antara Langkawi, Redang dan Krabi

Kepada tuan punya badan yang Google dengan keyword di atas dan seterusnya membawa anda ke belog gua ni, tiadalah jawapan yang tepat untuk persoalan itu. Kerna gua hanyalah menceritakan tentang Langkawi, Redang dan Krabi berdasarkan pengalaman sewaktu di sana.

Namun demikian halnya, entry ini gua buat khas untuk merumuskan dan membandingkan ketiga-tiga tempat seperti yang tertera di atas.

  • Persamaan di antara Langkawi, Redang dan Krabi adalah tempat peranginan ini semuanya berpantai.
  • Langkawi:

Pulau Langkawi ni bak kata consultant gua dari US –too commercial. Memang banyak menda boleh buat kat sini. Untuk yang sukakan aktiviti pantai, boleh carik pakej untuk snorkeling, diving, island hopping etc.

Selain daripada aktiviti pantai, boleh pergi jalan-jalan. Langkawi ni memang banyak attractions, memang takkan mati kutu. Telaga 7, Gunung Mat Cincang, nak feeling-feeling orang kaya lepak kat tempat kapal layar berlabuh, semua ada!

Dan yang paling penting, sebab utama mak-mak sekalian suka pergi Langkawi sebab SHOPPING!! Eh, bukan mak-mak je..gua pun sama. Tee-hee! Nak shopping kain batik, pinggan mangkuk, coklat, tuala, comforter, memang sini tempatnya!

Apa yang penting? Siapkan ongkosnya sahaja.

  • Redang:

Redang completely different dengan Langkawi. Sebab Redang adalah sebuah pulau yang memang untuk ketenangan. Takde nak rushing ke sana sini nak shopping ke, nak jalan ke apa.

Kalau amek pakej 3D2N/4D3N, memang semua dah include sekali dalam pakej tu. Penginapan, makan, snorkeling, bot, dan peralatan snorkeling. Kita cuma perlu ke sana dan bergumbira sahaja. Tak payah susah-susah pikir nak makan apa, nak pergi mana, nak buat apa? Sebab memang dah ada dalam jadual pukul berapa bot akan pick-up untuk pergi snorkeling.

Yes, you heard me right! Kat sana memang aktiviti pantai je semua. Snorkeling sepanjang hari sampai mabuk! Kalau tak ikut bot pegi tempat-tempat snorkeling, kat pantai depan chalet tu pun dah boleh nak bersnokelling. Kalau malas jugak nak main air, boleh je lepak tepi pantai buat apa yang patut.

Cuci mata! *ehem ehem*

Memang seronok cuci mata dengan pemandangan yang indah-indah kat sini.

Kalau omputeh, memang derang suka ke pulau-pulau ceni. Sebab derang leh lepak, berjemur tengah panas sampai kulit terbakar dan pakai bikini 24 jam. Wohoooo!!

Jangan risau. Setakat kedai runcit, kedai cenderamata tu memang ada kat Redang. Tapi duhet takdelah banyak sangat mengalir macham air. Ada tak ada, borong souvenirs je.

  • Krabi:

Krabi kurang lebey macham Langkawi jugak. Bedanya, Krabi bukan bebas cukai. Dan perlu diingatkan bahawasanya Krabi bukan pulau. Krabi sebenarnya terletak di tanah besar Thai. Yang pulau tu sebenarnya Phuket, Koh Samui, Koh Pangan, Phi Phi Island suma tu. BUKAN KRABI.

Sini boleh amek pakej pergi island hopping. Nanti derang akan bawak gi Phi Phi Island, Maya Bay etc. Itu kira include sekali dengan snorkeling tau! Kalau taknak, masih boleh main pantai kat Krabi tu. Laut bukan sebarang laut, tapi laut Andaman. Kadang-kadang ombaknya besar belah petang.

Kalau ke Krabi, ada jugak pakej lain macham melawat temple, naik gajah kat hutan. Shopping barang-barang cenderamata memang ada kat sepanjang jalan. Dan perkara wajib kalau dah sampai kat Negara Gajah Putih ni; Thai massage. Memang murah je kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Satu jam RM20. Oil massage ada, manicure, pedicure pun ada. Semua murah-murah.

Cumanya, perlu bersedia dengan duhet. Tau ajelah, kalau dah bercoti ke luar negeri, ongkosnya perlu disediakan lebih sedikit. Mana nak bayar untuk flight, hotel, makan, etc.

Personally, gua suka Redang. Sebab masa gua kat Redang..memang gua betul-betul relax and enjoy. Takde serabut-serabut. Percotian yang laid-back gila. Bangun tido-makan-snorkeling-makan-snorkeling-lepak pantai-makan-tido.

Tapi itu semua terpulanglah kat citarasa masing-masing dan tujuan bercoti, okey! Have a good holidays!

.

i.Z.Z.i.e:

Takde tutorial nasi goreng kampung kat belog gua ni. Tuan tanah malas ke dapur. Woo-hoooo!

9 thoughts on “antara Langkawi, Redang dan Krabi

  1. Nice info..
    Btw, tutorial nasi goreng kampung tu mesti sebab nora elena reviews tu, u did mention nora tau masak nasi goreng kampung sj kan…? Tu yg search result masuk ke blog u gamaknya kot hehege

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s