Nora Elena: Episode 18

Memandangkan episode 17 yang umpama disiramkan air sejuk bagaikan ais ke api asmara (what the fish??!!) yang bergejolak di dalam dada, lalu terhasillah review yang agak statik dan kurang ghairah *uhuk uhuk*. Eh, kedengaran kurang sopan. Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris mungkin kedengaran lebih manis.

Err.. review yang agak statik dan kurang passionate.

Tesbih kembali digunakan untuk berzikir, bantal kembali dikepit dipeluk, tangki oksigen kembali berfungsi dan memainkan peranan masing-masing, bukan lagi sebagai perhiasan.

Bismillahir rahmanir rahim..

Salam kepada si penchenta-penchenta Seth Tan.

Bersambungnya episode 18 ini daripada babak ketika Seth sedang elok bermukadimah dengan membaringkan Elena di atas katil empuk. Direbahkan badan isterinya dengan perlahan-lahan.

Jengggg..jengggg..jenggggggggggggggg…

Sungguh sopan kanda ni. Perlahan-lahan dan sungguh berhati-hati. Kalau dinda, terus terkam masuk dalam selimut. Miahahahahaha.

Tapi belumpun sempat kanda nak rebah bersama-sama dinda, tiba-tiba alarm berbunyi. POTONG STIM! Kenapalah waktu-waktu cenggini kau nak berbunyi wahai alarm??!! Waktu lain kau taknak berbunyi pulak!

Alarm adalah props yang paling gua mencik dalam ini gambar!

Cepat-cepat Kak Pah datang dan ketuk pintu bilik Seth beritau yang alarm bunyik-bunyik. Seth cuma pesan kat Kak Pah dan Elena supaya tunggu je di situ sementara dia turun ke bawah nak tengok-tengok. Elena nak turun sama, risau sebab Seth sorang-sorang tapi Kak Pah halang.

Seth turun perlahan-lahan. Langkahnya diatur satu per satu. Di perhatikan keliling rumah yang gelap. Tangannya mencapai kayu golf yang diletakkan dalam bilik stor di tepi tangga. Seth intai dari balik langsir tingkap, perhatikan andai ada sesuatu yang mencurigakan di luar rumah. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Terus pulak ke dapur. Juga tiada apa-apa yang mencurigakan.

Seth panjat semula anak tangga untuk ke tingkat atas lalu mendapatkan Elena dan Kak Pah yang tunggu dengan risau. Seth beritahu yang takde apa-apa, mungkin ada technical problem dengan alarm tu. Nanti akan diajarkan Kak Pah macham mana nak padamkan alarm andai berbunyi lagik. Seth mintak Kak Pah pastikan pintu, tingkap semua ditutup dan lain kali pastikan tiada apa-apa yang mencurigakan. Seth maklumkan yang dia dah tepon technician. Seth suruh Elena tidur dulu sementara dia nak tunggu dan settlekan hal alarm dengan technician.

Esoknya, Seth ngadu kat Amir pasal alarm yang tetiba berbunyi malam tadi. Olololo..manja betul kanda ni tau! Sikit-sikit nak ngadu kat Amir. Machamkan Amir tu boyfriend kanda pulak. Eh, no..girlfriend sebab kanda lebih gagah. Eh, apakah?

Abaikan!

Amir tanya balik kat Seth, adakah pasti takde siapa-siapa yang ceroboh masuk ke dalam rumah Seth malam tadi? Anda pasti?

PASTI!

Kata Seth.

Benar-benar pasti? Tiada yang pasti melainkan pasti belaka?

PASTI!

Kata Seth lagi.

Amir tak pueh ati. Ditanya pulak tentang ugutan SMS. Ada lagik tak Seth terima? Seth jawab dah takde. Kendian, Amir bagitau yang mungkin hari ni dah boleh tau siapa pemilik nombor yang hantar ugutan tu.

Elena yang datang dari belakang terdengar nama Amir disebut di bibir mungil *roar* Seth. Tanpa menunggu walau sesaat, terus diajukan soalan kepada suaminya. Namun Seth tak terangkan kenapa dia menelefon Amir. Elena hanya serkap jarang yang Seth cuma nak mintak nasihat daripada Amir tentang kejadian semalam. Seth mengiyakan sahaja dan menambah yang kawasan rumah derang takde kes pecah rumah.

Seth cepat-cepat ubah topik. Disuruhnya Elena ke pejabat naik kereta skali dengan dia. Elena pulak takmo, nak jugak drive sendiri. Dan memandangkan Seth punya kuasa veto sebagai seorang suami, terus kebenaran untuk Elena drive sendiri ke opis ditarik balik.

“Nora isteri Abang, kan?”

Ya, kanda! Sudah terang lagikan bersuluh. Fakta itu seantero donia sudah tahu. Kenapakah kanda bertanya lagi?

“Dengar cakap Abang, please?”

Oh, kanda. Tak perlulah kanda merayu sebegitu. Tak perlu kanda gunakan perkata “please” itu, kerna dinda akan menuruti apa sahaja kehendak kanda. Apa saja!

Apa saja untukmuuuuuuuuuu..

Elena tak banyak tingkah. Dituruti sahaja permintaan suaminya itu. Laju tangan Seth membukakan pintu kereta untuk isterinya.

Kanda ni rajin betul tolong bukakan pintu untuk isteri. Dan rajin jugak tolong bukakan baju dinda tau. PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!

Kat opis, Malik mula mengelak tiap kali terserempak dengan bosnya. Dan Seth perasan. Yvonne masuk gak opis walaupun tak sihat sepenuhnya. Suara serak-serak basah manja menggoda masih bersisa. Kononnya dia masuk opis kerna kesiankan Seth.

“To me, kesihatan I tak penting, yang penting..you.” sambil jari telunjuk tunding kat Seth.

“I taknak urusan you terganggu sebab I.” dan badan Yvonne asiklah duk goyang kanan kiri kanan kiri. Lu tak reti nak berdiri tegak ke?

Memang lu sengaja mintak gua copkan tapak kaki gua kat muka lu la pompuannnnnnnn!!!

Tapi Seth cakap dengan baik yang dia taknak kesihatan Yvonne dikorbankan untuk dia. Tapi Yvonne sungguh-sungguh cakap dia sanggup untuk Seth. Itulah gunanya kawan.

Kawan wak lu! Ptttuiiiiiihhhhhhhhh!

Seth bersemuka dengan Malik. Dia perasan yang Malik asik mengelak dengan dia sebab siasatan pollis tu. Seth mintak maaf dan sesungguhnya dia tak berniat nak susahkan sesiapa. Dah memang itu prosedur rasmi polis selepas dia buat laporan.

Tapi Malik tempelak bos dia. Katanya Seth tak patut tuduh Eid sampai cenggitu sekali. Nak-nak plak Eid dah bawak diri jauh-jauh sampai ke Qatar. Takde sebab dia nak kacau rumahtangga Seth dan Elena. Seth pertikaikan, kalau bukan Eid habis siapa lagi yang nak ugut-ugut semua tu. Malik jawab cepat-cepat, mungkin ex-girlfriends Seth.

Seth sangkal mati-matian yang dia takde ex-girlfriends.

Oh…kanda sungguh setia menantikan dinda selama 10 tahun ni. Dinda terharu!

Malik tak percaya pengakuan ikhlas suci murni Seth tu. Seth coba yakinkan, siap suruh tanya Yvonne kalau tak percaya.

NO NO NO!! Langkah tidak bijak kanda, tidak bijak. Kanda, kalau disuruh tanyakan pada Yvonne..silap haribulan nanti dia perasan sendiri dan pegi mengaku kat Malik yang dialah selama ni girlfriend kanda itu. Walaupun pada kanda, Yvonne itu hanyalah girl as a friend.

Malik tetap bertegas yang dia tak percaya Eid adalah dalangnya. Bila Seth jawab yang dia tak tuduh Eid sorang je dalam hal ni, Malik makin bengang. Sebab dia terasa macham dia turut sama terlibat. Seth cukup berdiplomasi, terangkan kat Malik yang bukan Malik sorang kena soal siasat tapi semua orang kat opis tu pun kena jugak.

Malik takank dengar penjelasan Seth. Terus dihamburkan marahnya, dikatakan yang keadaan opis tu sekarang dah tak sama macham dolu. Kalau dolu rasa macham satu family, sekarang tidak lagi. Seth coba nak pujuk Malik tapi Malik dah mintak diri dan angkat punggung. Yvonne kat luar sibuk pasang telinga, nyorok tepi dinding.

DURHAKA!

Berani lu tingkah bos yang baik hati tu. Bos cakap sepatah, 10 patah lu jawab. Besar daulat lu ye Malik? Patutnya, lu bersyukur dapat bos yang cakap baik-baik macham tu, siap panggil lu sebab nak jelaskan hal sebenarnya sebab perasan yang lu asiklah nak mengelak daripada dia. Kalau gua bos lu, mau gua starlight dahi lu!

Pak Ali hantar Elena kat rumah sewa dia yang lama. Tujuannya nak amek barang-barang dia. Dila plak perli-perli. Ingatkan Elena dah taknak barang-barang lama tu. Maklumlah, kan dah kawen dengan orang kaya.

Bukan kaya sahaja cik Dila. Tapi kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan kasih sayang jugak.

Elena dalam malu-malu coba terangkan yang dolu dia ingat lepas kawen 3 bulan, dia nak tinggal balik kat rumah sewa tu. Tapi tu semua perancangan dalam diam.

 “D-u-l-u. Sekarang?” dengan kelajuan bunyi terpancul soklan cepu cemas Dila kepada Elena.

Elena jawab dengan senyuman dan berlalu ke tingkat atas. Dila tak pueh ati. Mana mungkin dia puas dengan senyuman meleret Elena sahaja? Jawapan yang tepat, jitu, dan konkrit perlu dituntut. Dila kejar Elena sampai tingkat atas. Tapi Elena cepat-cepat masuk dalam bilik dia dan kunci pintu.

Set kat opis kelihatan begitu stress sekali. Yvonne datang bawak kopi. Telepon Seth berbunyi, panggilan daripada Amir. Seth terus menggelupur nak ke balai sebab Amir bagitau yang suspek sudah ditahan polis. Yvonne cuak badak.

Yvonne coba yakinkan Seth yang Eid yang buat semua hura-hara ni. Tapi Seth kata dia tak rasapun Eid yang buat. Yvonne dah habis usaha, kona plak kata yang mungkin Eid hantar orang lain untuk ganggu Seth walaupun Eid jauh dari Mesia.

Oh really, bitch? Pehal lu desperate sangat ni?

Seth tetap dengan pendirian. Takat Yvonne nak cucuk-cucuk macham tu, apalah sangat. Tak tembus pun! Seth mintak tolong Yvonne hantarkan dia kat balai sebab Pak Ali hantar Elena tadi. DAN-DAN Yvonne purak-purak chendana sakit kepala. Melihatkan keadaan Yvonne sakit cenggitu, terus Seth kata dia amek cab je nanti.

Memang siot la lu betina!! Plastik!!

Berbalik semula dengan babak Elena di rumah sewa. Sedang dia kemas-kemas, Dila tanya adakah Elena dah nekad nak hidup selama-lamanya dengan suami yang Elana sendiri tak chenta?

Eh, mustilah dah bersedia. Apalah soklan tak mencabar minda langsung Dila ni?!

“Manusia tak mati kerna cinta, Dila.”

“Ada! Romeo & Juliet.”

“Maksud aku chenta boleh datang dan pergi.”

“Ha! Cinta Eid dah pergi, cinta Seth yang datang?”

Dan Elena menjawab serkap jarang Dila dengan sebuah senyuman meleret lagi.

Hati perempuan, tak ubah macham kerak nasik. Walau sekeras manapun, kalau direndam dengan air akan lembut jua akhirnya. Hati Elena = kerak nasik. Chenta & kasih sayang Seth = air. Dan akhirnya, air menang🙂

Seth jumpa dengan Amir. Amir bagitau suspek yang ditangkap polis tu bukan orang yang dikehendaki kerna suspek tu pernah kena seluk saku, dompet dan IC semua hilang. Dan dia ada laporan polis sebagai bukti. Nomot tepon yang digunakan untuk hantar SMS ugutan kat Seth pun didaftarkan lepas insiden seluk saku tu. Nomot tu pulak tak digunakan untuk tujuan lain melainkan hantar ugutan sahaja.

Seth macham tak puas hati dengar penjelasan daripada Amir. Tapi Amir coba terangkan yang pengugut tu bijak selindungkan identitinya. Nak tak nak, individu yang ditahan tu terpaksa dilepaskan.

Malam di rumah, Seth tengok Elena tengah kemas-kemas baju. Diperhatikan sahaja Elena yang sedang rancak berkemas sambil duduk di tepi katil. Seth bagitau kat Elena yang esok dia akan bawak kereta Honda ke Putrajaya, Pak Ali pulak akan hantar Elena ke opis. Elena terus tak suka dengan idea Seth tu. Elena nak tau atas alasan apa sampai Seth mintak Pak Ali susah-susah hantarkan dia ke opis.

Seth jawab dengan lembut. Seth beritahu yang dia dah amanahkan Pak Ali hantar dan jemput Elena gi keje, dan jaga Elena. Elena protes, Seth tak ubah buat dia macham baby sampai kena upah orang untuk jaga dia. Seth coba yakinkan Elena yang semua ni buat sementara waktu je. Elena tak pueh ati. Mulut bebel-bebel cakap yang dia rimas dan tak suka. KC boss dia pun takde driver, sedangkan dia setiausaha siap pakai driver bagai.

Seth bangun dari duduknya.

“Must i silence you with a kiss?” ujar Seth berbaur ugutan sambil kedua-dua tangannya memegang wajah Elena. Sengaja dipusingkan wajah Elena supaya mengadap mukanya.

Elena geleng-geleng sambil senyum. Cuak diugut begitu.

MINTAK NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

YES, KANDA!! YESSSSSSSSSS!! Please silence me with your kisssssssss!!

*pot pek pot pek..bla bla bla* (Cakap tidak berhenti-henti. Ini adalah percobaan paling keji supaya dinda didiamkan dengan ciuman kanda itu.)

“Boleh tak dengar cakap Abang? Selama ni Abang tak pernah mintak dari Nora apa-apa tau. Walaupun Abang tau Abang takde hak nak buat begitu tapi boleh tak dengar cakap Abang just one timeeeee?”

Elena kalah dirayu sebegitu lalu bersetuju untuk ikut cakap Seth sambil angkat kening double-jerk. Kedua-dua tangan Seth dan Elena berpaut antara satu sama lain. Seth pandang Elena. Elena pandang Seth. Mata bertentang. Saling pandang-memandang. Pandangan penuh makna.

Oh, dinda faham maksud yang tersirat di sebalik pandangan kanda itu. Marilah, kanda. Dinda sedang menanti dengan penuh setia.  *sambil merebahkan diri sendiri atas katil. uhuk uhuk*

“Tok tok tok.”

Bunyi ketukan di pintu bilik mematikan gelora di jiwa. Kedengaran suara Kak Pah jelas memanggil nama Seth.

POTONGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Mulai saat ini, gua tak suka dah kat Kak Pah. *hins hins*

Seth mengeluh.

Dinda faham, kanda. Dinda faham. Dinda jua begitu seadaanya.

Elena gelak. Disuruhnya Seth bukakkan pintu tu. Seth suruh biarkan aje. Tapi Elena kata mungkin Kak Pah ada hal penting nak begitau agaknya. Seth yang kat sebelah dah bebel-bebel.

“Orang suami isteri baru nak sekejap ada je org tua ni..” gumam Seth.

Errr..kanda, must dinda silence you with a kiss?

Dengan langkah protes, Seth bukak pintu. Ololololo..comeynya kanda bukak pintu macham tu! Geram ada orang kacau daun, ya kanda? Kak Pah memang dah sedia terpacak. Seth tanya kat Kak Pah ada hal apa dengan nada agak tinggi. Muka Seth jelas kelihatan yang dia tak senang. Kak Pah jelaskan yang Yvonne datang. Seth pelik, kenapa pulak Yvonne datang dan kenapa Kak Pah tak suruh je Yvonne jumpa kat opis je esok pagi? Terketar-ketar Kak Pah jawab yang Yvonne kata ada hal mustahak.

Seth membentak. Seth persoalkan apa yang mustahak sangat sampai tak boleh nak tunggu sampai esok siang? Kak Pah kecut perut. Kaget dia menuturkan dia dah bertahu Yvonne yang Seth tak senang tapi Yvonne yang paksa. Elena yang dari tadi perhatikan dari jauh datang dekat kat sebelah Seth. Dipujuknya hati suami supaya turun sekejap jumpa Yvonne. Kak Pah rasa bersalah sebab dah ganggu Seth dan Elena. Laju je mulut dia mintak maaf.

Seth merengus. Pintu ditolak kasar lalu langkah diatur ke tingkat bawah.

Matiklah lu Yvonne. Lu dah kacau Seth sama bini dia nak beramas-mesra. Kanda, kasik pecah muka pompuan tu. Dinda mencik sama dia menganggu saat-saat bahagia kita bersama.

Kak Pah terkejut dengan perlakuan Seth. Terus-terang Kak Pah cakap  kat Elena yanginilah kali pertama dia tengok Seth marah sampai macham tu sekali. Elena pujuk Kak Pah supaya jangan amek hati dengan Seth. Nanti marah Seth tu akan reda sendiri.

Oh, kemarahan kanda akan reda dengan pelukan dinda barangkali. Nahhhhhhh *peluk ketat-ketat dari belakang*

Seth turun dari tingkat atas. Tengok-tengok Yvonne tengah menangis. Ditinggalkan boyfriend katanya. Seth pelik, bila masa pulak pompuan ni ada boyfriend? Takde angin, takde ribut, tup-tup kena tinggal. Yvonne cakap dah few months dah. Dia tak citer kat Seth sebab memang sengaja nak rahsiakan. Bila boyfriend dia nak propose, baru nak kenalkan pada semua. Tapi skang ni, boyfriend dia tu mintak putus tanpa alasan.

Kan dinda cakap, pelukan dinda mampu meredakan kemarahan kanda. Terbukti pelukan dinda ada magis!

Seth dah mula jatuh simpati. Daripada duduk atas armrest kerusi, Seth berkalih duduk ke sebelah Yvonne.

NOOOOOOOOO!! NOOOOO KANDA, NOOOOOOO!! Jangan jatuh ke dalam perangakap pompuan miang tu!! Dinda tak rela!!

Seth coba nak tenangkan Yvonne yang teresak-esak menangis. Dan-dan tu lah si Yvonne pergi nanges atas bahu Seth, siap peluk bagai. Seth sungguh-sungguh nak leraikan pelukan Yvonne. Makin Seth nak leraikan, makin galak pulak Yvonne melekat.

Turunlah si isteri, Nora Elena lalu terpandangkan aksi drama swasta antara suaminya dan PA suaminya berpeluk-pelukan di ruang tamu. Elena tersentak dan tersentap. Cepat-cepat anak tangga didaki untuk ke tingkat atas. Robek hati Elena andai dia terus menyaksikan babak tidak berpengarah itu.

Dan di balik wajah Yvonne, terlukis sebuah senyuman syaiton. Puas dapat perdayakan Seth dengan cerita palsu yang dia ditinggalkan kekasih.

DAMN YOU, YVONNE!!! Lu memang sengaja propa sebab nakkan perhatian Seth je, kan? Saja nak peluk-peluk, gesel-gesel kat laki orang, kan? Takde maruah punya pompuan! Propa lebih!

SUNDAL!

Elena kat dalam bilik. Olololo, chumils sungguh maksu ni pakai headband yang diikat dari scarf atas kepala. Baca novel atas katil dengan berlunjur kaki tapi tak boleh nak fokus. Perlahan-lahan Elena melangkah ke tingkap. Langsir disebak. Elena nampak Seth sedang menemankan Yvonne hingga ke kereta.

Maksu jeles lettew!

Elena tak senang duduk. Elok je Yvonne balik, terus dia turun ke ruang tamu dan duduk atas sofa dengan novel tak lepas dari tangan. Seth yang baru masuk terperasan yang Elena ada di ruang tamu.

“Sayang belum tidur lagi? Kenapa tak turun tadi?” sambil melintasi Elena yang duduk di sofa, tangkas tangan Seth nakal menarik headband isterinya lalu melabuhkan punggung di sebelah.

NGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA… Kecomelan apakah kanda ini??!! Kanda tak ubah macham budak-budak lelaki  kat sekolah yang sengaja nak menyakat, main tarik ponytails budak perempuan pastu larik laju-laju. Sengaja mintak dikejar.

Auuuwww..tetiba dinda rasa nak kejar kanda.

“Abanggggggggg…!” Elena protes Seth menarik scraf headbandnya.

“Lagi chantek kalau Nora lepaskan rambut tu.”

“Nora penat-penat buat tau!”

“Ala…skali skala apa salahnya kalau lepaskan rambut?” Seth capai scarf dari tangan Elena, ligat tangannya bermain dengan scarf itu dan kemudian bawak ke hidung. Dicium.

Wangi eh, kanda? Dinda nak jadik scarf tu pulak boleh tak?????!!! T_______T

Novel masih di tangan. Mata tidak pandang ke arah suami tapi mulutnya bertanya kenapa Yvonne datang? Nampak acuh tak acuh tapi siapa tahu dalam hati maksu tu sebenarnya dah menggelegak tahan geram. Ringkas Seth menjawab yang Yvonne datang sebab ada masalah dengan  boyfriend, lalu mengenjakkan duduknya ke sebelah kanan. Makin rapat dengan Elena.

Elena persoalkan kenapa Yvonne carik Seth pulak. Tapi Seth kata Yvonne carik dia sebab takde tempat lain nak mengadu.

“So dia mengadu sampai berpeluk-peluk?”

Touche!

Seth nak menangkan diri sendiri. Hujahnya? Dia dan Yvonne dah lama kerja sama-sama dan memang rapat.

“Abang, saya ni tak pernah ada keinginan nak peluk KC tau. Bukan dulu, bukan sekarang dan bukan dalam 1000 tahun pun. Takkan! Walaupun saya ada masalah besar skalipun saya takkan mengadu.”

You go, girl!! Sorry kanda, yang ini memang dinda setuju 110%!!

Seth tetap dengan pendiriannya. Padanya, KC dan Elena lain sebab memang derang hubungan setakat majikan-pekerja. Tapi dia dan Yvonne pulak lain, derang best friends. Lagipun Seth bimbang dengan Yvonne yang nampak tak stabil. Mana tau kalau-kalau Yvonne amek tindakan singkat dan bodoh, bunuh diri barangkali.

Pfffttt! Bunuh diri lah sangat! Dinda aci kerat (kuku) jari kelingking yang Yvonne takkan bunuh diri, kanda! Itu semua propaaaaaaaaa..propaaaaaaaaaaaaaa!!

“Nora cemburu eh?”  dengan nada paling rendah dan separuh berbisik Seth bertanya. Soalan yang berunsurkan provokasi! Dan tangan nakal Seth dah mula kuis-kuis rambut Elena sambil duduk bersilang kaki. *Rawr!*

“No..mana ada cemburu.” dalih Elena sambil terus flipping through novel. Mana mungkin dapat meneruskan kosentrasi bila orang yang duduk di sebelah sedang kuis-kuis manja.

*bertahannnnnnn!! bertahannnnnnnnnnnn!!*

“Kalau cemburu cakap.” Seth coba memprovok lagi.

“Nora tak cemburu, Abang.” bagai menegakkan benang yang basah.

“Okey. You sure?”  dengan suara sexay amat Seth bertanya. Begitu romantik dan mendesah.

I AM NOT SURE!!!! DINDA MENGAKU DINDA CEMBURU!! Kanda sangat keji tau guna taktik kotor buat sampai dinda mengaku!!

Elena rasa sikit lagik nak kalah. Cepat-cepat Elena angkat punggung dan berlalu dari situ dengan rengusan dan mencampakkan novelnya. Meninggalkan Seth sendirian di atas sofa.

Seth hanya ekori Elena dengan anak mata. Dan kemudiannya tersenyum.

Nakal!

Esoknya, Seth dengan kereta Hondanya menghampiri Yvonne. Bila Yvonne tanya ke mana perginya Mercedes, Seth jawab mudah yang Pak Ali hantar isterinya ke opis. Yvonne mintak maaf sebab terpaksa menyusahkan Seth kerna kereta dia buat hal.

Seth yang tengok Yvonne ceria semacham tanya macham mana keadaan dia pagi tu. Yvonne yang lupa dia berdrama semalam cakap yang dia okey jek dan tanya balik kat Seth kenapa Seth tanya cenggitu. Seth cakap semalamkan dia ngadu pasal boyfriend apajadahntah. Yvonne baru teringat, terus buat-buat muka sedih. Terus cakap dia tak berapa okey.

Hoi pompuan, nak menipu lain kali tolong bijak sikit boleh?

Seth suruh Yvonne be strong. Siap nasihatkan yang banyak lagi lelaki kat luar sana bukannya sorang jek. Yvonne plak jawab yang takde laki lain dalam hati dia kecuali… *pandang Seth*

MUNTAHHHHHHHHHHHHH!!

Nasib baik Seth tak pandang balik! LOLOLOL. Seth pandang depan jek dan cepat-cepat pandu kereta. Kanda, sesungguhnya kanda tau kan yang Yvonne simpan hati kat kanda tapi saje je kanda buat-buat tak tau ye?

Elena ke kedai buku nak jumpa Dila tapi terserempak dengan Amir. Elena persoalkan kenapa Amir selalu sangat jumpa Dila sedangkan dia tau yang Amir takde perasaanpun kat Dila. Elena marah dengan Amir sebab kalau betul dah tak minat dengan Dila tak payahlah kasik harapan palsu.

Amir sangkal dakwaan Elena. Memang selama ni pun dia tak pernah kasik apa-apa harapan dan Dila sendiri tau. Kalau Dila masih mengharap, dia akan buat Dila faham perasaan dia yang sebenarnya. Amir tak tau kenapa Elena asik nak rasa negative pada dia.

Belum sempat Elena menjawab, Pak Ali datang. Katanya dia akan tunggu Elena kat warung sana. Elena tak kasik tunggu sebab Pak Ali dah jadik driver/bodyguard plak. Tapi Pak Ali bagitau elok-elok yang Seth dah kasik arahan. Kalau tak ikut nanti Seth marah. Tu pun semalam Pak Ali dah kena marah sebab lambat jemput Elena.

Elena pening kepala dengan tindakan Seth, dah jadik paranoid pun ada. Amir mencelah, mintak Elena turutkan saja cakap Seth. Terus-terang, Amir cakap yang dia tau kisah perkahwinan Seth dan Elena dari mulut Seth sendiri. Tu pun Seth cerita sebab dia terima SMS ugutan dari pihak yang tak dikenali. Dan Seth sudahpun buat laporan polis.

Elena tak percaya SMS ugutan tu adalah angkara Eid. Elena tuduh Amir sebab Amir je yang mampu buat semua tu. Sebab Amir jeles dengan Seth. Amir mengaku memang dia chentakan Elena, sayangkan Elena macham mana Seth sayangkan dia selama ni. Tapi dia bukan dia yang pelaku yang hantar ugutan tu. Jadi, Amir nak mintak izin daripada Elena nak jaga Elena sama-sama.

Elena tempelak Amir balik. Dia adalah isteri Seth dan apa hak Amir untuk jaga dia? Amir kata memanglah dia takde hak sebab tu dia mintak izin nak jaga Elena dari jauh jek supaya dapat lindungi Elena. Mungkin hari ni dapat ugutan dari SMS, lepas ni tatau apa plak orang tu akan buat.

Dila yang sejak dari tadi berlindung di balik tiang terdengar semua perbualan antara Amir dan Elena. Terutama tang pengakuan jujur Amir yang dia chentakan Elena selama ni dan bukannya Dila. Dengan langkah longlai, Dila keluar dari kedai buku dengan linangan air mata.

Adakah Dila halimunan sampaikan Elena dan Amir yang tercongok depan pintu kedai buku tu tak nampak Dila? Kesian Dila.

Amir tekankan yang Elena dalam bahaya. Cuma Seth je yang taknak dia rasa takut. Amir nak tau dari mulut Elena sendiri siapa lagi yang tak puas hati dengan perkahwinan dia dengan Seth supaya dapat dia siasat dengan lebih dalam.

Dan dari balik tiang, punya satu susuk tubuh lelaki yang sedang memasang telinga.

.

i.Z.Z.i.e:

Episode yang banyak sangat main sorok-sorok kat belakang tiang.

30 thoughts on “Nora Elena: Episode 18

  1. ::tengs zie..sentiasa menghiburkan..(ayat skemaa)..haha..kalu dlm epi 18 ni yvonne baru wat camtu u da panggil dia sundal..apa lagi cacian yg akn u lemparkan kat die dalam epi2 seterusnya..esp epi yg tertinggal reta tu..ohh~ jijix !!::

    zie..kat tv nnti ada citer fazura tau..i akan janji dgn diri akan cuba tgk citer tu !! tp tatau la u nk tgk ke x, abam aaron ada, jd undangan la tapi..but ur major turn-offf pon ada gak tau..si J.A.Z..L.E.Y tu…daaaang ~~!!::

    • lepas ni panggey @#$%^&* LOLOLOL!

      tahajjud cinta kan? oh, bila tayang kat tv? update me please!! aloooo..ada mamat asmara tu ke? memang sangat turn-off lah! aritu i dah tgk video clip yg u suruh tengok tu za..sumpah sangat geli! i geli with that prima yin too!!

      muntah hijau!

  2. ::tahajjud cinta..jumaat nij, pkul semilan..slot zehra..kite nengok sama2 ye…::

    ::wakakaka..da tgk..geli kan..lagi2 masa prema yin pkai nude color tu..adoii laa makcik prema oii.. derekter nye si gambit tu..mmg patot la jd camtu..dgn alasan seni…

    takpe, kalu u tgk tahajjud tu, part asamara tu u buat2 la tgk bende laen yer..jgn di sebabkan die, u tamo tgk citer itu..ngeee~::

  3. walehhh hang buat akak meroyan lagi la….. tgh dok pikir nak tukar warna keta mcm siseth tan sbb dok pikir tak mampu nak beli merc hee…he… terima kasih ulasanmu dinda… kakakmu bakal lena malam ini

  4. owh cik Izzie… terharunye baca… berminggu tunggu ni… berbaloi… best…best..best….thank u..thank u….. eh.. btol ke tahajjud cinta ada AA? kat mana..? part mana..? alahai…. meroyan lg la jwbnye….walopon kalau dia cuma ada as undangan or sampingan…

    • thanks asma’
      tahajjud cinta ada AA tapi as a guest star jek. tak banyak pun scene yang dia berlakon. cuma lemah sikit bila shah jaszle tu ada jugak..oh, ai sungguh lah tidak berkenan >.<

  5. owh… I pon tersgtla xberkenan dgn si ‘asmara’ tu…….. sgt2…. knp la nak kene ada muka bajet handsome tu…….???? xperla.. walopon kejap2 je… AA jd ustaz… pakai songkok….. hehehehehe… tp xperla.. asal ada mat bunga a.k.a arjuna a.k.a adam hasan….

  6. u! i pun tk ske mamat asmara tu,,but dia pn hnye plakon tmbhn je…hehe..:D:D nasib bkn hero! tp ttp sbr bile la AA nk kuar ni..~~ kah3….!!

    • oh..dia pun tambahan jugak?
      alhamdulillah…kalo tak, mau buta bijik mata asik kena tgk muka dia jek
      hmmm..lawyer syariah AA nampak gaya macham lambat je kluar kat tahajjud cinta
      sabar menanti..

  7. Hi hi! Tengah google about Nora Elena, jumpa your recaps pulak! I LOVE THEM as much as I love the drama (maybe even more?). Kelakar betul… but not kelakar bodoh, ok, VERY witty.🙂 Teruskan tulis episode recaps, boleh..? PLEASE? Walaupun drama ni dah habis. I’m from Singapore, and orang sini haven’t heard about this drama yet so I takde siapa kat sini yg boleh layan my current obsession about Seth Tan… err.. this drama.😉

    • helo orang jauh dari singapore!!
      gagagaga..thanks for reading i meroyan pasal NE kat sini. i will try my best to write until episode 24 wpun i tau drama dia dah lama habis
      but what to do, promise is a promise. just hope that u guys masih ada perasaan nak baca tulisan i hehe

      • “just hope that u guys masih ada perasaan nak baca tulisan i hehe”

        Asal you sanggup menulis, kita sanggup membacanya. >;o) In fact tengah tak sabar-sabar ni. I sampai sanggup beli novelnya online you!

      • sob sob.. terharu! nampaknya, i memang kena carik balik mood yang hilang untuk sambung tulis review yang dah berkurun i peram tu. sorry guys, sampai tv3 dah ulang balik NE pun i belom abis lagik siapkan recaps😥

    • salam nora..

      thanks so much for reading. insya-allah i akan sambung sampai habis. cuma skang ada kekangan masa..n mud pun tak sampai huhu

  8. izzie,
    suka sgt2 baca review yg you gelarkan meroyan tu, tapi bagi i kreatif yg sgt funny n really buat i tergelak2 tak berenti.
    i even promote kat cousin2 i yg minat nora elena supaya baca blog u.

    u rock. i like it so much

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s