Nora Elena: Episode 10

Oh, entri makin panjang sebab gua makin meroyan. Harap maklum.

Hellu all.

No. Scratch that.

Assalamualaikum (cuba nak jadi Melayu *wink wink*)

Mulai dari hari ini, kepada siapa-siapa sahaja yang baik hati dan bertimbang rasa bolehlah tolong hantar setangki oksigen ke rumah gua. Kerna, gua yakin akan memerlukan bantuan pernafasan secara terus-menerus dari jam 7-8 malam, Isnin-Khamis. Namun, lebih afdal kiranya terus dihantar wakil (preferable at this moment: *cough* Seth Tan) untuk melakukan bantuan pernafasan CPR dari mulut ke mulut.

Adakah cuma gua yang berperasaan begini atau sememangnya semua turut merasakan bahawasanya episode 10 adalah begitu menguji diri? Tiap kali muka Eid muncul di kaca tv CRT (pergh, dah layak masuk muzium) gua, tiap kali itu jugaklah gua nebes. Nebes kalau tetiba plot drama ini berubah 180 darjah. Bimbang kalau-kalau semuanya tidak seperti yang diharapkan.

Wajah Seth yang begitu kecewa dengan cara Elena meninggalkannya selepas dihantar pulang itu bersambung hari ni. Wahai Seth, kuciwa yang terpancar di wajah kanda itu, terasa jua sakitnya di hati dinda.

Elena seolah-olah masih tidak dapat terima kenyataan yang Seth kini adalah tunangnya, bakal dikahwininya, dan akan menjadi suaminya dalam jangka masa terdekat. Cincin dengan BATU BERLIAN BESARRRRRRRR itu diperhatikan lama-lama. Chantekkan cincin Seth kasik kat you tu, Elena. Kalau lepas ni you campak lagi, I akan tunggu kat depan you untuk sambut cincin tu. I tak gadai, tapi I pakai😛

Bila Dila sampai rumah, terus dia terpa Elena. Dila bagitau yang Eid dah menyesal , nak berbaik semula dan teruskan perancangan nak kawen dengan Elena macham biasa. Terus-terang Elena cakap yang dia dan Eid dah takde apa-apa sebab dia bukan lagi tunang Eid. Yeap, dia dah jadi tunang Ahmad Seth Tan sekarang. Dia dah terima pinangan Seth petang tadi. Bila Elena tengok tepon dia, ada 18 missed calls. Dila kata, kalau ada tepon tapi nak off, baik tak payah pakai tepon. Touché!

Elena dear, from the way you look..macham menyesal terima pinangan Seth cepat-cepat sebab pada masa yang sama Eid coba nak berbaik semula dengan you. Please, I tak sanggup nak tengok riak wajah you macham tu. Buat apa lagi nak dikenangkan lelaki yang besar ego daripada kepala tu?

Seth kat rumah. Baru nak charging telefon sebab bateri dah kong (ouh, Blackberry Bold 2 kaler putih itu macham gua kenal. Mr.K, kasik pinjam boleh you punya boleh? Dapat pakai tepon yang sama dengan Seth pun sudah boleh menggumbirakan hati I). Ada 18 missed calls from Yvonne. 18? Really? Pffftttt. Itu menunjukkan bahawa Eid dan Yvonne adalah sama-sama saiko dalam cerita ni sebab tepon orang sampai 18 kali.

Malam tu, lelaki gila talak (fasa pertama) pegi rumah Elena. Vavi! Ada hati lu nak hon-hon depan rumah orang. Gua rasa nak hentak jek. Dila plak lagi satu. Apasal ko ni beria-ria suruh Elena tu jumpa Eid? Patutnya dibiarkan je Eid tu tercongok depan pagar macham tunggul kayu. Orang macham tu tak perlu nak dilayankan sangat.

Tapi disebabkan Elena dah kena paksa dengan si Dila ni, dia keluar jugak tunjuk muka. Isyyy..dah la pakai pajama kaler putih. Comel sangat si Elena ni tau! Musti lu rasa rugi lepaskan tunang lu tu kan Eid? Dan memang sah-sah si Eid ni jenis dah ludah, jilat balik. Dengan selamber badaknya boleh berlagak macham biasa, macham takde pape. Siap boleh panggil “Sayang” kat Elena. “Sorry” kononnya, “Ikhlas” kononnya. Baru sedar yang selama ni dia tergesa-gesa buat keputusan putuskan pertunangan. Siak la lu, Eid! Gua benci tengok muka lu.

Tak guna lagi Eid nak berjanji setia, atau berjanji untuk berubah sebab nasik dah jadi bubur. Elena bagitau yang dia dah terima lamaran Seth.

“Kami akan berkahwin pada hari yang sama sepatutnya kita kawen, Eid.”

Dengan diiringi lagu “Berubah”, buat hati lagi sayu bila tengok Elena berkata begitu. Dalam hati, dia masih lagi chentakan Eid. Tapi apakan daya, Eid bodoh melantun-lantun dalam membuat keputusan sampaikan Elena yang menjadi mangsanya.

Hari esoknya di pejabat, Seth meeting dengan En.Karim..big shot yang nak kasik job juta-juta kat Seth. Yvonne si kepochi ada sekali. Since En. Karim ni dapat tau Seth bercuti, saja dia berbasa-basi.

“Pergi Bangkok ke?”

“Tak sempat sampai Bangkok, dah bengkok dah.”

Gua inesen. Gua tidak paham apakah maksud jawapan Seth di atas. *geleng-geleng kepala sambil senyum setan*

Out of nowhere, si Eid terjah masuk dalam office Seth dan maki-hamun Seth sebab rampas tunang dia. Kenapa sanggup rampas tunang staff sendiri sedangkan selama ni dia anggap macham abang dan sanggup buat macham-macham untuk Seth. Ceh! Mengungkit! Nampak sangat buat keje tak ikhlas! Dah tu pulak, sangat tak professional okeh main serbu cenggitu sedangkan En. Karim & Yvonne ada skali. Sian Seth tau, muka dah malu-malu alah depan tetamu. Bedebah lu Eid, berani menjatuhkan air muka Seth!!

Yvonne si kepochi sibuk nak tau kenapa jadik cenggitu. Seth pun explained lah lebih kurang yang dia memang sukakan Elena tapi takkan rampas Elena dari Eid. Cuma dia nak selamatkan Elena dan klorga Elena daripada malu lepas Eid putuskan pertunangan tanpa usul periksa. Manalah dia nak tau Eid nak jilat balik ludah dia tu.

Kanda, dinda tak sanggup nak pelangkong kanda dengan batang kayu. Tapi mengapakah kanda berkata sedemikian rupa? First of all, tak perlu kanda jelaskan semuanya Yvonne. Keduanya, tolonglah jangan kasik alasan nak selamatkan Elena dan klorganya daripada malu. Just say you did that because you love her, and because of LOVE only. Sebab kanda mahu memiliki Elena. Bukan kerna nak menjadi a kight in shining armor yang menyelamatkan damsel in distress, or because of guilt. Nampak macham kanda tak sepenuh hati pulak nak mengahwini Elena. Tsk tsk tsk *sentap sat 5 minit*

Back at home… dengan t-shirt Polo kaler merah (oh my!), Seth hantar text message kat Eid. Saying that dia sanggup undurkan diri, mintak Eid bincang dengan klorga Elena dan Elena sendiri. WHAT?! How could you Seth??!! Belumpun bertempur, sudah mengalah? Elena skang ni dah jadik tunang you, hak you. Kenapa nak serah kat Eid pulak??? *sentap lagik 5 minit*

I should add another nickname for Eid –muka tembok. Masih lagi tak segan silu merayu-rayu kat Elena. At one point, I thought Elena akan give-in dengan pujuk rayu Eid. Mana tidaknya, hati masih sayangkan bekas tunang. Tapi nasib baik Elena masih berpikiran rasional. Segalanya akan dibawak berunding dengan ahli klorga.

Elena balik kampung. Dari cara Elena bercakap, memang dia nak u-turn balik kat Eid. Tapi Pakcik Nordin, Makcik Jijah dan Abang Long awal-awal tak setuju walaupun Eid dikatakan berjanji akan berubah.

Makcik Jijah: “Belumpun kawen lagi, masa tengah bertunang pun dah buat hal.”

Pakcik Nordin: “Skang kan Nora dah jadi tunang Seth. Tak perlu fikirkan lagi pasal Eid.”

Abang Long: “Jangan percayakan sangat cakap lelaki ni. Abang cakap ni sebab Abang orang lelaki.”

And Seth wins!!!

Scene bertukar. Elena di pejabatnya dengan bunga segar di atas meja. Pandangan kamera dihalang dengan objek yang memakai baju putih berseluar hitam. SETH! Did I ever mentioned to you that I have a soft spot when a man in white shirts and black pants, Mr. Seth? Datangnya bertemu Elena untuk tahu keputusan Elena, supaya dia boleh buat persediaan.

Persediaan? Kalau jadik, persediaan kawen. Kalau tak jadik, persediaan nak cantum kembali hati yang sudah pecah berderai. Mungkin? Jangan risau Seth, dinda sentiasa di sini sebagai ganti. Namun apakan daya, dinda hanya pilihan kedua. Tiadalah dapat dinda menjadi pengganti untuk mencantumkan kembali hati yang mungkin akan pecah berderai itu. Kerna Nora Elena memilih Seth over Eid. Muka Seth kelihatan gumbira.

“Ni keputusan keluarga saya, bukan keputusan saya.” tambah Elena, datar.

Berubah jua air muka Seth mendengarkan gadis di hadapannya menuturkan ayat sebaris itu tanpa perasaan. You kijam Elena, you kijam!! Come here Seth, let me comfort you with my warmest hugs. *peluk Seth ketat-ketat dari belakang*

.

FAST FORWARD:

Seth cuba jelaskan kat Eid yang Elena terima dia bukan sebab orang lain tapi atas kesilapan Eid sendiri. Eid nak resign. Pak Ali dah datang jemput Elena dari rumah untuk gi keje tiap pagi. Seth dah mula bercoti seminggu sebab nak belajar agama..maklumlah, dah nak kawen! *dinda senyum sampai telinga* Amir dapat kad kawen; Ahmad Seth Tan & Nora Elena. Amir ingat Seth nak kenakan dia sebab tanak ngaku sebelum ni yang Elena tu tunang dia. Dia nak kenakan Seth balik. Muka Amir jahat gila masa ni, macham tengah plan something. Eid muka tembok datang umah Elena kat kampung, nak pujuk Elena buat kali terakhir. Abang Long yang ada kat luar tengah sibuk-sibuk bawah khemah halau Eid balik. LOLOL. Padan muka! Elena tak sampai hati tengok Eid kena marah macham tu dengan Along.

“Kau kira kau punya tak sampai hati..dia (Eid) punya tak sampai hati kau tak kira?!” tempelak Dila kepada Elena.

Bwahaha. Gua setuju sangat dengan Dila ni! *high-5 kat Dila*

.

PLAY (pada kelajuan biasa):

Maria sampai kat rumah Seth selepas dijemput Pak Ali. Dipesannya kepada Maria supaya cepat bersiap. Pak Ali pun sibuk nak gi tukar baju. Hati gua berdebar. Adakah ini harinya? Maria panjat tangga ke tingkat atas untuk mendapatkan abang, Seth.

.

SLOW MOTION (pada kelajuan PALINGGGGGGGG perlahan):

Seorang jejaka keluar dari kamar, dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu cekak musang berwarna putih susu, bersampin dan bersongkok. Dia berdiri di situ sambil tersenyum.

SUBHANALLAH!! MAHA SUCI ALLAH..

*tarik napas dalam-dalam*

HOMAIGODDDDDDDDD!! HOMAIGODDDDDDDDDDD!! HOMAIGOOOOOOOOODDDDD!!! I DIE!! I DIE!!! I DIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE BECAUSE TOO MUCH OF HAPPINESS!!

Nampaknya, doa dinda semalam dimakbulkan. Dinda begitu terpaku melihatkan kanda berpakaian begitu. Kachak dan menawan sekali. Untuk kesekian kalinya, hati ini cair lagi. Dan tiadalah dapat dinda menerkam kanda kerna kini dinda sudah benar-benar terpana. Tubuh kaku bagai dipukau oleh ahli silap mata berbaju Melayu, bersampin dan bersongkok. Silalah terkam dinda T_________T

Hey Maria, I jeles sangat tahu you dapat peluk Aaron Aziz!! No, jeles sebab you dapat peluk Seth Tan. NO!! SEBAB YOU DAPAT PELUK DUA-DUA!!

Majlis akad nikah di diadakan rumah Elena. A beautiful bride weds a handsome groom. Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dengan permata. Sama chantek sama padan. Cuma wajah Elena kurang dengan senyuman. Coba senyum sikit sayang..

Malik, you tengah cam-whore ke tadi tu?? LOLOLOL.

Dengan bersaksikan oleh bulan dan bintang para tetamu yang datang, Seth dan Elena selamat diijabkabulkan. Sempat jua Seth mencuri pandang wajah isteri di sisi.

.

i.Z.Z.i.e:

Selamat Pengantin Baru diucapkan khas kepada diri sendiri kerana telah selamat dinikahi oleh Ahmad Seth Tan. LOLOLOL.

Next?

Scene malam pertama.

Next, next?

Honeymoon di Cameron Highlands.

HOYEHHHHHHHHHHH!!!

39 thoughts on “Nora Elena: Episode 10

  1. dear izzie..
    i suka baca semua entri u pasal cerita nora elena..
    hehehe.. now every morning i sampai je opis and mesti dok baca u punya blog.. siap dah list as favorites sng nak link..heheehe

    nais dear.. n i like it!
    so.. hope u can write till the finale episode lah.. hehe

    ok izzie.. take care n have a nice day ya!

    yatt

    • thanks yatt!
      aishh.. kadang2 i rasa macham malas nak continue writing the recaps sebab makin panjang berjela lately
      and it is time consuming sebab nak kena edit here and there, proof-reading lagi, nak pikir kesinambungan penulisan etc etc
      tapi itulah nye.. sebab dah suka. i want to share my thoughts and excitement everytime tengok Nora Elena
      and i am glad most of the readers enjoy my writings (wpun meroyan tak sudah2 :P)
      thanks again!

    • who wouldn’t, kan?
      for me, aaron aziz memang betul2 pandai bawak watak as seth tan in nora elena
      kalau tak, takkan satu malaya demam kot? lololol

  2. yes! thats true dear!!! kalau watak tu dpt kt farid kamil ke.. org lain i rse satu malaya takla demam.. mesti biase2 jek..

    aaron aziz mmg seswai sgt ngn watak seth tan tu.. owhh.. im melting..🙂

    btw.. arini trus cont sambung entri u eh.. sbb rse excited gila.. n nak meroyan sekali pon ada bila baca entri u.. mueheheheeee….

    • ahahaha.. kalau farid kamil, agak2nya nanti i akan boikot tanak tengok macham LBS tu -_-”
      ouh…tetiba rasa pressure plak nak tulis recaps for episode 11..huhu

  3. trsnyum2 i bc entri u psl nora elena ni.i pn big fan cite ni.and b4 ni byk kali tgk aaron brlakon,xprnh minat pn.tp bl tgk cite ni,terus jatuh cinta.xjemu tgk aaron as seth tan.soft spoken and romantic.kdg2 i pk kan best ada laki mcm seth tan.u teruskn entri u psl cite ni tau.i akn jd follower.🙂

    • samalah.. i takdelah seru tu sampai sampai nak meroyan macham ni skali bila tengok aaron aziz berlakon previously. tapi in this drama, sebab dia pegang watak lelaki ideal/idaman i hingga akhir zaman..tidak dapat tidak, tempiasnya kena skali kat aaron aziz tu.

      tapi..mana ada seth tan in real life *sigh*

      thanks mya for ur support🙂

  4. babe!! try to write a book.. Your own story… anything!! sbb… “couch”… perbetul tekak… ehem… you are talented u know!!!! waaaaa nnt ako nk jadi among the early bird yg baca buku hg!! think about it tau!! fighting!!!!

    • Na, ako tak kreatif nak menulis. setakat tulis merapu, meraban, syok sendiri tu bolehla..namapun pena picisan
      anyway babe, thanks so much for ur compliments
      malooo ako, Na

    • omooo~~!!
      jasjamal pun dah pasang cctv kat bangsar ni..
      melawan nampak?

      kamo jangan lupa tengok episode malam ni tau!! musti boleh dengar jeritan sampai ke kulim :-*

  5. perempuan gila!!!!!!!!!!! aku dah gila!!!!!!!!!!!!! ahahahaaha! cane ni weh? meroyan mereng aku dbuatnya! hari ni hari ni hari ni wedding night!!!!!!!! kalau elena tanak peluk abam atan, biar aku je yg peluk muahaha!😛

    • yeahhhhhhh!! GILAAAAAAAA!!!! ni baru nikah!! blum lagi malam pertama!!
      abam atan tido kesejukan malam ni…aishhhhhh
      hey! u nak peluk abam atan???!!! *terajang leanne sampai jatuh katil*

    • hahaha…boleh tahan gila jugaklah!

      kalo buleh, nak explain yg detail tu tang seth tan je..tang eid tu rasa nak padam terus. LOLOLOL

  6. lps tgk kt tv mst nk bc kt blog ko. kt tv mmg klakar tp bla bc kt blog ni lg klakar. tulis lg ek sok n spai abis cite ni. sesungguhnya ko mmg bbakat buat org yg bc gelak sorg2 dpn laptop. good job, girl!

  7. Seorang jejaka keluar dari kamar, dengan berpakaian lengkap berbaju Melayu cekak musang berwarna putih susu, bersampin dan bersongkok. Dia berdiri di situ sambil tersenyum.

    SUBHANALLAH!! MAHA SUCI ALLAH..

    *tarik napas dalam-dalam*

    HOMAIGODDDDDDDDD!! HOMAIGODDDDDDDDDDD!! HOMAIGOOOOOOOOODDDDD!!! I DIE!! I DIE!!! I DIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE BECAUSE TOO MUCH OF HAPPINESS!!

    exactly the same reaction from myself…hahahahaha….*high 5 sket…..

    he’s just awesome…love everything about Seth Tan ;)))

  8. tgh surf2 terjumpa ur blog..
    samalah kite minat nora elena.
    tgh rajin mop rmh semalam.,sanggup brenti dl nak tgk..
    seb bek ur blog ada citer every episode
    sbb sy dah terlps 2episod b4 nih

    • hehe..ye, keje2 lain ketepikan dahulu..yang penting tengok nora elena.
      thanks sebab sudi baca recaps i..hehe banyak merepek and spazzing sana sini jek

  9. salam izzie..tak sabar nak bace post utk episod 11 plak..tetiap ari sy singgah blog awak..selamat berkenalan..salam dr kyoto, japan..:)

  10. luv it dear..wlaupun cite nih dh abeh..hati still blum beku..mkin cair meleleh ble bce review u nih..oh ahmad seth tan..kerna drimu aku meroyan thp gaban xckup mkn..awwww demmmm!!

  11. sya suka..sya suka..wlaupun cite nih dh abeh..hati still blum beku..mkin cair meleleh ble bce review u nih..oh ahmad seth tan..kerna drimu aku meroyan thp gaban xckup mkn..awwww demmmm!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s