Bangkok, Thailand [Part 1]

Sawadee ka.

Dari Bangkok tak banjir, sampai banjir teruk. 2 bulan punya cerita basi, baru nak tepek kat sini. Kira okey lah tu eh? Sebab citer pergi Cherating yang ntah tahun bila tu pun sampai naik berkulat dah. Tahun ni banyaklah jugak kiranya aktiviti/event/short vacay yang gua dah pergi tak langsung tak berhapdet.

Apa nak buat? Malas mengatasi segalanya. Baik. Mari kita mulakan.

.

~ 30th September (Day 1) ~

Dari KUL-BKK, flight jam 1040 dan penerbangan dijangkakan mengambil masa 2 jam. Dalam banyak-banyak tempat, tataulah kenapa BKK adalah salah satu tempat yang begitu sexcited sekali gua nak pergi. Mungkin sebab dalam hati berbunga harapan untuk ketemu sama Ananda Everingham, kekasih impian. Har har har.

Gua je lah yang sexited. Mr.K takde perasaan. Pergi semata-mata nak tunjukkan gua bagaimanakah kota BKK tu. Elok pulak masa nak drop-in baggage & final checking, baru Mr.K sedar yang dia tertinggal passport kat rumah. Bijak bin pandai! Letak passport dalam beg lain lepas tu bawak beg lain. Nasib baik awal lagi, sempatlah nak patah balik ke Bangsar semata-mata passport punya pasal.

Drama!

Gua yang menantikan kat airport dah resah gelisah. Kalaulah tak dan, musnah dan hancurlah segala harapan.

Nasib baik dan. Kalau tak, maunya gua berperang dingin selama 7 keturunan.

Oh, haruslah diingatkan yang gua berpergian ini dengan Mr.K. Disebabkan beliau adalah manusia paling penyegan (read: pemalas) nak amek gambor dan bergambor, makanya tidaklah banyak kenangan yang dapat diabadikan dalam bentuk digital. Yang banyak cuma dalam memori dia dan gua. Seperti biasa, wajah Mr.K tidak akan dipaparkan di sini. Kalaupun ada, cuma sipi-sipi. Ehek ehek.

Kalaupun gambor gua, hazab sangatlah ropanya. Background sekerat, takde bumbung, kepala hilang, kaki terpancung. Itu semua adalah hasil kerja Mr.K. Harap maklum.

Bilamana pesawat sudah berada di latitud altitude (as corrected by Kak Saloma) yang rendah, bentuk muka bumi Bangkok sudah mula kelihatan dengan jelas. Masih gua ingat dalam subjek Geografi, Sungai Chao Phraya yang menjadi nadi dan mengairi sawah padi di Thailand.

Bulan September-Oktober adalah musim paling banyak Bangkok terima taburan hujan. Kalau melimpah air sungai Chao Phraya ni, jawabnya banjirlah bandar Bangkok.

Begitu gah sekali sungainya mengalir menelusuri bandar Bangkok. Patutlah Bangkok juga diberi gelaran “Venice of The East”.

Sesampainya di Suvarnabhumi Airport, gua kagum dengan senibinanya. Lain dari yang lain. Suvarnabhumi adalah antara airport yang sibuk di donia. Kalau diperhatikan waktu malam (kalau cuaca menginzinkan), masa nak landing tu pesawat-pesawat dari jauh dah beratur menantikan giliran. Lebih kurang tiap 5 minit, ada je pesawat yang baru tiba. Besarnya airport ni memang toksah cakaplah. Serabut dengan manusia plak tu.

Dan untuk mengelakkan tu semua, Mr.K awal-awal lagi dah amek Fast Track. Per pax kena bayar RM120. Selalunya Fast Track ni arranged by hotel yang kita dah booked. Kalau taknak beratur panjang untuk pemeriksaan kastam dan sebagainya, boleh request untuk Fast Track.

Benda pertama yang gua tanya kat tour guide yang tunggu untuk Fast Track, “Do you know Ananda Everingham, the actor from Shutter?”

Gila desperate okey nak jumpa Ananda! Malangnya, orang tempatan pun tak kenal siapa Ananda. Takpelah, mungkin kanda Ananda punya nama lain di negara Gajah Putih ni.

Tempat penginapan adalah di daerah Sukhumvit.

Kalau tidak kerna kesasakan jalan raya yang terlalu sinonim dengan kota Bangkok, perjalan dari airport ke hotel lebih kurang 30-45 minit. Tapi dah namanya pun Bangkok, sejam lebih jugaklah baru sampai ke hotel.

Beza kalau pergi vacation dengan Mr.K (selain daripada kekurangan bahan bukti bergambar), percutian adalah sangat santai (untuk gua dan tidak pada dia). Boleh bangun lambat, balik dari satu destinasi boleh tido lagi dan berehat-rehat. Kalau berjalan-berjalan dengan budak Kerajaan Langit, pergi dengan matahari pagi, balik dengan bulan. Setiap saat dan ketika digunakan sebaiknya dengan tawaf semua tempat.

Lain padang, lain belalang. Lain orang lainlah ragam.

To be continued..

2 thoughts on “Bangkok, Thailand [Part 1]

  1. “Masih gua ingat dalam subjek Geografi, Sungai Chao Phraya yang menjadi nadi dan mengairi sawah padi di Thailand.” <= **pengsan**

    (terbukti sy xsalah memilih chegu geografi)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s