perubahan diri di bulan Mei 2011

  • Tidak lagi bermain dengan aplikasi game Tap Zoo di iPhone. Orang yang paling annoyed bila jari-jemari gua tidak berhenti-henti duk sentuh panel skrin iPhone (untuk kutip duit hasil dari bintang-binatang peliharaan), sedangkan mata dan mulut duk bersembang adalah Mr.K. Dan beliau juga katanya tidak kesah kalau selepas ini gua menganggunya kerna sumber untuk mengalihkan perhatian gua (Tap Zoo) daripadanya selama ini sudah terhapus sama sekali.
  • Juga tidak punya nafsu nak check-in kat FourSquare seperti dahulunya. Sapa nak trofi mayor tu, silalah beat gua.
  • Perkara (1) & (2) terjadi kerana setelah format laptop, library iTunes yang asal sudah tidak wujud lagi. Meng-syncronize kan kembali iPhone dengan iTunes yang baru samalah seperti mengformat iPhone gua jugak. Habis semua aplikasi dan data lesap. Terutamanya Tap Zoo gua yang dah cecah Level 30. Nak bermula semula dari level 1? Boleh blah!
  • Masih lagi membawa pulang laptop ke rumah setiap hari. Bukan untuk resume download kat Torrent tapi untuk download drama Nora Elena. Dan jugak hapdet review episode Nora Elena. See, sangat gigih! Kadang-kadang sempat jugak hapdet Twitter. Hapdet belog & Twitter dari iPhone tak sebest manaip laju-laju dengan keyboard.
  • Sudah tidak tidur petang selepas pulang dari opis kerna khuatir akan terlajak. Kalau missed 5 minit pun gua boleh hangen. Boleh tengok kat http://www.tonton.com.my? Bluerghhh…gua suka tengok real-time. Perasaan mau maki-hamun sebab iklan berderet-deret itu sangat mengujakan!
  • Gua kunci alarm. Tiap kali jam menunjukkan 6.55 petang, alarm dari tepon akan berbunyi. Itu beri isyarat kepada orang yang paling hampir dengan remote control: “SILA TUKAR KE CHANNEL 103 SEKARANG!!!”
  • Dating HANYA selepas jam 8 malam. Oh, speaking of dating..malam ni gua ada 3 dates. Jam 7 dengan Seth Tan. Jam 8 dengan Mr.K. Jam 9 dengan Abam Joni. Pirates of The Carribbean: At Stranger Tides, y’all!

2 thoughts on “perubahan diri di bulan Mei 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s