Nora Elena: selingan

Saya tatau nak mula dari mana. Banyak menda dalam kepala nak kena ingat yang nak ditulis kat sini. Makin laju taip, makin cepat lupa apa yang nak dicerita.

Pertama-tamanya, untuk mereka-mereka yang malas nak streaming kat www.tonton.com.my, asiklah duk buffering yang sangatlah memotong stim, boleh download drama Nora Elena kat sini. Lazimnya, episode hari ini akan diupload esok harinya. Iklan tamat.

Keduanya, *cough* terima kasih kepada Kak Maizura Mohd Ederis (penulis skrip Nora Elena), Executive Producer dan crew/production team Nora Elena, kerana sudi jenguk belog saya yang tidak seberapa ini. Malu alah dibuatnya kerna saya hanyalah penulis picisan, yang banyak menulis berlandaskan emosi dan tanpa spesifikasi.

Tak tersangka entri Kasih Yang Suci – dari novel ke drama dibaca semua krew produksi. Sebagai seorang peminat yang terlalu obses dengan KYS, dan *cough* Seth Tan..memang perasaan bercampur-baur bila dapat tau yang novel kesayangan akan didramakan. Risau andai dramanya tidak menjadi gah seperti novelnya. Saya tak mahu bandingkan dengan drama/filem yang lepas-lepas kerna lain orang lain pandangannya.

Drama Nora Elena memang berhantu. Sana sini orang demam #NoraElena dan #SethTan. Tahniah kepada production team!

Terus terang cakap, saya bukanlah penggemar filem-filem atau drama-drama Melayu. Cuma novel Melayu yang banyak saya baca dan teater Melayu yang saya tonton. Dan bila sudah menonton drama Nora Elena dalam 2 minggu ni, saya sendiri menjadi panas punggung, resah gelisah menantikan tibanya detik jam 7 setiap hari Isnin-Khamis. Tak pernah-pernah berperangai begini sebelumnya.

Pada awalnya, memang banyak saya bandingkan plot dan jalan cerita drama dengan novel asal. Tapi lama kelamaan, saya mula ketepikan novel dan cuma fokus pada dramanya. Lebih mudah begitu. Saya rasa tidak lagi terbelenggu tetapi dalam hati, masih senyum sendiri sebab dalam diam-diam saya membayangkan Seth Tan dalam novel dengan wajah Seth Tan dalam drama. Imaginasinya kini lebih jelas dan terperinci😉

Saya suka konflik yang ditimbulkan dalam Nora Elena. Suspens, sedih, geram, semuanya bercampur baur. Dan tiap kali babak Seth-Elena, aawwwww…hati melebur-lebur cairnya. Sebagaimana Seth Tan dalam KYS begitu menggoda dan mempesonakan jiwa wanita saya, begitu juga Seth Tan di dalam drama Nora Elena. Dan banyak juga yang saya perasan ada twist di sana sini, membuatkan saya lebih tidak sabar untuk mengetahui jalan cerita selajutnya.

Tahniah sekali lagi kepada production team Nora Elena. Dan terima kasih kerana ‘menghidupkan’ watak Seth Tan dan Nora Elena ke pentas drama.

4 thoughts on “Nora Elena: selingan

  1. babe, ni dah mcm ucapan terima anugerah dah ni babe!😛 drama n novel sama2 best kan? mmg adaptasi longgar..slamat mengancham! kelass gitu!❤

    • agaklah jugak, ucapan terima anugerah sebab kak maizura & production team jenguk belog ni -_-” aishhh..over tau! nebes melampau-lampau, macham kena pinang dengan Seth plak. *pangggggggggggggggg sedas*

      ok, back to reality..yeap, novel and drama sama2 best!! malam ni kita sambung lompat bintang lagi kay!! siapkan skali tong oksigen malam ni!!! hahahaha

  2. salah 1 sebab aku layan nora elena adalah disebabkan high recommendation dr hang weh!!! kalau tak, pukoi 7 mesti aku tgk top chef!

    and now aku dah addicted! rasa nak tgk nora elena hari2 weh. wiken mmg kejam! T___________T

    tak sabaq gila nak baca novel dia! nnt pos wehhhhhhhhhh!!

    • haha..ako kan memang suka mempengaruhi orang kalau ako dah suka macham gila kat something..hang salah sorang mangsanya! LOLOLOL

      yes, weekend memang kijam. skang ako tak berapa nak enjoy weekend macham dulu lagi, macham sebelum nora elena masuk tv. aishhh…seksanya nak tunggu minggu depan T____T

      novel akan menyusul..skang ni kena q, ada beberapa orang di opis nak pinjam. kekekeke..sabaq noooo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s