Bangkok, Thailand [Part 2]

4 hari di kota Bangkok, gua tinggal kat President Solitaire Sukhumvit Soi 11. Soi tu bermaksud jalan/street. Breakfast and WiFi included. Kawasan Sukhumvit ni memang dekat dengan BTS/”Skytrain”. BTS/”Skytrain” ni sebenarnya sama macham LRT kat sini. Stesen BTS yang paling hampir skali adalah Nana Station. Kat President Solitaire ni ada spa yang dinamakan “Ananda Spa”. Tsk. Gua terasa makin dekat dengan chenta hati wakil dari Thailand ini. Mungkinkah akan ketemu nantinya wahai kanda Ananda Everingham?

Kawasan hotel-hotel semua memang masuk ke dalam sikit. Kecualilah hotel yang super-duper feymes. Tapi toksah risau, mana-mana hotel yang jauh ke dalam tu semua sediakan tuk-tuk dari hotel ke jalan utama. FOC.

Lepas rehat, Mr.K ajak jalan-jalan kat kawasan Sukhumvit. Memandangkan restoran Thai Puangkaew (dekat dengan Grand Millennium Hotel) yang Mr.K suggest belom bukak, kuchiwalah rasa di hati. Perut terus merajuk. Mr.K sorang je yang makan.

hajat di hati nak makan Tom Yam terbantut. takpe, lain hari gua datang

.

Vegeterian Burger. langsung buat gua tak terliur kecuali fries tu

.

one happy customer yang lupa nama kedai

.

Lepas makan terus pergi ke favourite spa Mr.K dekat Soi 21. Gua amek 1 hour foot massage, 1 hour body oil massage, 1 hour facial. Mr.K pulak 1 hour foot massage, 1 hour Thai massage, dan manicure/pedicure. Untuk 2 pax, THB 1500 sahaja.

amek nama spa sudey..aksi dalam spa haruslah ditapis

.

Jalan balik dari spa, banyak kedai-kedai dah bukak. Macham-macham benda yang dijual. Tak ubah macham Night Market kat Batu Feringghi, Penang. Kebanyakannya pakaian yang dijual. Tapi jangan terkejut kalau jumpa benda-benda pelik dijual secara terbuka.

pil penguat/peransang tenaga dengan pelbagai jenama sangat mudah dibeli @___@

.

Even dildo pun derang jual macham jual cekedis. Jelas terpampang. Siap boleh pilih nak saiz American ke, African ke..juga datang dengan pelbagai warna -____-“.

Dosa. Atau thosai. Tapi disebabkan gua di kota Bangkok, di kota yang penuh dengan hiburan..terpandangkan perkataan ‘dosa’ tu terus tersentap sat 5 minit. Har har har.

Dan banyak jugak mobile bar di sepanjang jalan. Kreatif! VW van ni derang modified jadik bar. Coolio, kan?!

Dah malam, terus balik ke bilik. Perlu plan untuk hari-hari esok. Ya, gua kena plan sendiri mana nak pergi. Tour guide yang diharapkan tidak berfungsi sepenuhnya. Alasan? Terpaksa bekerja walaupun bercoti di kota Bangkok. Takpelah, asalkan dia temankan ke mana saja gua nak pergi pun dah besar tuah.

Kalau ikut kepala Mr.K, 4 hari di Bangkok adalah terlalu lama. Pada dia memanglah sebab dia dah selalu sangat ke sini. Untuk gua yang baru nak pijak kaki ni?! Dicadangkan, kalau lain kali ke sini lagi boleh tinggal 2 hari di Bangkok dan 2 hari di Pattaya. 2 jam perjalan dengan kereta. Pattaya ada Hard Rock Hotel, ada pantai. Woo-hoo!!

Eh, itu plan lain tahun.

End of Day 1

.

~ 1st October (Day 2) ~

Agenda untuk hari kedua adalah shopping!! Niat di hati nak ke Old Siam (locals pronounce Siam as Sayam) kerna katanya kat situlah syorga Thai Silk. Tapi malangnya, bila tanya kat tour service rep, derang sendiri tak tau kat mana. Mungkin jugak kerna masalah komunikasi. Bukan semua boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik di sini. Namun masih boleh difahami.

Dan lebih bermasalah bilamana hampir semua locals yang gua ketemu di sini berbahasa Thai dengan gua. Katanya, muka gua ni ropa Siam. Satu hal pulak nak kena explain. Yang Mr.K pulak disangkanya orang Arab. Errr..Arab dari Oman kot?! LOLOLOL. Dan ada pulak yang kasik salam *facepalm*.

Suatu pemandangan yang tidak janggal di kota Bangkok, wanita tempatan berpegangan tangan dan jalan beriringan dengan lelaki asing. Toksah tanya kenapa, untuk apa, dan mengapa.. tapi sendiri mau ingat. Dan apabila gua disangkakan gadis tempatan, ada bersama-sama dengan lelaki yang kononnya berketurunan Arab (sumpah gua tergelak!), tau tak perasaan gua waktu tu macham mana?

Pakej yang ditawarkan kat hotel tak berapa nak murah. Boleh tahan cekik darah. Oleh yang demikian, Mr.K cadangkan untuk carik alternative lain. Kebetulan ada teksi yang memang setia menanti depan hotel, terus ditanya kalau boleh dijadikan supir untuk ke sana ke mari. Kalau diikutkan, setakat nak pusing-pusing di bandar Bangkok, masih boleh naik BTS atau Metro (MRT). Tapi Mr.K taknak bersesak-sesak kerna kondisi kesihatannya tidak mengizinkan.

Tony (nama glamour) bersetuju untuk jadik supir dengan bayaran THB 1000 untuk satu hari. Arakian, naiklah Mr.K dan gua kenderaan berwarna merah jambu yang begitu menarik perhatian. Ke manakah destinasi pertama yang dituju?

Pinky gua pun tak se-pink teksi ni tau!

.

To be continued.. 

2 thoughts on “Bangkok, Thailand [Part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s