Tentang Dhia [episode 18] – rindu-rinduan jadik kenangan

Satu yang gua berkenan dengan drama Tentang Dhia ni, bukan sahaja menceritakan kisah hidup dan kisah chenta Dhia serta watak-watak yang lainnya tapi jugak dalam lembut penyampaian mesejnya begitu ketara. Mendidik para penonton secara tidak langsung akan ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Esa, mengingatkan tentang hukum-hakam agama, dan dalam sinis turut menegur perbuatan masyarakat yang kini kian sebati tanpa kita sedari.

Salam kepada kalian yang ingin punya suami seperti kanda Zikir terchenta.

Berat hati kanda melihatkan Dhia mengemaskan baju untuk kanda berangkat pulang ke Pulau Pinang. Berkeluh kesah Zikir. Manakan tidak, kanda akan meninggalkan dinda yang baru dinikahi *uhuk uhuk*. Bakal berjauhan selama 4 hari.

“Seolah 4 hari, Abang rasakan terlalu lama. Abang belum pergi, Abang dah rasa rindu. Macham mana?”

Dinda sejuta kali rindu, kanda! Tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan kanda walaupun sesaat dua. Namun apakan daya, kanda perlu pulang ke sana. Oh, kanda ni sebenarnya manja ya! Manja namun masih nampak tegas. Dinda suka!

Aahhh berbaju Polo putih dan berjeans biru. Membuatkan dinda terasa ingin terkam sahaja kanda di saat itu. Sedang elok ni kanda, maklumlah..kita jua berbicara di birai katil.

Meoooowwwwww.

Mau sahaja dinda ikutkan kata-kata kanda untuk ke Pulau Pinang bersama-sama. Namun apakan daya, dinda tak mau membelakangkan bonda dan ayahanda. Takpelah kanda, moga di kejauhan selama 4 hari yang seumpama 4 purnama ini akan menguatkan lagi kechentaan kita berdua.

CUCU??!!

“Zikir dengan Dhia merancang ke?” tanya makcik Esah.

“Takde mak. Kalau boleh lebih cepat lebih baik, kan Dhia?” saling berpadangan. Mata bertentang mata.

Ku Salmi kaget. Dibidasnya perancangan anaknya. Katanya derang baru sangat kenal. Takkan cepat sangat nak timang cahaya mata?

“Mummy, Kir bukan berusia 18 tahun. Kalau boleh Kir nak anak Kir masuk sekolah sebelum usia 40. Taknaklah pulak nanti orang lain dah dukung cucu, Kir baru nak dukung baby.” dalam lembut dan malo-malo Zikir menuturkan.

Ya benar, kanda!! Kalau begitu halnya, usahlah ditangguh lagi walaupun 4 hari lagi. Dinda akan ikut kanda pulang sekarang jugak-jugak!! Kita tak boleh berlengah kanda! Kata nak anak masuk sekolah sebelum kanda 40 tahun kan?!

Nakal!

Zikir minta izin untuk pamit. Dhia menyalami tangan suaminya. Tak rela berpisah. Zikir angguk sebelum pergi sambil mengerdipkan matanya.

Oh myyyyy!! Seksanya menunggukan 4 hari lagi untuk bertemu dengan kanda.

“Benih anak jantan kau tu dah masuk ke rahim perempuan tu.” ujar bomoh siam yang handal, pak Boon.

“Huuuiiihhh..cepatnya?!” terkujat Ku Salmi.

“Memanglah cepat. Tanah kalau subur, tanam apa pun cepat tumbuh. Tapi kalau tanah tu tak subur, nak tanam taugeh pun bertahun menunggunya!”

Komen pak Boon adalah paling epic U_____U

Ayuhai Ku Salmi, kalau kau ada di depan mata, akan ku tenyeh-tenyehkan mulut murai binti tempayan kau dengan cabai. Ingin jugak rasanya mata kau itu ku korek-korek tiap kali kau jegil-jegilkan sampai naik juling. Nasib baik bulu mata kau lentik. Eh, tak baik cakap macham ni kat mak mertua. Nanti tak ciom bau syorga.

Oh, masa ayah Dhia berpesan dengan Dhia buat kali terakhir tu sangat sedih.

.

i.Z.Z.i.e:

“Insya-Allah, Kir akan usahakan secepat mungkin. Ye, nek?”

*pitamssssss*

8 thoughts on “Tentang Dhia [episode 18] – rindu-rinduan jadik kenangan

  1. ye btol…..dlm cite ni…dalam diorang bercerita…..terselit nasihat y disampaikan dlm penuh kelembutan….so terasa la maksudnya kan….tak mcm cite Stanza Cinta….nak nasihat tapi ckp mcm nak marah…..berkerut2 kening…..mintak mahap ye kalo ada yg minat itu heroin……hehehehe

    • setuju! dalam stanza cinta, penyampaiannya macham tak kena. macham nak tunjuk yang dialah alim ulamak nasihat orang sana sini. tapi dalam tentang dhia, cukup berlembut. sejuk hati mendengarkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s