lebih daripada itu. Sebab bukan semua filem sekarang ni punya logik di sebalik jalan cerita, mahupun nilai moral untuk dijadikan teladan kepada semua.

  22. ::yeaaahh esp citer melayu..btw, komen che jules tu lebih kurang sama ngan kritikan ali atan untuk filem yang sama…::

    ini filem melayu…ada logik kah ?

  23. ok🙂

    thanks iZZie for respecting my point of view.

    saya baru saja baca review ali atan utk ombak rindu, thanks za somerhalder for d info; sungguh tinggi bahasanya dan ilmunya tentang filem. and yes, we seem to share the same sentiment about ombak rindu (the movie).

    no, malay movies need not have justified logic. cuma di malaysia ni, melayu dan Islam susah nak dipisahkan, and my concern is mainly on Islam. the movie can go any which way it wants, or as the audience fancy, or as however that can make it sell, but the Islam element/s, should a movie have any, cannot be taken lightly.

    sehingga kini, selain daripada cerita pramlee, filem melayu yang betul-betul saya suka ialah magika, terutama sekali adegan puteri gunung ledang.🙂

    • Jules,

      Kalau asalnya dari novel, tak adapun watak seorang ustazah berasal dari kampung yang mengajar anak-anak kecil mengaji Quran. Bila diangkat ke filem, watak Izzah diubah sedikit. Tapi masih lagi mengekalkan jalan cerita yang sama iaitu Izzah dianyai oleh bapa saudara sendiri, dijual, dirogol dan kemudiannya menjadi kepunyaan Hariz.

      Mungkin tak kena kerna watak ustazah itu tak kena pada letaknya cerita ini. Mungkin tujuannya adalah untuk menunjukkan watak Izzah itu sebenarnya baik dan suci.

      Mak saya selalu mengomel, kalau cerita yang berkait dengan soal agama, biar dikaji terlebih dahulu. Jangan ambil mudah sekadar untuk menyedapkan cerita. Mungkin dari segi ni, penulis skrip/pengarah terlepas pandang.

      Ya, saya banyak menggunakan perkataan ‘mungkin’ kerna saya hanya mengandaikan. Selebihnya, wallahualam.

  24. Ghetew penceritaan! Tak perlu laa ke mana2 panggung wayang lepas nie. Cukup dengan baca blog you izzie! Lengkap segala plot dan boom…*standing ovations sejam*… ^.^

    Sebenarnya belum tengok lagi OR tu. So nie sedang meroyan mencari kawan2 yang sudi downloadkan untuk i…*lap air mata hujung scarf Hermes*… T____T

    By the way, plot-iklan tangki oxygen tu yang paling WIN! I gelak gengguling keliling rumah you! LOL… ^O^

    • *lap air mata hujung scarf Hermes*
      SCARF HERMES TUUUUUUUU!!!!

      dah ada download link kat tenet. kalau u nak, i boleh kasik. tapi u dah baca review i, abislah spoiler.

  25. i’m aggreed with Jules… cuma sy rase element Islam dlm OR tak mnyimpang jauh spt cerita SYIRIK yg mnyesat akidah byk ditayangkan kat Malaysia ni (yg tu JANGAN bg anak-anak tengok- rosak diorg!!!!)…yg tu baru la SERIOUS CRIME…bg sy watak Haris pd mula nye sbg perogol…yes, dia guilty…tp kita kene tgk positif nye…perogol bukan la perogol selamanya…wujud nya watak Izzah telah merubah perogol itu mnjadi seorg pencinta wanita dan juga pencinta alam syg kuceng ;)…mnukar habit Haris pergi ke club malam kpd menziarahi isteri pada waktu malam…kan mulia tu…
    yes niat bernikah memang bukan sex semata2…tp itukan lebih bagus drpd terus berzina selama2nya…ni la byk kes buang baby merata2 wat prkara bukan2 x nikah pastu x pandai nak simpan…buang je… kita leh tgk khadiran Izzah byk merubah Haris drpd sifat pemarah, ketuk pintu kuat2 kpd ketuk pintu slow skit or maybe lpas ni da pandai bg salam kot n cabut kasut…watak ustazah kampung mngajar mngaji…tahu hukum hakam??? sy penah tgl dikampung, ustazah mngajar mngaji x sama dgn ustazah lulusan UIA, UKM, UUUUUU….mereka kdg2 makcik je, skolah smpai darjah 6…so saya rasa watak Izzah kat sini nak tekan kan seorg gadis kg yg baik dan berakhlak mulia walaupun maybe ilmu x tinggi di dada…
    POINT UTAMA yg saya dapat dalam cerita ni…mcm mane khadiran seorg wanita suci dpt menukar SEORG LELAKI BHATI KERAS DAN BUASSSSSSS kpd lebih LEMBUT dan PENYAYANG😉 ape pun scene2 x elok tu tutup mata, tanya selera…kalo rawrrr maka RAWRRRRR la juga…ok la sory pnjang2…kene wat blog sendiri ni

    nice REVIEW…5 star, iklan best…daripada cite romantik jd komedi…abis mood nanes td hahaha

    • ramai jugak ye peminat novel dari kaum Adam. ingatkan kaum Hawa je yang suka layan novel chentan-chentun ni.
      err..mood nanes? biar betul nih?
      anyway, thanks for reading my review🙂

  26. the novel is far better than the film…
    btw, great review of this film but unfortunately i dont like ur review bout lisa surihani..i think watak gedik die menjadi & i’m her fan.sekian..

  27. ::adakah bole kiranya i ber tag-team ngan oitoit ? koh koh koh .. walau saya peminat LS, i have to, sadly and irrevocably agreed with penulis review ini… oh, knape lisa..kenapaaaa….::

  28. Mcm ni lah,kau suruh mak bapak kau berlakon jadi watak izzah dan haris…..nk tengok mcm mna…kalau dah mcm beruk lakonan mak dan bapak kau…nanti kau buat filem tentang binatang,kau pulak berlakon jadi anak beruk…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s