Nora Elena: Episode 9

Fuhhhhhh… 3 hari hidup tanpa drama #NoraElena. Haruslah keterujaan untuk menantikan saat Seth kawen dengan Elena tu sama seperti gua pulak yang nak dikahwinkan. Eh, bukan teruja saat naik pelamin sangat sebenarnya..tapi nak tengok scene *cough* CAMERON HIGHLANDS. KALAULAH Seth yang pinang gua, memang gua awal-awal lagi dah hentak-hentak kaki suruh klorga Pakcik Zin terima tanpa banyak soal.

Tu pasal Seth tak pinang gua. Meroyan tak sudah-sudah. Belum depan mata pun dah nak diterkam, kalau ada depan mata sendiri? -Lunyai!

Eid is back. Tengok muka dia pun dah menyampah! Dan semestinya dia adalah lebih bodoh dan ego daripada biasa. Ingatkan bila dah jauh dari Elena, otak boleh pikir lebih waras. Tapi tidak! Elena nak jelaskan keadaan sebenar, dia takmo dengar. Malik nak cakap terus-terang pun, dia tingkah. Siap tuduh Malik pulak sibuk nak kejar pangkat dengan sebelahkan bos derang.Susahlah kalau otak letak kat bontot ni. Benak!

“Ini Saiful Idham. Sekali dah ludah, takkan jilat balik.”

Konfiden benar lu Eid?

Elena kat kampung sudah berputus arang berkerat rotan dengan Eid. Lebih-lebih lagi bila tau dari mulut Malik penerimaan Eid walau sudah coba diterangkan hal sebenarnya. Apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak. Bersaksikan ombak yang memukul pantai, cincin tunang (dengan berlian kecik secoet) pemberian Eid dicampakkan ke dalam laut.

HOREYYYYYYY!!!!

Dan tibalah Mr.Sexay dengan muka comel dan inesen menyapa Elena. Auuwwww… Maksu garang tu biasalah, menda pertama yang ditanya kat Seth, “Awak buat apa kat sini?”. “Nak sarapan sama-sama.” jawab Seth pendek. Aigooo Adik, susah sangat ke nak paham yang dia datang situ sebab nak jumpa you? Dia nak tengok muka you. Dia nak tatap wajah yang dia sayang selama 10 tahun ni. Berkali-kali Seth cakap yang dia sukakan Elena tapi Elena macham acuh tak acuh. Ishhhh..semangat padi yang gagah di depan mata langsung tak dipandangnya.

“Dah orang (Eid) taknak kat saya.” kata Elena.

“Tapi saya nak kat awak.” jawab Seth.

“Saya pun NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK kat awak, Seth!!” tambah gua.

Seth janji akan jadi suami yang baik, yang akan jaga Elena sampai tua. Auuwww..Seth. Hati ini sudah kanda tawan, sudah kanda miliki. Terimalahhhhhhh!! TERIMALAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

Nora Elena adalah Nora Elena. Sebagaimana dia tinggalkan Seth termangu-mangu sewaktu di klinik, macham tu lah jugak kali ni. Kesian Seth. Tapi mata Seth tu sangat nakal hari ni. Sebelum balik selepas bersarapan di rumah Elena (of coz la sekali dengan mak ayah Elena), sempat lagi dia curik-curik pandang anak dara orang yang tengah menyorok kat balik pintu. Comel! Macham cerita Melayu dolu-dolu. Kalau Latifah Omar, musti dia dah malu-malu sambil geget jari.

Lepas Seth balik, mak ayah bincang pasal kenduri yang tak jadik. Pasal duit deposit katering yang hangus, belanja kawen yang lain, hantaran, bilik tidur. Makcik Jijah yang diva tu haruslah tak dapat terima kenduri kena kensel. Nak jugak-jugak suruh Elena kawen, dengan Atan pun, ATANLAH! Asalkan tak malu dan tak rugi. Elena jadik serba salah bila tengok Makcik Diva yang dah rebah kat lantai sebab pikir banyak sangat. Lagi bertambah rasa bersalah sebab mak dia mintak dia kawen jugak-jugak dengan Atan. Poor Elena, I tau u tertekan. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara maruah keluarga dan perasaan sendiri.

Elena cuba nak tepon Seth, tapi baru dia sedar yang dia takdak nombor tepon Mr.Gojes. Ouh, tu la..kalau simpan awal-awal kan senang? Nasib baik you jumpa Seth tengah layan jiwang sorang-sorang kat tepi pantai tu.

“Saya terima lamaran awak sebab itu yang mak saya nak.”

Olooooo..janganlah cakap macham tu kat Seth, terluka hati gua mendengarnya. Tiada rotan, akar pun berguna jua..dan nampak sangatlah yang Seth akar tu T_______T

Lepas dapat green light dari Elena, Seth terus tepon Pak Ali suruh datang Melaka dengan Kak Pah. Pesan suruh pakai elok-elok lagi. Pak Ali terkejut sebab Seth bagi salam kat Pak Ali dalam telefon. Bila ditanya, jawapan Seth mudah, “Belajar nak jadi Melayu, Pak Ali.” 

Dear Mr. Seth Tan, boleh tak jangan buat hati saya melebur berkali-kali?! Saya dah tak larat nak masukkan hati dalam peti ais supaya beku semula tau!

Pak Ali sampai dari KL dengan teksi. Kak Pah tak dapat ikut sebab tak sihat. Bila ditanya ada apa halnya, Seth bilang nanti dalam perjalanan akan diceritakan. Terus saja dia ke tempat pemandu, dan Pak Ali duduk di kerusi belakang. HAHAHAHAHA. Tak beragak-agak Pak Ali ni tau! Baru pakai kemeja batik, terus berangan jadik YB! Bos pulak yang jadik driver.

TAPI PAK ALI KELUAR BALIK DARI TEMPAT DUDUK BELAKANG DAN SETH KELUAR DARI TEMPAT PEMANDU DENGAN MUKA GELABAH SAMBIL SENYUM TERUS PERGI KAT TEMPAT DUDUK BELAKANG BELAH KIRI, EHHHH SALAH LAGI PERGI BELAH KANAN PULAK!! HOMAIGOD SETH TAN COMEL NAK MAMPOSSSSS!!!

Tiba-tiba pemandangan yang enak berubah menjadi mimpi ngeri. Eid! Lepas Zila explained pasal kemeja, baru Eid macham tersedar yang memang betul selama ni Elena tak bersalah. Eid ni agaknya, tak faham bahasa kalau orang cakap leklok. Bila orang cakap sambil marah-marah macham Zila buat kat dia tu baru dia nak terima. Apa kata lain kali hempuk je terus dengan batang kayu?

Bila hati dah rasa bersalah, mulalah nak tepon sana sini. Dila jadik mangsanya. Tapi nasib baik Dila basuh jugak si Eid ni. Biorkan, orang benak otak letak kat bontot memang patut diajar macham tu pun. Dah terhantuk, baru nak terngadah. Tu pasal lah bro, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikur nafsu lesu. But it’s too late oledi. Padan muka lu!

Nun jauh di Melaka, Elena yang sedang elok duduk di dalam bilik dengan berpakaian kurung putih dan berselendang memadam nama Eid “Sayang” dari phonebook tepon dia..bersama deraian air mata. Gosh, terasa sebak bila tengok Elena dalam keadaan macham ni. Dapat bayangkan, betapa terseksanya perasaan dia waktu tu.

And guess what? Tak lama lepas tu si Saiful Idham yang takkan jilat balik ludah dia tu tepon Elena. I bet, musti dia nak mintak maaf dan mengharapkan semuanya akan kembali seperti sedia kala. Mungkin boleh teruskan perkahwinan derang. Yelah, mana nak carik pengganti sekelip mata, kan?

Ada! Seth😛

Elena terus matikan tepon bila tengok nombor yang dia kenal sangat-sangat. YOU GO GIRL!!!!

Kat ruang tamu, Pak Ali dan Seth (eh, lelaki yang nak bertunang ada skali masa nak bincang dengan klorga perempuan?) sedang menunggu. Gua suka gila Pak Ali hari ni sebab dia gigih nak pakai baju Melayu kalau dia tau Seth ajak ke Melaka sebab nak pinang anak dara orang.

“Pasti ke? Kawen bukan boleh main-main.” kata Pak Ali yang agak ragu-ragu dengan keputusan otak seminit Seth tu.

“PASTILAH!” jawab Seth separuh berbisik tapi kedengaran tegas sekali.

COMELLLLLLLLLLLLL!!! Pak Ali, anda memang seorang jurucakap yang sangat best! Lakonan sangat bersahaja sampai gua rasa nak mintak sain! Ye, orang sebelah Pak Abu Ali (Pak Abu tiada dalam ini gambar, harap maaf. Terima kasih mak tiri sebab betulkan teeheehee) tu pun sila lah sain kat sini *selak sikit leher baju sehingga menampakkan dada putih gebu*

Pung-pang-pung-pang, hantaran untuk Elena diserahkan kepada pihak lelaki. Tak kisahlah nak kasik berapa-berapa pun (Seth kasik 50k?), dan jugak..jeng jeng jeng… SEBENTUK CINCIN BERLIAN YANG BESAAARRRRRRR PUNYA sebagai tanda pertunangan! Haih, untung benar you Elena! Patutlah you campak ke laut tadi cincin tunang pemberian Eid yang berliannya kecik cepotet tu.

Makcik Jijah sarungkan cincin di jari manis Elena, dan tenungan mata Seth kepada Elena masa ni..tak sanggup gua melihatnya. Demmm!! Rasa macham dia pandang gua. Musti dalam hati dia cakap, “Now you’re my fiancee, Nora Elena.”

Selesai majlis tunang yang ad-hoc tu, Elena pulang ke KL bersama-sama Seth. 2 jam perjalanan dari Melaka ke KL ditemani Mr.SexayGojes/tunang baru tapi Nora Elena tetaplah dengan muka ketatnya. Sampai rumah dia, terus keluar. Pandang muka Seth pun tidak. Sian Seth, yang mampu dia lakukan hanyalah menghantar tunang kesayangan dengan renungan yang penuh dengan kekecewaan hingga kelibat Elena hilang di pandangan mata.

Elena! You kijam buat Seth macham tu!

.

i.Z.Z.i.e:

Konsentrasi gua hilang masa tengah syok tengok episode 9. SUARA PENONTON KAT RUMAH KUAT MACHAM SPEAKER! Grrrrr..!! Abis suma dialog gua takleh nak recall. Oh, gua tulis berdasarkan apa yang ditonton di tv sahaja. Tidak pulak gua menonton semula di http://www.tonton.com.my. Tenet macham siput.

8 thoughts on “Nora Elena: Episode 9

    • thanks izah sebab baca ^^
      tapi kan, kena tengok jugak the drama..
      baru puas sebab baru dapat tengok sendiri kechumilan mr.seth tan teeheehee

  1. babe, i might hire you to continue recapping the future episodes lah cini! teruja dowh baca pasal makin pnjg u punya meroyan skang ni hahaha! u kan tau i suke org meroyan pnjg2 ni =D kalau i, i jual cincin eid tu beli gadget best😛
    weh, celah mana plak dtg pak abu? hahahaha!!! u nk suh dia sign kat dada, tggu kat cameron kang lol!😄

    • mak tiri!!! meroyan hanya akan panjang bila mr.sexaygojeseth tu mempamerkan aksi-aksi yang meleburkan jiwa dan raga. i kenot tahan oledi coz everyday jantung asiklah lompat somersault! i boleh mati keras tau (orang baik memang mati awal :P)

      yeah, u patut sambut je cincin eid tu bila elena campak ke laut. kita share. 50-50 okeh!

      pak abu….pak abuuuuuu.. BERTUKAR!!! PAK ALI sebenarnya, tetiba jadik pak abu T_______________________T

      cameronnn…cameronnnn… kalau kat cameron, bukan takat sign kat dada je leanne…opppssss😛

    • thank you so much pricessnora..
      erk..nora elena ke ni? teeheehee
      i penulis picisan je.. tulis ikut sedap rasa
      thanks again for reading and enjoying my writings

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s