Nora Elena: Episode 17

Terus-terang gua cakap, agak sukar untuk menulis bagi episode 17 ini. Mungkin kerna kurang babak-babak romantis di antara Seth-Elena. Episode kali ini lebih banyak fokus kepada konflik dan permasalahan lain. Mungkin kerna hubungan Seth dan Elena sudah semakin baik makanya penumpuan diberikan pula kepada keadaan sekeliling yang akan membuatkan drama ini lebih menarik.

Oh, sesungguhnya gua tidak kisahkan hal sekeliling yang lainnya. Yang gua mahukan hanyalah babak dalam *cough* bilik dan atas sofa *cough* di antara Seth dan Elena.

Salam kepada si penchenta-penchenta Seth Tan.

Seth yang baru masuk opis terus ditegur Yvonne yang suaranya masih lagi serak-serak basah. Wan Sharmila, suara you cenggini adalah sangat sexay tau! Yvonne tanya macham mana dengan holiday Seth? Kebetulan Malik yang lalu pun terdengar pertanyaan Yvonne. Terus dia parking kat situ.

Seth cakap yang dia bukannya pergi holiday tapi honeymoon. Dalam malu-malu kanda menuturkan. Ahh..musti masa kanda cakap tu ingatan kembali kepada kenangan di Cameron Highlands, kan? Seth kata ada KC hadiahkan honeymoon suite untuk dia dan Elena. Malik sexicted campur lega. Selamat poket you ye Malik? Malik kata doa dia dah dimakbulkan. Seth suruh Malik doakan dia dapat anak plak lepas ni.

Terus dinda tengok calendar, bila harinya pengovulan (waktu subur). Teeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!!

Elena pergi lawat Dila kat rumah sewa lama. Siap bawakan stoberi sebagai buah tangan untuk Dila. Dila tanya kat Elena macham mana dengan Cameron Highlands, Elena jawab best sambil senyum meleret. Ahhh..lagek sorang ingat kehangatan di Cameron Highlands yang tak berapa nak hangat tu. Dila tengok Elena semacham. Pelik sebab Elena ceria kemain lagek. Tapi Elena sangkal, dikatanya dia seperti biasa aje. Terus dia mintak diri nak ke opis sebab dah lambat.

Kat opis, Seth tanya kat Yvonne nak tengok tak gambor honeymoon dia dan Elena kat Cameron Highlands. Dalam tak sepenuh hati, tetap Yvonne angguk. Yang Seth kemain lagek puji isteri dia chantek depan Yvonne. Apa lagek, mau rentung kepala Yvonne dengar pujian melangit Seth kat Elena.

Abis? Takkan nak puji lu pulak, pompuan?

Seth bagitau kat Yvonne apa yang lebih penting sekarang ni Elena dapat terima dia sebagai suami. Dan sesungguhnya Seth tak sangka yang Elena dapat terima dia secepat itu. Yeah, I feel you kanda. Kanda beritahu akan kebahagian ini bukan kerna nak menjeleskan pompuan tu. Dinda faham, kanda cuma mahu berkongsi kebahagiaan yang kanda sedang kanda kecapi sekarang dengan seseorang yang kanda anggap kawan selama ni. *tepuk tepuk manja punggung bahu kanda*

Di rumah, Kak Pah tolong Elena hias bunga ros yang Seth belikan untuk Elena. Alah, yang beli sampai penuh satu boot kereta tu -_-“. Sambil-sambil tolong, Kak Pah kata Elena bertuah sebab suami sayang. Dan Seth pun dah banyak berubah. Dah mula pergi sembahyang Jumaat walaupun tak pergi tiap minggu. Macham mana Kak Pah tau? Pak Ali yang cerita. Gossip lettew! Kak Pah tanya kat Elena, ada ke dia suruh Seth sembahyang? Elena jawab tak. Kak Pah kata mungkin Seth sedar sendiri.

Alhamdulillah. Dinda semakin nampak yang kanda akan menjadi imam untuk solat dinda nanti. *lap air mata terharu*

Dalam bilik, Seth hampar sejadah. Berserta baju Melayu dan bersongkok, Seth angkat takbir. Ehhh..tak jadik. Tak yakin barangkali. Cepat-cepat Seth rujuk buku solat kat sebelah. Seth angkat takbir lagi sekali dan coba untuk kusyuk. Auuuwww..sejuk hati dinda tengok kanda bersungguh-sungguh nak sembahyang. *lap air mata terharu lagek* Tak sabar rasanya dinda nak bersalam dengan kanda tiap kali usai solat berjemaah.

Lama Seth berteleku di atas sejadah sambil berdoa kepada Yang Maha Esa. Mintak diampunkan dosa yang terlalu banyak dilakukan selama ini. Elena yang kebetulan nak masuk bilik, ternampak Seth di atas tikar sembahyang. Tak jadik dia masuk.

Telefon Seth berbunyi, tanda ada text yang masuk. Diambilnya lalu dibaca..

“+60126119319

Ceraikan isteri kau!

Elena! Jika tidak, Elena akan terima akibatnya!!!”

Seth terkejut dengan ugutan yang diterimanya. Wajahnya terpancar kerisauan. Elena di luar coba sekali lagi untuk masuk ke dalam bilik bacaan Seth tetapi masih berkunci.

Buru-buru Seth menuju ke bilik bacaan. Terus masuk dan kunci dari dalam. Elena sempat menyorok di bilik sebelah. Dari dalam bilik bacaannya, Seth segera tepon Amir ajak jumpa. Elena coba pasang telinga dari luar. Tak serik lagi ke dear masa kantoi tempoh hari? Tu saja nak jatuh tangga lagek lettew!

Telefon diletakkan. Seth berjanji pada diri sendiri yang dia takkan benarkan apa-apa terjadi kepada Elena. Gambar Maria dan Elena dalam bingkai berwarna putih itu diperhatikan lama.

“Abang janji.”

Sepertinya Elena berada di depan matanya, Seth berkata begitu. Lalu gambar berbingkai putih dibawa rapat ke wajahnya lalu dicium. Tepat kat wajah Elena sahaja, bukan Maria.

Oh, bingkai gambar!! Engkaulah props paling bertuah selepas bantal golek dan sofa dalam ini drama!!! TT_______TT

Esoknya di opis, Seth tengah on the phone dengan Datuk. Ditanyanya kat Datuk ada ke ajak Eid join the company kat Qatar. Saja nak check katanya. Wah! Seth dah masuk mode inspektor polis duk siasat orang sana sini!!

Seth panggil Malik masuk dalam opis dia. Tak habis dengan Datuk, Malik pun kena soal skali. Seth nak tau ada tak Eid contact atau Malik contact Eid. Malik cakap ada, dan Eid okey je kat sana. Seth nak tau sama ada Eid masih marah lagi ke kat dia sebab dulu Eid pernah serang Seth depan Encik Karim. Manalah tau kot-kot Eid simpan dendam selama ni.

Tapi Malik back-up Eid. Eid dah boleh terima hakikat dan Seth tak perlu rasa bersalah sebab memang Seth tak salah pun dalam hal ni. Dan memandangkan Malik dah berkawan lama dengan Eid, Malik tau benar hati budi Eid yang tak simpan dendam.

Seth terima call dari Yvonne. Katanya dia tak sihat. Masih lagek dengan suara serak-serak basah menggoda itu. Seth macham dah fed-up dengan Yvonne yang asiklah MC. Tapi Yvonne cakap dengan nada mengada-ngada mintak kaki yang dia sendiri tatau kenapa dia asik letih, sakit kepala dan takleh tido sejak akhir-akhir ni.

Ehhhh pompuan! Itu tandanya lu nak mati!

Seth suruh Yvonne rehat, makan ubat dan tak payah masuk opis. Dia taknak kesihatan Yvonne terganggu sebab kerja. Kalau betul-betul tak sihat, Seth nasihatkan Yvonne jumpa pakar terus.

Yeah, PAKAR SAKIT JIWA!

Malas gua nak layan pompuan gila ni. Mental!

Elena dah masuk opis. Ralit spray bunga segar dari Cameron Highlands. Dan tak boleh elak dari ingatannya menerawang semula saat manis Seth bukak boot kereta yang penuh dengan bunga segar. KC datang dekat meja Elena. Muka Elena katanya masih dalam mood honeymoon. Kalau Elena nak sambung coti, KC tak kisah asalkan jangan cepat-cepat dapat baby.  Elena cakap balik kat KC, kenapa warning dia je..patutnya KC warninglah sama Seth. Malu-malu Elena nak cakap cakap kat KC macham tu.

Yeah baby, you’ve said it right! Kenalah warning sama Seth, kan? Sah-sahlah beliau nakhodanya *senyum miang*

Malik ajak Zira kluar lunch tapi rajuk Zira tak abis lagik sebab Malik taknak cakap kenapa bos derang panggil Malik tadi. Malik kata Zira saja nak balas dendam lettew!

“Ada pensil ada pemadam. Memanglah aku balas dendam!”

LOLOLOL. Epic wins!!

Disebabkan Zira tak makan pujukan, Malik pun pergilah makan tengah hari sengsorang. Elok dia kluar daripada lif, terlanggar Seth yang sedang kalut ntah nak ke mana.

Dari jauh, Elena jalan berlenggang dapatkan suaminya yang sedang terburu-buru. Nak ajak lunch sekali katanya. Malik yang terdengar terus menyampuk..

“So sweet, jumpa wife for lunch.”

Serentak Seth dan Elena pandang semacham kat Malik yang tiba-tiba serbu tak pakai helmet. Dari pandangan mata Seth, seolah-olah ada laser pancar tepat ke mata Malik. *Laser beam! Beam! Beam! Beam! Beam!*

AWKWARD!!! *bunyi cengkerik*

Cepat-cepat Malik bukak langkah seribu sebelum lebih teruk kena panahan laser dari mata Seth. Bila Malik dah agak jauh sedikit, Seth tanya kenapa Elena ajak lunch sekarang? Pelik dengan perubahan Elena. Mudah Elena menjawab dengan menyoal Seth kembali, adakah salah bagi seorang isteri untuk ajak suaminya makan?

Seth kata tak salah, cuma selama ni puas dia ajak Elena lunch sama-sama tapi Elena selalu mengelak dengan beri alasan macham-macham. Sedangkan Seth dapat tahu pun dari mulut KC sendiri.

Elena sedar kesilapan dia. Tanpa berlengah, terus dipohon kemaafan daripada si suami.

“Sayang, tak payah mintak maaf dengan Abang.”

Tapi Elena tetap bertegas yang dia perlu mintak maaf dengan Seth. Jika tidak, dia berdosa kerna mengabaikan tanggungjawabnya kepada Seth selama ni.

“Tapi kalau selagi Abang redha dengan perbuatan Nora, Nora tak berdosa kan?” sebuah pertanyaan dan pernyataan yang dinda kira kanda gabungkan menjadi satu.

Elena yang terdengar kata-kata itu keluar dari mulut Seth agak terkejut. Namun di bibirnya mengukirkan sebuah senyuman.

“Macham mana Abang tau semua tu?”

“Abang ada la belajar sikit. Ingat Abang tak tau apa-apa?”

Olololo. Comelnya kanda berkata begitu. Orang bijak memang kurang berkata-kata. Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi. Bukannya pergi pukul canang riuh sekampung padahal ilmu di dada nipis mengalahkan mahjong paper.

“Okey, sekarang kita nak lunch kat mana?” Elena begitu sexcited sambil memaut lengan kanan Seth.

Malik baru perasan yang dia tertinggal barang kat opis. Pantas dia berjalan masuk ke dalam bangunan. Terlihat pulak aksi Elena jalan berdampingan dengan bosnya. Cepat-cepat malik menyorok di belakang tiang. Takmo terjadinya awkward moment seperti tadi lagi.

Seth bagitau yang dia ada lunch appointment. Elena nak ikut tapi Seth teragak-agak. Elena seolah-olah mengerti. Terus Elena cakap yang dia tak kisah dan boleh makan sengsorang.

“Jumpa kat rumah, eh?” kata Elena sambil berlalu pergi. Malik yang menyorok di balik tiang pura-pura tengah on the phone bila Elena lalu sebelah dia. Hoi! Pasang telinga ke pakcik?!

“Sorry, Sayang.” tergambar rasa bersalah yang jelas di wajah Seth.

Awww..

Seth baru perasan yang dia dah terlambat. Buru-buru dia aturkan langkah dan lalu sebelah Malik. Malik yang nampak bosnya berjalan ke arah dia cepat-cepat cover. Pura-pura ketuk tiang. Err..ada anai-anai makan tiang tu ke, pakcik?

Amir duduk sendirian di restoran menantikan seseorang. Seth tiba. Oh, inilah dia lunch appointment dengan client tu ye kanda? Sanggup kanda ketepikan dinda demi Amir?! Pfffttt!! Majuk lah cenggini!!

Amir terus sound tegak yang dia pantang orang lambat. Seth akui, dia pun sama. Dinda jua begitu! Tapi Seth terus-terang yang dia lewat sebab Elena. Amir serkap jarang, ditanya andai mereka berdua bergaduh. Seth nafikan. Namun wajahnya jelas kelihatan agak terganggu.

Melihatkan wajah Seth begitu, Amir mintak Seth ceritakan masalahnya. Mana tau kot-kot dia boleh tolong. Seth akui, memang dia nak jumpa Amir pasal Elena dan cuma Amir je yang boleh tolong. Terus Seth tunjukkan text ugutan yang diterimanya kepada Amir.

Amir tanya Seth, ada tak dia syak sesiapa dalam hal ni. Seth kata ada, Eid. Andai Seth mahukan pertolongan Amir dalam kes ni, Amir mintak Seth ceritakan segalanya tentang perkahwinan Elena dan dia. Seth setuju tapi bukan sekarang kerna dia terlalu sibuk. Dan mereka berdua setuju untuk bertemu semula malam nanti.

Malik tak sudah-sudah coba nak pujuk Zira. Coba pancing Zira dengan alasan nak antar dia balik. Tapi Zira taknak sebab takot menyusahkan pulak. Malik kata dia pun takde menda nak buat. Dulu lainlah, selalu je lepak dan main bowling sama-sama. Skang ni semua orang dah buat hal sendiri.

Zira yang teringat pasal Yvonne sakit terus tepon pompuan tu. Siap cakap nak gi melawat lagik. Tapi Yvonne kata tak payah sebab dia kat luar. Zira pelik. Kalau betul sakit kenapa Yvonne boleh keluar hu-ha-hu-ha plak? Yvonne auta kata dia lapar. Sungguh-sungguh Zira nak tolong tapaukan makanan untuk Yvonne tapi pompuan tu kata dia okey.

Zira hangin.

“Aku dengar suara dia kan, macham sihat wal-lepat-liat je!” ngomel Zira kat Malik.

WAL-LEPAT-LIAT??!!!

LOLOLOL. Zira!!! I like you so much in this episode. Tadi you kasik pantun dua kerat. Ni you guna bahasa dari planet mana plak nih??!!

Planet Nameck, mungkin?

Nun di suatu tempat yang tidak dapat dikesan oleh radar Dragon Ball (sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya) , Yvonne yang sihat wal-lepat-liat sedang berjumpa dengan seseorang. Kelihatan begitu mencurigakan.

Elena sampai di rumah terus terjah dapur. Kak Pah yang sedang siang ikan pun terperanjat. Elena tanya Kak Pah nak masak apa? Nak masak kari katanya dengan ikan tu. Elena mintak dimasakkan asam pedas tapi Kak Pah ingatkan Elena yang Seth tak tahan pedas.

“Dia kata nak belajar makan pedas, kan? Jadi bagilah dia belajar.”

Oh, Elena dear. You sangat kijam tau! Takkan you nak cilikan lagik mulut Seth dengan asam pedas? Cukuplah sekali you kenakan dia.

Kak Pah puji Seth depa Elena sebab nak amek hati mak mertua dan Elena punya pasal, sanggup Seth belajar makan pedas. Elena hanya tersenyum. Terus Elena tawar diri nak masak untuk dinner.

Seth masih di opis. Elena di dapur. Seth sibuk siapkan dokumen yang tergendala kerna Yvonne MC. Elena sibuk di dapur menyediakan juadah untuk makan malam nanti. Asam pedas Elena galak menggelegak atas dapur. Diberikan sedikit untuk Kak Pah rasa. Kak Pah puji sedap tapi kurang pedas. Sengaja Elena kurangkan pedas kerna takot Seth tak tahan.

Awww..dah mula letakkan suami sebagai keutamaan, ya?

Elena tepon Seth. Bertanyakan bila Seth akan pulang. Seth jawab mungkin lewat kerna perlu berjumpa client. Alasan client lagek kanda? *sigh*

“Oh, Nora masak dah? Oh, sedapnyaaa..”

Tau pun! Tu belum lagek kanda jamah masakan dinda, sudah kanda puji sedap. Mau kanda nanges dibuatnya kalau rasa sendiri masakan dinda.

Nanges sebab tak sedap.

Seth janji akan coba pulang secepat mungkin.

“Sorry. Love you.” Seth terasa bersalah sekali lagi kerna ini sudah kali kedua dia mengecewakan Elena. Namun apakan daya, Seth telahpun berjanji dengan Amir dan segala yang dilakukannya adalah untuk kepentingan dan keselamatan Elena.

Takpelah kanda. Dinda faham. Dinda akan tunggu kanda pulang. Love you toooooo, threeeeeee, fourrrrrrrrrrrr~~

Seth jumpa dengan Amir seperti yang dijanjikan siang tadi. Habis semua diceritakan tentang perkahwinannya yang tak seperti orang lain. Segalanya berlaku secara mendadak tanpa dirancang. Dan mungkin pada Eid, Seth adalah perampas. Amir coba berfikir secara logik. Eid tiada di Malaysia, mana mungkin semua ugutan ini datangnya dari Eid. Namun Seth menyangkal, tak mustahil Eid upah orang lain.

Sedang rancak mereka berbual, Seth terima satu lagi text berbaur ugutan. Tanpa berlengah, Amir mencadangkan agar mereka terus ke balai untuk buat laporan. Seth setuju.

Di kediaman Seth, Elena yang sejak dari tadi setia menantikan suaminya dah tertidur kat sofa. Seth yang sampai di perkarangan rumah terkejar-kejar masuk. Terus dicari kelibat isterinya.

“Are you okay, Sayang?”

Elena yang dikejutkan begitu bangun terpisat-pisat. Pelik Elena kerna Seth bertanyakan soalan sebegitu. Namun Seth jawab yang dia risau kalau apa-apa berlaku kat rumah. Risau Seth masih tak padam. Diusulkan supaya lepas ni Pak Ali menghantar dan menjemput Elena dari tempat kerja. Tapi Elena tolak. Tiada pilihan lain, Seth menawarkan diri sendiri sebagai gantinya.

“Untuk Nora Abang sanggup ketepikan kerja. And it’ll be fun! Abang akan jadi bodyguard and driver Nora.”

“Abang ni Managing Director. No bodyguard, no driver. Kan, Bang?” dalam lembut Elena coba untuk menolak.

“But I am a husband. Abang bertanggungjawab for everything.”

Termasuk yang ini kan kanda? *tunjuk perut*

PANGGGGGGGGGGGGGG!!

Maaf. Off topic.

Elena kata Seth paranoid. Kata-kata Seth macham angin lalu dan dipandang enteng.

Esoknya di pejabat U-mzk, dua orang polis datang untuk berjumpa dengan Seth. Yvonne yang nampak kelibat polis dah mula cuak. Dan Malik turut disoal-siasat.

Malam di rumah, Elena tidur di dalam bilik. Di luar rumah, kelihatan suatu kelibat manusia sedang berjalan dalam gelap malam.

Perlahan Seth menghampiri katil lalu duduk di sebelah Elena. Diperhatikan isterinya yang sedang tidur. Lama matanya terpaku di situ. Seth menghela nafas. Saat dia ingin mengangkat punggung, tiba-tiba lengan sasanya dipaut Elena. Pantas Seth berpaling semula ke arah isterinya.

“Hey..” lembut Seth menyapa Elena. Elena senyum. Tangan Seth dicapai lalu digenggam erat.

“Nora dah lama nafikan hak Abang. Tapi Nora nak Abang ingat yang Nora milik Abang sepenuhnya.”

“Betul?”

Betul, kanda!! Ameklah kapak, belahlah dada dinda *selak sikit baju hingga menampakkan dada putih tak berapa nak gebu*. NO! Scratch that!! Kalau dah belah dada dinda, haruslah dinda mati. Kalau dinda mati, banyak benor perempuan lain yang akan beratur nak gantikan tempat dinda. JANGAN HARAP!! Langkah mayat gua dulu!

X-ray je dada dinda, ye kanda!

“Tak ada lelaki lain dalam hati Nora selain Abang.”

Kepala Elena diusapi. Penuh kasih sayang.

“Nora ikhlas dengan kata-kata Nora ni? Dengan pengakuan Nora malam ni, Abang harap Abang dapatlah kebahagiaan yang Abang cari selama 10 tahun ni.”

“Nora dah dapatpun kebahagiaan tu.”

Dan perlahan-lahan Seth membaringkan Elena di atas katil empuk.

.

i.Z.Z.i.e:

Takmo lagi mengkompiuskan kalian yang membaca dengan menulis imaginasi gua di sini seperti episode sebelumnya. Ramai yang terkena, eh?

Episode yang kurang tahap sawan dan meroyan. Buat pertama kalinya tesbih, tangki oksigen dan bantal hanya bertindak sebagai hiasan😛

40 thoughts on “Nora Elena: Episode 17

    • disebabkan episode 16 tu mmg overloaded punya romantic scenes, tetiba episode 17 ni banyak konflik..tu yg i sentap tu!
      nasib hujung2 ada jugak babak yang mampu mengubat jiwa meroyan ni😛

  1. hehehheh betul tu kurang merapu sikit but still i terkekek-kekek ketawa dalam opis ni.. mesti bos i ingat i ni tak sehat wal-lepat-liat hahahah. anyway still good recaps and sambil baca recaps kena denggar soundtrat NE..heheh

    • kan?! nak merapu pun rasa macham..ahh, takde semangat sebab takde banyak scene yg buatkan i gila.
      mungkin sebab dah habis menggila kat episode 16 yang lepas, tu pasal dah ‘waras’ sikit untuk review episode 17 ni😛

  2. wlaupun bantal, tasbih ngn tangki oksigen hnye jd hiasan tuk recap kli ni..but it still besh for reading..hahahaha mmg i pun krg ckit ngn episode yg ni sbb konflik die mndadak..xske..xske..bia lh tnjkkn lbh ckit romantic scene coz nme pun bru blk hnymoon kn..xsmpt nk smbg feel episode kt CH..huh sentap mak tau

    • thanks nurul.. tu yang tiap kali i nak mula menulis je..i jadik malas semacham. sebab kurang pemangkin! LOLOLOL
      yelah, padahal baru balik dari honeymoon kat CH kan..kasiklah chance nak beramas mesra dengan aksi2 romantik lagi
      i perasan, memang the following episode, musti akan jadik roller-coaster ride..dah elok2 previous episode lovey-dovey tetiba the next episode timbul konflik
      ingat lagik tak episode 12 (scene perfume lady million & seth angkat elena dari sofa ke katil)? kan semua orang meroyan! episode 13 kita ingat akan sambung lagik scene atas katil, tup-tup takde! alih-alih seth and elena gaduh plak.
      macham ni lah gak transition from episode 16 to episode 17
      SENTAP!
      eh, tetiba nak emo😛

  3. ::IZZZZZIIIIEEEEEE !! tengs, tengs, tengs !! ni da bes laahh….i cuba mmbaca dgn muka siries (haruslah..masuk opis pkul doblas, terus bc belog u kei…), tp part yg u lap air mata terharu tu i dah x blek kaver2 lg..daaaaaanngg !! heee… terbyg2 ja scene2 akher tu di ruang mata ini…tp kacau la bnyi alarm tuu !! isshhh !! keciwa nora mlm tu tau !!

    knape tiba2 citer psl dragon ball ? teghase mcm nk bc komik 2 skang !!

    tengs izzie ! cam biasa, u x pernah mengechiwakan .. keep it hap dear !!::

    • hey, u masuk opis kul 12?? kompeni apa u keje? meh sini i pun nak apply jugak hehe
      i sedang gigih study untuk review episode 18..at least episode 18 ada scene yg buat i gila bayang lebih sikit daripada episode 17 ni
      ehehehe..
      eh, i pun terasa nak baca balik dragon ball..best woahhhh!!

  4. Cik Zie, mmg episod 17 ni kureng merapu & kureng meroyan, kan. Cam potong steam gitu, esp after too much of hot stuff yg boleh memberhentikan pernafasan kita dlm episod sebelumnya. tapi, ape2 pun, chek tabik review Cik Zie ni, mmg hangat dari biasa, walaupun agak skema skit kalu nak dibandingkan dengan review dulu2.
    (chek nak gi mentelaah eps 16, 13 & 12 lagik lah… mcm tak puas2 chek tengok tu)

    • anita, jangan dilupakan episode 14 tu ye!! ala…yg banyak body contact tu!! malam tadi sebab kuchiwa sangat dengan episode 17, i tengok balik episode 14
      woahhhhh! terus tak boleh tido..
      teeeeeeeeeetttttttttttttttttttttt!!

      • (tadi dah post comment, tapi ntah kemana pegi nye.. ni kena write sekali lagi)

        Cik Zie, chek dh mentelaah ep 14 gak.. bab jatuh tangga, main dokong2 tu kan.. syiok habisss.. nak mood semula…

        ni huh, u all dok sibuk cakap pasal novel Kasih Suci tu. chek pun teruja nak baca gak. So, gi order online. tadi pagi dpt novel tu. Aper lagi, whole day dok mengadap novel tu. baca cam tak ingat dunia. Satni baru habis khatam. Betui lah u all ckp, byk tak sama.. ‘adaptasi longgar’ katakan…

        Tang komen negatif tu, mmg ada yg kutuk2 punye lah, tapi, tau2 dia org yg dok leka ngadap tibi tgk citer ni, sapa tau, kan? Masa NE tgh top baru2 ni, ada chek baca surat bantahan pasal NE ni. Lawak ah cik nowa yang tulis surat tu. http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Bantahan_Terhadap_Penyiaran_Nora_Elena.html
        gelak sorang2 chek baca luahan hati dia.. kelako jugak minah ni…

      • oh… pasal surat bantahan kak nowa tu.. kekekeke.. i dah baca dah. tapi ramai salah anggap. ramai gak yg sentap. dia gurau je tu..tapi ada pulak yang ingat dia betul2 nak hantar surat kat TV3. biasalah, dia tulis secara sarcastic, dan ada parody nye. cuma org kita ni cepat sangat melatah.

        ha..dalam dia nak main2 tu, sudahnya surat dia mmg sampai betul kat TV3 ^^

  5. hahah babak terakhir pon potong stim jer. lebih2 lg bila hajat tak kesampaian (dek ep sterusnya). pikir bleh lah tgk the morning after ke, dorang baring2, golek2 kat katil ke :p

    dlm ep ni saya pertikaikan motif sebenar ugutan SMS ni. adakah ia terkandung dlm novel jgk? adakah tujuannya utk memberikan lebih screen time kpd amir? utk merapatkan hubungan seth & elena (which did NOT happen hokehhh), meregangkan hubungan seth & elena? atau cuba melonjakkan jantung penonton je. klau betol2 nampakkan elena diserang, baru hot skit :p. dan blom pon seth & elena ni smpt berbaik lama2, dah pon konflik melanda kiri kanan. tp mungkin betol cakap izzie, konflik diadakan utk menjadikan drama ini lebih menarik.

    oh, satu lg gambar honeymoon dorang, apesal tayangkan gmbr2 dok sorang pnya je? mana gambr berdua yg seth snap dgn hp die? heheh…

    • ugutan SMS tu tak wujud pun dalam novel. dan i sendiri rasa ugutan tu macham tak perlu pun. just continue dengan babak romantik seth-elena, sambungan daripada kehangatan di CH adalah lebih afdal dan menjamin kepuasan maksima untuk si penchenta-penchenta seth tan, bukak begitu audrey?😛
      i rasa derang coba nak balance-kan watak amir-seth-elena-yvonne since the whole episode 16 pun mmg focus on seth-elena je kan? biasalah, dia bawak kita naik roller-coaster ride.
      yeah, gambar pun tayang gambar sorang2. mebi kalau seth tengok gambar seth-elena, dia rasa pelik kot. macham tu gak elena, tengok gambar elena-seth rasa awkward. ataupun saje nak kasik kita tatap sepenuhnya makhluk2 indah ciptaan tuhan tanpa sebarang gangguan?
      ehehehe

  6. izzie.. bile I bace comment korang ni.. baru I perasan yg NE ni mcm roller coaster… hari ni baik.. esok x.. lusa baik balik… mmg pon ugutan tu xda dlm novel.. tmbhn nak panjngkan n sedapkan cerita.. yela.. novel.. bnyk sgt dlm bilik… kang mau kena banned… xlps penapisan filem ke ape… n I ada bace kat tenet jgk.. ramai yg hentam citer NE krn konon nya bnyk sgt pengaruh negatif.. rogol n scene dlm bilik tdo… lg mau tmbh bnyk2… kan tros jd 18 SX.. xleh tyg kat tv3 la…

    • ye ke?? ada jugak yang hentam sebab pengaruh negatif?
      i think this is typical malaysian lah, ada je yang tak kena. padahal banyak lagik drama/filem dari luar yg beri kesan negatif pada masyarakat.
      pucuk pangkal pada hati. ambik je lah yang positif, yg negatif tu jadikan teladan. takkan semuanya nak kena ajar kot?
      common sense lah!

      • i stuju..tang mn plak yg bwk pngaruh negetip tu ek..i rs xde pun scene yg mlampau2 kot rs nye lg byk drama mlayu lain yg lg over..xkn sbb gle kn seth tan jd punca ongaruh negetip kot..common la..!! dgn muke yg suci lg sexygojes tu dikatekn pngaruh negetip..awww sentap at mak tau..xcelly i pun dh de asben..die ok jek tgk drama ni sme2..lg die prasan die mcm seth tan de la..itu pun kre ksn negetip ke?lolol dush><' rs cam nk tikam dri jek ble dgr ulasan2 xmsk akal nih..

      • “dgn muke yg suci lg sexygojes tu dikatekn pngaruh negetip..”
        SETUJU SANGATTTT!! tang mana pengaruh negatif nye pun i tak tau. pengaruh positif lagik adalah..
        PENGARUH UNTUK OTAK BEKERJA KERAS DENGAN BERIMAGINASI YANG INDAH-INDAH ^^

  7. itula pasal… ape yg baik ambik jd teladan… yg xbaik jd sempadan.. there’s nothing fixed in this world… citer ni xkan jd kalau xda kisah mcm ni yg maybe terjd in reality…. who knows.. setiap manusia kan jln hdpnye berbeza… n kene ingat la.. manusia ni x perfect… bak kata seth lps kantoi rantai… ” setiap manusia buat salah”……. kan2? yg penting.. citer ni best……!!!

    • true! kadang2 benda ni semua boleh pikir sendiri. tapi saje je ada org nak provoke sana sini. bila drama/filem tu dah pemes, mula la ada je yg nak carik publisiti murahan.
      kot2 dia sendiri tercongok depan tv3 pukul 7-8pm.

  8. CheQ Izzie!

    Oloh oloh! Semalam ptg da tinggal jejak..Taip pepanjang..Skali bli tekan send error plaks!
    Takpa..i taip balik! Weeee…Setelah sekian lama..Keluar jugek review epi. 17!😀

    Xdek tesbih di tangan n pensel kayu pun da kene curik..Hukk.. (Padan muke org yg amek sbb i da geget2 montot pensel tuh) Yang ada cuma sudu garpu..Huh..Mau sumbing gigi nih kang kalu geget besi..Awok da ler nk kawen nih kang sengih2 tepelanjat photographer..kuikuikui..

    Walaupun x byk adegan body contact dlm epi nih..Tapi suke jek sbb rasa mcm suwit bila NE throw herself in kinda sweet ways kat seth..oh my oh my..Now i know knape u asik meroyan nak jadik props-props yang disentuh abam aaron..Haaaa..I pun rasa mcm nak jugek! ouucchh~

    Haip! Haip! smpai nak tepok2 manja pungkoq abam aaron..Okeh saya tidak bersetuju di situ yang arif! Saya bangkang! CheQ izzie yang masih kanak-kanak ribena..Siler kawal tingkah laku anda! Hoho..

    Eh btw x saba2 tnggu review epi. last yg si yvonne campak ‘baby’ klua tingkap kete tuh..Ekeke…

    Orait itu aje sbb da x ingat ape yg tulis smlm..Nih baru pas pekena nasik lemak..Da ngantok..Xpe2..Baca balik review2 u sure gelak sensorang..Hehe..

    Pssstt..Ahad nih jgn lupa tgk stanza cinta😉

    Peace! (-.-)v

    • hahaha..nak jadik nora elena memang tak layak. layak jadik props je..i chup dari awal nak jadik sofa, bantal golek and frame gambar!!! jangan u dengki2 nak rebut dengan i plak. *asah parang*
      ehhh..apasal plak takleh tepuk2 manja? ooo..org lain tepuk2 manja punggung comel i ni takpe plak? bila i nak tepuk2 manja balik, tak boleh? sangat tidak adil!!

      review last episode tu lambat lagik la sayang. i baru buat homework on episode 18.. at least episode 18 ada jugak scene yang menceriakan i ^^

      cheQpora, ahad ni takde SC sebab beri laluan untuk Jom Heboh..kena bersabar sampai minggu depan ler jawabnya.

      • CheQ Izzie!

        Kih kih kih..Sebenanya lepas da post tuh terbaca abam aaron tweet yg xdak stanza baru tingat! dang!

        Terbagi salah info plak kat si izzie..Nasibla x mengundang malapetaka! Hahaha..

        Oit2..Hamboiiii…Siap ada org tepuk-tepuk manja pungkoq hang ya cheq! Meh bak mai no tepon pak hang cheq na report!>:D

        Siap nak asah-asah parang! Haip! I pakai stun gun! Lagi laju! Zass skit kat leher! Hihi..

        Alah..lambat lagi ke nk kluaq review! Transformers pun nk kluaq da nih tau! Sobs sobs! I nk mimpi Shia la boeuf sat..Haha..Jangan lupa kluaq review cepat-cepat k!

        peace! (-.-)v

      • cheQpora.. tengoklah, la ni pun cheq duk jiwa kacau. nak reply komen pun berkurun -_-”
        tapi cheq dah abis study episode 18, tinggal nak tulih ja..baru suku
        tapi tu la dia, semangat cheq sangkut kat damansara *uhuk uhuk* tak sampai ke bangsar pun ni😛
        lagu mana nak buat tatau?

  9. ::ohh, smalam i ada appointmnt pg tu, 2 yg drag masa smpai kol doblas…nyeh2..eay, u da tgk blm vid abg asmara yg i post tu ? keh keh keh !!!::

    che syarifah..iyer ker ada org komen negatif ? duuhh.. agreed wit zie, totally !! adoooiii..citer indon yg merepek2 2 ble ja masuk..2, citer marimar, tgk gazette lagu pon da berkocak2 iman !! nk citer yg eloooookk sepanjang masa, tgk citer laen lah.. ini kalau pkul 7 pon da tercongok depan TV, pastu x ckup tgk kat TV, donlod lg..pastu tup2 cakap citer tu negatif..ngeng !!::

    • i belom tgk lagik video tu. ahahaha..lemau je ye kalau sebut nama asmara. cuba sebut nama seth, irfan, hariz, malik..AARON. tak boleh bukak kat laptop (youtube, facebook etc kena block kat opis ni), maunya i usahakan bukak kat ipong. kekekkeeke

  10. ::haha, eay, jangaaannn.. the link can wait, u kne tgk citer hasmara dulu, kmpulkn rasa nyampah u, bru u tgk link tu….x yah nk gigih sgt tau..tp kalu u mmg terasa nk wat dosa kering jumaat ni, teruskan..i nasehatkan u jgn bkk kat ipong u..nnti x psl2 u jijik nk pakai ipong u 2..nyeehee~ ::

  11. Cik Zie, u & ramai dok sebut psl novel NE (kasih yang suci) ni. So, chek pun pi order sebijik. Ni kira my first purchase of Malay Novel. Baru dpt tadi pagi. Jadi,ape lagi, dari pagi dok mengadap novel tu. Satni baru khatam novel tu. Byk benda gak ek, yg tak sama ngan dlm novel – now baru tau apa maksud “adaptasi longgar” tu.

    tang komen negatif tu, mmg tak leh nak tutup mulut orang. Masa NE ni tgh top, ada tak korang ada baca “bantahan terbuka” on penyiaran NE ni? kelako betul cik nowa yang wrote that letter. http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Bantahan_Terhadap_Penyiaran_Nora_Elena.html
    mmg lawak ah..gelak sorang2 chek baca luahan hati dia…..

  12. salam cik zie…..

    u punya review pasal cite NE mmg t’baik la… bnyak kali bace pon x boring, pas2 bukak balik cite 2… hehehe… scene2x bez y i t’lepas seme tgok blik…after bace review u…huhuhuhu…
    mmg menulis sepenuh hati, jiwa raga la… i y bace pon sepenuh hati jiwa raga pasar n seme raga y adela…hahaha… keep it up ya….

  13. izzie, mestikan habiskan review sampai final episod taw.. semua tgh tunggu ni (++ tak sabar..).. demam seth tan lum habis lagi.. w/pun tgk dah repeat puluh kali kat tonton ..
    god job🙂

    • insya-allah. i will try my best habiskan tulis recaps on NE ni. tapi tu lah nyer..memang berjanggut la jugak. lately pulak memang banyak keje nak kena buat kat opis, tak menang tangan jadiknya.
      anyway, thanks for reading ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s