Nora Elena: Episode 8

Teeheehee…*senyum*

Gua akan coba tulis dengan sewaras mungkin untuk episode kali ni. Sebab semalam memang seperti sudah terkena renjatan elektrik, mungkin kesan renjatan itu masih bersisa. Hati tersangat kembang mekar dan mulut tersungging dengan senyuman sebab terlampau bahagia. Maafkan kalau ada yang tidak senang dengan tahap kegedikkan yang mungkin melampaui batas dan tatasusila.

Semalam langsung-langsung tiada kelihatan muka orang yang suka membabi buta itu, Eid. Yang kelihatan cumalah telefon Nokia-yang-kena-ikat-dengan-getah pasal dia pegi campak kat dinding. Berkecai. LOLOLOL. Epik gila bro lu ikat dengan getah gelang lu punya tepon tu! Lepas ni kalo lu marah, try lu campak kat dalam air, kutip balik pastu gi jemur. Sure boleh guna lagi.

Oh, marilah kita fokus kepada Elena dan *cough* Seth sahaja.

Elena, U WALKED AWAY JUST LIKE THAT AFTER SETH DAH BUAT PERMOHONAN NAK JADI YOUR GROOM? LIKE SERIOUSLY??!! Jual mahal betul! Kan I dah cakap “I DO” on behalf of you semalam?! Nasib baik Seth tak sentap dan datang balik the next morning tau! Dengan muka comel dan gabra dia ucapkan “Morning” kat Elena. Seth, you look so good in polo t-shirt, jeans and white snickers. Rasa nak terkam. Kalau kanda pakai baju Melayu siap sampin dengan songkok segala, mau dinda gomoi terus! *auuummmm*

Ok, sekarang tarik napas dalam-dalammmmmmmmm… Tahan..tahannnnn..tahannnnnnnnnnnnnnn… Hembusssss… Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim..

Table setting kat tepi pantai. Suasana begitu tenang dengan angin laut dan deruan ombak yang memukul pantai. Kelihatan Seth sedang duduk, resah gelisah menantikan kemunculan Elena. Berdebar. Bukan Seth, tapi gua yang berdebar.

Elena sampai. Agak terkejut dengan pemandangan yang agak berlebih-lebihan di matanya. “Apa ni?” tanya Elena. “Kek. Makanlah.” Jawab Seth ringkas.

Garfu di atas meja diambil (Ya, makan kek haruslah dengan garfu ke tuan-tuan dan puan-puan. Bukan dengan sudu sebab apabila menggunakan sudu, tekstur kek itu akan rosak dan menjadi padat serta mampat). Belumpun sempat garfu ditusuk ke permukaan kek..terlihatkan seperti ada kilauan di situ.

C.I.N.C.I.N~~!!!  *panting panting panting*

Oksigen seolah-olah semakin menipis. Jantung berdegup semakin kencang. Darah panas menyerbu ke muka. Peluh dingin menitik laju. Kusyen di sebelah gua gapai. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kalau gua jerit kejap lagi, sekurang-kurangnya boleh jugak gua sumbat kusyen ni ke mulut.

“Nora Elena binti Nordin, will you marry me?” 

AAAAAAAAAAAAAA!! Gua jerit tanpa sempat kusyen itu disumbat ke mulut sendiri. Jantung gua berhenti. Terlalu gumbira sampaikan terasa jantung berhenti sendiri. Gua menggelupur seperti terkena sawan. Kalau ada yang duduk di sebelah gua, lunyai lengannya sebab kena tumbuk dengan gua. Kalau ada yang duduk di hujung kaki gua, musti secara tidak sengaja dah kena terajang.

Oh Seth Tan. Romantis sungguh cara kanda melamar Elena. Bergenang juga air mata dinda kerna terlalu terharu. Perasaan yang sama gua rasakan bila Edward melamar Bella dalam Twilight Saga: Eclipse.

Di Bangsar, Kuala Lumpur seorang gadis mengucapkan..

“Yes, Seth. I will marry you!!”

Over tau! Machamkan dia propose gua plak. Okbai.

Tolonglah jangan buat dinda macham ni wahai kanda. Dinda hampir putus nyawa di rumah tau! Sapa yang nak kasik CPR kalau jadi apa-apa? Kanda dah lah jauh nun di Melaka. Auuuwwww…

“I love you,” kata Seth.

“But I don’t love you!” jawab Elena.

“BELUM LAGI!” tambah gua😛

Macham tu punya gentleman pun you tak cair lagi ke Elena? Dah 10 tahun Seth sukakan Elena, dari dia tingkatan 3. Oh, suci sungguh chenta Seth ni. Sehinggakan dia tak mampu nak menchentai mana-mana perempuan selain Elena. Aaww.. Musti terseksakan selama ni dia tunggu Elena. 10 tahun tak tau kat mana Elena, hidup ke, mati ke? Tup-tup dapat tau gadis yang dia chentai selama ni dah bertunang dan akan berkahwin.

“Kalau awak tak boleh terima saya, takpe. Tapi awak terimalah hadiah saya ni.”

DINDA TERIMAAAAAAAA!!! DINDA TERIMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! -_-”

Cincin bertukar tangan dan Seth pun berlalu pergi.

Hari esoknya, Seth datang lagi ke hospital dengan buah tangan, cium tangan mak dan abah Elena. Wah! Langkah bijak. Nak tawan hati anak, tawan mak bapak dulu ye? Siap hantar lagi ke rumah bila mak Elena dah discharge. Baikkkkk punya ejas. Bila diperhatikan lama-lama, sungguh sopan-santun, berbudi-pekerti anak Uncle Tan ni. Sesuai benarlah nak dijadikan sebagai suami (saya). *cough*

Sapa suka tengok muka Seth bila abah Elena jemput dia masuk kemudian dia patahkan cakap Elena yang dia coti lama lagi. Ololololo..muka comel macham anak kucin’. Rasa nak cubit-cubit!

Tapikan, gua kompius kenapa Seth balik cepat-cepat bila Abang Long Elena tu sampai rumah. Macham nak mengelak pun ada. Salam pun tidak, terus start enjin kereta. Ada buat salah ke? Takkan takut kena hentak kot?

Hari berikutnya, Seth datang umah lagi. Err..Mr.Seth, you baru trim rambut ke? Terus direct cadangkan kat mak abah Elena mintak teruskan majlis macham biasa cuma tukar pengantin lelaki. Dialah yang pengantin yang akan bertukar tu!! Muka ya Allah, inesen gila! Pakcik Nordin, Makcik Jijah..SILA APPROVE CEPAT!!

Dan masa tu jugaklah si Yvvonne nak tepon. Gua tak pahamlah lu ni pompuan, bos lu dan hang up on lu semalam pun..lu sibuk nak tepon lagi arini. Hari Sabtu pun lu sibuk-sibuk. MIA? Lu bengap ke apa? Dia dah besar panjang, taulah dia jaga diri. Concern terlebeh machamkan lu tu bini dia. Lu PA je ok, P.A!

Dah, tu je yang boleh gua tulis sebab lepas tu KL hujan lebat siap guruh segala. Masa tu lah Astro no service. Vavi! Time-time genting tu lah no service pulak, kan? Nasib baik takde scene Seth dah masa tu. Kalau tak, memang gua amukan puaka.

Oh, kata-kata nasihat dari mak Elena yang sangat diva itu sempat gua tengok di penghujung drama. “Kita kena suka dengan orang yang suka kita lebih. Bukan orang yang kita tergila-gilakan.” Mak gua pun nasihat benda yang sama. Baik, mak! Saya terima nasihat mak tu..dan dengan hati yang rela, saya terima pinangan Seth Tan *blushing*

.

i.Z.Z.i.e:

Minggu depan depa nikah. KOMPOM!

Eh! Kak By naik pelamin minggu depan. Gua tak sabar nak makan nasik minyak lu dengan Abam Nazim!!!

12 thoughts on “Nora Elena: Episode 8

  1. simple guy, straight arrow, tarak main pusing2 mcm masa dia kenal Elena 2 minggu sebelum tu.

    Pehh…nice review Sis.

    • semalam ako meroyan sorang-sorang..sungguh tidak dapat mengawal perasaan. nasib baik Seth Tan sebenar tak wujud..kalau betul2 jumpa, mau pitam.

  2. nak menggambarkan apa yg berlaku pd cerita nora elena itu agak samar-samar, tapi untuk menggambarkan apa yang berlaku pada gadis di bangsar, kuala lumpur itu sangat jelas, di minda. owh seth anda setanding edward cullen..

  3. best la…nnt karang lagi cerita nie..al maklum la tengok sekerat kerat jerk..tp mmg cite nie best..bsk kite baca lg kat blog izzie ekk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s