Tentang Dhia [episode 17] – hari pernikahan & persandingan

Bukan mudah untuk mengawal mata tatkala melihatkan sesusuk tubuh lengkap berbaju Melayu putih, bersongkok hitam, dan bersampin dengan bersulamkan benang perak.

Kachak!

Dengan mudah, sekali lafaz sahaja Dhia selamat bergelar isteri kepada Zikir. Selamat pengantin baru diucapkan sekali lagi kepada diri sendiri untuk pernikahan di bulan Disember.

Kalau lah gua yang menjadi Raffi, matik hidup semula pun takkan gua jejak untuk  menghadiri majlis perkahwinan chenta hati sendiri. Bagaimana bisa mengawal perasaan yang bercampur baur tatkala terpandangkan kekasih hati (syok sendiri) bersanding indah bagaikan pinang di belah dua di atas pelamin? Inikan pula nak menepung tawar kedua-dua mempelai?? Gua tak cukup kuat. Tak cukup kuat! Mungkin bila-bila masa sahaja manik-manik jernih akan gugur membasahi pipi.

Cukuplah gua doakan dari jauh sahaja agar jodoh mereka berdua kekal hingga ke syorga. Sob.

Kanda, kachak benar kanda bersanding di atas pelamin dengan baju pink-peach. Lengkap dengan tongkolok dan capal. Terserlah seri pengantin di wajah kita. KITA??!!

Har har har.

Ye, KITA. Meooooowwwwww.

Luluh jua jantung dinda tatkala kanda mengimamkan solat tadinya. Sejuk hati dinda ni bagai disirami ketul-ketul ais dari Kutub Selatan. Oh, dinda sejuk. Cepatlah hangatkan dinda, kanda! *uhuk uhuk*

“Abang takkan tahu apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun 10 tahun kemudian. Abang tak boleh ramal nasib kita berdua. Tapi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Abang akan beri chenta Abang, hati Abang, seluruh jiwa Abang pada Dhia. Dan yang penting sekali, Abang akan membahagiakan Dhia seumur hidup Abang. Abang janji.”

Dinda terpana. Terpana dengan keikhlasan kata-kata kanda. Riak wajah dan bening mata kanda itu jelas menunjukkan betapa bersungguhnya kanda menyentai dinda. Sebak dinda. Terima kasih kanda, kerna sudi menyapu air mata di pipi dinda.

Nora Danish, you nanges pun nampak sangat comel. Jeles ai tau! Sebab kalau ai nanges, haruslah jadik ropa cenggini..

Comel, kan? *facepalm*

Di birai katil, tangan bertaut erat. Kemas sekali genggamannya. Lalu terus dibawa ke bibir mungil Dhia, tangan kanda Zikir diciuminya. Kemudian, tangan Dhia pula diciumi kanda Zikir. Penuh syahdu. Dan pipi mulus gebu Dhia dibelai dengan penuh kasih sayang. Lembut sekali. Perlahan bibir Dhia sekali lagi jatuh di telapak tangan kanda Zikir.

“Assalamualaikum.” kanda Zikir memberikan salam.

“Waalaikumussalam.” jawab Dhia.

Ya ampun. Berzikir dinda di dalam hati. Tak mau lagi menambah cerita sendiri dan membuatkan orang lain keliru dengan imaginasi liar dinda.

Ahh..nyata kanda seorang yang begitu berlemah-lembut dan sopan santun. Sesungguhnya, dinda jatuh tangga berkali-kali dengan kanda. I lebiu kanda!

“Dhia tak siap lagi? Apa dibuatnya dalam bilik air lama-lama tu?” soal Pak Amin kepada Zikir sewaktu nak ke masjid untuk solat Subuh.

Oh, Tuhan! Muka kanda waktu itu sangat priceless!! Kalau ditoreh, mungkin tidak berdarah! Malo-malo kanda jadiknya! Pipi tu merah-merah dah tau! Rawr!!

“Kir start enjin dulu, mak, ayah.”

Buru-buru kanda keluar dari rumah. Coba untuk mengelakkan pertanyaan yang mungkin tidak bisa dijawab. Mungkin kalau dinda keluar dari bilik air dengan rambut yang basah akan merungkaikan segala persoalannya.

Meooowww…

12 thoughts on “Tentang Dhia [episode 17] – hari pernikahan & persandingan

  1. ::masa i tgk smalam, wndering daa..dak iz ni tgk ke idok..kalo tgk..msti menggelupur..hahahaha.. adakah selepas kawen mertua dhia akan guna2 kan dhia..adakah rumah tngga mereka akan berantakan ? adakah kir akan tampo2 pipir gebu dhia ? malas laa nk tgk lagi…..:::

    • memang menggelupur. tapi masih lagik boleh dikawal. nyeh nyeh nyeh. for sure lepas ni rumah tangga dhia-zikir akan berantakan kerna perbuatan mak mertua dia. saiko betul. mulut pun laju mak zikir tu ye. nasib anaknya baik budi pekerti, penyabar, sopan santun, penyayang, kachak..ahhhhhhh…

      nape u takmo tengok zazu??!! tak sanggup nak membayangkan yang bukan2 lettew!

  2. btoooolll…nanti waktu sore maghrib akan dihabiskan ngan sumpah-seranah aja !!

    tsk..tp memandangkan tv akan terbukak dan dhia ini akan sentiasa menjadi pilihan ..maka, i akan tgk2 jgak laa….

    nsib bek yg jdik azmi tu ako mustapha tau, kalau fahrin ke, aaron ke..dalam dilemma jgak kan nk pilih yg mana…hahahaha

    • macham suria di cordoba. tapi i akan tetap pilih zikir, or indra putra. nyeh nyeh nyeh. tapi jangan kasik seth tan/zikir side by side. itu memang dilema wanita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s