Nora Elena: Episode 6

Tak cukup dengan lu pasang telinga dengar boss lu dengan Amir tengah sembang-sembang, lu siap stalk dia plak kat restoran. Tapi gua agak musyikil lah, lu boleh dengar ke apa derang tengah duk menyembang sambil minum-minum tu dari dalam kete? Ke lu boleh baca pergerakan bibir derang? Gua kompius bila lu terus blah time Seth baru nak explain kat Amir yang Elena tu bukan tunang dia. Timing lu betul-betul sucks la, bro! Kalo lu tunggu 5 saat lagi tadi..sure lu tak salah paham.

Tu lah..lain kali nak serbu pakai helmet. Skang ni sapa yang susah? Lu punya cemburu buta tu menyusahkan orang je tahu? Cakap pun bukan main kasar, main sindir-sindir plak. Mana pegi lu punya ayat bunga-bunga tu? Nampak sangat ayat bunga-bunga lu tu plastik selama ni.

Lu kena blaja kawal lu punya amarah. Sebab gua cuak derr tengok orang saiz badan macham lu, yang besaq gabai tapi mengamuk tak tentu pasal. Kang tak pasal terhentak dengan lu punya siku, berlubang kepala gua. Tataulah kenapa, gua rasa angin je bila ingat balik lu punya perangai. Rasa nak bagi kaki.

Tolonglah cepat sikit putuskan pertunangan lu dengan Elena. Sila tinggalkan dia, toksah nak seksa dia macham tu. Sebab ada lelaki lain yang lebih sayangkan dia dan tahu menghargai hati Elena. Bukan macham lu. *boooooo kat Eid*

Wahai kanda Seth..kanda bikin lutut dinda longgar bila menunggukan Elena di luar kedai bunga. Sambil curi-curi pandang, sambil perhatikan Elena dari jauh sedang memilih bunga. HA! Kan dah terkantoi! Comel sangat tau! Musti nebes kan? Aawww..lambai-lambai tangan lagi sebab nak cover. Kalau Elena tak terpandangkan kanda sedang berdiri di luar tu, agak-agaknya berapa lama nak curi-curi tengok poooojaan hati dari jauh ye?

Mata bertentang..hatiku mulai mendatang siang dan malam terbayang-bayang.. 

Elena punya nasib lately memang tak bagus. Dahlah terserempak dengan si kacang hantu kat supermarket dah satu hal, Eid pulak nampak dari jauh. Lu kan Eid, kalau setakat tunang lu bercakap kat luar supermarket..berdiri tercegat dengan tangan tergapai-gapai nak dapatkan purse dia daripada lelaki lain, takkan itupun lu nak kira dia dating kot? Akai ada? Boleh plak kan lu stay dalam kereta, bukan nak gi tolong. Kalau orang tu niat tak baik dengan tunang lu, lu nak tengok je lah dari jauh eh? Lu memang such an ARRRRRSSSSEEEEEE lah Eid!

Elena, be strong girl! Peristiwa kena rogol tu memang pahit dan akan kekal sebagai sejarah paling hitam dalam hidup you. Walaupun dari luar je you nampak kuat, nampak tabah, nampak garang tapi sangat fragile kat dalam. Kadang-kadang, tu semua sebagai ‘topeng’ untuk menutup kelemahan diri sendiri. Supaya orang takkan ambik kesempatan, atau mungkin berasa kasihan dan simpati. I feel you, babe! Don’t worry, sikit hari je lagi you akan dapat orang yang sayangkan you lebih daripada you sayangkan dia.

.

i.Z.Z.i.e:

I hate you, Eid!

5 thoughts on “Nora Elena: Episode 6

  1. can i call Eid as Arse after this? coz i really tempted to call him that right now~
    hoho skang i tgh baca balik novel tu.. sgt berbeza dgn drama… tibe2 rasa drama version is more compact… i think i’m loving both version~
    sexcited over Seth pasal imagine muke pakcik sexy tu😛

    • sure, sure!! join me calling him ARSE, cik kak!! suits him well *emo*. LOLOLOL
      beza, kan? macham dalam drama ni pergolakan dia lebey sikit..Eid being such an arse and Seth being such an angel.
      oMOOO~~ IMAGINASI MULA BEKERJA LEBIH MASA DENGAN MEMBAYANGKAN MUKA SETH = MR.GOJESGAGAHPERKASA :p

  2. Salam Izzie,

    Terima kasih atas recap You.

    Sebenarnya, bukan Azril Hamzah saja yang jenguk blog ini. Dari awal lagi, entri You bertajuk “Kasih Yang Suci – Dari Novel ke Drama, 8 Februari” dibaca oleh Executive Producer lalu di fowardnya entri itu kepada crew/production team Nora Elena, selepas CNY itu hari….

    Lihat blog saya :

    http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com

    Entri – Adaptasi Kasih Yang Suci…Pra-Amaran, 28 Mac 2011.

    Teruskan menonton..

    • Salam Kak Mizura,

      Berjam-jam saya tenung & baca komen akak. Macham tak percaya akak tinggalkan jejak di sini. Cuak ada, happy pun ada. Saya dah baca belog akak, dan juga entri “Adaptasi Kasih Yang Suci..Pra-Amaran”.

      Diharapkan, segala tulisan recaps saya tentang drama Nora Elena tidak mengguris hati mana-mana pihak. Semestinya, drama Nora Elena akan terus saya tonton🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s