kisah mak mertua cerewet berpotensi tinggi v1.0

Pernah tak kau rasa lost, tatau nak buat apa tapi hati tak tenang kalau setakat nak duduk terperap kat umah. Makin kau baring sambil mengadap siling, makin kau serabut. Kau dengar suara orang dalam rumah yang tinggal sebumbungpun rasa sangat annoying. Macham nak bagi kaki. Sudahnya, kau buat keputusan keluar sebelum kaki kau naik kat muka empunya suara yang annoying tu.

Ececece..sesedap rasa nak kasik kaki kat orang ye?

Kau tuju ke shopping mall dengan harapan dapat distractkan jiwa kacau. Jalan dengan jiwa kosong dan menonong. Puas kau tawaf, puas kau pusing tapi haram satu apapun tak menarik minat. Padahal sebelum ni kalau duhet kering, masa tu lah semua menda kau nak beli. Masa tu lah semua menda murah nak sale sampai 70%. Bila duhet ada, semua menda nampak huduh.

Gua selalu rasa lost cenggini. Selalu sangat rasa serabut. Nak luahkan, tak reti. Nak tegur, kang takut orang terasa hati. Susah! Gua bukan jenis yang suka nak bising-bising nak berleter sana sini. Dan sudahnya gua pendam sendiri. Ada tak ada, gua tulis kat belog. Kalau ada yang terasa pastu nak cerita belakang, itu hak masing-masing. Tapi terima kasih jugaklah sebab kasik pahala free.

Mr.K cakap gua ni patut duduk sorang-sorang sebab bila orang tak boleh ikut cara gua, nanti gua merempan-rempan. Disebabkan pe’el gua yang suka memendam, gua punya potensi untuk self-destruct.

Contoh; buntut kuali.

Mak gua ajar, tiap kali lepas guna kuali harus garas (read: gosok) dengan besi kasar, lepas tu garas dengan besi halus and last skali baru dengan span biasa cuci pinggan tu. Bukan takat bersihkan dalam kuali tapi buntut kuali tu jugak. Macham mana putihnya belah dalam kuali, macham tu jugak putihnya buntut kuali. Kalau ada kesan minyak, jelaga ke apa memang sengaja mintak kena berleter dengan mak. Silap gaya kena hempuk dengan kuali.

Tapi skang baru gua tau. Bukan semua orang praktikkan macham apa yang mak ajarkan kat gua. Yang dibersihkan cuma di bahagian dalam. Tu pun setakat cuci dengan span. Lama-lama bahagian dalam tu pun dah naik hitam. Buntut? Toksah cakaplah. Hitam sampai naik arang!

Sebelum ni gua yang selalu sental. Dah putih bersih berseri-seri. Tapi lepas tu jadik balik. Nampak gayanya konsep kepimpimpinan melalui teladan gua tidak menjadi.

Tengok, pasal kuali pun gua boleh stress.

.

i.Z.Z.i.e:

Punya potensi untuk jadik mak mertua yang cerewet (-.-)v

8 thoughts on “kisah mak mertua cerewet berpotensi tinggi v1.0

  1. ::u stress pasal manyak mende ni..tp bontot kuali tu la trigger point nye.. stress ? lost ? been there, done that.. sama la, nk citer kat sapa pon tatau.. ..as in my case, ai chari anti-stressor sendirik.. so, apa anti-stress u ? (selain dari makan2, jalan2 n mr.K ? hehe)

    • wpun pasal kuali tu nampak remeh, but not for me. i tak suka biar berkeladak macam tu, sebab tu i bersihkan. but people take it for granted. i am that fussy, i know. anti-stress i? -TIDO.

  2. sangat paham perasaan, kaki perjalan tanpa tujuan nieh, selalo jadik time study=P . sbb tuh selalo rindu nak pulang ke mid, banyak kenangan =D

    • sebab di sana kamo seakan-akan boleh nampak diri kamo 3 tahun dahulu. yang seolah-olah sesat dalam mencari diri sendiri. dan satu per satu memori itu kamo kutip dan kamo semat dalam lubuk hati yang paling dalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s