From Kelantan With Love [The Story]

Perginya ke sana bertujuan menghadiri majlis perkahwinan budak Kerajaan Langit. Memandangkan rombongannya 12 orang, makanya keretapi menjadi pilihan kerna ramai yang tak pernah naik lagi. Gua dah pernah naik sekali. Dari KUL-PEN. Penang tu sampai kat Butterworth je. Naik train jam 8.40 malam. Sampai kat Butterworth dalam 6.30 pagi. Seksanya tuhan je yang tau. Dahlah beli tempat duduk biasa je.

Nak tobat tu idak ler. Cuma kalau boleh, memang takmo dah naik train.

Skali, amek kau!

Tapi gua pejam sebelah mata. Sebab kali ni amek katil pergi-balik. Dengan harapan, bolehlah nak tido dengan selesa sikit.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas – 15 jam. Sebab enjin rosak. 2 jam sangkut. Dari Pasir Mas ke Kuala Lumpur – lebih 13 jam. Pergi-balik, gua berjaya tido secara marathon tanpa henti. Sleeping is my forte! Disebabkan asiklah baring sepanjang masa, rasa lenguh seluruh badan. Dah jadik macham orang sakit yang terlentang atas katil doplohpatjam. Insaf sat 5 minit.

Gua dah lama tak Kelantan. Lebih dari 10 tahun. Bila jejak kaki ke Kota Bharu, sumpah wa tak nampak gambaran yang KB ni kurang membangun dan mundur. Sama je pembangunan dia macham bandar-bandar lain. Tapi tak payahlah nak bandingkan dengan Kuala Lumpur/Penang segala. Memanglah tak sama.

In fact, KB wajar dipuji dengan bangunan-bangunan yang jelas kelihatan mempamerkan cirri-ciri Islamik. Dan paling gua suka, semua signboard jalan, kedai-kedai, bank-bank, dsb ada tulisan jawi. Tetiba rasa jahilliah gila bila nak baca tulisan jawi tu pun tersekat-sekat macham haram. Billboard di sepanjang jalan pun boleh nampak bedanya. Iklan yang sama yang dipamerkan di bandar-bandar lain tetapi di Kelantan, model wanitanya bertudung. Gua kagum.

Sempatlah jugak berjalan-jalan kat Pasar Siti Khadijah. Malamnya pulak ke Wakaf Che Yeh. Makan kat Kelantan tak susah. Tak banyak beda pun dari segi selera dan rasa. Cuma mai tang air dan kuih, itu yang beda sangat. Manis sampai kerat kaki!

Oh, kitaorang bermalam kat MGU (Majlis Guru Ugama). Untuk bilik yang punya katil saiz queen (x2), RM105. Nak bergerak kat sana dah sewa kereta kancil. Harga agak mahal. Sehari RM60. Mungkin sebab coti sekolah, harga kereta sewa pun naik.

Esoknya, barulah bertolak ke Tanah Merah untuk majlis Siti Salwa.

Ye, gua bertudung kat sana. “Apasal pakai tudung gi Kelantan? Kat sana pun ada je yang tak bertudung.”.  Apakah masalahnya kalau gua yang kepala bogel ni bertudung di Kelantan? Ada orang cakap, tak payah nak hipokrit. Jadi diri sendiri. Kalau tak pakai tudung tu, tak payah sebab nak pergi ke suatu-suatu tempat baru nak pakai.

Gua ingat isu ni dah habis masa gua kat matrik. Menda yang sama. Kan ke student kolej matrik kena attend kuliah Pengajian Islam? Gua memanglah tak pakai tudung. Tapi sebab dah tau yang itu adalah kuliah agama, gua dengan kawan lagik sorang pakai la tudung masa kuliah tu. Kalau masa sekolah dulu pun, sapa-sapa yang tak pakai tudung, masuk period Agama Islam kena pakai tudung kan? Tetiba ada sorang budak freehair tanya kitaorang, “Kena pakai tudung ke?”

Yang kawan gua ni jawabla, “Memang uztaz takde cakap suruh pakai tudung dalam kuliah ni. Tapi kami ni dah biasa masuk kelas agama pakai tudung.”

Faham tak konsepnya kat situ? Itu adalah kelas agama, kawan gua and gua pakai tudung sebab menghormati ilmu agama yang diajar. Samalah jugak kalau hadiri majlis keagamaan, takkan nak pegi dengan kepala boleng? Menghormati majlis dan tempat, reti?

Tapi ada mata yang tak senang. Kitaorang dua orang ni kena tiaw dalam kuliah dengan student lelaki lain. Katanya lebih baik tak payah kalau nak menipu mak bapak. Kat luar tak pakai tudung, kat dalam kelas nak pakai tudung. Siap campak-campak kertas yang dah digumpal kat gua sama kawan gua. Hina dina betul kitaorang berdua ni.

Serba tak kena dibuatnya. Bila pakai tudung sekejapan salah di mata orang sebab pakai bukan sepenuhnya. Tak pakai pulak memang dah tau salah.

Orang Melayu ni cepat sangat nak menjatuhkan hukuman dan mengadili. Kalaulah ada yang berminat nak kenal Islam atau berubah ke arah kebaikan, mungkin terbantut niat dia. Tak salahkan kalau tegur dan ajar dengan cara elok?

Selamat pengantin baru Salwa & Amir. Moga berbahagia dan kekal hingga ke syorga. Amin

18 thoughts on “From Kelantan With Love [The Story]

  1. ::……aaaaaahhh..terjawap sudah..haih..haih..haih…antara crite u bertudung kat kelate n u bertudung masa matrix, i am more disturb ngan ms u kat matrix..siriesly sapai baling gumpalan kertas sume ? lelaki plak tuh..camna laa ko nk jd khalifah ye che abang oii…

    apa apa pong..u sangat manes bertudung..nex time nk bg abang kir terkesima, tergamam dan tertawan, jual nasi lemak kat simpang jalan…memang bertemu jodoh tau !! hahaha ::

  2. pokok pangkal at chey iz..btudung atau x hnya ALLAH yg blh menilai..lbh baik skali skala bertutup dari yg bertutup stiap jam tp yg lainnya terbuka dgn niat utk mndedahkan..btul x? bdw i pon sme mcm u jugek dlm bab2 cmni..ngehehe

  3. kuliah agama islam = pakai tudung sbb itu adalah kuliah agama.
    menganut agama islam all the time = not covering the aurat ?sbb Islam itu bukan agama ?

    HAHAHA.

  4. aihhh~~.. siot kan time tu… tapi served him right.. melayang gak buku kena kt dia.. bukan membuatkan org tertarik lagi tuk berubah… tapi sebaliknya… tetiba ako terbayang muka dia.. wlaupun dah zero-zero.. tapi still rasa nak cepuk sbji..

    • sangat siot! sampai skang ako tak leh lupa rupa mamat tu. sengih dengan tak sengih sama ja!
      seriously, cara dia nak menegur tu kasar! ako orang yg akan jadik lebih teruk kalau tak kena cara tegur. huh!

  5. betul u ckp….mudah utk mengadili org lain……x pe….buruk baik kita hanya Allah je yg tahu….tp org2 yg berlagak lebih dari ustaz tu selalunya propa jer!!! ….opps mak emo lak……ahakssss

  6. Mase akak matrik dulu kt mane?ramai ke xpkai tudung?penerimaan org masa tu macam mane?sory byk tny baru dpt matrik ni ><

    *Sy xsetuju dgn cara mamat tu menegur xde adab langsung! Hmm marah ni hehe

    • akak dulu matrik penang. ramai yang pakai tudung. tak ada masalah apa-apapun sebenarnya. cuma biasalah, orang takkan berhenti mengata dan mencari salah kita🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s