Nora Elena: Episode 14

Marilah kita mengucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerna dengan limpah kurnianya kita masih bernyawa selepas menonton episode 14 semalam.

Alhamdulillah.

Sejak-sejak menonton drama Nora Elena ni, gua beriman (?) sungguh. Kejap-kejap bertasbih, kejap-kejap mengucap panjang, kejap-kejap beristighfar. Cuma kadang-kadang hati tak dapat nak tepis dengan pujukan setan dengan memaki hamun si Yvonne (dan jugak berimaginasi lebih-lebihan tentang Seth Tan).

Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu?

Dan maaf juga diucapkan kepada tuan punya badan kerna saya telah melampaui batas semalam. Terlalu asyik dengan drama ini sehinggakan menolak anda ke tepi. Tiada berniat untuk melukakan, cuma terkadang alpa dan terlalu mengikut perasaan.

Salam kepada si penchenta-penchenta Seth Tan.

Nora duduk atas sofa empuk di rumah. Bersilang kaki hingga menampak paha putih gebuuuuuuuu. Nasib Seth takde kat situ. Kang kalau dia terkam, jangan tanya kenapa! Elena teringatkan perbualan dengan Amir masa ceramah. Nampak dia agak terganggu.

Kak Pah datang. Dia tanya Elena ada tak Seth suruh bersihkan bilik bacaan kat tingkat atas. Bilik bacaan yang juga merangkap bilik rahsia kata Kak Pah. Sebab Seth tak kasik sesiapa masuk sesuka hati dan bilik tu sentiasa berkonci. Kalau nak bersihkan pun, kena tunggu arahan Seth. Haruslah! Rahsia besoooorrrr ada kat dalam tu! Elena bagitau Kak Pah yang Seth takde pesan apa-apa pasal bersihkan bilik. Tapi di wajahnya tergambar perasaan curiga.

Something is very fishy here..

Malamnya, Elena nampak Seth keluar dari kamar tido dan menuju ke bilik rahsia. Terus Elena teringat masa terserempak (ataupun dengan lebih tepat lagi: Yvonne sengaja men-terserempakkan diri dengan Elena) dengan Yvonne kat carpark. Elena ada tanya ada ke aritu Yvonne pegi Karim punya parti? Yvonne jawab ada. Betul ke Yvonne tertumpah air buih kat atas baju Seth? Yvonne kata takde, dia tak penah sentuh air buih. BIG FAT LIAR YOU BITCH! Yvonne tipu kata Seth yang tonggang berbotol-botol malam tu. Memang Seth kalau dah berparti, tak sedar diri, tak hengat donia!

Damn you, Yvonne!

Seth dalam bilik keluarkan kotak. Oh, ada seutas rantai dan loket emas. Seth Telan liur dengan agak payah. Agak sentimental Seth dengan rantai tu, macham punya kenangan yang tak dapat dilupakan. Adakah itu..??!! Jadik, bukan pisau rambo dan jugak bukan ski-mask??!! Nampak benar Seth agak tertekan dan menyembamkan mukanya di balik tangan sasanya.

Elena berjalan terhendap-hendap. Lagak pencuri. Telinga dilekapkan dekat dengan pintu. Coba untuk mendengar apa yang Seth sedang lakukan di dalam bilik. Tiba-tiba pintu dari dalam terbukak! Kalau dia tak berjaya mengimbangi badannya, mau saja tersembam ke badan sasa di hadapannya tu. Auuuwww..kalau dinda, dinda takkan imbangkan badan. Biar saja jatuh melayang ke dalam dakapan kanda.

Elena kantoi. Seth tanya Elena intip dia ke sambil tutup pintu cepat-cepat. Ehh..manade!! Dinda skodeng jek! Tapi Elena jawab dengan nada tak bersalah yang dia nak tau apa Seth buat dalam bilik tu.

“Bukan ke Abang suami yang tak dichentai? Kenapa nak amek tau?” Sengaja Seth nak memulangkan paku buah keras.

Kanda, dinda chenta separuh mati sama kanda tau! Sampai hati kanda tuduh-tuduh dinda macham tu.

Elena hangen. Dia tau dia dah kantoi lalu coba nak alih topik. Mana tau kot-kot Seth minum kat dalam bilik tu, tu pasal dia nak tau. Elena taknak tinggal dalam rumah yang penghuninya minum arak. Adeh, kalau dia minum pun..bukannya takleh ciom bau. Kuat kot bau air buih tu maksu! Cer pikir, cer pikir! Kalau betul dia nak minum dan taknak you tau, musti dia minum kat luar. Buat apa nak minum kat dalam rumah? Sah-sah akan kantoi, kan?

Tapi takleh nak salahkan Elena je. Elena susah sangat nak percaya yang Seth tak minum sebab dah ada sumber yang konon boleh dipercayai cakap Seth masih lagi tonggang air buih. Tu yang paranoid tu.

Damn you, Yvonne!

Kesian Seth. Masih lagi utuh menafikan yang dia minum arak. Memang di wajahnya jelas terpancar segalanya. Sampaikan nada suara Seth pun dah lain. Kalo laki lain, silap haribulan kena tempeleng. Yelah, asik nak kena ulang menda yang sama haruslah geram jugak kan kalau terus-terusan dituduh dengan perkara yang dia tak buat. I feel you, kanda. Takmo kawan dengan Elena.

Seth mintak Elena percaya dengan apa yang dia jelaskan. Namun Elena tetap dengan kepala batu. Apa sahaja penjelasan daripada Seth, ditolak mentah-mentah.

“Nora, please!” Seth sambar tangan kanan Elena daripada terus berlalu.

Elena tepis.

Seth melawan. Disambarnya badan Elena lalu memeluk bahu Elena dari belakang. Kejap dan kemas pelukkannya. Terlalu hampir. Begitu dekat, hampir menjadi satu.

“Bagilah Abang peluang jadi suami yang  baik pada Nora, please. Just once.” Lembut dituturkan ke telinga Elena, hingga kedengaran separuh berbisik. Begitu menggoda.

HOMAIGODDDDDDDD!!

LELAKI YANG PELUK ISTERI DARI BELAKANG ADALAH SUPER DUPER HOOOTTTTTTTTT!! *lap peluh yang merembes-rembes macham air terjun*

Sudahlah peluk dari belakang, siap bisik di telinga. Buntang bijik mata dinda kerna terlalu sesak nafas, kanda. Silalah peluk dinda lama-lama sikit.

Tapi Nora langsung tidak menikmati pelukan tersebut (tidak seperti mana dinda yang tersenyum lebar ketika ini). Terus dia teringat peristiwa rogol di kawasan semak. Keadaan yang sama berlaku, perogol bertopeng ski memeluknya dari belakang dan menekup mulutnya. Elena trauma. Terus ditepis sekuat-kuat hati pelukan Seth. Seth yang tidak bersedia dengan tindakan Elena itu terkebelakang beberapa langkah.

Oh, ruginya!

Tak sampai beberapa langkah, Elena jatuh pengsan. Err..kena darah tinggi macham Makcik Jijah ke? Sepantas kilat Seth terpa ke arah Nora. Dirangkul Elena erat dalam pelukan. Risau!

Elena sedar. Sekali lagi dia tepis pelukan Seth. Adoiyai, berapa kali mau kena reject ni?! Kasik chance sekali sekala boleh dak? Pfft! Elena coba bangun tapi masih lagi dengan langkah terhoyong-hayang. Seth risau tapi nak buat macham mana, Elena awal-awal lagi dah warning jangan pegang dia.

“Nora hati-hati tepi tangga tu!”

Tapi Elena dah tak dengar. Kakinya tersadung, maka bergoleklah dia jatuh tangga seperti buah nangka busuk yang paling chantek sekali. Kakinya terpeleot. Seth buru-buru terpa kat isteri kesayangannya. Melihatkan keadaan Elena tu, mustilah dia nak tolong tapi Elena tak kasik.

Seth mintak maaf atas kejadian tadi. Dia bukan sengaja nak takutkan Elena (kalau sengajapun, dinda tak marah :P). Muka Seth memang nampak muka bersalah. Awww..sangat risau tengok keadaan isterinya begitu.

“Kalau awak betul sayangkan saya, please leave me alone.”

Satu lagi permintaan tak masuk akal Elena. Kanda yang mendengarnya pun dah kecewa, inikan pula dinda. Namun dituruti jua permintaan Elena itu. Seth panjat beberapa mata anak tangga. Diperhatikan Elena yang terkial-kial coba bangun. Riak wajah Seth berubah. Sepertinya dia dapat merasakan sakit yang ditanggung Elena ketika itu.

Sayu esak tangis kecil Elena. Seth dah tak sanggup untuk terus melihatnya lagi. Dihampiri Elena yang terjelepuk ke lantai dan duduk di sebelahnya. Rapat.

“Nora tolonglah jangan macam ni. Izinkan Abang tolong Nora. Abang kawen dengan Nora sebab Abang sayangkan Nora. Abang nak jaga Nora.  Jadi, bagilah Abang peluang laksanakan tanggungjawab Abang sebagai sorang suami. Please, let me just hold you. Dalam keadaan sekarang Nora perlukan Abang. Takde orang lain dalam rumah ni.”

Lembut Seth menuturkan. Patah demi patah.

KANDA!!! HOLD ME, TOUCH ME, KISS ME PLEASEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

Seth papah Nora. Pelan-pelan dia coba bangunkan Elena. Tapi nampak benar Elena dalam kesakitan. Lalu Seth mencadangkan, ada baiknya kalau dia dukung saje Elena.

DUKUNG??? *pitams*

Elena taknak. Gagah jugak nak berjalan turun tangga dengan kaki yang terseliuh. Lepas tu mulalah nak mengaduh sakit. Seth ulang lagi sekali biar dia dukung je Elena.

DUKUNG??? *pitams kali kedua*

Dan Elena pun mengalah. Sekali sauk, dengan mudah Seth mendukung Elena turun tangga dan dibawanya ke sofa di ruang tamu.

*tarik nafas…tarik nafas..tarik nafas….*

YA TUHANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!! ALLAHUAKBAR!!!! SUBHANALLAHHHHHHHHHHHHHH!!!

GAGAHNYA!! GAGAHNYA!! GAGAHNYA!!!!

Dan apabila meletakkan Elena duduk di sofa, sempat lagik Seth betulkan hujung baju tido Elena yang separas lutut tu. Kalau dinda, dinda akan sengaja selakkan tinggi sampai pangkal paha. Rawr! *senyum gatai*

Dah la kena peluk dari belakang, kemudian dirangkul dalam pelukan, lepas tu kena dukung nak turun tangga pulak. LUCKY WOMAN! Lepas ni I akan berusaha turunkan berat badan supaya senang didukung. Teeheehee.

Seth duduk atas lantai. Dimintanya izin Elena untuk dia tengokkan kaki yang terseliuh tu. Bimbang benar. Nak dibawak ke klinik tapi Elena enggan. Degil. Ke takot nak jumpa doktor ni? Seth suh Elena tunggu kat situ dan jangan buat apa-apa sebab dia nak amek barang. Tapi Elena kan degil, dia bangun jugak. Nak pergi mana ntah!

Bila sakit, mulalah bunyi mengaduh lagi. Cepat-cepat Seth toleh ke belakang dan tengok Elena tengah coba nak berjalan. Kononnya dia ingat kaki dia dah okey sikit.

“Okey apa benda? Nak diri pun tak boleh!” bentak Seth.

Garang benar kanda bila keadaan Elena begini. Ya, mungkin dia terlalu risaukan Elena takut jadik apa-apa. Tapi Elena pulak tetap dengan keras kepala. Gua bahagia. Sebab Seth dah mula tunjukkan sifat tegas dia terhadap Elena. Ada masanya, dia perlu keras jugak. Tak semestinya kena berlembut sepanjang masa.

Seth suruh Elena duduk diam-diam. Kalau tak, dia ugut nak hantar jumpa doktor. Elena cuak. Terus setuju. Sampaikan sanggup berjanji dengan Seth yang dia takkan bergerak. LOLOLOL! Seth-Elena ni kadang-kadang macham budak-budak! Siap janji bagai. Apasal tak buat pinky-promise terus? Musti lagek chumil!

Seth datang dari dapur dengan secawan hot chocolate untuk Elena. Hai..untungnya Elena. Bos besar siap bancuhkan hot chocolate lagik T______T Kanda, sempat tak baca jampi mintak Tuhan lembutkan hati Elena masa bancuh air tadi?

Seth tengok lagik kaki Elena. Ditanya nak painkiller tak untuk kurangkan sakit? Elena kata nak. Telefon Seth berbunyi. Tapi tak dibiarkan saja. Elena suruh Seth jawab telefon, manalah tau kalau-kalau ada panggilan penting. Tapi Seth kata tak penting, sebab sekarang ni Elena lagi penting. Awwww…I tahu Elena, hati you tersentuh lagi kan? Hati I ni dah berkali-kali disentuh tau!

Seth bawak pulak segelas air dengan painkiller. Dan Elena ucapkan terima kasih. Seth balas.

“You’re welcome, Sayang.”

Adoilah hati. Bersabarlah!! Bawak bertenangggggggg!!! *fuhhhhh fuhhhhhh fuhhhhhhhhhhhh*

Hari dah makin lewat. Elena suruh Seth naik atas tido. Dia akan tido kat sofa je memandangkan kaki takleh nak jalan macham biasa.

“Takmolah, Abang dukung sampai atas?”

“Tak payah. Lagipun saya berat.”

“Says who?”

Malu dinda tau. Dinda dah nak masuk 55kg ni kanda. Larat ke? Kang tak pasal putus urat kentut dukung dinda ke bilik tido.

Err..dukung dinda ke bilik tido? Lalu diletakkan di atas katil dengan perlahan-lahan. Kalau dinda, dinda takkan lepaskan pautan tangan di leher kanda walaupun dah sampai kat atas katil. Haruslah dinda tarik kanda sekali. WAHAHAHAHAHAH!

“Abang boleh dukung Nora sampai Gunung Kinabalu tau!” ekspresi wajah Seth begitu sexay sekali. Elena senyum.

GUNUNG KINABALU??!! Tak payah jauh-jauh kanda. Yang dekat ini pun sudah memadai!! Ayuhlah kita ke tingkat atas! Dinda tunggu ni kanda, cepatlah dukunggggggggggggggg!!!

Elena tetap dengan pendirian nak tido kat atas sofa. Seth pulak tak nak tinggalkan Elena tido sorang-sorang. Tak sampai hati katanya. Tapi disebabkan Elena bertegas, dituruti jua kata Elena. Sebelum panjat tangga ke bilik, sempat lagi Seth menoleh.

Seth turun semula dengan duvet. Elena dah tido. Dia selimutkan Elena, lalu diusapi kepada Elena dengan penuh kasih sayang. Seth ke sofa sebelah. Lalu baring di situ. Berpeluk tubuh menahan kesejukan, tak lama kemudian Seth pun lelap dibawa lena.

Olololo..tak dapat tido sekatil, temankan kat sebelah sofa pun jadiklah ye! Dinda pun nak temankan kanda andai begitu keadaannya. Tapi dinda taknak tido atas sofa ketiga. Dinda nak tidur kat sofa yang sama dengan kanda. Sempit? Owh, LAGI SEMPIT..LAGI DINDA SUKA!!

Ropa-ropanya, Elena tak tido pun lagik!! Jadik, dia sedar yang Seth selimutkan dia! Dia sedar yang Seth usap kepala dia! Dipandangnya Seth yang tido dengan posing paling sexay di sebelah sofa. Tangan atas dahi. Aaww..Elena dear, I know something happened in your heart now. Was it feel like, you’re in love?😉

Amir tenung handphone dia. Erk, gambar Elena masa sekolah! Amir pun selama ni suka kat Elena ke? Yvonne nampak Amir berdiri sorang-sorang. Terus dia tegur. But Yvonne, that baju..seriously? Gua nampak  jelas lu punya lipatan perut. Dan bukan itu sahaja, belly button lu pun gua boleh agak berapa inci kedalamannya *tutup mata menyaksikan pemandangan tidak indah*

Dari wajah Yvonne tu, gua tau..dia sedang merancang sesuatu. Nak korek rahsia dari Amir lah tu!

Damn you, Yvonne!

Kat pejabat, Yvonne masuk bilik Seth. Sambil kemaskan meja, dia nampak gambar perkahwinan Seth-Elena. Terus hangen. Telefon berbunyi ring..ring..ring. Yvonne angkat, dan bertanya siapa? –Seth. Dia bagitau yang dia coti sebab Elena sakit, kaki terseliuh.

“Seth..” panggil Elena dengan manja tanpa mengetahui Seth tengah on the phone dengan Yvonne.

Di balik sana, Yvonne dah bernapas kluar api kat hidung. Sikit lagi nak jadik naga. Sakit hati dengar suara manja Elena panggil nama Seth awal-awal pagi. Errr..panggil dengan manja di awal pagi? *evil grin* Oh, okey! Sekarang gua paham kenapa lu hangen sangat Yvonne. Bluweeeek!

Bila Seth dengar je Elena panggil, terus dia bagitau kat Yvonne yang Elena perlukan dia. Pap! Terus letak tepon. HOREYYYY!! Padan muka lu Yvonne!

Elena tanya kat Seth, pukul berapa tukang urut nak datang. Seth jawab jam 11. Tapi Elena belum mandi, so dia nak mandi dulu. Seth suruh Elena mandi kat tingkat bawah. Tuala, baju semua dah ada kat bawah.

Kanda sangat caring dan sensitive tau! Terharu dinda. Terima kasih, kanda. Muahhh!

Elena terjingkit-jingkit sambil Seth pimpin di sebelahnya.

“Jom, Sayang. Cepat, nanti lambat.”

YEAHHHHHH!! MANDIKAN DIA!! MANDIKAN DIA. EH..SILAP.

YEAHHHHHHH!! MARI KITA MANDI BERSAMA-SAMA KANDA!!! MANDIKAN DINDA!! MANDIKAN DINDA!! MARIIIIIIIIIII~~!!

Malik bertembung dengan Yvonne. Kemudian dia dapat tau bos tak masuk ofis sebab kaki isteri dia terseliuh. Malik apa lagi, terus gelak setan. Sebab dia assumed kaki Elena terseliuh pasal jatuh katil. Ganas sangat. LOLOLOL!

Nakal tau Malik ni! Tak sangka gua. Tapi Yvonne marah Malik cakap machan tu. Alah, kalau orang usik lu dengan Seth, lu suka lah kan? Tapi sebab ni bukan lu yang kena usik dengan bos, terus lu tak suka. Pompuan gila! Jeles untuk bukan yang menjadi hak lu pun!

Kat umah, Elena dah siap mandi. Dah siap tunggu atas katil dengan skirt paras lutut. Aik, nak berurut pakai skirt? Mr.K selalu tegur gua kalau nak gi urut kaki jangan pakai skirt. Nanti seksa tukang urut. Pakai seluar lebih sesuai. Tapi, Elena tidak bersalah dalam ini hal. Kerna Seth yang siapkan baju untuk isterinya, remember?

Oh, kanda suka dinda pakai skirt ye? Baiklah, dinda akan pakai skirt je lepas ni. Skirt pendek. Paras paha *wink wink*

Tukang urut dah sampai, Makcik Bedah namanya. Kak Pah suruh Seth tunggu kat luar tapi Seth degil. Hmmm..eloklah. Sama degil dengan Elena. Seth tetapppppp nak tunggu walaupun nak berurut tu makan masa. Tapi Elena mintak Seth tunggu kat luar. Seth mengalah. Mudah benar dia ikut cakap Elena. Ilmu apa yang you pakai ye, babe?

Makcik Bedah puji Seth sebab sayangkan sungguh-sungguh si Elena. Untung Elena dapat suami macham tu. Baru je terseliuh kaki, belumpun lagi pregnant..itupun Seth dah soal macham-macham mengalahkan polis pencen. Makcik Bedah pesan,kalau dah ngandung nanti panggil lagi dia sebab diapun urut orang lepas bersalin gak.

“2-3 bulan lagi adalah tu.” sampuk Kak Pah.

“Insya-Allah. Cepat lekat ni.” Makcik Bedah tambah aji-no-moto kat atas.

Makcik Bedah + Kak Pah adalah tag team yang sangat best!!! Sampai Elena terkedu tak kata apa. Elena, cepat-cepatlah pergi Cameron Highlands. Dah lama sangat I tunggu ni!

Seth kat luar dah jadik macham cacing kepanasan. Mundar-mandir tak tentu arah. Mengalahkan bini nak bersalin. Bila terdengar Elena terjerit-jerit sebab sakit kena urut, terus terpa kat pintu. Tapi pintu dah kena konci.

Takpe kanda. Pintu yang itu terkonci, pintu lain kan banyak lagik. *senyum ada makna*

Selesai berurut, terus Seth dapatkan Elena. Tapi Elena mintak Seth temankan Makcik Bedah ke depan pintu. Tak elok biar tetamu macham tu. Sempat lagi pesan kat Elena, kalau perlukan apa-apa panggil je. Pesan mengalahkan nak gi belayar berbulan-bulan, perli Elena.

“Abang kan sayang Nora.”

Dinda sayangkan Abang jua.

Yvonne tepon Seth. Kononnya ada document penting yang Seth kena sign jugak-jugak. Tidak boleh tidak. Seth suruh Yvonne hantar kat umah, nanti dia sign. Dia mintak Yvonne belikan sekali bunga segar just to cheer Elena up sebab Elena kan sakit. Yvonne dah berbulu. Dalam keterpaksaan, terpaksalah dia menurut perintah bos.

On the way nak gi beli bunga, Yvonne terserempak dengan Amir. Dia cakap nak gi hantar document kat umah Seth sebab Seth coti semata-mata nak jaga Elena sakit kat umah. Dengar je yang Elena sakit, terus si Amir tanya sakit apa.

Sakit yang tak berpenyakit. LOLOLOL.

Itu gua yang jawab. Bukan Yvonne. Sebab Yvonne dah cepat-cepat blah dari situ nak gi kedai bunga. Kat kedai bunga, kakak bunga tanya banyak soklan ntahpape kat Yvonne sampai gua rasa nak pelangkong kepala dia dengan kayu. Paling takleh blah, jawapan Yvonne bila kakak tu tanya isteri bos sakit apa? –Sakit mengada-ngada.

VAVI GOLEKKKKKKK!!! SAPA YANG MENGADA-NGADA NI?! Kalau Elena mengada-ngadapun, lantaklah! Itu laki dia! Yang lu tu sibuk pehal? Lepas ni lu jangan tanya kenapa ada orang tahan you kat depan simpang, Yvonne!

Dah elok lu beli bunga, lu buang dalam tong sampah. Lu memang bodoh melantun-lantun!

Kat rumah, Seth dah abis bincang dengan Kak Pah. Tataulah apa menda yang dia cakapkan. Elena pelan-pelan dengan kaki hencut keluar dari bilik. See, degil!

Seth nampak je Elena kat akuarium, terus dia terpa. Seth persoalkan kenapa susah sangat Elena nak panggil dia bila perlukan apa-apa. Tapi Elena kata dia taknak susahkan Seth.

“Tak nak susahkan ataupun..benci?”

“Tak. Saya tak benci.” Wah! Ini petanda baik! Sudah ada perubahan!

“Kalau Nora tak benci, kenapa susah sangat nak apa-apa dari Abang?”

DINDA MALOOO LAH KANDA. Taukah kanda bahawasanya dinda adalah seorang yang pemalooo?

Seth tegur Elena sebab dalam keadaan sakit macham tu pun Elena masih nak asingkan diri. Bila Elena ditekan dengan soklan bertubi-tubi dan dengan nada suara Seth yang dah makin meninggi..terus terang dia cakap yang memang dia terasa asing, baik dalam rumah mahupun perkahwinan tu sendiri. Kerna dia tak nampak jalan kebahagiaan rumahtangganya dan dia tak nampak hala tuju hidup sebagai isteri Seth.

Ouch! Sakitnya.

Baru nak duduk elok, rukun damai, aman bahagia..dah bertegang urat bermasam muka semula. Aiishhh..kuchiwa dinda.

Seth sedar silap dia. Memang tak pasal-pasal dia tertekan red button Elena. Seth tau itu kebenaran yang patut dia telan tapi buat masa ni, perkara tu biarlah dibincangkan lain hari. Dia cuma risaukan Elena dan taknak Elena jatuh lagi atau sakit lagi.

“Biarlah Abang jaga Nora buat sementara ni. Please?”

Awww..sedih sungguh dinda mendengarnya. Biarpun untuk sementara waktu, tapi itu sudah cukup untuk Seth. Kanda, tolong jaga dinda untuk selama-lamanya boleh?

Elena muka redha-tak redha. Dalam kepayahan, Seth pimpin jugak isterinya menghala ke taman mini di luar rumah untuk Elena ambil angin.

Dan di balik tiang, Kak Pah terdengar perbualan Seth dan Elena sebentar tadi. Ooo..Kak Pah pasang telinga ye?

.

i.Z.Z.i.e:

Episode yang sarat dengan body contact!! *senyum sampai telinga* Walaupun berbeza dengan plot dalam novel, tapi Ahmad Seth Tan masih mampu membuatkan hati gua cair. Dan nampak gayanya, Elena masih cuba untuk bertahan daripada jatuh chenta kepada suami sendiri. Walaupun hari makin hari, pertahanan itu makin nipis dan tunggu masa untuk roboh.

Babak Cameron Highlands minggu depan kot?

52 thoughts on “Nora Elena: Episode 14

  1. salam…
    u punya review lebih kurang macam apa yang i pun rasa
    hahahahaha memang lawak la u ni..sepenuh hati dan perasaan u tulis😛
    btw…gud job dear! bukan senang nak lepaskan rasa yang kita rasa ni hahahahaha

    • dan bukan senang jugak nak buat orang sampai boleh paham apa yg kita rasa dengan penulisan.. takot nanti salah konsep😛
      anyway chegu, terima kasih sebab sudi baca my reviews

  2. Hye !
    I❤ reading ur review lah… penoh emosi dan perasaan(same as me) mse tgk cite nie.. first time sye jtuh cinta dgn cite melayu (jtuh cinta kt SETH exactly)..selama nie syok tgk cite korea ngan japan je ..

    • hey faniey!
      same here, selama ni asik dengan k-drama n j-drama jek..citer melayu langsung tak pandang.
      tapi sebab dah baca novel, and memang dah jatuh chenta dengan Muhammad Seth Tan..kena tengok pulak version drama
      skali jatuh chenta jugak dengan Ahmad Seth Tan😛
      anyway..thanks for reading my reviews

  3. hehehehe..kalau u nak tau, memang terkekek-kekek i baca review u ni..:P
    siap mengucap, gigit bantal..sesak napas segala bagai…
    no worry..i faham perasaan dalam tulisan u tu😛

  4. Dik, ko punya review buat akak gelak bagai..i like u sebab u berani tulis cam ni..after this nak ikut lagi review u.u r the best setakat ni!!!

    • mekacih kak zatul..
      hehe tulis review based on tahap meroyan dan sawan memang begitulah hasilnya kak
      anyway, thanks for reading kak!

  5. Hye babe. I’m losing my jaw each and every time I read your review. Hihihihi. I’m so in love with Seth Tan. I read the novel since I was 15. And I’m in love with the character. Tup tup I heard theres this one drama, adapted. And I was like, o-em-jayyyy !!! never miss anything. hes so hot. okay alphabet i dah tunggang langgang. over excited. and i’d like to share this one link, td i baru jumpak kat this one blog.

    the most surprising thing is, BOLEH BACA ONLINE !!!!
    *senyum sampai telinga*

    http://books.google.com.my/books?id=Kx3T_HR66OAC&lpg=PP1&dq=Kasih%20Yang%20Suci&lr&pg=PP1#v=onepage&q&f=false

    hope this help yr readers🙂

    • hello mimi!!
      thanks for reading my reviews.. i know u’re so sexcited, just like me bila dapat tau my ideal man (or shud i say, ideal character?) will be on screen.
      oh..imaginasi akan bertambah nyata😛

      oh, mekasih for the link. that will help most of the readers yang susah nak jumpa novel KYS kat bookstores ^^

    • huhu.. minggu depan dah abis kan?
      please, janganlah ada part 2
      risau jalan cherita akan di-twist 180 darjah
      T______T
      i nak happy ending macham dalam novel!!

  6. Another spazzing good piece of writing hehehe…..LOL byk sgt damn you Yvonne….mmg menyampah tgk muke die tu!!!

    OMG scene peluk belakang tu, mmg i dah tercungap2 nyaris putus nafas. ulang for the gazillionth time!

    & bila seth ckp kan ambil sesuatu utk elena dr dapur, i ingat nak ambik ais ke, sbb biasanya kite bagi ais utk kaki yg terseliuh, tp buat minuman plak! LOL

    Ya, yg mengejutkan, ada gmbr elena kat hp amir tu!!! pehal? mmg die gadis pojaan ramai kat bangku skolah ler dulu ni hehhee…

    agaknya babak cameron highlands mlm nie kot? kak diyana & siti saleha mcm bagi hints kelmarin hehehe…

    • i really hate wan sharmila now.. err.. or shud i say, yvonne? hahahaha..

      gagaga..scene peluk belakang tu memang putus nyawaaaaaaaaaaaaaaa!!! whyyyy??!! whyyy???!! WHY BUKAN I YANG DIPELUK DARI BELAKANG ITUUUU??!! you untung tau, boleh suruh sleeping partner u tolong pelukkan dari belakang hari2.. ok, sangat jeles😛

      i think, sebab elena ni chantek, memang suma orang pun sooka kat dia. cuma maksu ni garang, jenis tak layan laki. kalau tak, maunya berderet pakwe2 dia hehe

  7. I’ve been waiting for your review on this episode…:D Hahahha…:D So adorable la Seth Tan biler dier bersungguh-sungguh nak jaga Elena…:D

    Sorry la, I think you kena share Seth Tan dengan ramai lagik pompuan yang sudah jatuh tersungkur sebab ke’manisan’ Seth Tan…:D

    • i tak rela nak share SETH TAN
      (amek seth tan, buh dalam frame, letak dalam almari, kunci rapat2 and throw away the key)😛
      giler tamak! LOLOL

  8. adeih..sakit pankreas ku dok gelak tergolek dog baca review adinda izzie nih..kihihkih…ni yg tak sabo nak tgk drama version for cameron highland tonite…phewww..

  9. salam……klu boleh sy nk jd mcm seth….suami yang begitu caring,begitu sayangkn isteri…..nora elena banyak mengubah cara hidup,persepsi sy terhadap byk perkara….membuka minda sy seluas-luasnya….terima kasih seth dan nora….

  10. Hai Izzie…I tak tahu how la u nak recap balik episod Cameron Highlands malam ni coz tersangatttttlah bestnyaa…can’t wait to read ur review and side-plot dgn Ahmad Seth Tan hehe

    • hi rosfara.. believe it or not, i rasa nak terajang semua orang kat keliling i masa tengok episode 16 ni. sebab dah sampai kampung, and of coz lah semua orang pun bising nak bersembang, kan? dah lah episode kat CH, sangat mengganggu konsentrasi i.

      sikit je lagi nak tukar jadik naga tasik chini

      i love the feeling bila overly sexcited tengok drama and all the lovey-dovey scenes kat tv, real time. kalau tengok kat tonton.com.my..feeling dia tak sama -_-”

      we’ll see how the review will turn out yah!

  11. gud job dear! x sangka after tengok citer nie jer..mesti nak reviews u punyer pena picisan..x tertahan..!!!!

  12. hai izzie….nape blom update blog u…x sabar nk baca review u about nora elena…..4 u’r info me n my friends kt opis dh ala2 gile sepera ja kalau lambat dpat dwnload episod nora elena n bila u lambat update blog….update la cepat……sekurang-kurangnya dapat lah ubat rindu pasa seth tan…..aaaaarrrrhhh…tolongggggg,…..

    • hola hasmah.. alahai, bukan taknak update, nakkkkk sangat tapi last week memang i tersangat-sangat busy dengan kenduri kawen kakak i
      btw, thanks so much sebab u and ur friends sudi baca review meroyan i..
      *tetiba rasa malooo*

  13. hi…..
    Drama ni brapa episod yee…… drama ni dah buat I sensara tau…. cepat laaa habis…… ingatkan ada review episod semalam 2/6/2011(tak tau episod brapa) kat blog u hari ni…

  14. Hi Izzie,
    I terjumpa blog you ni while I was looking for the drama’s review. I have to tell you this, i really enjoyed your review – sampai ketawa terbahak2 dalam office (good thing during lunch hour). In fact, maybe I enjoyed it more than the drama yang memang good – but more enjoyable with your comments. Seriously – you put to words what almost every other women who watched it felt. Thank you for making me laugh like that!!!

    • And thank you to you too sebab sudi baca. At first, I was writing the reviews just for fun (knowing the fact that I don’t have any followers :P)..takde sapa suruh, takde sapa mintak..all because of my passion towards KYS/Nora Elena, or shud I say.. SETH TAN? hahahaha.

      Tak sangka pulak ramai yang baca and enjoy my pena picisan.

      Thanks again, fuzzy.

  15. Enjoy bca awk pnya review..best sgt.. klaw bOleh bwat review nie smpai episod last taw…x saba nk bca neyh..<3<3<3

    • thanks fifi.. lepas ni i review episode 15, 16, 17 & so on.. tak sempat lagi nak menulis coz i was too busy last week (and this week too)
      please wait for the upcoming reviews ya dear🙂

  16. Tergamak u x buat review ep 16..dah la episode tu buat semua fangirl Seth Tan nosebleed berguling2.. Setiap hari i menunggu review yang x kunjung tiba.. Kechiwa tau..Anyway,Semoga tuhan mempermudahkan kerja2 mereview anda..trimas!

  17. awak mmg buat sy ulg balik tgk nora elena secara on9~
    serius..review awak sgtttttttt BEST!!!MASYUK!!! dan 100% same ngan ape yg sy rase..=)
    xhenti2 senyum dpn lappy nih😄

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s