Rehab

Sakitnya dah lama menghidap. Tapi sanggup bertahan sebab takut kena operate. Dulu penah tengok kat MedikTV, kalau dah operate lutut tak boleh duduk mencangkung seumur hidup. OH NOOOOO!! BERAK KENA CANGKUNG, BARULAH NIKMAT!!

Dalam 2 tahun tiga suku (?) yang lepas, ada gak gua gi jumpa Doktor Rasool. Dia suruh gua makan ubat. Katanya kalau disebabkan rawan yang dah makin menipis, insya-Allah makan 2 botol mungkin boleh sembuh.

Gua makan sampai botol ke-3, takde efek.

Dirujuknya ke Orthopedic department di Pantai Medical. Gua buat tatau je refer letter tu. Sebab gua takot jumpa doktor. Hehe.

Skang lutut gua makin sakit. Mudah sangat rasa lenguh. Mudah sangat rasa menyucuk. Driving, naik-turun tangga, duduk atas kerusi lama-lama, dan gua takleh melutut terlalu lama. Sakit.

Kali ni gua nekad. Lutut nak pakai lama. Umur baru 25 tapi dah sakit macham orang tua. Kesian kat gua. Nak tak nak kena jugak kuatkan diri sendiri.

Osteoarthritis.

Doktor Rasool kasik refer letter yang baru. Isnin Kak Mas temankan pergi Pantai Medical Center jumpa dengan Orthopedist. Menggigil. Berdebar. Gugup.

Tak suka hospital! Tak suka doktor!

Tapi kalau doktor hensem, gua suka. Aummm!

Kepada Dr. Pasu gua cheritakan yang gua pernah jatuh masa aktif kat sekolah dulu. Tapi baru sekarang rasa sakit yang melampau. Dr. Pasu mintak ke Imaging department untuk x-ray. Supaya jelas nampak andai ada mana-mana bahagian di lutut yang bermasalah.

Selesai x-ray, sekali lagi berjumpa dengan Dr. Pasu. Dijelaskan kepada gua yang tiada muscles yang koyak. Alhamdulillah. Cuma knee cap tidak berada di tempatnya. Mungkin sebab tu tiap kali gua buat aktiviti, bahagian lutut kanan akan terasa sakit.

Dinasihati supaya dalam masa sebulan ni, gua buat physiotherapy. Kalau masih sakit, mungkin masa tu perlu buat operation. Tapi sebolehnya, Dr. Pasu kata dia nak elakkan daripada memilih pilihan yang satu ni.

Doktor nak ngelak, tapi gua langsung taknak ler doktorrrrrrrrrrrr!!

Maka bermulalah physiotherapy gua. 3 kali seminggu kat bahagian Integrated Rehab. Physiotherapist gua, Nen cakap yang mungkin gua rasa sakit sebab dulu gua aktif. Tapi skang ni dah berhenti langsung bersukan bagai.

Buat masa sekarang, memang kena tumpu pada fisio. Tak boleh buat aktiviti-aktiviti yang akan stress kan lutut. Naik tangga dengan kaki kiri dulu, turun tangga pulak dengan kaki kanan. High heels memang dilarang sama sekali. Bangun tido dan sebelum tido kena buat exercise lutut.

Kalau tengok jenis latihan ni memang nampak mudah. Tapi percayalah, memang tersangat seksa dan meletihkan. Untuk yang pernah buat fisio je yang tahu betapa sakitnya tiap kali sesi fisio.

Arini sesi kedua. Ada pulak student yang buat praktikal nak study case gua. Student dari Sri Lanka yang belajar kat kolej MAHSA. Takpelah. Gua orait je. Dahlah tengah sakit buat fisio, dengan kena tambah beban pemberat kat kaki, banyak pulak budak praktikal tu tanya. Sabor je la.

Lutut gua pun kena conteng sebab dia nak kira ada bengkakan ke tidak kat lutut tu. Bagus jugak jadi guinea pig ni, sekurang-kurangnya dapat gak gua belajar. Yang tampal-tampal tu namanya Rock Tape.

UPDATE:

Kanda Ian Somerhalder (Damon Salvatore) pun sedang dapatkan rawatan untuk lututnya yang cedera. Tengok, sakit pun nak sama-sama dengan dinda tau kanda ni! 

Comel!

.

i.Z.Z.i.e:

Physiotherapist gua best!

12 thoughts on “Rehab

  1. :: haa..tuuuuu ddiiaaaaaaaaaaaaaaa….mula2 baca tajuk entry ni bahu i da tergoyang2 igt lagu si amy winehouse tu…osteoarthritis ? hmmmm….fisio 3 kali seminggu ? hhhmmmmm…. senaman sebelum n selepas mangun tido ? hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm….. buat ya senaman tu.. mau cepat baek dak ? kalu susah, mntak tolong sleeping prtner..oopsss…

    oh..rock tape tu napak cool laa…

    • panjang nye hmmmmmmmmmmmmm tu!!
      ye, skang ni memang kena gagahkan diri nak buat senaman lutut.
      tapi sebenarnya agak malas jugak. hahaha.

      for the time being, takleh nak pakai skirt/shorts. nanti nampak rock tape yang kool tu😛

  2. UPDATE:

    Kanda Ian Somerhalder (Damon Salvatore) pun sedang dapatkan rawatan untuk lututnya yang cedera. Tengok, sakit pun nak sama-sama dengan dinda tau kanda ni!

    Comel!

    M.U.N.T.A.H.D.A.R.A.H….

    akhernya die relate kan jugaak !! ai menahan diri ja dr tadi nk cakap sbb takot die pasan lebey !! tp x boleh nk elak lagek !!!

  3. setakat kepala lutot ja !! dan kebetolan plak sebab org tu sengaja lambat2kan treatment n takot kne operate !!! hah !! sepak ja !! sepaaaaaaaakkk !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s