search engine terms v2.0 – Gold Class vs Premier Class

Eh, macham seronok plak tengok search engine terms yang pelik-pelik. Kadang tu macham ada persoalan di situ. Oleh yang demikian, dengan perasaan getiknya akan gua akan menulis lagi kalau ada search engine terms yang menarik.

Gua menjawab dari pengalaman gua menonton di GSC Signature, The Gardens. Harap maklum. GSC Signature hanya ada Gold Class dan Premier Class.

Gold Class. Harga tiket mahal nak mampos! Selalunya kalau Mr.K dan gua masuk Gold Class, untuk 2 orang total harga tiket dalam RM120++. Tapi selesa yang amat! Hal ini adalah kerna, dalam panggung itu sendiri tempat duduk adalah terhad. Boleh kira berapa kerat je bilangan kerusi yang ada dalam panggung tu. Tu belom lagik kira berapa kerat penonton yang ada. Kerusi dia macham Ogawa/Osim massage chair. Boleh lean down, siap dengan foot rest.

Selimut dan bantal disediakan. Memang akan terasa sangat selesa bila menonton. Oh, tak lupa jugak complimentary drinks. Boleh pilih nak minuman apa kat Gold Class cafe counter tu. Selalunya gua amek mineral water dan Coke.

Kalau yang nak order makanan, staff GSC akan hantar ke tempat duduk anda. Hidangan akan dihidangkan dalam pinggan. Kat tempat duduk tu memang ada meja kecik untuk letak makanan.

Kelebihan lain di Gold Class adalah lounge yang selesa hanya untuk penonton yang mempunyai tiket Gold Class. Tak sesak. Dan tahap kebersihan tandas pun lebih baik.

Premier Class. Premier Class pun sebenarnya dah cukup selesa. Harga untuk 2 orang (bukan hari Rabu) dalam RM50. Seat kat Premier Class ni semuanya couple seats. Takde yang single seat. Tempat duduk tak crowded macham panggung biasa. Kalau habis movie tu, takdelah berpusu-pusu segala manusia nak keluar. Relax je. tak payah nak rebut-rebut macham kat GSC Mid Valley.

Kalau nak order makanan masa nak makan dalam panggung pun boleh. Tapi GSC Signature takkan hidang macham kat Gold Class. Makanan akan dihantar dan diletakkan dalam bekas tupperware plastik siap-siap.

My recommendation? Try Foot Long Sausage with Onion Gravy. Sangat sedap!!

Sebab gua ni tak tahan sejuk, selimut boleh disewa dengan harga RM5. Tapi kena tanya dulu kat staff GSC. Skang ni kalau tanya ada selimut tak, selalulah derang cakap abis. Beku gua dalam panggung tu, tau! Nasib ada mamalia yang berdarah panas di sebelah. Har har har.

.

i.Z.Z.i.e:

Takde pic gadis siam kat sini >.<

10 thoughts on “search engine terms v2.0 – Gold Class vs Premier Class

  1. mamalia berdarah panas ? gataaaiii !!!

    tapi yah, premier class pon da cukop selesa..

    selesa sangat boleh menuju ke arah ketiduran..seperti yg dialami saya, sampaaai siap berdengkur..puaaaaahahaahahahaha…

    er…sila review pasal gadis siam pic..please..please…..

  2. ::heeiii !! sajja lettew !! xde kije tau !! hahahaha::

    ohh, i gugel gadis siam dan pak arab nga menikmati dosa king !! puaahaha

  3. ::eiiii..bukaaaanlaaaa…u da fitnah sechara terang2an taauu !! abes la nama suci i.. u tarnished my good, good name !! cheeess !!::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s