kari ikan & ayam goreng berempah

Dolu yang tak berapa nak dolu, gua kena jaga makan untuk satu training. Training ni boleh tahan panjang jugaklah. Jadiknya gua kena arrange makan pagi, tengah hari dan minum petang untuk peserta. Makan semua ditanggung, berak masing-masing tinggung.

Kekdahnya, makan pagi kena sediakan 2 biji kuih sorang. Satu jenis yang manis, satu lagi jenis savory (pedas). Petangpun cenggitu jugak. Air nak kena sediakan 2 jenis; kopi dan teh.

Demand, eh?

Lunch? Nak kena ada 2 jenis lauk, 1 sayur, buah-buahan dan yang paling penting? -Sambal belacan. Ada satu hari tu, menu yang gua order nasik putih, kari ikan, ayam goreng berempah, sayur campur, buah oren, sambal belacan dan air sirap.

Cis! Terus gua rasa lapor. Bercerita bab makan di bulan posa ini adalah seperti berbicara mengenai porno!

Arakian, datanglah sorang mamat ni duduk kat meja gua. Kira kenalan gua jugaklah. Mulut ngomel-ngomel. Tak berhenti dia berleter yang menu tengah hari tu tak kena. Makanan laut mana boleh campur dengan makanan darat! Tak elok untuk kesihatan katanya. Dia suruh gua tukar menu. Kalau nak buat menu ada seafood, biar semua seafood. Kalau nak buat ayam or daging, biar semua haiwan di darat ayam, kambing, lembu, itik, angsa segala.

Gua jenguk dalam pinggan nasik dia. Kari ikan, ayam goreng berempah, sayur campur, sambal belacan, buah oren. Complete!

Bang, kalo kau nak jaga kesihatan..apasal kau pegi amek semua lauk tu? Kan tak elok campur seafood dengan haiwan darat? Kenapa kau tak pilih salah satu je?

Laju tangan gua capai sambai belacan dalam pinggan nasik, terus gua lumur kat mulut dia. Rasakan!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Eh, imaginasi gua je rupanya.

4 thoughts on “kari ikan & ayam goreng berempah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s