Nora Elena: Episode 7

Omooooo~~ Omooooo~~!!! *larik ke hulu ke hilir*

Ok..marilah kita mulakan dengan Bismillah…. Tarik nafassss, hembusssssssss. Ini adalah teknik untuk cuba mengawal kewarasan supaya tidak meroyan. Kalau tidak berkesan, silalah azan kat telinga ni.

Eid, Eid, Eid, Eid. Sesungguhnya lu memang tak layak untuk Elena. Sebab tu lu cuma sempat jadik tunangan Elena, bukan suami dia. Lu memang jenis serkap jarang, buat andaian sendiri tanpa selidik dulu pucuk pangkal. Lu patut masuk je terus bawah lori masa nyaris-nyaris nak eksiden tadi.Tapi bila pikir-pikir balik, nanti takdelah pulak watak orang meroyan gila talak kat Elena. LOLOLOL.

Tapi sumpah gua nak gelak bila tengok Eid carik kunci spare rumah Elena kat pasu bunga tu. Dah rupa macham pencuri pun ada. Kejap-kejap ushar belakang, takot orang nampak. Tu lah, orang buat salah memang lagu tu..paranoid!

Ustaz dah kata, kalau nak buat keputusan..jangan buat masa tengah marah. Sebab bila amarah menguasai diri, bukan otak lagi yang buat keputusan tapi setan (bukan Seth Tan). Lu buat keputusan melulu mintak putuskan pertunangan lu dengan Elena, sedangkan lu tak bawak berbincang elok-elokpun dengan dia. Lu lari ke Penang. Lu pengecut.

Gua musyikil lagi ni, kalau pihak lelaki yang mintak putuskan pertunangan apsal pulak kena pulangkan cincin? Sungguh gua kompius.

Seth, Seth, Seth, Seth. Sudah ku pasrah dengan koleksi kemejamu ke pejabat. Biarlah, gua redha. Sebab bila sesekali dua Seth pakai kemeja berlainan warna, contoh; kemeja merah dengan suit seperti semalam..bisa menyebabkan hidung gua BERDARAHHHHHHHHHHH!!

Oh, tataulah hati perempuan mana yang tidak akan cair dengan sikap ambil berat Seth tu. Tengoklah cara dia pandang Elena, tengoklah cara dia pegang lengan Elena ~_~ Cakap pun bukan main lagi romantis. Very soft spoken. Takde terjerit-jerit macham Eid. Pffttt.

Sayu je bila dia cakap, “Cemburu pulak saya dengar awak kata begitu” bila Elena bagitau yang dia betul-betul chentakan Eid. Elena dear, sia-sia je chentakan sepenuh hati kat Eid. Silalah beralih arah kepada orang yang memakai kemeja putih itu ye. Nescaya tidak rugi di kemudian hari.

Siapa perasan muka Seth bila dapat tau dari mulut Elena sendiri yang dia dah putus tunang dengan Eid? Muka lega but at the same time muka serba-salah jugak, kan? Kan?! Gila comel. Rasa nak peluk *drooling*

DAN GUA BET MUSTI SETH BERDEBAR-DEBAR BILA NAK SEBUT AYAT NI KAT ELENA..

“Saya ingin nak memohonnya.”

(Merujuk kepada cadangan Elena to put an advert kat newspaper untuk carik calon suami menggantikan tempat Eid. Poor Elena, memang dia dah terdesak sangat.)

Muka Seth masa tu? PRICELESS!! Wahai Cik Nora Elena, toksahlah carik calon jauh-jauh. Yang depan mata tu dah cocok sangat dah. Kalau gua, awal-awal lagi gua dah cakap,

“I DO, SETH! I DOOOOOOOOO!!!”

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

*bunyi kompang*

.

i.Z.Z.i.e:

Always team Seth.

Bye Eid. Ha-Ha!

Yvonne, you’re such a _________! (fill in the blank)

14 thoughts on “Nora Elena: Episode 7

  1. seth yg sebenarnya yg merogol nora masa muda2 dulu… kalo ikut novel laa…. sbb tu dia sibuk mencari nora.. sbb nk tebus balik dosa2 dia…

    • yeah..itu based on novel. i tak sabar nak tengok adakah seth jugak yang rogol elena dalam drama sebab so far, bukan seth yang bagitau kat eid yang elena tu bukan perawan lagi. maybe ada twist, who knows?😉

  2. B.I.T.C.H! i eja definition Yvonne tu same comel dgn Seth eja nama dia kan? kan? kan?😛
    i dah hantar pembunuh upahan bunuh Eid kat Penang, tata sayonara Eid!😀

  3. how sweet (^__________^)… Seth kita selalu buat kita cair..huhuhu..adakah Prince Charming macam tu in reality????xoxoxoxo…..by the way, geram n sedey sedey amat,……smalam sempat tgk sparuh jer, nasib baik ada tonton.my buat pengubat duka (^v^) n your blog for being my budies to share this storyyy…hihihi.arigato neyh!!!!

    • thanks so much ronaris!
      Seth in novel sama je dengan Seth in drama..bisa membuatkan semua cair dengannya. hahaha..susah kot nak carik Prince Charming macham tu in reality. ahhh..sad! tapi malam ni i nak panggil dia my white-knight-in-shining-armor sebab menyelamatkan elena, si damsel in distress😉

    • weeeeeehuuuuuuuu… yariba andre andre!!
      esok la wa kasik lu sumber eh!! bawak bersabar kak by.. lu jangan banyak tengok Seth, nanti lupa kat Wak :-“

  4. dear, bab white shirt tu tak boleh kata apa, my husband also wearing ONLY white shirts (and suit) ke office, alasannya nampak more professional! so, redha je lah klu seth tan pun begitu! huuhuuuu…

    • omooo~~!! seriously??!!
      i ingatkan lawyer jek yang selalu pakai white shirts (and suit) ke office/court -_-”
      oklah, i betul2 redha ni kalau alasannya nampak more professional.
      yang penting, tetap nampak sexay!! *gedix*

  5. mangkok jamban laa….eid xtau lg kte elena dah kna rogol…dia pkir…baju seth ada kat umah elena…so dia bt andaian seth ada g umah elena n brmlam kat c2…kalo dah brmlam kay=t umah pompuan pham2 laaa…….base on logical…ok???

    • kan elok kalau dia confront sendiri dengan elena..bukan buat andaian sendiri. kadang-kadang apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang jadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s