#Random: anecdote v1.0

  • Ian Somerhalder (IS). Izzie Zin (IZ). WE ARE MEANT TO BE TOGETHER!! Btw (that means by the way -Damon Salvatore), happy birthday love! Your existence is just like an early Christmas present. But better.
  • Akan pergi menonton Ombak Rindu esok dengan berat hati sekali. Kerna download link masih tidak timbul-timbul. Tiada pilihan lain kecuali menonton di panggung. Oh, sebab utama adalah kerna Kak Mas dah download 50-50. Tee-hee! Oleh yang demikian, review akan ditulis berdasarkan pengalaman gua menonton di panggung. Ye, dah basi. Gua tau.
  • Year End Sale di sana sini. Tambah dengan promosi Air Asia lagik. Tapi sudah tiba masanya gua mengubah 180 darjah dan coba untuk mengorak langkah ke arah perspektif yang baru. Masih coba untuk mengawal diri. Bukan mudah. Tapi insya-Allah.
  • Preview Bicara Hati dah kluar kat Astro. Saluran Prima, 105. Gua syak, Bicara Hati ni musti akan gantikan slot Suria Di Cordoba yang akan habis minggu depan. Congak-congak, mungkin Bicara Hati akan ke udara 20/12/2012. Tapi gua pelik, kenapalah tudung yang Kris Cempaka pakai untuk majlis kawen tu senget benget? Pakai ler elok-elok sikit hendaknya. Tsk.
  • Disember. Bulan depan dah Januari. 2012. Angka meningkat setakuk lagi. Masih ingat 10 tahun dulu, gua sedang enak ber-honeymoon di Form 4. Yang merosakkan bulan madu indah adalah subjek Add Maths. Jilaka!
  • Akan menonton Konsert 30 Tahun Amy Search minggu hadapan. Diikuti dengan teater Semerah Padi di Istana Budaya minggu berikutnya. Minggu yang sama Sherlock Holmes:Game of Shadows masuk panggung. Dan juga Mission Impossible 4: Ghost Protocol. Oh, duniawi semata T_____T
  • Physiotherapy masih diteruskan. Cuma masih belum memberikan 100% kesan. Gusar terpaksa menjalani pembedahan jika tiada penyelesaian. Gastritis juga begitu. Kalau masih berterusan sakitnya, mungkin perlu menjalani endoscopic. Khuatir jika ulcer sudah mula bermastautin.
  • Dah lama gila tak tengok berita. Apatah lagi nak baca sokabar. Tatau apa dah jadik kat dunia semasa. Terasa seperti katak di bawah tempurung jua. Namun apakan daya, malas benar kerna semuanya berkisarkan kisah dusta, auta, dan balik-balik cerita yang sama.

6 thoughts on “#Random: anecdote v1.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s