Tok [part 2]

Aidilfitri tahun ni disambut seperti biasa. Bedanya, tahun ni Alang pulang bersama-sama suami. Tahun depan Alang beraya di rumah mertuanya pulak. Bergilir-gilir. Gitulah nampaknya kalau dah berkahwin. Tahun ni rumah sendiri, tahun depan beraya di rumah keluarga suami pulak.

Tok alhamdullillah sihat. Sihatlah, cara orang tua. Gumbira benar nampaknya di wajah tua tu bila anak-cucu-cicit pulang ke kampung halaman. Riuh sekejap rumah dengan gelak-tawa. Tok masih comel. Cuma kelihatan badannya makin kurus dan mengecut. Tok dah tua. Kalau dicongak umurnya, mungkin dah cecah 88 tahun.

Pagi ni Mak tepon gua. Bagitau yang Tok macham dah tak berapa ingat. Nyanyuk. Kata Makcu, Tok cakap Mak De kasik duit raya kat dia, sedangkan orang tu dah lama meninggal. Bila bunyi tingkap kat dapur, dia ingat Abang gua yang sulung tu tengah main. Bila Makcu tanya dah makan ke belum, dijawabnya sudah padahal dia tak makan apa pun lagi dari pagi.

Kencing pun dah tak berasa. Sadar-sadar, kain batik yang Tok pakai dah lencun. Tilam dah basah.

Entah mengapa, hati gua terdetik mungkin raya tahun ni adalah raya terakhir kami semua bersama-sama dengan Tok.

Ya Allah, panjangkanlah usia insan yang begitu penyayang ini. Aku tidak cukup tabah untuk kehilangan nenda yang amat aku sayangi.

Kalian, tolong doakan kesihatan Tok ya. Terima kasih.

Bacaan sebelum Tok [part 2]: Tok

2 thoughts on “Tok [part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s