Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1)

Bismillahirahmanirrahim..

Tinggalkan sejenak perbandingan itu. Perbandingan di antara kisah vampire yang sedia ada. Memang! Memang siri Twilight lain dari kisah vampire yang lain. Menyimpang jauh.  Tapi ia juga mengisahkan kisah chenta manusia-vampire. Kisah hati dan perasaan.

Gua tinggalkan sejenak The Vampire Diaries dan Underworld di luar pintu panggung. Segala fakta-fakta yang bertentangan antara donia vampire dengan vampire yang ada di dalam siri Twilight gua abaikan. Gua bebaskan minda. Yang gua mahu fokuskan, kisah chenta Edward dan Bella.

Nyata, dengan begitu..semuanya lebih mudah.

Dan gua harus akui, chenta terhadap kanda Edward kembali bersemi.

Begitu indahnya sebuah majlis perkahwinan Edward-Bella (Stephenie Meyer turut muncul sebagai cameo dalam babak ni). Syahdu pabila lagu Flightless Bird kedengaran. Mengingatkan kembali detik di mana Edward berdansa bersama-sama Bella dalam Twilight. Berkali-kali juga lagu Bella’s Lullaby menjadi latar bunyi. Juga My Love nyanyian Sia. Semua itu membuatkan jiwa halus ini turut sama merasakan perasaan chenta di antara Edward-Bella.

Oh, lucu jua bila Jessica memanggil Edward sebagai “The Hair”. Tapi itu hanya tinggal kenangan. Sejak dari Twilight Saga: New Moon lagi, bouffant Edward tidak lagi seperti Twilight. Dan betapa gua rindukan gaya rambut itu.

Aset Damon pada matanya. Aset Edward pada senyumannya. Kedua-duanya membuatkan dinda terpana. Terpana dan tergoda.

Luluh hati dinda ini tatkala melihatkan bagaimana manisnya senyuman kanda Edward apabila terlihatkan Bella dalam black lingerie. Sambil tersenyum meleret dan menampakkan barisan giginya yang tersusun chantek, Edward geleng kepala, lalu memusingkan badannya. Wajahnya disembamkan ke bantal.

Menggetarkan jiwa!

Dan bilamana kanda menciumi perut Bella yang ketika itu sedang sarat  mengandung..tanpa disedari, mulut ini sponton menuturkan “aawww..”. Begitu manis saat itu.

“Come back to me pleasebaby. Bella, Bella please.”

Hancur luluhlah hati dinda tatkala melihatkan kanda merayu-rayu sebegitu. Semua kekuatan dinda dibawa pergi bersama-sama remuknya hati kanda melihatkan tubuh Bella kaku kejung di atas pembaringan.

Sebak.

Juga tidak usah dibandingkan filem dengan novelnya. Gua puas disajikan dengan babak-babak indah kanda Edward. Cuma tidak puas hati sebab banyak potong! Untuk sesiapa yang belom tengok lagi, sila tunggu sampai habis credit, sebab ada sambungan sikit lagi pasal Volturi kat hujung tu.

Wedding dress Bella adalah sangat chantek!!! Simple, tidak sarat dengan perhiasan dan barang kemas. Hiasannya adalah di belakang dress itu sendiri. And Bella’s one flawless bride! Dan dinda sangat suka tengok kanda berkemeja dan berseluar separas lutut sewaktu di airport untuk pulang semula ke Forks.

Tapi dinda lagik suka ketika kanda tidak berbaju. Tee-hee.

.

i.Z.Z.i.e:

Your argument about Edward Cullen is invalid. Unless you are Damon Salvatore. Period.

8 thoughts on “Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1)

    • yes yes.. i read the novel too😛
      cuma skang visualnya lebih nyata lagik puahahaha
      btw, i dah download Twilight Saga: Breaking Dawn (Part 1) even it’s a TS version
      janji i dapat tengok all the deleted scenes..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s