Nora Elena: Episode 12

Setangki oksigen tiada dapat membantu apabila nafas tercungap-cungap. Bantal tiada dapat bertindak sebagai penebat bunyi walau sudah disumbatkan hingga ke dalam anak tekak. Semua itu tidak membantu untuk episode kali ini.

Mungkin seperti kata @yonna, patut sahaja dibawa bersama buah tasbih ketika menonton Nora Elena. Agak-agak nak putus nyawa, bolehlah bawak-bawak berzikir. Dah lah drama tayang waktu Maghrib, akibat Seth Tan dan setan berkeliaran di mana-mana, mudah sangat tersampuk. Sampaikan gua tampar diri sendiri laju-laju. Ya, gua tampar diri sendiri laju-laju for real supaya dapat back to my senses. Parah!

Kalau diambil kapak dan dibelah dada gua semalam, boleh nampak ia sedang main lompat bintang dan lompat kijang. Sampaikan dada terasa nak pecah menahan gelora. Silap gaya boleh kena cardiac arrest T______T

Orang baik-baik memang selalunya mati awal.

Elena bukan main seronok nak pindah bilik sebelah. Maklumlah, Maria dah balik OZ. Baju-baju dalam almari semua habis dikeluarkan. Datanglah Seth berjalan macham atas runway. Demmm..asal dia pakai jeans jek, musti gua teringat-ingat billboard Levi’s itu. Jeans dengan tank top putih. Aigoooo~~

Seth tegur Elena, nak pergi mana? Laju je Elena jawab nak pindah bilik sebelah sebab Seth dah kasik keizinan semalam, kena tunggu sampai Maria takde baru boleh pindah. Tapi Seth pandai kona, katanya tak payahlah alihkan baju semua tu, biar dia je yang tido bilik sebelah. Barang-barang, harta reduk Elena dan dia biar letak dalam bilik yang sama. Bukan apa, kalau parents Elena datang dan tengok anak bongsu kesayangan tido asing-asing dengan suami, musti derang sedih. Yeah, pandai benor Seth ni guna psikologi. Mula-mula setuju aje dengan rentak Elena, bukan main lagi demokrasi. Padahal dalam kepada dah ada akal lain. Licik!

Dan jarum pun mengena. Tak jadi Elena nak pindah bilik bila Seth guna senjata “mak ayah”. Senjata ini sangat berkesan. Mangsa tidak mampu untuk melawan. Terus terdiam dan menurut perintah. Selonggok baju yang dilonggokkan di atas katil diangkut semula untuk disimpan dalam almari. Seth tolong. Err..tolong angkut baju yang tidak berhanger, yang paling atas sekali adalah sehelai night-robe kaler merah cili. Auuummm! Kaler peberet Seth tuuuuuu…!!

Diserahkan baju-baju yang dia tolong angkat tu kat Elena. Elena marah, tak bagi pegang. Seth jawab balik, pegang pun tak boleh? Pfft. Baju je kot? Bukan pegang I pun yang you nak marah sangat maksu. Garang amat ini perempuan.

“Good night.” ucap Seth dan terus berlalu ke bilik sebelah.

Selamat malam kanda…kita jumpa dalam mimpi ya malam ni?!

Mentanglah dah dapat bilik sendiri, bukan main lagi Elena buat aksi atas katil. Bilik besar, katil luas. Nak main kejar-kejar pun boleh. Tapi dah tinggal sorang, nak kejar sapa? Pi kejar orang kat bilik sebelah tu pi! Elena telefon Dila. Dila kemain lagi seronok. Maklumlah, skang ni dia tinggal sorang kat rumah. Takde kawan. Dila cakap, dia nak kawen jelah macham Elena. Senang. Tapi dengan nada yang sayu, Elena cakap perkahwinan dia tak senang..sebab bukan atas dasar chenta.

At one point, gua rasa wadefak lah kan asik nak kata tak suka, tak suka, tak suka, tak chenta, tak chenta, tak chenta?! Dah kawen dah pun, belajarlah terima suami yang kachak tu! Tapi bila pikir-pikir, gua rasa tak adil nak marah Elena sebab of course lah gua ni team Seth. Seth buat apa pun tak pernah gua marah. Semua gua suka. Rela serah jiwa dan raga. Bayangkan kalau tiba-tiba terpaksa kawen dengan orang lain, sedangkan pada masa yang sama kita masih menchentai lelaki lain. Putus bukan dengan cara elok pulak tu. Mau gila agaknya. Ni kira oklah Elena masih waras.

Di bilik sebelah, Seth duduk atas katil sorang-sorang. Aww..kesian kanda. Tak biasa tido di bilik lain ya? Meh dinda temankan. Mau dinda dodoikan pun boleh. Ehhh..tak payah tido lagi baik *cough cough* Seth terkenang kembali bibit-bibit antara Elena dan dia. Sedangkan Elena di bilik sebelah sudah nyenyak tido.

Paginya, Seth sedang bersiap-siap di hadapan chermin. Ya Tuhan, terima kasih kerana memberikan hamba-Mu ini kesempatan untuk menyaksikan lelaki ini bersiap ke pejabat. Menyaksikan lelaki bersiap-siap ke pejabat adalah suatu nikmat donia. Hahaha..dinda sangat suka!! Tengok bagaimana kemeja di-tuck-in, bagaimana telitinya memastikan kemeja itu nampak kemas. Dan yang paling sexay, ketika memakai jam tangan. I go gaga!

Seth selesai bersiap. Dilihatnya Elena masih nyenyak tido. Seth perhatikan dari hujung rambut ke hujung kaki aksi kuak lentang Elena. Dan kakinya…kakinya tersingkap sedikit. PUTIH GEBUUUUUUUUU!! Seth hulur tangan..makin dekat. Muka Seth kelihatan teragak-agak, tapi tangan itu makin dekat dengan kaki putih gebu itu *hins hins hins*

Perlahan Seth sentuh kaki kanan gebu itu. Digerak-gerakkan. Laaaaaa…nak kejut Elena je ke? *kecewa* Ustaz kata, kalau nak gerakkan orang tido, sentuh kakinya. Tapi ini dah sentuh, masih tak sedar. High-5 Elena, kita sama-sama jenis tido mati!! Bahu Elena disentuh. Lembut suaranya mengejutkan Elena.

“Nora. Bangun, dah pukul 7 ni.”

Elena akhirnya terjaga. Elena dear, even you tak bermekap, bangun tido dengan rambut ala-ala serabai..masih nampak chantek. Apabila terlihatkan Seth begitu hampir dengannya, spontan Elena menarik duvet menutupi dadanya. LOLOLOL. Seth dah kenyang jamu mata tadi Elena!

“Awak tengok saya tido?”

“Kenapa? Tak boleh ke?”

Seth buat muka tak bersalah!! Ngaaaaaaaaa…comelnya!! Tak salah kanda!! Tak salah!! Tengoklah lagi!! Bukan kena bayar pun!! Dah memang dah jadi hak mutlak!!

Buru-buru Elena ke wardrobe, capai baju dan apa yang patut. Dah lewat untuk ke pejabat!

“Lain kali tak perlulah tukar baju kat dalam ni lagi. Tukar je kat luar.” Muka comel nakal penuh seribu makna. Teeheehee. Sukanya tengok muka Seth nakal!!

“Habis tu bagi awak tengok?”

“Tak tengoklah. ABANG nak keluar sekarang.” Muka comel lagik. Omooo~

Elena seolah-olah terpana. Tapi sempat jugak menuturkan ucapan terima kasih sambil tersenyum sesudah Seth berlalu. Hati sedikit tersentuh, ya? Itu baru bunga-bunga sahaja Elena😉

Kat ofis, Malik tegur bosnya pasal honeymoon. Terus-terang Seth bagitau, kalau tiba masanya dia pegi. Buat masa ni dia tak pegi mana-mana pun. Yeah, kanda! Lebih afdal honeymoon di rumah sendiri dulu. Yvvone pasang telinga. Sakit hati lettew! Tak pasal-pasal serang Malik sebab tak consider pasal Eid, siap nak doakan Seth dengan Elena bagai. Bila semua orang tak sokong dia, terus sentap. Terus gi ajak Seth makan tengah hari. Tapi Seth kata dia nak lunch dengan wife dia. YEAYYYY!! Padan muka ko Yvvone!

“So you have a wife now..” Yvonne bermonolog sendiri.

Yes, he has a wife and you don’t have a husband, Yvonne. L.O.S.E.R!

Malam tiba. Di rumah Seth, Elena sediakan makan malam. Nasik Goreng Kampung LAGI. Dahlah asik masak nasik goreng, makan skali pun tidak. Kesian kat Seth tau. Bila ditanya, Elena memang tak pandai masak atau saja nak kenakan dia..Elena jawab yang Seth dah terperangkap dengan kata-kata dia sendiri sebelum ni. Which was..dia tak kisah Elena masak apapun asalkan makanan. Sudahnya, Seth tak sentuh pun nasik goreng tu. Kenyang dengan angin.

Aww..poor darling. Let me cook for you to eat, Seth. Or maybe you can just eat me.

Dalam bilik, tengah fokus Seth sedang keluarkan sesuatu dari sebuah kotak. Hoh! KOTAK??!! Jeng jeng jeng jengggggggggggggggggggggggg….

Amir datang melawat. Apa lah lu ni bro? Apasal lu datang lawat orang baru kawen malam-malam? Sangat mengganggu, tahu?! Memandangkan hari tu masa kenduri dia tak dapat datang, kali ni Amir datang bawak hadiah untuk Seth dan Elena.

Malam tu, ada lelaki masuk bilik tido Elena. Aishhh..bukan Seth sebab dia sedang enak beradu di kamar sebelah. Elena mimpi lagi pasal peristiwa dia kena rogol rupanya.

Hari lainnya, Elena jumpa Dila cerita pasal dia mimpi lagi pasal peristiwa rogol. Dila kata, kalau dah terlalu pikirkan sangat mustilah akan buatkan termimpi-mimpi. Ya benar!! Tu pasal lah gua selalu dapat mimpikan Seth, sebab gua sentiasa memikirkan beliau tidak kira masa dan ketika. Tapi Elena kata, dia ingat semua ni semula sejak jumpa Amir balik.

Scene bertukar. Malam hari. Di rumah Seth *senyum sampai telinga* Elena keluar dari bilik air, dengan *ehem* night-robe merah *ehem* yang Seth pegang tempoh hari. Ya ampunnnnn.. dah la dengan muzik latarnya kemain lagi, dah tu pulak..Nora Elena in red, dayum!!

Elena macham teringat sesuatu. Digeledahnya beg dalam laci. Jumpa! Cek hantaran perkahwinannya dengan Seth. Tertera di situ namanya dengan jumlah RM50 000 -_-‘

Di bilik sebelah, Seth sedang membaca di pembaringan. Tiba-tiba pintunya diketuk. Siapa ituuuuuuuu…? Taraaaa!!! Elena berdiri di muka pintu dengan night-robe berwarna merah cili. Kelihatan begitu seksi sekali. Dan kalau sudah namanya lelaki, mana mungkin tidak mencuri pandang walau sekali. Dinda nampak kat mana mata kanda landing tau! Wicked!

Datangnya Elena kerna mahu memulangkan semula wang hantaran yang terlalu banyak tu. Dia kawen bukan kerna wang ringgit Seth Tan. Tapi Seth tegaskan, pemberiannya itu ikhlas. Disuruhnya Elena simpan je duit tu mana tau kot-kot nanti nak pakai. Elena suruh jugak-jugak Seth ambik balik cek tu.

“Tak bolehlah nanti buruk dagu.”

“Buruk sikulah. Bukan buruk dagu.”  

HOMAIGODDDD!! Kecomelan apakah ini???!!! Kenapakah kanda begitu comel walaupun menuturkan peribahasa yang salah? Nak gelak guling-guling pun tak jadi. Ganti dengan cium boleh? Sudahnya, Elena mengalah dan keluar dari situ bila Seth takmo jugak-jugak amek balik duit hantaran yang dah dia beri kat Elena. Orang tu takmo, orang ni pun takmo..SAYA MAO!! SAYA MAO!! SAYA MAO!! (sambil angkat kanan tangan ke udara).

“Buruk sikulah!” Seth ulang semula peribahasanya. Kemudian senyum. Makin lama makin meleret. Makin lama makin…ahhhhh~~ Dan dia tergelak kecil.

Kanda, apa yang bermain di fikiran kanda tu???!! Kanda tengah ingat balik susuk tubuh yang dibaluti dengan night-robe merah cili warna peberet kanda, kan??!! KANNNN??!!!

Nakal!

Hari berikutnya, Elena menggumam bila kereta Mercedes merah masuk ke perkarangan rumah. Dia tau itu musti Seth.

“Balik dah? Tak reti ke nak balik lambat sikit?” bentak Elena sendirian.

Kalau dah ada bini chantek kat rumah, buat apa balik lambat? Haruslah berlari berkejaran nak balik rumah. Tapi jangkaan Elena meleset. Bukan Seth yang balik tapi mak ayah Elena yang datang sebab “menantu 50 ribu” yang jemput..nak makan asam pedas masakan mertua katanya (ke jemu makan nasik goreng ni?).

Elena masuk ke bilik, diikuti Seth. Seth tutup pintu. YES! Sila kunci sekali kanda😉 Elena persoalkan sejak bila Seth pandai makan asam pedas. Seth jawab, sejak dia kawen dengan Elenalah. Awww.. Tapi Elena tau Seth auta. Sebab Seth tak tahan pedas. (Ehh..bukan ke masa awal-awal aritu Seth ada makan kat restoran kemudian mintak cili potong?). Tu suma helah Seth nak tido sebilik dengan menggunakan senjata “mak ayah”. Gotcha!

“Okeylah. ABANG mintak maaf, ok.”

“Apa awak cakap tadi?”

“Abang minta maaf la.”

A.B.A.N.G?”

“Hmmm..Abanglah. Takkan depan mak ayah nak panggil saya-awak, saya-awak?”

NGAAAAAAAAAAA!!! *geget bantal*

Seth, kanda sangat licik tau! Otak sangat bergeliga! Boleh buat batu cincin!! Dan ohhh.. kanda sangat comel. Berapa kali dinda nak puji kanda sangat tercomel ni? Ok, dinda panggil kanda..abang lepas ni ya? ABANG SETH.

***Iklan***

Mr.K: “Why Malays call their husband as Abang?”

Me: “It is a way to show their respect towards their husband. So they call their husband as Abang.”

Mr.K: “So what’s the different then since they call Abang for their brother as well right? Abang jugak, kan? Or, they call Abang for husband with horny voice, and Abang for brother with normal voice, is it?”

Me: ….(carik batang kayu nak pelangkong kepala dia, tapi tak jumpa)..

Mr.K: “Don’t you ever call me Abang, okay! Eeewww…I don’t like!”

Me: “Abang…~~~” (with horny voice)

Mr.K: “Huh??!!Who are you? I don’t know you.”

T____________________T

***Iklan tamat***

Seth dapatkan ayah dan mak mertuanya di bilik sebelah andai derang perlukan apa-apa. Ayahnya tanya mana kiblat. Seth senyum. Senyum kambing. KANTOI! Nampak benor tak sembahyang tau! Tersenyum simpul dia di situ, malu-malu alah pun ada.

Di biliknya, Elena sedang bersolat. Dia duduk di birai katil menantikan Elena usai sembayang. Bila Elena dah selesai (Ya Allah, bersih dan mulus muka Siti Saleha ni walau tak bermekap!), disuruhnya ke bilik sebelah kerna ayah perlukan dia. Buru-buru Elena tanggalkan telekung. Aww.. apa agaknya perasaan Seth bila tengok Elena salin telekung dan kelihatan dia memakai baju tido merah dengan seluar merah jambu? Bila Elena dah keluar, cepat-cepat Seth tengok arah kiblat kat sejadah yang Elena tinggalkan tadi. Bijakkkk bijakkkkk!!

Waktu makan malam, Makcik Jijah masakkan asam pedas ikan terubuk. Perghhhhhh!! Leleh air liur gua. Elena layan Seth, sudukan asam pedas sambil menganjing suruh Seth makan banyak sebab bukan senang Makcik Jijah nak datang masak untuk dia. Banjir pinggan nasik Seth dengan kuah asam pedas. Keji you ni tau Elena! Nak cilikan mulut Seth lah tu!

Lepas Elena duduk, Seth pulak yang sendukkan nasik ke dalam pinggan Elena. Satu senduk, dua senduk, tiga senduk. OMG!! NI NAK MAIN BALAS DENDAM KE APA?? HAHAHAHAHAH! Seth mulanya nak makan dengan sudu garfu, tapi sudahnya dia makan pakai tangan. Kata nak belajar jadi Melayu😛 Ololololo. Suap pun kekok. Meh sini dinda suapkan kanda dengan penuh kasih sayang. Say ‘aaaaaa…..’

Teragak-agak dia nak telan nasik yang berkuah asam pedas. Baru masuk semulut, muka dah takleh blah tahan pedas. Dah nama pun asam pedas, haruslah pedas! Elena saje pi tambah kot atas nasik dua senduk lagi kat dalam pinggan Seth. Aiigoooo..aiigoooo~~ Seth tak berhenti makan nasik bersulam air! Yang Elena kat sebelah tahan gelak tengok Seth tak tahan pedas macham tu. Bwahahahaha!

TAPI PALING EPIK SEKALI BILA SETH DUDUK MENGADAP DEPAN AIRCOND DENGAN KAT TANGAN ADA SEGALAS AIS. MUKA PELUH-PELUH PASTU AMEK AIS SEKETUL, MASUK DALAM MULUT, GIGIT-GIGIT SAMPAI HANCUR. Nak buat ais blanded ke, Abang?

Elena kat kedai buku jumpa Dila. Elena citerlah yang dulu masa kat kampung Amir sakat dia sampai jatuh beskal. Kekeke..Erry Putra memang macham samseng Kampung Dusun! Jahat macham kacang hantu! Elena ngadu kat Along, pastu Along pukul Amir sampai lembik. Tu yang Amir berdendam, ugut yang dia akan buat sesuatu yang akan buat Elena menyesal seumur hidup. Sebab tu lah Elena tak syak orang lain lagi yang rogol dia kecuali Amir. Yang Dila pula sentap, cakap Elena trauma terlebey..sampai tuduh semua orang yang tak bersalah.

Malam menjelang (sukanya bila tiba hari malam!!) Elena solat, Seth duduk atas katil konon-konon  baca buku tapi curik-curik pandang Elena. Ni tak ubah macham malam pengantin tu tau!! HUWARGHHHH!! GUA TERNODA!! EH, salah! GUA TERGODA!!!!

Elena bagitau Seth yang ayah bercadang nak tinggal lama sikit kat situ. Tapi padanlah dengan muka Seth sebab lepas ni kena makan asam pedas hari-hari.

“Takpelah. Sekurang-kurangnya dapat Abang sebilik dengan isteri Abang yang tersayang, kan?” sambil berikan senyuman yang TERSANGAT COMEL *jatuh rahang*

Elena malas nak layan. Terus dia buat tak tau dan pegi ke katil sebelah kiri. Seth kat sebelah siap pok-pok bantal. Elena baring membelakangkan Seth. Mak tiri..!! Nape Atan ni buat jantung adik luruh ni?? Nape buat muka comel macham tu! Kang kalau adik terkam dia kang.. T____T

“Hadiah Amir bila nak bukak?”

“Tak kuasa.” jawab Elena acuh tak acuh. Kalau orangnya dah tak suka, dengan hadiah-hadiah sekali jadik mangsa.

“Nora ni.. Orang bagi duit, tak nak. Orang bagi hadiah, tak nak bukak. Orang bagi kasih sayang, tak nak terima. Tuhan tak bagi langsung, baru tahu!”

ADINDA TERIMA KANDA!! ADINDA TERIMAAAAAAAAAAAA!! Duit, hadiah, KASIH SAYANG DARIPADA KANDA..semuanya adinda terima!! Kanda jua adinda terima dengan tangan terbuka. Cepatlah peluk dinda dari belakang!!

Tangannya sibuk membuka hadiah, mulutnya sibuk membebel. Comel! Elena kat sebelah dengar je. Kesian Seth, gigih nak ajak Elena bersembang tapi tak ubah macham sembang dengan tunggul kayu. Diambilnya perfume Lady Million (by Paco Rabanne. Sure pasni menggelupur orang kasik adiah perfume ni!) dan disembur sikit kat bahu Elena. Ditundukkan kepalanya dekaaaaaaaaaaaaaat dengan badan Elena konon nak cium bau perfume tu. Elena pusing sedikit kepalanya dah terkejut dengan perlakuan Seth. Muka Seth dan Elena hanya dipisahkan beberapa inci!

Bingkas Elena bangun. MISSED! Seth tersungkur ke tilam. Ingatkan nak curik peluang cium perfume di bahu isteri, sudahnya tercium bantal.

“Wanginya…~~” separuh mendesah suara seksi Seth. Begitu menggetarkan jiwa.

HOMAIGODDDDDD!!! *istighfar banyak-banyak* KURUS SEMANGATTTT!!

Kanda, idea nak cium Elena tu memang sangat licik!! Dinda pasti lepas ni ramai orang akan gunakan taktik yang sama. Tapi manakan sama dengan kanda. Eh..adakah dinda ternampak sesuatu? Er..boxer kanda belang-belang eh? NGAAAAAAAAAAAAA!! *hidung berdarahhhhh!!!*

Elena marah Seth buat macham tu. Siap warning suh jangan buat lagi. Terus amek bantal dan pegi tido kat sofa.

“Pandai Amir pilih hadiah.”

Dan pandai jugak kanda gunakan peluang yang ada.

Elena malas nak layan Seth. Mulanya kepala dia menghadap balkoni, kemudian dia tukar posisi. Agaknya Elena sedar, dengan posisi kepalanya mengadap balkoni itu, memang memberikan pemandangan yang maha indah untuk Seth tan yang duduk atas katil. *senyum miang*

Elena dah nyenyak tido kat sofa (lagu apa yang main masa scene ni??!! Sila bagitau gua dengan kadar segera, please!!) Dan datanglah Mr. Charming menghampiri isteri kesayangannya. Diperhatikan Elena yang sedang nyenyak tido. Dia melangkah dengan lebih dekat. Dan dekat lagi. Direndahkan sedikit badannya yang sasa, tangannya didepangkan. Perlahan-lahan tubuh Elena dirangkul, dan kemudian dicempung lalu dibawa ke katil.

ABANG SETHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

AARON AZIZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!

PUTUS NYAWAAAA!! PUTUS NYAWAAAA!!!!!

*tampar diri sendiri laju-laju for real*

HOMAIGODDDDDDDDDDDDDDDDDD!!!

HOMAIGODDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD!!

OH TUHANNNNNNNNNNNNNNNNN!!

OH TUHANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!

*Subhanallah-Alhamdulillah-La ilaha illallah-Allah hu akbar* (berzikir sambil pegang tasbih)

Seth baringkan Elena, dan selimutkan dengan duvet. Elena yang tido mati tak sedar apa yang berlaku. Tak sedar yang suaminya dah cempung dia dari sofa ke katil. Dia tak tau yang suaminya dengan berhati-hati selimutkan dia. Penuh dengan kasih sayang.

MARRY ME SETHHHH!! MARRY MEEEEEEEEE!!!

Kanda begitu gagah perkasa mengangkat Elena senapas. Seriously, lagu yang tengah main masa Seth angkat Elena tu memang sangat meremangkan bulu roma. Sangat romantis sampai rasa..ada air mata tiba-tiba meleleh kat tepi kerana terlalu terharu.

Tu baru tengok Elena kena angkat masa tengah tido. Kalau kanda angkat dinda masa dinda tengah jaga? Harus dinda pengsan, tau!

Dan Seth yang tido kat sofa.

SOFA OH SOFA!! Sesungguhnya, marilah kita bertukar tempat.

Kepalanya mengadap ke balkoni. Dari situ, pandangan matanya memang tepat terhala ke Elena yang sedang nyenyak tido di atas katil. Biarlah isterinya itu tido lena tanpa gangguan. Dan matanya juga makin layu..

TOLONG DINDA!!! MATA KANDA MAKIN LAYU NAK TIDO PUN NAMPAK BEGITU MENGGODA!!!

.

i.Z.Z.i.e:

Aci bet yang Ahmad Seth Tan kini sudah menjadi ciri-ciri idaman suami bagi seluruh wanita di Malaya.

The best episode, EVER!

Another link to download Nora Elena drama: click here.

58 thoughts on “Nora Elena: Episode 12

  1. yeay..finally,review for ep12..thanx beauty..seth tan >>MELTING..ahaks~ lagu yg main part seth tan dukung elena utk tido atas katil tue adalah “sesuatu yang berbeza by sofaz”..best kan lagu tue, tangkap cintan..kuikui..

  2. episod paling mantopp…
    dah lama bulu roma x menegak keharuan ..
    dah lama x rasa perasaan seperti ini..
    n dah lama sgt x sawan macam skrg ne..

    oh my dear seth……

    will u marry me,..

  3. marvellous

    your comment kelakor ….
    tp tell u what, it’s really actually fun when you treat a guy who loves you like that…lets say…u actually just want to test them …looks like seth so sabarnye….ohhh….
    jadikan le suami ku sesabar seth….macho…

    • thanks, rose😉
      true true.. i rasa kadang kadang bila kita tau that guy really loves us so much, we tend to test them.. macham nak uji sejauh mana dia sanggup bersabar n berusaha
      but everything has a limit.. i hope ahmad seth tan will be patient with elena..janganlah ada plak twist 180 degree kat tengah2

  4. omaigoddd scene penghujung tu meragut nyawa betui laaa!!! & diiringi bersama lagu yg begitu menusuk jiwa. ahh…lembik…cairrr…..mengewap..cair semula… sighh…i pun nak tau nama lagu tu….

    • sangat!! dan suatu penyeksaan yang amat dasyat sebab nak kena tunggu sampai isnin nak tengok sambungan!! whyyy whyyyy??!!
      nama lagu tu: sesuatu yang berbeza by sofaz. i yg tak dengar lagu melayu pun dah suka lagu ni sebab nora elena.

  5. O M G…kenapa dia yg harus ko rangkul…kenapa bukan aku…O M G…!!!! haha akak bace sini je…xyah pinjam novel dah

  6. For sure…im so in love with a Melay guy now….lotsss of love [Aaron aziz] this Singaporean made my day ;)))

  7. oppss teman salah…bkn lgu dan bila esok dri sofaz tapi lagu Sofazr – Sesuatu Yang Berbeza..kesilapan teman harap dikesali,,

  8. Dear, memang your review terbaik la…:D
    Suker giler bacer…:)
    Sampai skang masih terbayang scene Seth Tan merangkul Elena tue…:)
    So sweeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt…:)

    • thanks again izyan.. episode 12 memang lagik susah nak recaps compared to episode 11
      sebab seth was extremely sweeetttttttt all the time, nak gambarkan dengan kata2 memang sukar amat -_-“

  9. ako bet kiraa tasbih terskib beberapa biji tatkala scene putus nafas… jerit jerit!!

    p/s: caya tak..ako haram 1 episod pn tak pernah tgk drama ni… bergantung kt summary homaigod ini… ako..oooo oooo.. ooo..oo…. ooo… speechless… ooooo.. ako mau seth tan ako juga~~~~

    • haha..bukan takat tasbih terskip beberapa biji..tapi putus terusssssssssssssss!! LOLOLOL

      nyonya, hang dah baca belom Kasih Yang Suci? bukan dulu hang penah baca ka masa kat kolej? tak terasa ka nak tengok drama dia plak? hehe, skang ni memang suma tengah angau kat seth TAN. kekeke..hang pon speechless eh? marilah kita sama-sama berjemaah jatuh rahang😛

      eh, nama hang marina TAN, waaaaaaaaa..jeles!

  10. sowi…teman yg excited ni…kalo mcm tu x mngapalah..teman memahami…teman sedia mnggu & bsabar spt mana seth blh bsabar dgn karenah wifenya…huhuhu…

  11. I really like your review…even rasanya baca ur review lagi best drpd tengok sendiri cita tu hehe. Memang sekarang almost everyday bukak ur blog nak tengok if ada new review Nora Elena eventhough dah tengok dah the episode kat tv
    Keep it up!

    • thanks rosfara. drama tetap best sebab boleh tengok sendiri aksi Seth Tan & Elena. i cuma mampu tulis dengan perkataan dan meroyan.
      anyway, thanks again sebab suka tulisan i yang tak seberapa ni ^^

  12. Hehe kenalah sabar menunggu coz episod 13 lagi la tak cukup setangki oksigen,,,kene b’tangki-tangki tau.. haha..

  13. Pingback: Nora Elena: Episode 13 « i.Z.Z.i.e

  14. ::zie…smalam tgk lg NE epi 12 ni laa..2 yg x sabo2 i nk tgk balikk review you ni…adohaaii..i paling sukak part A.B.A.N.G. tu ..panggil apa ? AAAAAbang !! adoiiilah hati, adoii laa..muke tu, muke dia tu nape la comel sangattt…zie..i ta pasan pon boxer jalur2 tu kei..u ni mata mcm ada zoom kamera kenen hokeh !!

    btw, u nk jd props sofa, frame gambar ngan apa lg satu…? i pon nk jd props boley ? ahh..i nk jgak..tp u amek la jd senarai2 td tu..i cma nk jd baju2 yg mmbaluti abam seth ja..hokei ?!!::..(er, jd boxer bole ke ?)::wakakaaaa…daaaa~

    • HARUSLAH MATA AKAN MELIAR TENGOK KAT BAHAGIAN2 YANG MAMPU MEREMBESKAN AIR LIUR!! *uhuk uhuk*

      lagi satu..bantal peluk. hahahahaha. eip, pakaian tak kira sebagai props laaaa..mana aci!!! tu kira wardrobe!! TAK ACIIIIIIII!!!

  15. ::jgn jelles ye zie..wardrobe ke, props ke..yg pasti, pakaian2 itu hak I..wakakakaka…u kn nk jd skarf kepala juga..ameklaa..i x kcik aty…::

  16. ::alolololo..jgn la begitu izzie oi..kalu mogok, nnti ksian kat follower2 u yg len tau..eay..laju nya reply..!!::

    • eh.. i ade ke follower?
      maloooooo *blushing*

      arini reply comment(s) cepat-cepat sementara boleh bernapas. kang kalo dah busy bee, nak baca komen pun curik-curik je

  17. ::ellee..sudah gaharu cendawan pula…nyahahaaa~::

    ::izzie, i segan nk tnya..sungguh segan..i ada antar parcel kat u tau..ave u received it ?::

    • U ADA HANTAR PARCEL KAT I??
      TT_______TT
      oke, itu adalah nangis terharu
      nanti i check cepat-cepat ada tak parcel i ya macik.. i will update u later
      waaaaaaaaaaaaaaa….. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa <—– reaksi sebab suka terima parcel ^^

  18. ::chey izzie..u jgn nk ober sexcited ye..i takot u terkichiwa dgn parcel yg x seropa parcel tu..heheh…(mode berdebar2 tnggu u dapat ke x + da redi nk kol mara2 courier service tu kalu x sapai lagi..da la pecahkan barang i , demmit !!)::

  19. ::frame gambar..besar jgak laa..prezen kawen kawan i.. no sorry letter, n den i yg kne wat letter utk claim..mnyampah laa..smalam n ari ni btol2 mnguji kaf sod ba ro nun !! i harap u dapat barang tu dgn jayanya ya zie !! hoyeh !!::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s