Warkah Merah

Tadi gua pegi collect parcel di tingkat 13. Sebelum ni hanya parcel dari Penang/Kulim yang gua terima tapi kali ni lain benor. Sampulnya gua bukak.

Isinya adalah sebuah novel yang berbalut rapi berserta dengan warkah berwarna merah.

Warna kegemaran gua dan kanda Seth Tan.

Warkah itu gua baca tulisannya. Dari seorang kenalan yang Johor. Sebuah perkenalan yang bertitik tolak daripada penulisan ulasan drama Nora Elena gua di sini.

Biru Ungu Cinta karya Noor Suraya

“Masih adakah cinta bila kasih sayang kehilangan makna?”

.

Gua selak kulit bukunya. Tertera ayat yang gua kira cukup menikam hati tisu gua. Tepat kena setepek atas batang hidung sendiri.

“Aku sayang kau, biar macam mana pun kau. Bila aku pilih kau, aku juga melihat kebaikan dan keburukan kau…”

Dan terus gua lihat kulit belakang novel ini. Biru. Ungu. Warna yang kini memberikan suatu makna yang baru.

Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta yang tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening… Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu… menjalar pilu… menjulang lesu.

Terima kasih Cik Za atas pemberian yang sungguh bermakna. Sungguh-sungguh you nak berkongsi dengan I kisah cinta novel ni sampai sanggup order online dan poskan kat I. I sangat terharu tau! Akan I baca dan kemudian tulis reviewnya di sini.

.

i.Z.Z.i.e:

Terima banyak kenalan baru kerna ulasan meroyan drama Nora Elena. Terima kasih semua😉

13 thoughts on “Warkah Merah

  1. ::As salaaamm..lega hati i u da dapat…..n i’m blushin’ skang neh..blushin’..blushin’..adoooiii… happy readin’ zie..n mcm i cakap, i jus wanna share it wit u…mungkin satu hari nnti kenalan boleh menjadik kawan..sapa tahu..:: =]

    • thanks so much za!! suka sangat dapat novel tu.. i akan skip baca SC and baca Biru Ungu Cinta tu dulu.. ahhhh..
      sampai arini hati berbunga-bunga tau!

      insya-allah..

    • sangat, kan! ayat pertama tu pun dah rasa bagai dirobek-robek. carik cepat ita!! novel tu tahun 2003 if i am not mistaken la..
      nanti kalau dah abis baca i tulis review kat sini
      wah! perasan amat..semua pun nak tulis review ahahaha

  2. “Masih adakah cinta bila kasih sayang kehilangan makna?”

    Semuanya tiada erti dlm kehidupan insani…..apalah yg ada dlm sebuah kehidupan yg di lalui…andai setiap detik itu umpama berada d dunia yg tiada apa2…sunyi… kosong…

    …jgn terus berputus asa…bersedih…kerana sesungguhnya cinta & kasih sayang Allah tiada hilangnya….tiada sudahnya…bermunajjadlah padaNya….

  3. hi izzie, i betul2 tgh cari buku Biru Ungu Cinta ni. dah merata cari samada 2nd hand or baru tapi tak dapat. CESB (penerbit) pun cakap takkan reproduce lagi. kalah u boleh jual lekat I atau pinjam atau sewa pun tak pe… i mmg nak…..let me know ye. thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s