Nora Elena: Episode 13

Minggu ke-3 tayangan drama Nora Elena di kaca tv sudah mampu bikin fenomena seantero Malaya. Mana tidaknya kalau semua wanita hangat memperkatakan tentang betapa romantiknya Seth Tan. Dan hampir kesemuanya juga turut sama meroyan.

Ya, marilah kita sama-sama meroyan secara berjemaah.

Impian di hati maukan seorang lelaki seperti Seth Tan. Sepertinya yang sentiasa mendahulukan Nora Elena dalam apa jua keadaan sekalipun, yang kasih sayangnya tepu untuk wanita itu biarpun hati Elena dingin bak air batu, sabar melayan karenah si isteri dan tidak pernah sedikitpun luntur perasaan untuk menawan jiwa dan raga si isteri sepenuhnya.

IMPIAN semua itu. Kita perlu berpaksikan kepada kenyataan. Perlu pulang ke realiti. Dan semestinya realiti itu amat pahit untuk ditelan.

Kerna Seth Tan hanyalah sebuah watak rekaan.

Sebab itu mak selalu pesan..jangan terbang terlalu tinggi ke awan. Jangan terlalu memasang angan-angan. Kerna andai jatuh nanti, pasti sakit sekali.

Sebab tu hati gua banyak tampalan plaster *sigh*

Salam kepada si penchenta-penchenta Seth Tan.

Dimulakan dengan muka si Yvonne, seperti dapat gua telah yang episode ini tidak akan menjadi segila Episode 12. Tiga hari gua berdebar-debar dan tak sabar, penantian yang penuh dengan penyeksaan menunggukan sambungan babak atas katil-sofa itu, hancur musnah bila muka pompuan ni kluar.

Damn you, Yvonne!

Daripada pengamatan gua, dapat gua teka gerakkan bibirnya itu menuturkan “Seth” dan kemudiannya muka Yvonne berubah daripada bermuram durja kepada ceria. This is not good!

Tepat telahan gua. Seth dan Yvonne ke sebuah bar. Bertemu dengan Karim dan dua orang lagi clientnya. Yvonne went to sit by the bar bilamana Karim ajak Seth membincangkan sesuatu. Wah pompuan, kemain lagik kau teguk ya? Baru pukul berapa yang kau dah mabuk-mabuk ni?

Yvonne jalan hoyong-hayang naik tangga sampai nak terjatuh, tapi sempat Seth sambut. Habis semua air buih tumpah kat baju Seth. Siap muntah plak tu. Dan bila berada dalam rangkulan Seth, Yvonne pun apa lagi..bukan main liuk-lentuk macham ular kena palu dah gua tengok. Sangat-sangat mengambil kesempatan atas kebaikan Seth. Isk isk isk. Tapi, wa tak nafikan..lu bertuah dapat gak merasa kena peluk dengan Abang Seth. Okay fine, gua jeles!

Damn you, Yvonne!

Seth antar Yvonne balik rumah. Tapi pompuan ni sumpah gedik tau! Gua rasa nak penampar je muka lu. Dengan suara bukan main menggoda, dengan harapan Seth akan ternoda. Gaaaahhhhh!

“Seth, kita kat mana ni?”

“Your house lah, where else?”

Hotel, maybe?

Nasib baik Seth masih lagi utuh imannya (wah!) dan masih ingat yang dia dah beristeri. Yvonne asked him to stay tapi Seth cepat-cepat kluar dari rumah Yvonne. Auuuwww.. Kalau laki lain, sure dah sebat dah. Ikan dah ada depan mata, haruslah kucing akan terkam tak tunggu lama.

Seth balik rumah. Masuk dalam bilik dan nampak Elena tengah tido kat atas sofa. Oh, sofa lagek!! Lalalala..ini petanda baik!! Seth datang dekat. Dilihatnya Elena ber-pyjama bright pink. Comel. Direndahkan badannya hingga sama paras dengan sofa. Lalu tangannya mengusapi gigi-gigi rambut isterinya. Penuh syahdu..penuh kasih sayang.

Tangan sasanya dihulurkan. OH MY GOD!! SETH NAK ANGKAT ELENA DARI SOFA KE KATIL LAGIK!! Tiba-tiba Elena terjaga. Terkedu Seth. Tak jadik nak angkat Elena ke katil. Potong~!

“Awak buat apa ni?”

“Nora tido la kat situ, biar Abang tido kat sini okey?” Seth buat muka comel tak bersalah walaupun dah terkantoi depan Elena.

“Bau apa ni? Awak minum ke?”

A’ah, minum air. Okey, tak kelakar. Tergagap-gagap Seth coba menafikan yang dia dah tak minum sejak kawen dengan Elena. Dia coba jelaskan yang Yvonne tertumpahkan air buih kat dia tadi tapi Elena dah takmo dengar. Elena dah marah-marah, pada Elena semua yang kluar dari mulut Seth waktu tu adalah alasan semata.

Elena terus-terusan serang Seth. Katanya Seth hanya Islam pada IC, hanya Islam pada nama tapi cara hidup tak penahnya Islam. Nak nak pulak selama derang kawen, tak pernah sekalipun Elena nampak Seth solat. Lagiklah buatkan Elena tak percaya yang Seth tak minum.

“Abang minta maaf.”

“Nasib baik mak ayah tak nampak. Kalau tak, musti mak ayah saya menyesal seumur hidup sebab kawenkan saya dengan orang macham awak, KAKI BOTOL!”

Langkah Seth terhenti bila Elena memanggilnya “kaki botol”. Jelas terpancar di wajahnya perasaan bersalah dan kecewa. Elena dear, coba lain kali cakap tu berlapik sikit. Jangan terus nak menjatuhkan hukuman, boleh?

Esok paginya di meja untuk bersarapan pagi, Seth macham teragak-agak lepas ingat insiden semalam. Dari jauh dia tengok Nora seronok hati melayan mak ayahnya. Pak Nordin ajak Seth sarapan sekali. Seth duduk. Terus Makcik Jijah suruh Elena hidangkan sarapan Seth. Seth pandang Elena (muka tak ikhlas serve breakfast kat laki dia) yang sedang menyenduk bihun goreng dengan kusyuk sekali. Ahhhh..tenungan mata itu menyimpan seribu perasaan. Dinda sudah terkena tusukan panah asmara (untuk ke-sejuta kalinya!).

Usai bersarapan, Elena tunggu Pak Ali siapkan kereta..disusuli Seth. Comelnya tengok Seth pakai kasut depan rumah sambil berpaut kat pintu. Teeheehee.

Seth puji bihun goreng Elena sedap. Mintak isterinya masak lagik esok. Tapi Elena jawab dengan nada suara mendatar yang dia masak untuk mak ayah dia aje. Tapi Seth balas balik, sekurang-kurangnya taklah dia makan nasik goreng hari-hari. Dah naik jemu lah tu!

“Lagi sedap kalau goreng telur, Abang suka dengan bawang. Dengan teh O kurang manis. Perfect breakfast. Sluuurrpppp!”

Hari-hari dinda akan masakkan untuk kanda kalau begitulah ekspresi dan sound effect kanda. LOLOLOL. Apalah sangat bihun goreng tu? Masak sambil pejam mata je tau! Tapi kalau kanda duk kat sebelah dinda di dapur, mata dinda akan pandang kanda. Sambil masak.

Elena ngadu kat Dila yang Seth tonggang air  buih. Tapi Dila kata, apa nak heran, Seth kan Melayu celup. Ye, betul tu Dila. Melayu yang tak celup pun bangga gila tonggang air buih, inikan pulak Melayu separuh. Oh, speaking of tonggang air buih..gua suka gila quote ni yang @yonna RT kat Twitter.

The Malay dilemma – can do drugs, drink and have sex before marriage, but the moment you eat pork you’re going to hell.

Dila suruh Elena bimbing Seth, nanti Elena jugak yang dapat pahala. Kalau nak tegur, tegur cara elok. Jangan ditegur cara kasar takot nanti lagi dia buat perkara yang bukan-bukan. Dan Elena perlu bukak hati untuk terima Seth sebab Seth skang ni dah jadi suami Elena yang sah. Elena dear, you kena dengar cakap Dila kali ni. Apasal susah sangat you nak pikir menda yang sama? Takkan I nak kena pelangkong kepala you dengan batang kayu baru you nak pikir secara rasional kot?

Back to Elena’s office. Elena dapat panggilan. Dari Seth.

“Hai sayang! Dan lunch ke belum?”

Aduh! Lelaki ini benar-benar hatinya di mulut. Tapi kan, bila Eid panggey Elena “Sayang”, gua rasa meremang bulu roma kat tengkuk, terasa nak muntah. Namun bila kanda yang memanggil “Sayang”..terus rasa ahhhh~~..macham di awang-awangan. Machamkan gua pulak yang dipanggil “Sayang”. Nampok benor teman berat sebelah😛

Elena bagitau yang dia makan dengan Dila. Lega hati Seth. Dia tak kisah kalau Elena lunch dengan Dila asalkan jangan dengan lelaki lain. Auuuwww..very possessive! Tapi Elena ingatkan balik yang dia hanyalah isteri atas kertas je dan Seth takde hak nak cemburu. Seth tegaskan dalam nada yang cukup lembut dan berdiplomasi, walaupun Elena isteri hanya di atas kertas tapi dia tetap sayangkan Elena.

“Chantek tak bunga atas meja tu? Kalau Nora nak tau, itu tandanya yang Abang rindukan Nora.”

DINDA JUGAK RINDUKAN KANDA!! AYUHLAH KITA KE CAMERON HIGHLANDS MALAM NI JUGAK-JUGAK KANDA!!!

Talian dimatikan. Elena capai jambangan bunga di atas meja. Babe, I know deep in your heart you dah jatuh suka dengan sikap Seth yang sangat loving tu kan? I faham perasan you bila terima a bouquet of roses kat ofis tu macham mana. Rasa macham..you nak larik laju-laju pegi dapatkan tuan punya badan yang menghantar bunga tu kemudian ucap terima kasih sambil berikan senyuman yang paling manis sekali.

Been there, done that (gila berlagak!). Mr.K penah kasik gua special delivery kat opis dengan 99 roses. YEAY! Lagik banyak daripada Abang Seth kasik kat you, Elena. I MENANG!! I MENANG!! *sila tampor sedas*

Malam di rumah Seth. Kelihatan Seth sedang bermain di gigi air kolam renang. YA ALLAH!! Kalau dinda ada kat situ, dah lama dinda simbah terus kanda. BIAR KANDA BASAHHHHHHH!!! Apabila kanda sudah basah, lebih afdal kiranya untuk kanda dan dinda terus terjun ke dalam kolam. Berenang-renang dan mandi-manda bersama-sama.

Elena datang dari belakang Seth.

“Awak..” Elena panggil Seth. Tiada respon.

Awak..” Masih tiada respon.

“Abang..”

“Ye, sayang.” Laju Seth menjawab dengan leher lipat maut, terus pusing mengadap Elena.

BWAHAHAHAHAHAHAH! Taktik je rupanya nak suruh Elena panggil dia “Abang”! COMELLLLLLLL!!!

Elena mintak lepas ni tak perlu suruh Pak Ali hantar dan jemputnya di ofis sebab tak selesa. Lagipun dia selalu balik lambat tak tentu masa. Kesian kat Pak Ali kena tunggu. Elena cadangkan biar dia naik public transport je, senang. Seth tak izinkan. Di hujung mata, Seth perasan yang Makcik Jijah tengah intai dari balkoni. Kepoh la Makcik Jijah ni! Eh, Pakcik Nordin pun join skali jugak?

Dengan muka yang sangat comel macham budak kecil dapat gula-gula, Seth cadangkan Elena bawak kereta Honda kesayangannya tu. Kereta pertama yang dia beli lepas dia tubuhkan syarikat. Banyak sentimental value dan tak pernah ada orang lain yang naik kereta tu. Bila Elena tolak tawaran sebab Seth terlalu sayangkan sangat Honda tu, Seth jawab..

“Tak ada benda yang lebih berharga dalam hidup Abang sekarang selain daripada Nora.”

Awww… *pengsan*

Lalu sebelah tangan Elena dicapai. Elena cuba nak rentap semula tapi Seth kasik isyarat yang mak ayah derang sedang perhatikan dari balkoni. Elena terperangkap. Tak dapat nak mengelak lagi. Seth yang tau kemenangan berada di pihaknya terus saja capai sebelah lagi tangan Elena. Tangan Seth dan Elena bertaut erat.

“Abang sayangkan Nora.” Lalu dikucupnya tangan Elena dengan begitu syahdu sekali.

DINDA SAYANGKAN KANDA JUAAAAAAAAAAA!!!

PUTUS NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

PUTUS NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

PUTUS NYAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Mak ayah Elena terus naik segan tengok aksi romantik “menantu 50 ribu” dengan anak derang. Tulah pakcik makcik, berani skodeng, berani tanggung ler. Ni baru sikit, dah gelabah. LOLOLOL.

Esoknya, Malik dan Yvonne nampak kereta Honda kesayangan bos dari kejauhan. Yvonne cakap kat Malik takde orang yang boleh sentuh kereta tu selain Seth. Tapi derang pelik, kenapa susah sangat Seth nak parking kereta tu hari ni?

Sebab Elena yang bawak!

Terlopong mulut Yvonne bila Elena yang keluar dari perut kereta.

“Nobody can touch the car lah?” Ajuk Malik.

Di pejabat Elena. Satu panggilan masuk. Elena jawab. Bunyi percakapan di balik sana pelik benar. SOOOO BRITISH ENGLISH 1119! Siapa lagi kalau bukan kanda Seth yang buat prank call kat Elena. Saje tau nak main sakat-sakat.

Nakal!

“Seth, awak ke ni?

“Yelah, Abang ni Sayang. Abang call saje nak tau..kereta Abang macham mana, Ayang Abang macham man?”

YA AMPUNNNNNNNNN!!! AYANG OKEY JE KANDA!! AYANG OKEY!!

“Safe and sound, Seth and not a single scratch on your darling car.” Beritahu Elena sambil ushar keliling takot orang lain terdengar dia sebut perkataan “darling” gamaknya.

“Ooo..no no you’re wrong. The car is not my darling, YOU’RE my darling. Sebenarnya dalam hidup Abang skang kereta tu dah tak penting dah. Yang paling penting, Nora sahaja.”

Elena terkedu. Kan I sudah bilang sama you Elena, lelaki ini hatinya di mulut. Macham mana you nak ajar hati you supaya tidak cair kalau terus-terusan Seth berbahasa bunga-bunga begini? Sampai bila you nak letak hati you dalam ice box?

Balik dari kerja Yvonne sengaja men-terserempakkan diri dengan Elena. Kononnya habis satu opis kecoh bercerita pasal Elena tinggalkan Eid sebab nak kat Seth sebab Seth lagik kaya. Kononnya semua orang skang ni dah panggil Elena ni pisau cukur. Jarum Yvonne mengena. Elena percaya bulat-bulat cakap Yvonne.

Damn you, Yvonne!

Seth bertembung dengan Amir ntahkatmanantah. Bila Seth ajak minum, Amir mintak diri nak bersolat kejap. Sedang elok Amir amek wuduk, tetiba adalah satu kelibat berkemeja putih yang turut mengambil wuduk di sebelah Amir.

SETH!

Oh kanda! Sejuknya hati dinda melihatkan kanda mengambil wuduk walaupun nampak agak canggung.

Sambil ambil wuduk, sambil dia jelling-jeling kat Amir. Kekok. Dan sewaktu mahu menunaikan solat, malu-malu alah dia mengaku yang dia tak reti. Amir faham, dia suruh Seth ikut je apa. Amir mengimami solat tersebut. Amir angkat takbir, Seth jugak angkat takbir. Dan mata dia menjeling-jeling tengok perlakuan Amir.

Tak kusyuk solat tu kanda. Takpelah, dah namapun baru nak belajar.

Di rumah, Kak Pah berikan Elena baju Seth. Elena naik ke bilik dan mula sangkut semua baju-baju Seth dalam almari. TARAAAAA!! Kelihatan di situ sebaris kemeja berwarna putih kepunyaan Seth. Patutlah tak pernah tukar kaler lain, ropanya dalam wardrobe Seth memang ada kemeja putih je. Oh, nanges sangat tau!

Lepas ni memang tak cakap apa dah. Memang dah betul-betul pasrah! Nasib baik lately Seth lebih banyak berjeans dan ber-Polo t-shirts. Dan kadangkala berseluar paras lutut. RAWR!

Elena capai satu baju yang cukup dia kenali. Dia teringat kembali. Baju yang pernah dia basuh suatu ketika dahulu. Yang dia berikan kembali kepada Seth sewaktu Seth nak hantar Elena balik ke Melaka bila Makcik Jijah masuk hospital. Sempat lagi Seth mencium baju tersebut dan memujinya wangi.

Tengoklah siapa yang basuh.

Hujung minggu. Elena memandang kosong kolam ikan koi. Seth pula sudah bersiap-siap nak kluar main golf.

Cap + orange Polo t-shirt + white pants + white golf shoes = HANDSOMEEEEEE!!!! DOUBLE HANDSOME sebab pakai seluar putih maka nampak lebih sexay daripada biasa!!!

Seth tanya Elena betul ke taknak ikut dia. Elena kata dia nak gi shopping dengan Dila. Seth lega bila nama Dila disebut.

“Awak cemburu?”

“Mau tak cemburu dapat isteri sechantek Nora.” Senyum.

Tapi Elena tak terima pun pujian dari suaminya. Siap cakap dengan konfidennya yang dia takkan cair dengan pujian yang Seth berikan (tapi dinda yang cair ni!! Ottoke??!!). Seth tak ambil pusing dengan apa yang Elena baru cakapkan. Dihulurnya kad kredit kepada Elena. Omoooo~~~!

Tapi sah-sah la Elena taknak terima. Sudahlah aritu dia dengar orang cop dia pisau cukur, kalau dia terima kad kredit Seth nak pergi shopping tu..bermakna memang betullah yang dia pisau cukur.

“Saya ni kan suami awak dan ni tanggungjawab saya. Berdosa kalau saya tak bagi nafkah kat awak tau tak?”

Oh, kewujudan dinda di sini bukanlah untuk menambahkan dosa di bahu kiri kanda. Dengan itu, silalah berikan kredit kad itu kepada dinda. Dinda janji, dinda kan menggunakannya dengan cermat. Err…berapakah HAD MAKSIMUM kredit kad kanda itu?? *evil grin*

Elena sentap. Sentap bila Seth mula bercakap soal dosa pahala. Terus diungkitnya yang Seth tu kaki botol, air buih pun dia tonggang..lagik mau sembang kencang.

“Suka hati Nora nak cakap apa, Abang terima je lah.”

Hati Seth retak seribu. Berhadapan dengan Nora Elena Binti Nordin perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau hati tisu, dah lama dah angkat bendera putih. Dia perlu sabar. Lambat laun Nora akan mengalah jua. Dan dia pun berlalu dari situ SAMBIL ANGKAT GOLF SET DENGAN SEBELAH TANGAN!!

HOMAIGODDD!! GAGAHNYA KANDA!!!

Elena kluar dengan Dila. Tapi Dila bukan teman Elena gi shopping tapi ajak Elena gi suatu tempat lain. Pergi dengar ceramah Amir. Dang! Malik ada, Zira ada, dan Yvonne ada skali. Double dang! Mustilah Elena tak senang duduk bila Amir mula sebut pasal kes rogol. Mulalah dia teringat peristiwa dia kena rogol 10 tahun dulu. Tak lama mana, terus Elena menerpa keluar dari dewan dengan keadaan tergesa-gesa. Amir perasan. Dan Yvonne perasan.

Bila dah abis kasik ceramah, Amir terus kluar. Dila yang duduk kat barisan tepi pun dia dah tak perasan. Sian Dila. Amir dapatkan Elena. Elena makin tak senang. Amir sungguh-sungguh nak tau kenapa Elena benci sangat dengan dia. Dengan jujur dia mintak maaf dan mengaku dulu dia nakal tapi tak pernah jatuhkan mana-mana maruah gadis.

Elena dengar penjelasan Amir tapi jelas di wajahnya tergambar yang dia masih tak percaya kata-kata Amir.

Dan nun di balik sana, Yvonne memasang telinga mendengar perbualan Elena dan Amir. Sambil bibirnya mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan. SENYUMAN JAHAT!

Damn you, Yvonne!

.

i.Z.Z.i.e:

Oh, episode yang agak sarat dengan kekuciwaan di pihak Seth! Gua sangat tidak suka dengan keadaan ini. Dan bilamana terlalu ramai rakyat jelata seluruh Malaya sudah melafazkan perasaan chenta kepada Seth Tan, gua rasa obnoxious. LOLOLOL.

Yeah, I am possessive and very demanding, dan tak sudi nak berkongsi kanda Seth dengan sesiapa. *pouting*

17 thoughts on “Nora Elena: Episode 13

  1. fall in love with nora elena…
    tapi mcm review d sini tersangat best!!!!!

    keras perut gelak baca plot sampingan penulis blog dgn seth…..hehehehehehe

    tq!!!!
    ur review always makes my day!!!!

    • i fall for SETH TAN. LOLOLOL!

      thanks jupa for the compliments. hehe..plot sampingan eh? itulah dianya, imaginasi bekerja keras. teeheehee😛

  2. yg paling i suke masa phone call from Seth with british accent..haha kelakar..mule2 dgr apa ke pelik org yg ckp ni..hehe..

  3. Episode nie tak se best episode 12…:)
    Tapi, rasernyer dah nak sampai ke kemuncak citer dah kan?
    Seth Tan is the sweetest husband that every woman could have…:)

  4. i rase, without eid ard, mmg cam flat sikit jer. mendatarrrr jer ep 13 & 14. the buildup from ep 1-12 mmg mengujakan, sbb persaingan diorg utk elena (well not actually persaingan la) tp konflik yg wujud, & chemistry antara seth & elena, mmg ada sparks. at the same time, kiter nak eid & elena together but nak jugak tgk ape rasenya klau seth dpt elena. penonton pun serba salah. tp konflik tu dah hilang, digantikan dgn isu2 penyesuaian diri.

    hehehe i pon like ur plot sampingan…& i suke yg u buat perbandingan btwn the drama & novel. at least ia memberikan kiterorg sesuatu dimensi yg lain, pandangan dr sudut lain.

    • i kan, suka sangat eid takde. one thing, i don’t like his attitude. 2nd, i tau..bila eid takde, sure banyak babak seth-elena. lagipun, watak nak rebut-merebut tu still ada -yvonne. gahhhh! i don’t mind seeing seth-elena all the time, cuma nak kena sediakan tangki oksigen banyak2 je when they are together. lol!

  5. “Ya, marilah kita sama-sama meroyan secara berjemaah”

    Kelakar la statement ni…rasa nak ketawa sampai berguling-guling sebab I pun sama la join jemaah tu.

    Astaghfirullah..apa ni..org dok sibuk berjemaah kat masjid, kita dok meroyan secara berjemaah..

    Patutnya waktu tayangan ni ditukar la..tak sesuai buat time maghrib.

  6. Bila nak keluar recap utk episod 14? Tak sabar nih…
    Episod 14 betul-betul wat I meroyan gila-gila punya… gila pun tak meroyan macam nih.

  7. wutttt???!! episod ini seth tan pakai seluar putih?? terus tanya pakcik google kalau ader simpan gambar.. -__-“

  8. BIla series nora elena ni abis.. akan ku print blog ni dan tampal kat dinding bilik.. sebelum tidur haruslah mengiring ke kiri dan baca dulu.. tidor bermimpikan abg seth tan.. klu blogger nye yg tak masuk dalam mimpi la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s