Nora Elena: Episode 15

Apabila sudah lama meninggalkan penulisan hampir seminggu, terasa benar momentumnya semakin hilang.

Dan tahap meroyan pun makin pudar.

Maafin.

Salam kepada si penchenta-penchenta Seth Tan.

Seth temankan Elena amek angin kat taman mini.Sambil beri ikan makan, sambil ngomel-ngomel sendiri. Dalam kolam tu ada 15 Japanese Koi, 1 ekor kura-kura, 6 Arowana dan 5 Tilapia Merah. Itupun bilangannya takkan berubah, lainla kalau Kak Pah tak gi pasar.

Erk. Kalau Tilapia tu gamaklah jugak dinda nak makan wahai kanda. Tapi kalau Arowana sama itu Japanese Koi, kembang tekak dinda ni ha.

Ditanya andai Elena suka makan ikan. Tapi jawabnya kurang suka.

Dinda suka!! Tapi lebih suka kalau dapat makan kanda. HAHAHAHA. Ok, gatai sangat nih!

Tapi Seth cakap, dia tau apa yang Elena suka. Elena tanya balik, apadia? Tapi Seth main tarik tali. Taknak bagitau. Nanti-nanti bila barang tu dah sampai baru nak bagitau. Olololo..comelnya dia. Muka sangat shuweeetttttt sebab nak surprisekan isteri kesayangan. Yang Elena pulak, muka blur tatau nak cakap apa dah.

Kat kedai buku, Dila baca emel. Dari Eid! Eid tanya pasal Elena, keadaan Elena. Sama ada Elena bahagia ke tak dengan kehidupan sekarang. Oh plis, Eid! Apasal lu sibuk-sibuk nak tau pasal bini orang? Dengar suara voice over lu tu pun dah buat gua nak tutup telinga. Tapi kalau gua tutup kang, tatau butir cerita pulak. Maka, gua redha je lah dengar suara lu tu.

Sedang enak Seth dan Elena amek angin di taman mini, kereta Yvonne pun sampai depan rumah Seth. Cepat-cepat Seth pergi dapatkan Yvonne tapi pesan dulu kat Elena suruh tunggu jap. Jangankan kejap, lama pun dinda sanggup tunggu kanda tau! Bila Elena tanya siapa yang datang, ringkas Seth beritahu Yvonne datang dan dia ada hal.

Benda pertama yang Seth tanya bila nampak muka Yvonne –B.U.N.G.A. Nampak benor bunga tu lagek penting daripada dokumen yang Yvonne cakap kononnya penting sangat Seth kena sign tu. Bila dah Seth tanya pasal bunga, Yvonne purak-purak chendana..siap boleh tanya plak bunga apa. Pastu cakap yang dia terlupa sambil mengeluarkan nada bunyi manja gila macham pompuan mintak penampar kononnya dia busy sangat sampai lupa pasal bunga.

YEAH RIGHT! Lu memang busy. Busy sakit hati.

Seth dah buat muka kecewa. Maunya tak, dengan harapan tinggi melangit dapatlah nak gumbirakan hati Nora, sudahnya..plan tak menjadi. Seth persoalkan yang selama ni Yvonne tak pernah lupa sebarang arahan yang diberi dan Seth tegaskan yang bunga tu sangat penting pada dia.

Yvonne sentap. Terus dia tinggikan suara depan Seth sambil pegang fail, sambil tayangkan depan muka Seth, sambil jerit bentak-bentak yang takde benda lain yang lebih penting daripada kecuali bisnes. Sejak bila pulak bunga lagik jadik keutamaan dalam hidup Seth selain bisnes?!

Hilang suara manjagedikmelampaumintakpenampar. BITCH. Kalau lu staff gua, memang gua dah kasik penampar jepun kat muka lu. Terus aje gua cakap, “Hey betina, you are fired!!” Memang gua tak simpan dah. Lu pehal nak jerit-jerit kat bos lu? Apa lu ingat besar sangat ke daulat lu? Ingat sikit yang lu tu PA! Bukannya PM. Bangang!

Tapi Seth tak macham gua. Eh silap bahasa.

Tapi kanda Seth tidak seperti dinda. Seth masih lagi mampu menahan kemarahan. Masih lagi mampu bersabar. Tidak melenting, dan tidak mudah melatah. Bagus! Tuan-tuan sekalian, beginilah ciri-ciri seorang suami yang perlu ada dalam setiap lelaki. Sila take note.

Dalam kesabaran yang masih bersisa, Seth bagitau kat Yvonne yang Elena sukakan bunga.

“SO?” tanya Yvonne balik.

SO??!! Berani lu soal balik ha pompuan!! *asah parang*

“So, I nak buat dia happy lah!” jawab Seth. Agak keras bunyi jawapannya.

Aww..dinda sudah happy dengan adanya kanda di sisi. Bunga itu hanyalah sebagai kegumbiraan tambahan tapi kandalah kebahagiaan utama dinda.

Elena dengar bising-bising kat depan rumah. Terhendap-hendap dia coba dengar butir perbualan antara Seth dan Yvonne.

Aishhh…sumpah gua mencik gila kena tulis nama Yvonne ni tau! Dari tadi asik kena tulis nama dia dah berapa puluh kali dah.

Damn you, Yvonne!

Yvonne tak puas hati dengan jawapan Seth. Kalau Seth nak buat Elena happy, kenapa dia tak beli sendiri je bunga tu? Kenapa Seth suruh dia pulak.

Sebab Seth bayar lu gaji sebagai PA la, ngok! Dan dia mintak tolong sama lu, ngok! Bongok betul!

“Sebab dia sakit! Kalau dia tak sakit, I boleh keluar. Boleh tinggalkan dia!”

“SHADAPPPPPPPPPPP!!”

BRENGSET INI PEREMPUAN! Hoi! Lu sapa nak tengking-tengking bos lu sampai macham tu skali ha? Lu tebiat nak mampos ke? Sapa yang bos ni? Lu ke Seth? Biadap! Lu ni patut gua seret je muka lu atas jalan tar. Biar berdarah, biar bergores muka lu tu. Baru lu tau sakit hati gua macham mana dengan perangai lu.

Yvonne naik hantu. Dikatanya yang Seth dah berubah, dah tak macham dulu. Even dia dah datang depan mata Seth susah-payah pun langsung tak dihargai. Asiklah Seth sibuk pasal wife dia.

“Go to hell lah!” jerit Yvonne sambil campakkan dokumen dan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta. Takut kena penampar lettew!

Yvonne tak tunggu lama dan terus blah. Dalam kereta, nanges macham pompuan gila. Yvonne, gua harap lu eksiden. Mati terus pun takpe. Aman sikit hidup gua.

Tapi orang jahat mati lambat. Tu pasal lu akan go to hell. LOLOLOL.

Seth hanya ketap bibir. Kembang-kuncup hidungnya menahan amarah. Tengok! Lagi satu sifat yang patut dicontohi. Sesungguhnya, sabar itu separuh daripada iman.

Dan Elena menyaksikan segalanya dari kejauhan.

Seth dapatkan semula Elena. Dia duduk di kerusi mengadap isterinya. Elena tegur mengapa cepat sekali Yvonne pulang. Lalu Seth menjawab pendek yang Yvonne ada hal. Seth meneruskan pembacaan dan kusyuk meneliti dokumen. Elena pula kusyuk memerhatikan Seth. Seolah-olah dia terposana memerhatikan suaminya.

Ya! Kachak sungguh kanda. Sambil baca dokumen pun masih kelihatan begitu menggoda. Auummm!

“Kenapa? Nora tengok Abang lain macham je?” tanya Seth tiba-tiba. Elena kantoi. Seth tau kini yang dia diperhatikan sebentar tadi.

 “Lain? Lain macham mana? Macham biasa je.” Suatu penafian. Elena panas punggung bila dia terperangkap begitu, berkilas pusar duduknya.

Tengok macham nak terkam! Teeheehee.

“Macham ada sesuatu Nora nak bagitau Abang. Sebab Nora tak pernah tengok Abang macham tu.”

Dokument sudah ditutup. Pandangan Seth kini tepat terarah ke Elena. Mata bertentang..hatiku mulai mendatang siang dan malam rasa terbayang. Oh kanda, panahan mata kanda membuatkan dinda tidak tido lena.

Elena makin gelisah. Mana mungkin dapat bertahan andai ditenung sebegitu ropa. Pasti akan menyerah kalah pada bila-bila masa sahaja.

Seperti mana yang sudah jadi kepada dinda.

Cepat-cepat Elena ubah topik. Disuruhnya Seth selesaikan kerja yang lebih penting. Seth menurut, dan kembali mengadap dokumen di tangannya. Cuma kurang fokus, tidak seperti tadi.

Di ruang tamu, Seth bawakan makanan untuk Elena kerna taknak Elena banyak bergerak. Tapi Elena kata yang kaki dia cuma terseliuh je dan bukannya patah. Seth tetap bertegas yang dia tak mahu Elena banyak berjalan walaupun setakat terseliuh.

Terima kasih kanda. Dinda lagek suka kalau hidangan dihidangkan di depan mata. Lagek suka kalau hidangan itu adalah kanda sendiri. *meooooowwwwww..bunyik kucing gatai*

“Kak Pah masak?” tanya Elena.

“Kak Pah dah balik petang tadi dah.” jawab Seth senapas.

“Awak beli? Tak nampak awak keluar pun?”

Seth geleng kepala sambil buat muka comel minta diciom.

“Abang masak.”

KANDA MASAK??!! *pengsan*

“Awak masak?”

“Hmm..untuk isteri tersayang.”

Seth buat muka comel lagek sambil menyuakan sudu ke mulut Elena untuk disuap makanan.*pengsan lagek*

Tahukah kanda bahawasanya dinda sangatlah suka andai disuap makan? Sejak kecil lagek, memang itu yang paling dinda suka sekali. Lebih-lebih lagi kalau disuap dengan penuh kasih sayang sepertimana yang kanda lakukan itu. Cuma bila besar cenggini, bonda dan kekanda dinda sudah enggan menyuapkan dinda kerna gigi sudah berseranggah T_____T

Elena enggan dilayan begitu. Katanya cuma kakinya yang terseliuh, bukan tangannya. Seth tak nafikan, memang betul kata-kata Elena tu cuma dia terasa sangat bersalah kerna Elena jatuh tangga disebabkan dia. Walaupun Elena tak biasa dilayan begitu namun Seth pinta agar Elena biasakan diri sebab memang begitulah caranya dia meminta maaf dengan Elena.

Awww.. jikalau beginilah layanan kanda pabila kaki terseliuh akibat jatuh tangga, biarlah dinda sengaja MENJATUHKAN diri sendiri. Dinda rela jatuh tergolek berkali-kali. Sudahlah dapat didukung, dapat pula layanan kelas pertama.

Misi bulan Jun: prektis terpeleot kat tangga tapi masih mampu meminimakan kecederaan. Perlu pastikan cuma kaki yang terseliuh.

Bunyi loceng di pintu mematikan perbualan Seth dan Elena. Elena kaget, khuatir dengan penampilan sendiri kerna beranggapan bahawa ada tetamu yang datang. Takot nampak selekeh dengan baju yang dipakai. Elena dear, you always want to look beautiful eh? Don’t worry dear, you memang dah chantek pun. You pakai sarung guni pun akan tetapppppppp nampak chantek tau!

Seth datang semula dengan kedua-dua tangan di belakang. Bila Elena tanya mana tetamunya, terus Seth hulurkan jambangan mawar merah sambil berlutut.

Elena terkesima.

Dinda?

Cepat-cepat pegang tesbih sambil berzikir.  Ya Allah, janganlah putus lagi tesbih yang ke-178 ni. *fuhhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhhhh*

“From the bottom of my heart, Abang mintak maaf. Please, maafkan Abang.”

Dan tesbih yang ke-178 itu putus jua seperti 177 tesbih yang lainnya.

Malamnya, Elena tido kat bilik bawah. Ditemani dengan jambangan mawar merah di atas almari, Elena tak mampu untuk melelapkan mata. Segala kenangan dengan Seth seperti diulang-tayang di hadapan matanya. Saat dirinya dinikahi Seth, waktu Seth menyuap nasik goreng ketika sarapan pagi, masa dia buru-buru nak salin baju bila sudah terlewat nak ke ofis, detik Seth ciom tangannya di tepi kolam, peristiwa dia didukung ketika menuruni tangga..semuanya begitu jelas terbayang.

Elena darl, kubu pertahanan makin roboh ya?

Dan di hujung katil, Seth tido pulas walaupun berlapikkan alas nipis. Cukuplah andai isterinya itu ditemani tidurnya walau tidak sekatil.

Esoknya, Yvonne kat umah dah ropa macham pontinak. Macham orang gila pun ada. Telefon pun tak berjawab. Lu frust ke? Ke..lu malo sebab sawan itu hari?

Oh, rupanya Seth yang called. Aik, itupun tak berjawab. Lu lancarkan perang dingin ke hape ni pompuan? Since panggilan pun tak berjawab, terus aje Seth tuju ke arah sofa empuk. Duduk betul-betul di sebelah Elena. Elena terkejut. Disangkanya Seth sudah ke pejabat. Maklumlah, dah dua hari Seth sanggup duduk di rumah semata-mata nak jaga Elena yang sakit. Tapi jangkaannya meleset.

“Abis, isteri Abang belum sembuh lagi macham mana?”

“Kaki yang terseliuh ni sikit je.”

“Shushhh! Abang tetap nak teman, okey?”

“Seth..”

“Shushhh!” sambil jari telunjuk Seth diletakkan di bibir Elena tanda suruh Elena diam.

“Itu keputusan Abang, jangan argue. Kalau banyak argue nanti Abang…” ayatnya dibiarkan tergantung dengan riak muka paling nakal.

“Awak nak buat apa?”

“Nak buat apa? Ciom Elena.”

HOMAIGODDDDDD!!! Muka nakal ituuuuuuu!!!! CIOMLAH DINDAAAAA WAHAI KANDA!!! CIOMLAHHHHH!!

“Janganlah..!”

“Kenapa? Takut?” sambil badannya sudah semakin ke hadapan, mukanya semakin dekat dengan Elena.

DINDA TIDAK TAKUT, KANDA!! Adinda khuatir kanda yang takut dengan dinda nanti. Dinda ganas tau! Aummmmm!!

“Apa ni Seth?”

Ler…itu namanya mukadimah nak ciom lah sayang..saje je you ni tau tanya lagek. Ciom adalah mukadimah untuk segalanya. *uhuk uhuk*

Seth semakin berani. Makin dekat.

“Ting tong.” bunyi loceng pintu.

Dan Elena dapat mengelak. Seth tersembam lagi. Kuchiwa.

PUTUS NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Kanda sangat daring beraksi sebegitu!! Bikin jantung dinda berdegup kencang sambil lompat bintang. Boleh matik keras kalau kanda berterusan berkelakuan begini tau!

Nakal!

Geget dia baru tau.

Rupanya Kak Pah dan Makcik Bedah yang datang. Elena lega.

“Sukalah tu Kak Pah datang.” sempat lagi Seth sakat Elena sebelum cepat-cepat toleh ke arah tetamu yang baru datang kacau daun tu.

Ahhhhh…comelnya kanda!

Makcik Bedah yang baru sampai terus perli, katanya pengantin baru melekat terus macham tak nak berpisah langsung! Terus cepat-cepat Seth jawab, sapa yang tak sayang bini kan..sambil pegang tangan Elena dengan muka paling inesen. Teeheehee. Kebetulan Kak Pah bawak beg baju, Seth pun beritahulah Elena yang buat sementara ni Kak Pah akan tinggal sekali.

Malik jumpa dengan Dila pasal Elena. Dan pasal emel yang Eid hantar. Barulah Dila teringat yang dia pun ada dapat emel dari Eid bertanyakan pasal Elena tapi dia tak reply pun sebab dia takde jawapan. Dila bagitau kat Malik yang Elena takleh terima suami dia sepenuhnya tapi sedang coba sedaya upaya.  Mendengarkan jawapan Dila ni, Malik serba-salah nak beritau Eid ke tak.

Kat rumah, Seth dah tergesa-gesa bersiap nak masuk ofis. Ada urgent meeting katanya. Elena rileks je tapi Seth yang berat hati nak tinggalkan isteri kesayangan. Siap pesan kalau nak buat apa-apapun, panggil je Kak Pah.

“Okey, take care Sayang.”

Okey, kanda. You take care too. Bawak kereta baik-baik tau! Nanti balik tolong singgah belikan goreng pisang ye (lagak seperti seorang isteri normal yang MUSTI akan kirim barang kat suami bila suaminya keluar ke mana-mana).

Elok je Seth dah keluar, ada pulak orang datang. Gila suspens. Gua sangkakan Eid, ropanya Amir! Dengan bakul buah bagai, mau melawat Elena lepas dapat tau yang Elena sakit. Kononnya mau mengeratkan silaturrahim. Inspektor Amir memberikan ceramah secara percuma kepada Elena, bahawasanya seorang isteri kenalah terima keluarga suami, kawan-kawan suami dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan suami. Dalam kes ni, Amir kawan Seth. Jadik, haruslah Elena terima Amir jugak.

Pandai sungguh ini Inspektor beat around the bushes.

Seth yang dalam perjalanan nak ke ofis pulak baru perasan yang dokumen penting dia dah tertinggal dalam bilik bacaan. Seth macham tak percaya yang dia boleh cuai sebegitu. Itulah kanda, sapa suruh asyik sangat usap gambar Elena sampai terlupa dokumen segala.

Amir masih maukan jawapan sama ada Elena sudah boleh terima dia atau tidak. Tapi Elena membentak, terima atau tidak itu adalah hak dia. Mendengarkan jawapan Elena, Amir tenang. Lembut sekali pandangan dia. Oh no! Please, NO! Pandangan itu!! TIDAKKKKK!! Cahaya mata Inspektor Amir itu amat dinda fahami.

NOT AMIR TOOOOOO!!

“Mungkin ada rahmatnya Seth keluar dan takde kat rumah.” kata Amir.

Ahhhh..sudah! Masalah dah datang. Rahmat apanya? RAHMAT MEGA? Wahai Inspektor Amir, kedatangan tuan hamba sebenarnya membawa bala bencana.

Amir nak dedahkan hal sebenarnya. Rahsia lama 10 tahun dahulu. Masa Elena dan dia kat Kampung Jaya Sepakat. Adoiyai. Apa kes nak bukak balik story-morey 10 tahun lepas ni?! Simpan sendiri tak boleh ke? Ehhhh??? Amir tau ke siapa yang rogol Elena dolu tu?

Kereta Mercedes merah masuk perkarangan rumah. Seth? CEPATLAH KANDA!! Cepat pergi selamatkan Elena daripada Amir yang nak pecahkan rahsia!!

Tapi tak sempat! Amir dah pecahkan rahsia yang dah dia simpan selama 10 tahun. Yang selama dia sakat Elena di sekolah, semuanya kerna dia sukakan Elena. Amir chentakan dan betul-betul sayangkan Elena. Dan perasaan tu tak pernah berubah. *phewww..lega!*

Agaknya dah nak pecah dada Amir kerna sarat menyimpan rahsia terpedam. Tapikan Inspektor, lu chentakan Elena, perasaan tak pernah berubah sampai ke hari ni..tapi lu kawen dengan orang lain jugak, kan? Lu rasa adil tak untuk isteri you sebab lu masih lagi simpan perasaan kat perempuan lain? Huh! Ni lah dia, LELAKI!

Patulah pun lu bercerai dengan bini lu.

Di perkarangan rumah, kereta merah sudah berhenti. Pemandunya keluar. Ceh! Pak Ali ropanya. Gua sangkakan Seth tadi! Kalau Seth yang datang balik, kemudian terdengar confession Amir..apa agaknya akan jadik ye? Mau pecah muka Amir tu Seth kerjakan. Ada hati mau main chenta di belakang dia. Siap bawak bakul buah pulak tu. Alasan semata nak datang melawat. Pttuiiiiiihhhh.

Pak Ali mintak Kak Pah amekkan dokumen yang Seth tertinggalkan kat dalam bilik bacaan. Mulanya Kak Pah teragak-agak sebab bilik tu dah macham bilik larangan. Lagipun bilik tu sentiasa berkonci. Tapi Pak Ali cakap, hari ni bilik tu tak berkonci sebab Seth keluar tergesa-gesa tadi.

Tolong. Jangan cakap Kak Pah nak mintak Elena masuk bilik bacaan dan amek dokumen tu sebab takut kena marah dengan Seth. Tolong.

Nasib baik doa gua dimakbulkan. Kak Pah dah macham penyangak. Masuk dalam bilik bacaan sambil terhendap-hendap padahal memang takde orang pun dalam tu. Gambar Elena dan Maria atas meja pun dia tak perasan.

Untuk makan malam di rumah, Kak Pah masakkan Asam Pedas Ikan Terubuk kesukaan Elena. Bila ditanya macham mana Kak Pah tau lauk peberet dia, mudah aje Kak Pah menjawab yang Seth bagitau suruh masak apa yang Elena suka.

Kanda. Kanda. Kanda. Memang benar lauk kesukaan dinda adalah Asam Pedas Ikan Terubuk. Tapi, tahukah kanda bahawasanya lauk yang paling dinda suka adalah kanda? *cough cough*

Elena terpandangkan bunga mawar merah yang terhias chantek dalam pasu bunga. Ditanya kepada Kak Pah siapakah gerangan yang meletakkan bunga itu di situ. Semestinyalah Kak Pah! Takkan bunga tu berjalan sendiri masuk dalam pasu bunga kot?

Elena capai sekuntum. Lalu diciom. Terus ingatannya membawa kepada saat Seth memberinya jambangan mawar merah melutut.

Yes, dear. I know. Hati dah tersangkut, bukan?

“Wangi?” lelaki yang memberikan jambangan mawar merah sambil berlutut itu bersuara entah dari mana.

SPEAK OF THE DEVIL!

Elena kaget. Terus diletakkan semula bunga sekuntum itu ke dalam pasu.

“Mana Abang punya nasik? Takde pun?” sambil buat muka comel.

Elena di sebelah buat pekak. Sudahnya, Kak Pah yang hidangkan nasik kat Seth. Dipesan yang asam pedas tu pedas, takot Seth tak tahan nanti. Tapi Seth kata dia nak belajar makan, senang nanti kalau nak gi rumah mak mertua. Kak Pah puji Seth, dan Seth gelak comel.

Alahai..jangan risau kanda. Mak dinda takkan paksa kanda makan lauk asam pedas. Dinda akan masakkan lauk lain yang tidak pedas untuk kanda, okey? Dan tolonglah kanda, jangan gelak comel cenggitu. Nanti dinda tak dapat nak konsentret makan nasik. Asik telan liur jek -_-“

Kak Pah berlalu ke dapur. Slumber aje Seth capai air minuman Elena lalu diteguknya. Dr. Fadzilah Kamsah kata, kalau nak anak-anak sentiasa dengar cakap, dan sentiasa ingatkan mak ayah, kasik derang minum air atau makanan yang bersisakan  mak atau ayah. Contoh; minum dolu sikit air tu, kemudian suruh anak pulak minum. Insya-Allah, anak-anak akan sentiasa dengar cakap dan ingatkan keluarga. Ececece..Seth nak suruh Elena dengar cakap dan ingat kat dia lettew!

Lepas makan malam, Seth dan Elena amek angin di taman mini. Elena tanya apa tujuan Seth ajak Kak Pah tinggal sekali di rumah mereka. Jawapan Seth senang sahaja, untuk memudahkan Elena. Bila Kak Pah ada, taklah Elena penat sangat. Tapi Elena tak percaya itu tujuan asal Seth. Mungkin ini adalah cara Seth nak kenakan dia. Bila ada Kak Pah, haruslah dia berpura-pura jadik isteri yang baik dan mithali. Yang sentiasa menjaga kebajikan suami.

DAN SEMESTINYA SETH DAN ELENA TERPAKSA TIDUR SEBILIK!

 “Jadi masa makan tadi pun Nora tengah berlakonlah? Abang ingatkan Nora ikhlas layan Abang macham tu.”

Jelas terpancar kekuchiwaan di wajah Seth.

Usahlah bermuram durja, kanda. Memang dinda ikhlas melayan kanda selama ni. Tak pernah terdetik pun perasaan tidak ikhlas itu. Semuanya lahir dari hati yang tulus suci.

Elena rasa bersalah. Dan terus-terang Elena beritau yang dia takot bila dengar Seth cakap pasal keikhlasan. Kerna dia tak dapat nak janji bila dia boleh betul-betul ikhlas bila bersama-sama Seth. Elena mengharapkan yang Seth faham dan beri dia lebih masa. Untuk suatu jangka masa yang Elena sendiri tidak pasti. Kerna Elena masih tetap terasa asing dalam rumah besar itu.

Muka Seth berubah. Dalam kepayahan, tetap dia menuturkan yang dia faham dengan keadaan Elena.

Di rumah sewa, Malik dan Eid berchatting. Malik suruh Eid lupakan saja Elena. Ada baiknya Eid bawak balik perempuan Arab yang cun balik Malaysia. Tapi Eid keras kepala. Dia kata tak mudah dia nak lupakan Elena. Hati dia dah berkecai dan bukan senang nak ditampal balik biarpun seribu perempuan Arab datang melutut.

Amboi! Besarnya daulat ko sampai perempuan Arab nak datang melutut? Gua bagi kepala lutut jugak si Eid ni kang. Degil tak habis-habis. Memang jenis tak makan saman, nasihatlah macham mana sekalipun. Nasib baik tak jadik laki gua.

Alhamdulillah.

Esoknya, Elena dah masuk ofis semula dengan wajah ceria. KC yang nampak Elena terus menegurnya. KC cakap Seth dah pesan siang-siang lagik kat dia jangan bagi isterinya kerja berat-berat. Tapi Elena rasa bersalah pulak sebab dah banyak hari dia MC. Elena tawarkan diri nak buat OT. Casey kata, Elena kena mintak izin Seth dulu sebab takot nanti tak pasal-pasal dia pulak kena marah. Malu-malu alah Elena bila KC berpesan begitu.

Casey tanya, macham mana Elena boleh tunang dengan orang lain tapi kawen dengan orang lain. Ringkas jawapan Elena, -jodoh. KC tambah lagi, Seth memang baik. Dia yakin yang Seth boleh jaga Elena dengan baik.

KC, I pun yakin Seth boleh jaga I dengan baik tau!

Sebelum KC berlalu, sempat Elena tanya sama ada seminar kat Cameron Highlands hujung minggu ni kompom ke tidak.

“Confirm. You better prepare for the trip.”

Elena senyum. Muka teruja. Tak sabar nak ke Cameron Highlands lettew!

CAMERON HIGHLANDS??

HOMAIGODDDDDDDDDDDDDDDDDDDD!!

THE C.A.M.E.R.O.N H.I.G.H.L.A.N.D.S?

Akhirnya!! *senyum miang*

.

i.Z.Z.i.e:

Budak ofis gua berlari berkejaran bila tepat jam 5.30 petang. Nak balik rumah cepat-cepat katanya sebab nak tengok Nora Elena. Takut sangkut dalam jem.

Patutlah makin hari gua tengok makin sesak jalan nak keluar dari ofis gua ni. Jem machamkan ada eksiden. Ropanya semua orang berpusu-pusu balik awal sebab nak tengok Nora Elena dan Seth Tan!

30 thoughts on “Nora Elena: Episode 15

  1. ececeh….gue pun bukan setakat lari berkejaran..siap sarung rollerblade ke klcc nak naik train balik umah…sume sobab si abe seth…adeihh sampai kene campak bantal ngan laki gue sbb terlebih concentrate bile muke abe seth kuwar…kui kui kui..

  2. Mmg trbaaeeekkk la awk pnya review…Dh lma tggu..hri ni bkak bru ad..tiap2 hri bkak asyk hmpa..ney rsa trubat sket hehe..

  3. ::assalamualaikum..tengs izzie..menyengeh ja haku pg ni..tp tpakse berpura2 buat muke kije yg serius bila ada org lalu lalang…walau aku da tgk pon epi 16,17 mahupon belas2 yg seterusnya..tp haku bgaikan semputs ja nk tnggu review ko utk epi 16..hehe..moga izzie sentiasa sukses, sukses !! (ala2 iklan gangstarz) ::

    • haha..pandai benor pura-pura buat keje ye! jangan sampai bos dapat tangkap sudey..
      episode 16 is in the making..cabaran besar nak recaps that episode.. asik kena stop nak tarik napas panjang jeeee
      thanks zoe

  4. Finally, recap-er yang super-hyper-cam-terlebih-dose-glukosa dah kembali… Ish2, i took 9 1/2 minutes to read your recap. Ni baru sampai part merancang nak g CH. kalu part dah pergi, i rase dah sampai kena bagi pernafasan hidung ke hidung kat u.. Slamat menaip recap episode seterusnya sebab kalau lambat nanti banyak episode tertunggak. BERUSAHA!

    • huwaaaaaaa..episode 16 sangat mencabar!!! memang seksa nak menyiapkan satu perenggan tau! but i will try my best to bayar balik all the hutang review..
      matikla ada 5 episode nak kena tulis laju2
      u baca 9 1/2 minutes, i nak tulis satu review…at least 4 hours T_______T

  5. gelang guling baca all your reviews.. mmg super creative la. Tak sabar nak tunggu u buat review episodes yang lain2 tu semua.. mmg the best! la!

  6. salam..

    kite tompang baca recap nora elena sbb tak follow langsung kat tv..tp best plak baca kat sini..kesah romantik jd cam kelakor gitu..mekaceh kat tuan punya blog..

  7. kelakar giler u punye review…sorang2 gelak ni mcm kerang busuk..yg penting u review part2 romantik tu..perghhhhh.. hebat mu….—rin

    • ades…ketahuilah anda bahawasanya saya orang yang langsung tidak pandai membuat jenaka -_-”
      seriously, i tatau macham mana penulisan i mampu buatkan orang yang membaca boleh senyum n gelak sendiri.. *muka inesen*
      thanks rin..for reading my recaps yang selalu meroyan ni huhu

  8. suke r bace blog neyh…kelakar gler nk pecah pewot sy…mcm cter komedi romantik r plak..pape pon sy salute r kt awk..terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    • alamak! harap2 my reviews tak mencacatkan original plot -_-”
      dah rasa bersalah kat production crew sebab daripada romantic drama series dah jadik macham romantic comedy plak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s