Badai Semalam

Tiadalah dapat ditafsirkan betapa gabranya hati dinda menantikan saat bersua muka dengan kanda. Semalaman tidur tak lena kerna di hati gundah gulana menantikan hari esoknya. Ya kanda, begitulah getiknya perasaan dinda ini untuk bertemu dengan kanda di Istana Budaya.

Arakian, pergilah hamba sahaya berbondong-bondong ke Panggung Sari. Nawaitu yang satu, untuk bertemu raja dan permaisuri.

Permaisurinya adalah Erra Fazira. Rajanya tentu sahajalah kanda. Ha ha ha!

*pangggggggggggggg sedas*

Astaghafirullah halazimmmmmmm. Getik tak habis-habis! Gua akan segera terus menulis reviewnya. Jika tidak, entah ke mana-mana merapu merabannya.

Memandangkan Badai Semalam bukanlah teater Bangsawan kesukaan gua, tiadalah gua meletakkan harapan tinggi menggunung. Novelnya sudah habis gua baca sebelum pembukaan tirai. Secara tidak langsung, jalan ceritanya sudah gua tahu. Watak setiap karektornya jugak sudah gua fahami. Memudahkan penghayatan sewaktu persembahan.

Rata-rata yang hadir adalah golongan dewasa dalam lewat 30-an. Mungkin kerna naskah ini dahulunya pernah dijadikan sebagai buku teks sekolah, mungkin mereka-mereka ini hadir untuk menyaksikan sendiri bagaimana pula Badai Semalam dipentaskan. Tak terkecuali jugak yang hadir itu kerna memberikan SOKONGAN *uhuk uhuk* kepada teraju utamanya.

barisan SOKONGAN *uhuk uhuk*

.

Jalan cerita memang sama dengan apa yang dibaca dari novel. Penghayatan daripada pendokong watak memang tak payah nak disangkal lagi. Erra Fazira mampu membawa watak Mazni dengan baik. Mendayu-dayu tiap kali dia memujuk Mak Cik Bibah agar membenarkan dia berhenti sekolah dan kemudiannya bekerja supaya dapat menyara kehidupan mereka. Air matanya jatuh bukan lagi olok-olok tetapi kerna penjiwaan watak yang mendalam.

Cuma gua agak terganggu kerna Erra kerap benar menundukkan muka tatkala mempamerkan riak sedih. Ya benar, kalau kita bersedih tentu sekali kita akan menundukkan muka. Tapi ini di pentas teater, penonton mahu melihat riak wajah dan ekspresi para pelakon. Biarkan sahaja wajah chantek itu meriakkan secarik wajah duka wahai Erra Fazira. Usah disembunyikan wajah itu.

Perempuan Chantek. Flawless!

.

Kanda Aaron Aziz pula? Ini adalah daya penarik terbesar bagi pementasan ini. Tidak dinafikan! Baru aje kanda naik ke pentas dengan kereta sport warna merahnya itu, gamat jadiknya seluruh Panggung Sari. Memandangkan zaman latarnya adalah 70-an, busana para pelakon juga adalah sezaman dengannya. Bayangkan sahaja kanda Aaron Aziz dengan seluar bell-bottom, kemeja dengan kolar lebar berbunga-bunga, kasut but dan cermin mata besar. Retro sekali!

Aummmm!! *terkam dia!! terkam dia!!*

.

Antara babak yang tak boleh dilupakan sekali adalah masa Donna (Jasmin Hamid) menggoda Karim (Aaron Aziz) di kelab. Dengan pakaian yang ya ampunnnnnnn punya seksi, kemain lagik si Donna meliuk-lentuk-golek-golek depan Karim. Gua yang tengok pun mengucap panjang melihatkan selonggok daging sedang menari-nari dengan gaya seksi di atas meja sambil diperhatikan Karim di atas sofa.

Rosak bijik mata gua.

Hi! I am Donna (bukan nama sebenar)

.

Nasib baik bijik mata gua ini diberikan penawarnya tatkala Karim mula ke lantai untuk berdansa. Omaigooooooddddd!! Kanda menari 70-an diiringi lagu Bee Gees tu memang epik!! Kemain dia menari sambil tunjuk-tunjuk langit tau! Hampir putus nyawa dinda melihatkan kanda di depan mata. Nasib Kak Diyana tidaklah jauh mana kedudukannya,  dapatlah dinda bertabah hati. “Laki oranggggg..laki oranggggg..laki oranggggggg.”  Gua bermonolog sendiri sambil Kak Mas yang duduk di sebelah dicakar-cakar.

Dan sewaktu Karim naik hantu dan beramukan puaka itu, seram dinda dibuatnya. Al-maklomlah, tak pernah dinda melihatkan kanda marah sebegitu rupa. Benar-benar marah sampaikan terpelanting besi lampu ke depan pentas. Mau saja dinda amek dan jadikkan sebagai souvenir. Sungguh dinda ngeri bila kanda terajang sampai terbalik kerusi meja. Dan paling dinda takuti, saat Mazni (Erra Fazira) dikasari oleh kanda. Sampai hati kanda menyeret Mazni sebegitu rupa.

Patut diberikan pujian kepada watak Emelda Rosmila yang mewarnai pementasan. Dengan wataknya yang busy body dan suka mengadu domba itulah yang mampu membuatkan penonton lari sekejap daripada watak-watak lain yang lebih serius. Dan gua memang suka dengan lakonan Umie Aida. Begitu meyakinkan sebagai seorang ibu yang begitu cerewet dalam memilih menantu.

Oh, lagu-lagu dalam pementasan kali ini cuma lip sync sahaja. Tahukan anda bahawasanya suara Fiz Fairuz ketika bercakap sangat sedap? Bergetar suaranya itu. Gemersik. Ahaks.

Memandangkan Badai Semalam yang gua tonton ni adalah persembahan pembukaan, ada beberapa kesilapan dari segi teknikal yang dapat gua perhatikan.

Ada satu babak di mana mic yang dilekatkan di pipi Erra jatuh. Kalau dibiarkan, nescaya seluruh panggung tak dapat dengar apa yang diperkatakan oleh Mazni. Namun, Erra bertinda bijak dengan memegang dah coba untuk menampal kembali plaster itu supaya lekat ke pipinya. Tapi masih lagi ada beberapa adegan yang suara pelakon tenggelam habis bila mic langsung tidak berfungsi.

Sememangnya mic adalah penting dalam pementasan besar sebegini. Lainlah kalau pementasan kecil-kecilan yang hanya bersandarkan kepada lontaran vokal.

Lagi satu dari segi lighting. Kerap kali Erra bermain di dalam gelap. Kerna lampu sorot tidak dihalakan tepat ke arahnya. Berapa kali sudah tuan direktor pesan, jangan bermain di dalam gelap!!! Sewaktu scene transition jugak tidak smooth. Lampu lambat dinyalakan, bila dah nyala, dipadamkan pulak.

Bercakap tentang scene transition, Badai Semalam banyak sekali beralih babak dan jugak bertukar props. Dan peralihan itu jugak agak lama. Dengan pertukaran yang sedemikian dengan masa yang diambil juga lama, membuatkan gua gelisah. Itu belom kira bila props berlanggar di atas pentas. Nasib tak roboh je rumah Karim tu.

Keseluruhan, Badai Semalam masih mampu menghiburkan. Pergilah ke Istana Budaya. Badai Semalam akan dipentaskan hingga 20 November.

Ingatkan nak bergambor dengan kanda tapi apakan daya, terlalu ramai rakyat jelata yang berkerumun mahukan kanda. Kuchiwa dinda! Oh, disebabkan gua pendengki..gua takmo tepek gambor kanda banyak-banyak. Ha ha ha ha ha! *gelak syaitooooooonnnnnnn*

pun jadiklah nak buat modal😛

.

i.Z.Z.i.e:

Seronok dapat jumpa mak tiri dan adik manis. Siapa sangka kita dapat berjumpa sebab abam Aaron Aziz, kan?!

17 thoughts on “Badai Semalam

  1. ::haahahahhaahhaaaaaaa…tergelak besar dah kat sini…

    yaa..baca reviewnya di akhbar2 tempatan pon mngatakan yg erra fazira amatlah hebat lakonan..
    .kmaen sexcited lagi che izzie ini yah !! jmpa kanda..jmpa kawan baru….

    dan..

    .memang syaitooooooooooooooooonnnn meraaaaaaaaaah gambar menempel itu yaaa !! hahahaha…

    still…jellleeeessss …

    • ye.. erra fazira memang hebat di pentas lakonan. memang primadona malaya!

      hehehe.. saya adalah seorang yang pemalo. sungguh! jumpa mak tiri & adik manis tu pun sebenarnya sangatlah segan.

      zazu..makan hatilah dengan gambor yang menempel itu!! u ada??!! puahahahahahaha

  2. mana satu mak tiri..mana satu adek manes ?

    owh…start bako line da die…jgn tiba2 tpancut darah dari idong lagi bila nampak gambo i ngan kanda ian (yes, ian, not abam aaron) …koh koh koh…

    • adek manis yang berbaju kelabu. mak tiri yg berbaju kebaya.

      erk.. jangan u nak macham-macham dengan IAN SMROLDERHALDER i tu ye zazuuuuuu!! i declare perang nanti!!

  3. koh koh koh..yalah..sungguh manes adek manes dan sungguh tidak mak tiri mak tiri itu…

    tamo perang lah…nanti x ble sharing is caring…puaahahahahaha

    • sekali pandang mak tiri dan adek manis tu dah macham adik-beradik sepusat sepusing mak bapak asing-asing tau!!!

      baiklah, beta tidak akan declare perang dengan mika. berdamaiiii!!

  4. owh..ada mmber i chakap x masuuk la si maya karin jadik izzah..die kata yang paling paling sesuaaaii ialah …pojiah…heeerrrkkk..kalau pojiah mmg jgn arap le i tgk oke..

    owh…ada isteri edward cullen di sini..xde rasa nk simbah air cili ke iz ?

  5. Pingback: Elektrische Zahnbuerste

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s