Kesusasteraan yang kian sukar dimengertikan

Drama yang ditayangkan di Astro minggu lepas gua tonton bukan dari mula. Tapi kisahnya seorang gadis lakonan Zarina yang runtuh akhlaknya menyembunyikan kandungan luar nikah dengan tudung dan baju kurung. Dan di rumah pula, kain telekung menjadi mangsa. Bukan setakat pemakaian yang berubah, malahan cara percakapanpun. “Astaghafirullah”, “Alhamdulillah”, “Insyaallah”, petikan hadis, semua itu hanya ucapan biasa di bibirnya.

Yang dipertikaikan kenapa drama itu diberikan tajuk Berselindung Di Sebalik Kaabah? Kenapa bukan di sebalik tudung (atau telekung?). Penggunaan Kaabah itu terlalu melampau!

Telinga gua terasa berdesing. Terus gua tegaskan yang Kaabah itu adalah sebagai sebuah perlambangan kepada agama. Dan tajuk drama itu pula, Kaabah adalah sebagai metafora. Bukanlah bermaksud main nyorok-nyorok kat Kaabah. Duh! Watak Zarina yang bertudung litup tu hanyalah suatu lakonan untuk menutup perut yang makin membesar. Dia menggunakan agama bagi menutup segala kejahatan sampaikan semua orang di sekeliling percaya yang dia dah berubah.

Kalau dilihat pada dunia sekarang pun, memang ramai yang berselindung di sebalik agama. Enough said!

Tapi pendapat gua dipandang enteng. Masih lagi dipertikaikan penggunaan perkataan Kaabah itu. Kenapa begitu sukar untuk memahami maksud tersirat di sebaliknya?

.

i.Z.Z.i.e:

Gua baca buku STPM Alang; Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ditulis oleh Tun Sri Lanang yang disusun oleh A. Samad Ahmad sebagai light reading semasa di menengah rendah.

Eh, dah mula balik menceceh panjang-lebar dalam belog. I hope this is a good start to write again😉

9 thoughts on “Kesusasteraan yang kian sukar dimengertikan

  1. sebab itu orang , seperti kebanyakan yang lainnya amat lah shallow..pandang yg superficial sahaja..letak nama kaabah rasa macham menghina islam..sedangkan isinya belum dikupas lagi..pandang drama sbg drama sahaja, hiburan semata, isi dalam haram x nmpak..pelik kan. ? penggunaan nama yg dipertikaikan..tp … bagi i laa, kalu die bijak, die x akan chakap banyak, diam dan berpk dulu…

  2. tengok juga cerita tu. abah saya sampai tengok 2 kali. kejam sangat zarina tu tau. eh. dalam cerekarama perempuan di hujung ramadhan pun dia berlakon watak seakan kan? ehe.

    • a’ah..watak dia memang kejam. kira berjayalah lakonan zarina tu. tapi dalam drama wanita Perempuan Di Hujung Ramadhan tu i tak tengok lah pulak. bila tayang? minggu lepas eh?

  3. xtau la pe yg org2 ni pk ek.. bc tittle jek kte dh blh phm maksudnye apatah lg klu dh tgk.. by d way klu ltk tittle ‘bselindung dbalik telekung or tudung’ amatlah tdk mnarik akn bnyiknye xgtu? nk tgk pon xde feel dek krane tjuk mcmtu then lps tu org yg sma akn turut komen nape bg tjuk mcmtu xsdp lansung..pftttt nonsen la dorg2 nih iz..!!

    • cuba bayangkan eh, dengan tajuk pun dah ramai yang boleh salah faham.
      takpelah, kita coba fahamkan mesej yang nak disampaikan dalam drama tu..jangan terlalu cepat kita menghakimi🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s