diri sendiri yang menanggung dan bukan orang lain yang akan menolong

Boleh dikatakan pendek rezeki. Sebab makin kurang makanan yang dapat dimakan. Kalau dulu cili padi tu boleh pepak [read: gigit] macham makan ulam, skang ni pedas sikit dah tak mampu ditahan. Bukan tak tahan pedas di mulut, tapi pedih di perut dan perit di bontot.

Apalah maknanya menikmati hidangan tanpa rasa pedas?

Pedas tak boleh. Masam pun macham tu jugak. Kalau dulu, asal order limau ais..siap mintak masam lebih. Skang ni, kalau agak-agak tak sayang perut dan terasa nak experienced perut bocor dalam jangka masa terdekat, mungkin boleh coba.

Masam pun dah kena pangkah.

Makanan berminyak dan berempah pun macham tu jugak. Semua tu perlu dielakkan. Tapi kehendak tekak ni payah benar nak dituruti.

Ikut rasa, binasa. Ikut nafsu, lesu. Ikut hati, mati.

Doktor Rasool tanya, gua diet kah? Sumpah doktor, perkataan diet tu tak pernah wujud dalam kamus hidup gua. Biarpun badan dah macham dugong, makan tetap makan. Sebab Mak selalu pesan, selagi masih muda ni..jangan disekat kalau nak makan. Nanti dah tua, dah macham-macham penyakit duk ada..masa tu teringin nak makan pun dah tak guna.

Ye, mak. Nasib baik Adik dengar cakap mak. Segala menda adik makan. Tolak batu dengan kayu je. Perut ni dah umpama tapak pelupusan.

Antara sebab yang memungkinkan gastritis semakin teruk -stress. Simptomnya pula adalah seperti pedih di hulu hati, pedih di perut tapi tak lapar, kadang-kadang perut terasa angin dan loya. Dan skang ni, kalau terlewat sikit daripada waktu makan, sakitnya membawa ke kepala.

Disebabkan stress, gastric acid dalam perut dirembeskan lebih daripada kebiasaan. Mungkin nampak remeh di peringkat permulaan. Bermula dengan gastrik, kalau tidak dicegah dari awal gastrik boleh melarat menjadi ulser, dan kemudiannya menjadi kanser perut.

Dan terpaksalah gua bergantung kepada ubat. Tiap masa dan ketika, ubat ditelan seperti makan gula-gula. Ponstan dan voltaren perlu dihentikan sama sekali. Paling utama, perlu elakkan diri daripada menjadi stress.

Apabila terlalu banyak yang difikirkan, dan terlalu banyak perkara yang membebankan memang susah untuk gua ketepikan. Tak pandai nak menanganinya.

Tapi kini perlu buang jauh-jauh untuk kebaikan diri sendiri. Coba untuk mencarikkan sebuah senyuman walau hati gundah gulana. Perlu ketepikan yang tidak-tidak, yang bukan-bukan. Kerna bila dah sakit, diri sendiri yang menanggung dan bukan orang lain yang akan menolong.

6 thoughts on “diri sendiri yang menanggung dan bukan orang lain yang akan menolong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s